Anda di halaman 1dari 39

MODUL BAHASA

MELAYU
TAHUN 5
SKSM

SKSM 2021
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

TATABAHASA - TAHUN 5

KATA NAMA AM DAN PENJODOH BILANGAN

KATA NAMA AM

1. Kata nama am ialah kata yang menamakan sesuatu benda, orang, haiwan dan tempat
secara umum. Kata nama am dapat dibahagikan seperti rajah di bawah:

Hidup
Kata Nama Khas

Tak Hidup
Kata Nama

Kata Nama Am Hidup


Tak Hidup

Hidup

2. Kata nama am tidak ditulis dengan huruf besar. Perhatikan


jadual di bawah.

Kategori Kata Nama Am

benda (tidak hidup) motosikal, kamera, pen, lampu, kalkulator, jam


orang (hidup) lelaki, perempuan, polis, guru, askar
haiwan (hidup) ayam, kucing, lembu, anjing, arnab
tempat (tidak hidup) jalan, taman, kampung, pulau, negara
tumbuh-tumbuhan (hidup) keledek, kelapa sawit, ciku, orkid
institusi (tidak hidup) jabatan, sekolah, kelab, maktab, kolej

PENJODOH BILANGAN

1. Penjodoh bilangan ialah kata nama yang digunakan selepas kata bilangan untuk kata
nama tertentu.
2. Penjodoh bilangan berfungsi menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, tempat, hal,
perkara dan manusia.

Kata Penjodoh Kata nama Contoh penggunaan


bilangan bilangan
se bentuk cincin Encik Rahman menghadiahkan

1
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

satu sebentuk cincin emas kepada


isterinya.
lima gelung wayar Pak Tam membeli lima gelung
wayar di kedai itu.
beberapa das tembakan Pihak polis telah melepaskan
beberapa das tembakan amaran
kea rah penjenayah itu.
A. Senaraikan kata nama am berikut mengikut kategorinya.

terompah rostrum belanga salamander

cerpelai hulubalang permatang kelindan

poster gamat pengawal kaki lima

dulang beranda balai cerap loteng

pengundi pembonceng belangkas baung

haiwan ---------------------------
---------------------------
---------------------------
----------------------------
----------------------------

Manusia ----------------------------
---------------------------- -
Kata Nama Am ----------------------------
----------------------------
----------------------------

Tempat ----------------------------
----------------------------
----------------------------
----------------------------
----------------------------
Benda / objek
---------------------------
----------------------------
----------------------------- -
-----------------------------
-----------------------------

2
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

B. Bina ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan yang diberi.


1. Kelompok
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. Bidang
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
3. Lembar
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
4. Baris
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
5. Pasukan
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
6. Kuntum
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
7. Pasukan
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

KATA NAMA KHAS

Kata Nama Khas

Hidup/ bernyawa Tak hidup

manusia haiwan bangunan negeri,


Judul buku,
novel, tempat
majalah

3
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

- Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada manusia, haiwan, benda dan
seumpamaya secara khusus.
- Kata nama khas ditulis diawal perkataannya dengan huruf besar.

PERINCIANNYA :

Kata Nama Khas Contoh


Kata manusia nama Ali, Chua, Kumaran, Christine, Julia
nama panggilan/sapaan Encik, Tuan, Puan, Tan Sri, Datuk
khas jawatan Perdana Menteri, Guru Penolong
bukan Kanan
hidup manusia tuhan/malaikat Ar-Rahman, Jibrail, Israfil
haiwan Tompok, Jalak, Pak Belang
tumbuhan Nephelium Lappaceum (rambutan)

nama hari/bulan Isnin, Rabu,September, Julai


nama bangunan Masjid Negara, Planeterium Negara
Kata nama khas perkara Rukun Negara, Akta Hasutan
Tak hidup judul/tajuk Al- Quran, Hikayat Hang Tuah
peristiwa Perang Dunia Kedua, Hari Guru
institusi Dewan Rakyat, Jabatan Ukur
tempat Pontian, Perak, Jalan Raja Laut
persatuan Persatuan Pengakap, Kelab Hoki
benda Honda, Petronas, Canon,Toshiba

Bina ayat lengkap menggunakan kata nama khas yang diberi.


1. Si Tompok

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. Kelab Hoki Negara

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
3. Taman Rekreasi Taman Seri Damai

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
4. Pak Cik Nazri

4
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
5. Majlis Perbandaran Manjung

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

KATA GANTI NAMA

1. Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri, tanya dan
tunjuk.
2. Kata ganti nama diri : saya, kami, kita, mereka, beta dan baginda.
3. Kata ganti nama tanya : apa, mana, siapa
4. Kata ganti nama tunjuk : sana, sini, situ, itu, ini

LATIHAN

Isi tempat kosong dengan kata ganti nama yang sesuai.

1. Temasya sukan telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat. _______________ mahu murid-
murid bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi.

2. __________________ seramai 25 orang murid diiringi oleh tiga orang guru pengiring
akan bertolak ke Kuala Perlis pada malam ini.

3. “Mengapakah ________________ masih tidak beratur sedangkan loceng sudah pun


berbunyi”? tanya Farid kepada Yusri samnil menunjukkan tangannya kea rah kantin.

4. “_________________ perlu membentangkan segala maklumat yang diperoleh itu di


dalam kelas,” kata Cikgu Jamil kepada murid-muridnya.

5. “Janganlah _________________ dihukumsekejam ini,” kata Anjang kepada Datuk


Panglima yang tidak berhati perut itu.

6. “_______________ sungguh berhati mulia ,” kata Datuk Bendahara kepada Raja


Melewar.

7. Sayuti telah mendapat anugerah pekerja cemerlang kerana _________________


seorang yang rajin, bertanggungjawab dan dedikasi.

