Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN BIASISWA SUKAN


PERSEKUTUAN
1) Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2) Pemohon mestilah dari golongan atlet yang masih giat dalam bidang sukan (tidak
termasuk pegawai dan jurulatih sukan).

3) Pemohon-pemohon mestilah dari mereka yang telah mencapai prestasi yang


cemerlang sekurang-kurangnya dalam pertandingan-pertandingan Majlis Sukan di
peringkat sukan sekolah-sekolah ASEAN atau mana-mana pertandingan yang
setaraf dengannya.

4) Pemohon-pemohon mestilah mempunyai kelayakan minima untuk memenuhi


syarat-syarat kemasukan bagi mengikut kursus-kursus yang diperlukan oleh
negara di universiti-universiti atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
oleh Kerajaan.

5) Pemohon-pemohon adalah dikehendaki untuk memperoleh dengan sendirinya


tempat di universiti atau institusi pengajian tinggi. Hanya pemohon yang berjaya
mendapat tempat di universiti-universiti/ institusi-institusi akan ditawarkan
biasiswa.

6) Pemohon-pemohon yang menerima biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam


latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh
pengajian dan juga dikehendaki mewakili negara di dalam pertandingan-
pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekiranya diperlukan.

7) Pemohon-pemohon bagi biasiswa ini mestilah berumur tidak lebih dari 25 tahun
pada 31 Disember 2023.

8) Pemohon-pemohon mestilah sihat dari segi mental dan fizikal.

9) Pemohon-pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan


mempunyai minat serta semangat yang tinggi.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 03-8871 3549/3558.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


Kementerian Belia dan Sukan

Anda mungkin juga menyukai