Anda di halaman 1dari 3

Apakah Pendidikan Reggio Emilia?

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, seorang guru muda bernama Loris Malaguzzi
(1920-1994) di Reggio Emilia, Itali, telah mengembangkan satu pendekatan pendidikan
untuk kanak-kanak di kawasan tersebut. Pendekatan ini terlahir daripada keinginan
kolektif masyarakat Reggio Emilia yang mahukan pendidikan yang lebih baik dan
progresif untuk anak-anak mereka. Dalam usahanya untuk mencipta pendekatan yang
boleh memenuhi keperluan anak-anak dalam komuniti tersebut, beliau telah menyedari
bahawa personaliti dan pemikiran kanak-kanak paling berkembang pada beberapa tahun
terawal pembesaran mereka. Setiap kanak-kanak menggunakan cara yang berbeza untuk
mengekspresikan diri mereka dan Malaguzzi memanggil cara ini ‘a hundred
languages’ (seratus bahasa).

Pendekatan Reggio Emilia menjadi semakin popular apabila ia mendapat pengiktirafan


dari majalah terkenal Newsweek pada tahun 1991 sebagai salah satu daripada sepuluh
sekolah terbaik di dunia. Kemudian pada tahun 1997, Pusat Kanak-Kanak Prasekolah dan
Kanak-kanak di Reggio Emilia telah bekerjasama dengan Sekolah Pendidikan Harvard
untuk satu projek yang membincangkan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
Kini, organisasi terkemuka seperti Google dan Bank Dunia juga telah menjadi antara
penyokong terkenal bagi pendekatan Reggio Emilia. 

TIADA KURIKULUM TETAP

Apa yang membuatkan pendekatan Reggio sangat menarik adalah kerana pendidikan ini
tidak mempunyai kurikulum yang tetap, peperiksaan piawaian bagi pensijilan
guru, proses akreditasi dan sebagainya. Tumpuan Reggio Emilia adalah untuk membantu
kanak-kanak untuk mengutarakan pengalaman mereka menerusi proses pemikiran kritis
dan kerjasama dengan rakan dan guru mereka.

Maka, di prasekolah Reggio, kanak-kanak tidak mengikut kurikulum yang telah


ditetapkan sepertimana sekolah lain. Pembelajaran lebih fleksibel dan kelas disesuaikan
mengikut keperluan kanak-kanak. Anda akan menyedari bahawa aspek seperti membaca,
menulis dan mengira tidaklah terlalu ditekankan di prasekolah ini, tidak seperti di
prasekolah Montessori dan Waldorf. Hal ini kerana, pendidik Reggio percaya bahawa
terdapat seratus cara berbeza di mana kanak-kanak boleh belajar. Mereka juga boleh
menjadi seorang pemikir kritis melalui tarian, berlakon olok-olok, eksperimen, bermain
bayangan dan lain-lain. 

Pendekatan baru ini digelar ‘emergent curriculum’. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak,


ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling akan bekerjasama dalam merancang
rangka pendidikan terbaik untuk kanak-kanak di sekolah tersebut. Dengan ini, tidak
peliklah sekiranya apa yang dipelajari di setiap prasekolah Reggio berbeza, kerana rangka
pendidikan akan direka mengikut keperluan komuniti sekolah tersebut. 

Sumber: The One School

MENGGALAKKAN MINAT MELALUI ‘PROJEK’

Salah satu elemen paling penting buat pendidikan Reggio Emilia dikenali sebagai
‘projek’. Berlainan daripada penyampaian yang bersifat sekali, projek di sekolah Reggio
umumnya kumulatif dan melihat kepada kemajuan kanak-kanak. Satu projek boleh
mengambil masa sebulan, malahan setahun untuk disiapkan. Topik projek mestilah
konkrit, berdasarkan minat kanak-kanak (misalnya dinosaur, planet, makanan) dan dapat
dikembangkan dari masa ke semasa. Idea setiap projek boleh datang dari pelajar sendiri
atau cadangan daripada guru kelas mereka. 

Sebab mengapa minat kanak-kanak sangat dititikberatkan di dalam pemilihan idea bagi
projek kelas mereka adalah kerana penyelidikan telah mendapati bahawa pelajar
menunjukkan pemahaman yang lebih mendalam dan mereka lebih berkeinginan untuk
mengambil bahagian secara aktif jika subjek yang mereka sedang pelajari adalah sesuatu
yang menarik minat mereka.

Dalam menyiapkan sesuatu projek, guru Reggio akan membantu kanak-kanak dalam
menentukan arah yang ingin diambil oleh mereka, bagaimana untuk mencari bahan dan
informasi tentang topik yang dipilih, medium apakah yang paling sesuai untuk
penyampaian tersebut serta bertanyakan soalan untuk dijawab oleh pelajar dengan
bantuan ibu bapa mereka di rumah. 
TUGAS GURU

Guru memainkan peranan yang penting di sekolah Reggio kerana mereka bukan saja
membimbing pelajar, mereka juga dalam proses pembelajaran. Guru harus mendengar
dan memerhati prestasi murid secara teliti, memberi murid maklum balas mengenai
prestasi mereka, mendokumen kerja seni dan projek murid dan sentiasa mengingatkan
murid bahawa usaha mereka dihargai. Melalui penelitian kerja setiap murid inilah, guru
dapat mempelajari apa kelemahan murid dan aspek pengajaran manakah yang perlu
ditambahbaik supaya murid tersebut dapat memahami subjek tersebut. Pendokumentasian
juga memudahkan guru untuk memaklumkan ibu bapa tentang kemajuan atau kelemahan
anak mereka di sekolah. Perkara ini sekaligus mendorong ibu bapa untuk lebih
memainkan peranan dalam kehidupan anak mereka di sekolah

Interaksi dengan murid sebenarnya sangat penting dalam kelas Reggio kerana ini
memberi ruang untuk guru memerhatikan murid-muridnya dan berfikir tentang apakah
yang boleh diajar kepada murid-murid tersebut di dalam kelas seterusnya. Guru-guru
Reggio juga selalu bertanyakan soalan terbuka kepada murid mereka supaya mereka
lebih banyak berfikir secara kritis. 

Sungguhpun bilangan sekolah Reggio Emilia masih sedikit jika ingin dibandingkan
dengan prasekolah Montessori dan Waldorf, sekiranya anda mencari sesuatu yang
berlainan dan bukan konvensional buat anak anda, anda semestinya harus membuat
lawatan ke sekolah Reggio Emilia dan lihat sendiri cara pembelajaran mereka. Mana tahu
ini mungkin sesuatu yang anda akan sukai?

Anda mungkin juga menyukai