8. ________________ akan laksanakan segala titah tuanku,”kata Laksamana Hang Tuah


kepada Sultan Ahmad Shah.

5
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

9. ________________ akan mengadakan lawatan rasmi ke luar negara Bersama-sama


permaisuri dan beberapa orang menteri.

10. “Bilakah ______________ akan ke Pahang untuk meminang Tun Teja bagi pihak
sultan?” tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah.

KATA KERJA

1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan
oleh orang dan haiwan atau sesuatu tang berlaku, seperti berlari, membaca, menari
dan sebagainya.
2. Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu :
a. Kata kerja aktif transitif
b. Kata kerja tak transitif
c. Kata kerja pasif
3. Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang menerima objek sebagai penyambut.
Contoh : Hani membeli sayur di pasar tani.
Maisara menaikkan bendera sekolah.
Adik tertidur di atas sofa.
4. Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai
penyambut.
Contoh : Mereka berada di hospital.
Keadaannya semakin sembuh.
Adik menangis teresak-esak.
5. Kata kerja pasif berasal daripada kata kerja transitif tetapi diberikan imbuhan awalan
di-. Contohnya ditunggang, dikayuh, dipetik, dibaca dan sebagainya. Selain itu, kata
kerja pasif boleh terdiri daripada awalan ter-. Contohnya, terbina, terlanggar dan
terambil.
Contoh kata kerja
- Menunggang basikal - melukis
- Memanjat pokok - duduk
- Mengambil gambar - memancing
- Berjalan - membaca
- Berlari
- berbual

LATIHAN KATA KERJA

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk didisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

menyiapkan dipilih mengambil membentangkan

6
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

mencetak dikehendaki dibahagikan dilakukan

Semalam, Cikgu Hayati memberikan beberapa tugasan kepada murid-murid Tahun Lima
Mawar. Mereka ____________________ supaya menyiapkan semua tugasan dalm tempoh
seminggu. Antara tugasan yang diberikan ialah mencari maklumat tentang tempat-tempat
bersejarah di Malaysia. Mereka juga perlu __________________ gambar dan menulis
maklumat yang berkaitan dalam bentuk peta minda. Tugasan tersebut perlu ______________
secara berkumpulan. Sebelum itu, murid-murid telah ________________ kepada empat
kumpulan yang terdiri daripada lima orang bagi setiap kumpulan. Mereka perlu bekerjasama
untuk _________________ tugasan yang telah diberikan itu.

Tugasan yang kedua ialah menyediakan beberapa soalan tentang tempat menarik yang
telah ________________ oleh setiap pasukan. Soalan-soalan itu akan dimasukkan ke dalam
sebuah kotak. Pada minggu depan, setiap pasukan perlu ________________ hasil tugasan
mereka dalam kelas. Cikgu Hayati akan ________________ soalan dari dalam kotak secara
rawak untuk dijawab oleh pasukan lain. Aktiviti ini dapat membantu murid-murid
menambahkan pengetahuan tentang sejarah negara.

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif digunakan utnuk menerangkan sifat sesuatu benda (kata nama). Kata adjektif
terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :

1. Kata adjektif sifat / keadaan – curiga, cemas


2. Kata adjektif warna – merah, putih, hitam
3. Kata adjektif ukuran – nipis, tebal, panjang
4. Kata adjektif bentuk – bulat, empat segi
5. Kata adjektif waktu – lampau
6. Kata adjektif jarak – hamper, dekat
7. Kata adjektif cara – deras,
8. Kata adjektif perasaan – marah, rindu, sedih
9. Kata adjektif pancaindera – masin

Untuk mengenal kata adjektif, kita oleh menguji dengan menambah kata penguat seperti
amat, sangat, sungguh, paling dan nian.

Contoh ayat.

1. Puan Rohana berasa curiga apabila melihat gelagat lelaki itu.


2. Baju baharu adik yang berwarna merah itu telah dicuci.
3. Abang memakai sehelai baju yang nipis kerana cuaca sangat panas.
4. Nenek suka bercerita tentang kesusahan masa lampaunya.
5. Air sungai itu menjadi sangat deras kerana hujan turun dengan lebatnya semalam.
6. Rumahnya paling besar di Kampung Jentayu.

7
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

LATIHAN KATA ADJEKTIF

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Pakaian anak-anak pengemis di kaki lima kedai itu ____________ sekali.


a.hodoh b. rabak c. indah d. lusuh

2. Emak bersungut kerana pisau yang digunakan untuk memotong sayur itu tidak
__________
a.tajam b. tumpul c. runcing d. bersinar

3. Taman permainan di Kawasan perumahan saya terletak tidak ______________ dari


pantai yang menjadi tumpuan penduduk kampung.
a.hampir b. sisi c. jauh d. dekat

4. Linda tidak suka akan sayur peria itu kerana rasanya agak _________________.
a.pahit b. kelat c. masam d. payau

5. Suara penyanyi wanita itu amat _____________ bagai buluh perindu dan menjadi
pujaan para peminatnya.
a.serak b. garau c. nyaring d. merdu

6. Diana berasa amat _____________ apabila diusik oleh beberapa orang pemuda
semasa dia pergi ke kedai Pak Dolah.
a.bangga b. malu c. baik d. cemas

7. Walaupun usia nenek Sofia telah melebihi setengah abad, namun dia amat menjaga
kesihatannya agar sentiasa ______________.
a.sedih b. murung c. cergas d. malas

8. Jiji tidak suka memakai seluar yang baru dibeli oleh kakaknya itu kerana agak
__________
a.ketat b. nyaman c. lurus d. padat

9. Pemidato itu dapat mematahkan hujah-hujah lawannya dan menyampaikan idea yang
_______________
a.kuat b. bernas c. lemah d. padat

10. Hasyirah dipilih sebagai ketua murid kerana dia amat ______________ berkata-kata.
a.petah b. pelat c. garau d. serak

KATA HUBUNG

8
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan
ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada dua,

a. kata hubung gabungan dan


b. kata hubung pancangan.

Kata hubung gabungan ialah, dan, lalu, maka,atau, sambal, tetapi dan serta

Kata hubung pancangan pula ialah, agar, bahawa, jika, walaupun, yang, sekiranya dan
sebagainya.

LATIHAN KATA HUBUNG

Pilih perkataan yang palingsesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

dan kerana sambil bahawa


apabila lalu agar meskipun

Sebaik-baik sahaja selesai menjawab soalan ujian Matematik, Cikgu Hajar menghampiriku.
Beliau memberitahuku _________________ Kak Wirda kini berada di hospital akibat
ditimpa kemalangan jalan raya. Aku sangat terkejut ______________ menangis. Cikgu Hajar
memujukku. Tidak lama kemudian, ibu ______________ ayahku datang untuk membawaku
ke hospital. Ibu segera memelukku ________________ menyatakan keadaan Kak Wirda.
Kakakku itu sedang nazak. ________________ sampai di hospital, kami bergegas ke wad.
Rupa-rupanya Kak Wirda telah meninggal dunia. ________________ peristiwa iru telah
seminggu berlalu, tetapi aku masih bersedih,. Pemergian Kak Wirda menyebabkan
kehidupanku kini sunyi ______________ hubungan kami sangat akrab. Ibu menasihatiku
_____________ sering mendoakan kesejahteraan roh kakakku itu.

KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan
perkataan atau frasa lain.

Contoh kata sendi nama ialah di, ke, bagi, untuk, dari, daripada, dengan, oleh, pada, seperti,
tentang, hingga dan sebagainya.

Kata sendi nama juga tidak boleh dilenyapkan selepas kata adjektif dan kata kerja tak
transitif. Contohnya, Kami sayang ibu dan ayah. Sepatutnya Kami sayang akan ibu dan
ayah.

LATIHAN KATA SENDI NAMA

9
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Garisi jawapan yang paling sesuai bagi ayat-ayat di bawah ini.

1. Sikapnya tidak pernah berubah (dari / ke / di )dulu hingga sekarang


2. Kunci kereta milik Abang Azhan itu ada (dengan / tentang / pada )kakak.
3. Mereka berpindah-randah dari satu tempat ( di / ke / untuk ) satu tempat sejak setahun
yang lalu.
4. Ibu leka mendengar cerita adik ( tentang / terhadap / daripada ) aktiviti-aktiviti yang
diadakan di sekolah pada hari ini.
5. Rafidah membeli makanan kegemarannya (hingga / dari / dengan ) wang yang
diberikan oleh ibunya.
6. Kereta ayah yang rosak itu sudah siap dibaiki ( di / ke / oleh ) seorang makanik di
bengkel.
7. Encik Gunawan berjanji ( pada / kepada / dari ) Hafiz untuk membawa anaknya it uke
Muzium Ilusi 3D di ibu kota.
8. Kraf tangan yang cantic itu dibuat ( daripada /dari / dengan ) bahan-bahan terpakai.

KATA TANYA

Kata tanya ialah kata yang digunakan untuk membentuk ayat tanya bagi menanyakan benda,
binatang, orang, tempat, masa, keadaan dan sebagainya.

Kata tanya mestilah disertai partikel -kah jika berada pada permulaan ayat.

Contoh kata tanya ialah apa, bila, siapa, mana, berapa, bagaimana dan mengapa.

Contoh ayat tanya :

1. Siapakah nama kamu?


2. Di manakah kamu tinggal?
3. Berapakah umur kamu?
4. Mengapakah adik kamu menangis?
5. Bagaimanakah keadaan ibu kamu?
6. Rumah Puan Amira di mana”
7. Lelaki yang berbaju biru itu siapa?
8. Nama bangunan yang tinggi itu apa?

LATIHAN KATA TANYA

Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat-ayat yang diberi.

1. ___________ Shila beria-ia hendak bertemu


Latifah? Apakah

2.____________nama tempat bersejarah yang


kamu kunjungi di Pulai Langkawi? Berapakah

3.___________yang telah membantu Encik

10
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Manan menyelesaikan masalahnya itu? Bagaimanakah

4.___________Encik Firdaus mula bertugas di


tempat baharu? Mengapakah

5. __________suasana di Pesta Layang-layang


itu? Siapakah

6.___________baki pinjaman kereta yang belum


dilunaskan oleh Cik Yati? Bilakah

KATA SERU

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti hairan,
terkejut, marah dan sebagainya. Kata seru digunakan untuk membina ayat seruan. Antara
contoh kata seru ialah aduh, aduhai, amboi, ah, eh, hai, nah, oh, wah, wahai, dan sebagainya.
Semua tanda seru dalam ayat seruan mestilah diletakkan di hujung ayat, bukannya selepas
kata seru. Semua ayat seruan ditandai dengan tanda seru (!).

Contoh ayat :

1. Eh, baju kita serupa!


2. Aduh, sakitnya kakiku!
3. Wah, tingginya layang-layang itu!

Latihan kata seru.

Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat-ayat yang diberikan.

1._________,zalim sungguh perbuatan lintah darat itu


terhadap orang yang meminjam wangnya! Wah

2._________,selamat datang ke Pulau Perhentian! Syabas

3.__________, enaknya makanan di restoran ini! Hai

4.__________, kamu pun menyertai pertandingan ini! Wahai

5. _________, wang ini untuk belanja kamu di kolej nanti! Aduh

6._________,rakyat jelata, marilah kita bersatu padu! Cis

7._________, sakitnya perut saya kerana tidak makan! Nah

11
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

8._________, kalian telah mengharumkan nama sekolah Eh


kita!

KATA GANDA

Kata ganda ialah perkataan yang diulang atau digandakan, sama ada sebahagian atau
seluruhnya. Kata ganda mesti disertai dengan tanda sempang (-) di tengah-tengahnya.
Terdapat empat jenis kata ganda, iaitu:

i. Kata ganda seluruh- layang-layang,rama-rama,kura-kura


ii. Kata ganda separa – lelayang, bebola, sesiku
iii. Kata ganda berentak – gunung-ganang, bukit-bukau, kuih-muih
iv. Kata ganda berimbuhan – kejar-mengejar, mengusap-usap,teresak-esak

Latihan Kata Ganda

Tandakan ( / ) bagi kata ganda yang betul berdasarkan ayat-ayat di bawah ini.

1. Beberapa ekor ____________ berwarna hijau terbang di atas pokok-pokok padi itu.
pepatung( ) lelangit( ) sesungut( )

2. Ibu membancuh isi ikan dengan tepung untuk membuat _______________ ikan
sendiri.
bebola( ) cecair( ) kekuda( )

3. Gigitan _____________ menyebabkan kulit tubuhnya gatal dan kemerah-merahan.


rerama( ) sesiku( ) pepijat( )

4. Puan Rosni menyediakan _____________ buah sebagai pencuci mulut selepas makan
tengah hari.
dekak-dekak( ) agar-agar( ) obor-obor( )

5. Perniagaan bantal dan tilam ______________ yang diusahakan oleh Encik Soleh
semakin maju.
kekabu( ) kekuda( ) tetikus( )

6. Lelaki itu dikejarkan ke hospital kerana cedera digigit ____________ ketika mandi di
pantai.
anai-anai( ) kunang-kunang( ) obor-obor( )

7. Pelbagai jenis ______________ dijual oleh lelaki tua itu kepada orang ramai sebagai
makanan ringan.
bebuli( ) kekacang( ) tetupai( )

12
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

8. Marlias mempunyai ______________ yang tinggi, iaitu hendak menjadi seorang


juruterbang.
cita-cita( ) mata-mata( ) ura-ura( )

9. Tabiat merokok akan menyebabkan _____________ rosak dan penyakit berbahaya


yang lain.
lelangit( ) peparu( ) kekisi( )

10. Bunga cengkih ialah salah satu daripada ______________ yang dicari oleh para
pedagang Eropah suatu masa dahulu.
kuih-muih ( ) lauk-pauk( ) rempah-ratus( )

JAWAPAN

Kata nama am
Haiwan – cerpelai,gamat, belangkas, baung, salamander
Manusia – pengawal,pengundi,pembonceng, kelindan,hulubalang
Tempat – balai cerap, kaki lima, permatang, beranda, loteng
Benda/objek – terompah,rostrum,poster,belanga, dulang

Bina ayat menggunakan penjodoh bilangan


Mana-mana jawapan yang lengkap dan gramatis diterima.

Bina ayat lengkap menggunakan kata nama khas yang diberi.


Mana-mana jawapan yang lengkap dan gramatis diterima.

Kata ganti nama


1. beliau 2. kami 3. mereka 4. kalian 5. hamba
6. tuanku 7. dia 8. patik 9. baginda 10. tuan hamba

Latihan kata kerja

1. dikehendaki 2. mencetak 3. dilakukan 4. dibahagikan


5.menyiapkan 6. dipilih 7. membentangkan 8. mengambil

Latihan kata adjektif

1.d 2. a 3.c 4.a 5.d 6.b 7.c 8.a 9.b 10.a

Latihan kata hubung

13
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

1.bahawa 2. lalu 3. dan 4. sambil 5. Apabila 6. Meskipun


7. kerana 8. Agar

Latihan kata sendi nama


1.dari 2.pada 3.ke 4.tentang 5.dengan 6.oleh 7.kepada
8.daripada

Latihan kata tanya


1.Mengapakah 2. Apakah 3. Siapakah 4. Bilakah 5. Bagaimanakah
6.Berapakah

Latihan kata seru

1.Cis 2.Hai 3.Wah 4.Eh 5.Nah 6.Wahai 7. Aduh 8.Syabas

Latihan kata ganda

1.pepatung 2.bebola 3.pepijat 4.agar-agar 5.kekabu 6.obor-obor


7.kekacang 8.cita-cita 9.peparu 10.rempah-ratus.

LATIHAN PEMAHAMAN

LATIHAN 1
Petikan

Permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan oleh orang-orang dahulukala untuk

14
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

mengisi masa lapang mereka. Antara permainan tradisional itu termasuklah permainan
congkak. Walaupun sudah semakin tidak popular, permainan congkak masih dimainkan
oleh sesetengah masyarakat pada hari ini.

Congkak sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Congkak dipercayai


telah wujud di Mesir sejak 3400 tahun yang lampau. Di Mesir, permainan ini dikenali
sebagai ‘Mancala’. Permainan ini kemudiannya disebarkan ke negara lain melalui
hubungan perdagangan.

Pada awal kemunculannya, congkak diperbuat daripada kayu berbentuk seperti


tongkang. Kemudian, reka bentuk congkak berubah seiring peredaran masa. Sebelum
teknologi membuat congkak daripada kayu diperkenalkan, masyarakat kita menggali
lubang di atas tanah dan menggunakan batu sebagai buah.

Permainan congkak dimainkan oleh dua orang. Papan congkak biasanya terdiri
daripada 7 lubang bagi satu barisan yang kesemuanya berjumlah 14 lubang. Di hujung
sebelah kiri dan kanan terdapat dua ibu lubang yang dikenali sebagai rumah. Jumlah buah
yang diperlukan ialah 98 biji. Setiap lubang hendaklah diisi dengan 7 biji buah.

Permainan congkak dimulakan serentak oleh pemain. Mereka boleh mengambil buah
daripada mana-mana lubang, kemudian mengisinya satu per satu ke dalam setiap lubang.
Pengisian buah mestilah mengikut arah pusingan jam. Pemain yang terakhirnya mengisi
buah ke dalam lubang yang kosong dikira ‘mati’. Permainan tamat apabila semua lubang
telah kosong. Pemain yang mempunyai lebih banyak buah di dalam ibu lubang dianggap
pemenang.

1. Petikan di atas adalah berkaitan dengan

A. permainan laying-layang
B. permainan gasing
C. permainan congkak
D. permainan tarik upih

2. Dari manakah asal-usul permainan congkak?


A. dari Indonesia
B. dari Mesir
C. dari Arab
D. dari Singapura
3. Bagaimanakah permainan congkak ini disebarkan?
A. melalui penghijrahan
B. melalui perkahwinan
C. melalui hubungan perdagangan
D. melalui iklan
4. Bagaimanakah hendak menentukan pemenang dalam permainan congkak?
A. Apabila pemain berjaya menamatkan permainan

15
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

B. Apabila pemain itu berjaya mengumpul lebih banyak buah di dalam ibu lubang
C. Apabila pemain ‘mati’ terlebih dahulu
D. Apabila pemain lambat ‘mati’
5. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan di atas
A. Pemain congkak mestilah terdiri daripada dua orang
B. Biasanya congkak mempunyai 7 lubang
C. Setiap lubang congkak mestilah diisi dengan 7 biji buah
D. Permainan congkak mestilah dimainkan di luar rumah.

LATIHAN 2

Petikan
Cereka

Hidup ini bukan mudah untuk dilalui. Adakalanya hidup kita diselubungi kegembiraan dan
ada kalanya hidup kita diselubungi kedukaan. Begitulah halnya dengan kehidupan Ina.
Ketika Ina hidup bahagia bersama-sama keluarganya, tiba-tiba ayahnya pergi untuk
selama-lamanya kerana menghidap penyakit lemah jantung.

Walaupun begitu, Ina berasa bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang sangat
sayang akan dirinya dan adik-adiknya yang lain. Semenjak ketiadaan ayah, ibu Ina terpaksa
mengambil alih segala tugas yang dilakukan oleh ayah Ina selama ini. Kadangkala Ina
berasa kasihan melihat keadaan ibunya itu.

“Keluarga kita bukanlah senang, Ina. Tiada sebarang harta yang ditinggalkan oleh
arwah ayah kamu. Hanya rumah di atas sebidang tanah yang sekangkang kera ini harta
pusaka yang ditinggalkan oleh ayah Ina,” ujar ibu Ina.

Ina faham kata-kata ibunya itu. Ina juga faham betapa berat beban yang terpaksa
ditanggung oleh ibunya. Pada awal-awal subuh lagi, ibu Ina sudah bangun. Ibu Ina
menyiapkan sarapan untuk Ina, Hanif dan Fifi sebelum anak-anaknya itu ke sekolah.
Sebaik-baik sahaja selesai menunaikan sembahyang subuh, ibu Ina akan keluar untuk
menorah getah di kebun getah milik Haji Ismail.
Ibu Ina biasanya pulang dari menorah getah pada pukul 12.00 tengah hari. Sebaik-
baik sahaja pulang dari menoreh getah, ibu Ina terpaksa menguruskan kerja-kerja di rumah
sebelum anak-anaknya pulang dari sekolah. Pada sebelah petang, ibu Ina akan bercucuk
tanam di belakang rumahnya. Pelbagai jenis sayur yang ditanam oleh ibu Ina. Hasil
tanaman itu juga dapat menjimatkan perbelanjaan dapur. Pada sebelah malam pula, ibu Ina
akan menemani Ina dan anak-anaknya yang lain mengulang kaji pelajaran. Walaupun ibu
Ina tidak mempunyai pelajaran yang tinggi tetapi dia sangat mementingkan pendidikan
anak-anaknya. Dia mahu melihat semua anaknya berjaya dalam pelajaran.

“Ina berjanji akan belajar bersungguh-sungguh sehingga tercapai harapan ibu untuk
melihat Ina menjadi doktor,” ujar Ina kepada ibunya.
Ibu Ina tersenyum mendengar kata-kata Ina.

“Doktor, ada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan,” ujar Suria dengan lembut.

16
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Ina tersentak apabila mendengar suara itu. Lamunannya segera hilang. Tanpa
disedari rupa-rupanya ada air jernih yang gugur dari kelopak matanya.

“Benarkan dia masuk,” ujar Ina dengan lembut.

Seorang perempuan tua memasuki bilik rawatan itu dengan langkah yang perlahan.
Kemudian, Ina bangun dari tempat duduknya lalu menerpa ke arah perempuan tua itu.

“Ibu.....!” Ina memeluk ibunya dengan erat.

1. Apakah punca ayah Ina meninggal dunia?


A. kerana dipatuk ular
B. kerana dilanggar oleh kereta
C. kerana menghidap penyakit lemah jantung
D. kerana terjatuh dari pokok getah
2. Mengapakah Ina masih berasa bersyukur walaupun ayahnya sudah meninggal dunia?
A. kerana dia masih mempunyai dua orang adik
B. kerana dia dan adik-adiknya masih berpeluang bersekolah
C. kerana dia masih mempunyai tempat tinggal
D. kerana dia masih mempunyai ibu

3. Frasa sekangkang kera dalam petikaan bermaksud


A. tanah yang luas
B. tidak mempunyai wang
C. tanah yang tidak luas
D. tanah yang ditanam dengan pelbagai jenis tanaman

4. Apakah maksud ada air jernih yang gugur dalam petikan di atas?
A. hujan yang mulai turun
B. air yang tumpah dari gelas
C. ada air mata yang menitis
D. air sungai yang jernih mengalir

5. Apakah mesej keseluruhan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam petikan?
A. kita mestilah menghormati ibu bapa
B. kita mestilah rajin belajar
C. kita mestilah sayang akan ahli keluarga
D. kita mestilah menghargai jasa ibu bapa

LATIHAN 3

Petikan 17
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Sekolahku berdiri megah,


Menjadi kebanggaan setiap warga,
Sekolahku sungguh meriah,
Murid-muridnya sungguh mesra.

Sekolahku sungguh lengkap,


Murid belajar dengan bersemangat,
Makmal computer memang diharap,
Murid celik IT itulah matlamat.

Sekolahku sungguh aman,


Semua murid baik perlakuan,
Segala masalah dapat diselesaikan,
Barulah murid terjaga keselamatan.

Sekolahku sungguh cantik,


Suasananya pila kelihatan ceria
Sekolahku kelihatan menarik,
Murid belajar dengan gembira.

1. Syair tersebut adalah berkaitan


A. murid-murid
B. pelajaran
C. sekolah
D. keselamatan diri

2. Apakah yang akan berlaku jika sekolah kelihatan indah?


A. Kesihatan murid akan terjaga
B. Murid-murid akan belajar dengan aman
C. Murid-murid dapat bermain dengan riang
D. Ibu bapa akan rajin menghantar anak mereka ke sekolah

3. Bagaimanakah cara untuk menjadikan sesebuah sekolah itu aman?


A. Guru-guru mestilah bersikap tegas terhadap murid-murid
B. Pihak polis mestilah sentiasa mengawal keadaan di sekolah
C. Murid-murid akan dikenakan hukuman jika melanggar peraturan sekolah
D. Murid-murid mestilah menunjukkan perlakuan yang baik

4. Apakah yang diperlukan oleh murid-murid supaya mereka dapat belajar dengan gembira?
A. Sekolah yang cantik dan suasananya yang ceria
B. Padang permainan yang luas

18
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

C. Guru-guru yang cantik dan baik hati


D. Penghawa dingin di dalam kelas
5. Perkataan warga dalam syair bermaksud
A. individu
B. rakyat
C. ketua
D. ahli

LATIHAN 4
Petikan

KUALA SELANGOR, 5 April 2020 – Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman


Vista Perdana telah bersepakat untuk melaksanakan projek membina sebuah gelanggang
badminton dan futsal di kawasan perumahan tersebut.

Ilham penubuhan gelanggang badminton dan futsal ini tercetus apabila Jawatankuasa
Persatuan Penduduk sering melihat masyarakat di kawasan ini terutamanya golongan
remaja tidak mempunyai kawasan yang sesuai untuk bersukan. Mereka sering dilihat
menggunakan kawasan lapang yang kurang sesuai dan berbahaya untuk bersukan.

Menurut Encik Ridzuan bin Mahat, iaitu Pengerusi Persatuan Penduduk Taman
Vista Perdana, gelanggang badminton dan futsal ini dapat memudahkan penduduk di sini
untuk menjalankan aktiviti bersukan. Kemudahan yang disediakan ini juga lebih selamat
dan selesa.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pembinaan gelanggang badminton dan
futsal itu juga sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan belia bersukan.
Dengan cara ini, bakat baharu dalam bidang sukan dapat ditonjolkan dan digilap. Negara
kita memerlukan pelapis-pelapis muda yang berkebolehan untuk mengharumkan nama
negara dalam arena sukan. Mereka juga boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya kerana
pendapatan dalam bidang ini amat lumayan.

Encik Azizi bin Ismail, iaitu Bendahari Persatuan Penduduk menjelaskan bahawa
dana bagi pembinaan perpustakaan miniini diperoleh daripada sumbangan para penduduk
Taman Vista Perdana dan orang ramai yang menyokong penuh usaha ini. Selain itu,
terdapat juga badan-badan swasta yang berbesar hati menghulurkan sumbangan untuk
menjayakan projek ini.

1. Apakah projek yang akan dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk
Taman Vista Perdana?

A. Pembinaan padang bola sepak


B. Pembinaan gelanggang badminton
C. Pembinaan gelanggang bola jarring
D. Pembinaan gelanggang badminton dan futsal

19
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

2. Perkataan ditonjolkan mempunyai maksud yang sama dengan perkataan di bawah ini,
kecuali
A. dilayangkan
B. diketengahkan
C. ditampalkan
D. dikedepankan
3. Jawatankuasa persatuan penduduk mahu membina gelanggang badminton dan futsal
kerana

A. kampung mereka tidak mempunyai gelanggang badminton dan futsal


B. remaja di situ amat meminati sukan badminton dan fitsal
C. remaja di situ sering menggunakan kawasan yang kurang sesuai dan berbahaya untuk
bersukan
D. kemudahan sukan yang sedia ada tidak selamat untuk digunakan
4. Apakah kebaikan menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan belia bersukan?
A. Belia dapat bersukan dengan selesa.
B. Bakat baharu dalam bidang sukan dapat ditonjol dan digilap.
C. Penduduk mempunyai kemudahan untuk bersukan
5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan
A. Bidang sukan tidak sesuai dijadikan kerjaya
B. Remaja menggunakan kawasan yang sesuai untuk bersukan
C. Kerjaya dalam bidang sukan mampu memberikan pendapatan yang tinggi
D. Dana untuk melaksanakan projek tersebut diperoleh daripada kerajaan.

LATIHAN 5

Petikan

7.30 pagi
Murid-murid berkumpul sambil mendengar taklimat daripada Cikgu Rosman. Beberapa
orang guru turut menyertai program Jom Kayuh! ini sebagai guru pengiring. Setiap sepuluh
orang murid akan dipantau oleh dua orang guru. Tiga buah kumpulan murid akan
mengayuh basikal dalam barisan. Cikgu Nazri akan mengetuai barisan, manakala Cikgu
Anwar pula akan berada di barisan belakang. Sebuah van akan membawa roti dan air kotak
untuk sarapan serta peti pertolongan cemas dan peralatan untuk membaiki kenderaan yang
bermasalah. Para peserta juga perlu membawa bekalan air sendiri.

9.00 pagi
Peserta program Jom Kayuh! tiba di hentian pertama, iaitu Masjid Sungai Karang. Para
peserta melakukan khidmat masyarakat mengikut kumpulan. Antara tugas yang dilakukan
ialah mencuci tandas, menyapu ruang solat dan membersihkan longkang yang dipenuhi
dedaun kering. Selepas itu, semua peserta menikmati minum pagi bersama-sama.

10.30 pagi
Destinasi yang seterusnya dikenali sebagai Penghujung Benua Asia, iaitu Tanjung Piai.

20
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Tanjung Piai memang terkenal dengan hutan paya bakau. Para peserta mengayuh basikal
sambil menikmati keindahan alam sekitar. Mereka bergerak dengan berpandukan penanda
yang telah diletakkan. Para peserta juga mendapati rata-rata di beranda rumah penduduk di
situ tergantung serawan jala.

11.30 pagi
Para peserta tiba di destinasi dengan selamat. Di situ, jelas terpampang tulisan di papan
tanda, iaitu “hanya monyet sahaja yang membuang sampah di merata-rata”. Para peserta
tidak melepaskan peluang untuk bergambar di pelbagai lokasi menarik sebagai kenang-
kenangan. Kemudian, mereka dijamu dengan juadah yang telah disediakan oleh pihak
Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

1. Berapakah jumlah murid yang menyertai program ini?

A. Sepuluh orang
B. Dua puluh orang
C. Tiga puluh orang
D. Tiga puluh sembilan orang

2. Apakah makanan yang disediakan untuk sarapan para peserta?

A. Bekalan sendiri
B. Juadah di masjid
C. Air mineral
D. Roti dan air kotak

3. Mengapakah terdapat jala di beranda rumah penduduk di sepanjang perjalanan ke Tanjung


Piai?

A. Sebagai perhiasan
B. Sebagai penanda
C. Untuk dijual
D. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai nelayan

4. Maksud “hanya monyet sahaja yang membuang sampah di merata-rata” ialah

A. banyak monyet yang membuang sampah merata-rata di Tanjung Piai


B. kita hendaklah menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah di merata-rata.
C. monyet boleh membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan itu
D. sampah-sampah dibuang di merata-rata tempat oleh monyet yang berkeliaran

5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut.

A. Peserta program bergerak ke destinasi menggunakan basikal


B. Peserta melakukan khidmat masyarakat di Penghujung Benua Asia
C. Peserta membasuh ruang solat yang terbuka dan membersihkan longkang
D. Peserta program Jom Kayuh! diketuai oleh Cikgu Anwar dan Cikgu Rosman

21
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

LATIHAN 6

Petikan

Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di Chemor, Perak. Aminuddin Baki
memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas
lulus peperiksaan darjah lima pada tahun 1963, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah
Anderson, sekolah Inggeris terbaik di Ipoh pada tahun itu. Beliau tamat persekolahan
menengah pada tahun 1941.
Aminuddin Baki merupakan orang pertama dalam Negara yang diberi julukan ‘Bapa
Pendidik Malaysia’. Beliau juga merupakan bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia
yang kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pelajaran paling muda. Beliau diberi
kepercayaan memegang jawatan itu ketika berusia 36 tahun. Beliau banyak berjuang untuk
mempertingkat mutu pelajaran di Negara ini. Beliau juga bertanggungjawab menyusun
Dasar Pelajaran Kebangsaan Malaysia melalui Laporan Penyata Razak pada tahun 1956
dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Jasanya yang besar dalam bidang
pendidikan menyebabkab banyak sekolah serta institusi pengajian di Malaysia dinamakan
sempena nama beliau.
Ketika berusia 36 tahun, Aminuddin Baki dilantik sebagai Ketua Pegawai
Pendidikan Selangor. Pada tahun yang sama, beliau turut dilantik sebagai Ketua Penasihat
Pendidikan Malaysia. Kesibukan bekerja tidak menghalang Aminuddin Baki untuk terus
bergiat aktif dalam persatuan. Aminuddin Baki turut aktif dalam beberapa pertubuhan dan
persatuan seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah
Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Aminuddin Baki banyak berbakti kepada system
pendidikan Negara kita kerana beliau juga bertanggungjawabmewujudkan peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM). Aminuddin Baki turut menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia
pada tahun 1963. Beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan subjek baharu dalam
pelajaran, iaitu Sejarah Islam.
Aminuddin Baki meninggal dunia pada tahun 1965 kerana serangan jantung selepas
menunaikan solat. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada masyarakat
Melayu dan dunia pendidikan Negara. Ketokohan dan kegigihan perjuangannya sukar
dicari ganti. Obor semangat perjuangan beliau untuk mengangkat dan meningkatkan taraf
pendidikan anak-anak Melayu akan tetap dinyalakan oleh generasi selepasnya agar pesanan
dan peringatannya terus berkobar dan menjadi iktibar dalam sanubari setiap pelajar
Melayu.

1. Petikan tersebut adalah berkaitan tentang

A. Za’ba

22
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

B. Aminuddin Baki
C. Profesor Diraja Ungku Aziz
D. Profesor Datuk Khoo Kay Kim

2. Apakah julukan yang diberikan kepada Aminuddin Baki?

A. Bapa Pembangunan Malaysia


B. Bapa Kemerdekaan Negara
C. Bapa Pertanian Negara
D. Bapa Pendidikan Malaysia

3. Yang berikut adalah tanggungjawab Aminuddin Baki dalam meningkatkan taraf


pendidikan negara, kecuali

A. Menyusun Laporan Penyata Razak


B. menyusun Laporan Abdul Rahman Talib
C. mewujudkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
D. memperkenalkan subjek Sejarah Malaysia

4. Berapakah usia Aminuddin Baki ketika beliau meninggal dunia?

A. 36 tahun
B. 37 tahun
C. 38 tahun
D. 39 tahun

5. Pilih peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan diri Aminuddin Baki.

A. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


B. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
C. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
D. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya

LATIHAN 7

Petikan
Fakta

Wayang Kulit merupakan teater tradisional yang menggunakan patung kulit yang terdiri
daripada pelbagai watak dan khayalan dengan gerakan daripada seorang Tuk Dalang. Di
Malaysia, terdapat beberapa jenis wayang kulit seperti Wayang Kulit Kelantan, Wayang
Kulit Melayu, Wayang Kulit Jawa dan Wayang Kulit Purwo. Setiap jenis wayang kulit ini
mempersembahkan jalan cerita dan watak yang berbeza.
Persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerak-geri.
Lazimnya, semasa patung barcakap, semua iringan muzik akan terhenti. Semasa patung
bercakap, hanya sedikit pergerakan boleh didapati dan ini dilakukan melalui pergerakan

23
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

sendi tangan patung yang bercakap. Sebaliknya, apabila patung-patung itu digerakkan
sama ada dalam perjalanan atau suasana yang kalut, maka muzik akan dimainkan bagi
menggambarkan suasana persembahan itu.
Tuk Dalang merupakan orang terpenting dalam persembahan wayang kulit. Tuk
dalang mengambil tempat duduk di belakang tabir pentas. Beliau akan menggerakkan
patung-patung dan memberikan suara dengan corak suara berbeza mengikut watak yang
dimainkan. Tuk Dalang dibantu oleh Tukang Unjak yang bertugas untuk menyediakan
patung-patung watak berdasarkan jalan cerita yang hendak disampaikan oleh Tuk Dalang.
Persembahan wayang kulit selalunya diiringi satu kumpulan muzik paluan atau
gamelan dan juga alat tiupan iaitu serunai atau alat bertali iaitu rebab. Selain itu, kayu
kasha yang merupakan sejenis alat muzik juga digunakan untuk menghasilkan kesan bunyi
semasa adegan pergaduhan. Patung-patung wayang kulit dicucuk di atas batang pisang.
Bayang watak akan terhasil melalui cahaya daripada pelita minyak tanah atau mentol
eletrik.

1. Siapakah orang penting dalam persembahan wayang kulit?


A. Patung wayang kulit
B. Tuk Unjak
C. Tuk Dalang
D. Pemain muzik

2. Perkataan adegan mempunyai maksud yang sama dengan perkataan di bawah ini, kecuali

A. babak
B. episod
C. bahagian
D. perkara

3. Muzik dimainkan semasa persembahan wayang kulit adalah untuk

A. menghidupkan jalan cerita yang disampaikan


B. menggambarkan suasana persembahan wayang kulit yang disampaikan
C. membezakan jenis persembahan wayang kulit
D. untuk menghiburkan khalayak yang menonton persembahan wayang kulit

4. Apakah persembahan Tuk Dalang dalam persembahan wayang kulit?

A. Menggerakkan patung-patung dan memberikan suara mengikut watak yang dimainkan


B. Bermain alat muzik seruling atau rebab
C. Menyediakan patung-patung watak berdasarkan jalan cerita
D. Menghasilkan bunyi semasa adegan pergaduhan

5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan

A. Tukang Unjuk dibantu oleh Tuk Dalang semasa persembahan wayang kulit
B. Terdapat pelbagai jenis wayang kulit dan setiap jalan ceritanya berbeza
C. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi satu kumpulan tarian
24
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

D. Tuk Dalang duduk di tepi pentas semasa membuat persembahan.


JAWAPAN

Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4

1. C 1. C 1. C 1. D
2. B 2. D 2. B 2. A
3. C 3. C 3. D 3. C
4. B 4. C 4. A 4. B
5. D 5. D 5. D 5. C

Latihan 5 Latihan 6 Latihan 7

1. C 1. B 1. C
2. D 2. D 2. D
3. D 3. D 3. B
4. B 4. D 4. A
5. A 5. C 5. B
Soalan Penulisan Tahun 5 BM

Bahagian A

Soalan 1

25
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

26
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Soalan 2

27
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Soalan 3

28
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Soalan 4

29
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Soalan 5

30
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Soalan Penulisan Tahun 5 BM

Bahagian B

Soalan 1

31
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

32
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Soalan 2

33
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Soalan 3

34
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Soalan 4

35
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

Bahagian C.

1. Cerita.

Tulis sebuah karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara
80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan:

Kamu dam rakan karib kamu berjalan kaki pulang dari sekolah. Sedang kamu berbual-
bual, kamu ternampak seorang budak lelaki terjatuh ketika menunggang basikal.

Tulis tindakan yang kamu dan rakan karib kamu lakukan untuk membantu budak itu.

2. Berita

Tulis sebuah karangan berdasarkan soalan di bawah.Panjangnya karangan kamu hendaklah


antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan:

Kamu telah menyaksikan satu kemalangan yang


mengerikan di sebatang jalan raya.

Sebagai seorang wartawan, tulis berita tentang


kemalangan itu untuk dipaparkan.

36
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

3. Autobiografi.

Tulis sebuah karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjangnya karangan kamu hendaklah
antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan:

Tulis sebuah karangan yang

Bertajuk “Aku Sebuah Kapal

Terbang”

4. Syarahan.

Tulis sebuah karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjangnya karangan kamu hendaklah

antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan:

Kamu telah menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk

“Cintai Negara Kita”.

Tulis syarahan kamu itu selengkapnya.

37
MODUL BAHASA MELAYUTAHUN 5 SKSM

SOALAN TAMAT

38

Anda mungkin juga menyukai