Anda di halaman 1dari 5

KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK

Kemahiran asas yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah :

1) Melakukan hantaran - Hantaran leret untuk jarak dekat manakala hantaran lambung untuk
jarak jauh
-Hantaran ke hadapan
-Hantaran ke sisi
-Hantaran silang

2) Menyerkap - menggunakan bahagian tubuh badan untuk melakukan tindakan seterusnya


-Menyerkap bola leret
-Menyerkap bola tinggi

3) Menanduk
-Menanduk ke hadapan
-Menanduk ke sisi

4) Menggelecek - Pergerakan bola dengan sentuhan yang perlahan supaya bola sentiasa
berada dalam kawalan. Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola
ke kiri, ke kanan, ke hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran
ini dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan.

5) Takel - Merampas kembali bola daripada pihak lawan

6) Menjaring - Menjaringkan gol pada gawang pihak lawan

7) Menjaga gawang - Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya


untuk menghalang cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik
mestilah menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang.
KUIZ BOLA SEPAK

1. Pemain bola sepak berada dalam kedudukan ofsaid jika ….


A. bola melintasi garisan gol
B. bola disentuh oleh pemain lain sebelum bola dijaringkan
C. cuba mendapatkan keuntungan dengan berada dalam kedudukan tersebut
D. pasukan bertahan melakukan kesalahan dalam kawasan penaltinya sendiri

2. Dalam satu perlawanan bola sepak, setiap pasukan diwakili oleh ________ semasa
sepak mula hendak dilakukan.
A. 8 orang pemain
B. 10 orang pemain
C. 11 orang pemain
D. 12 orang pemain

3. Kad kuning akan diberikan jika …


I melakukan tindakan berbahaya

II mematuhi undang – undang permainan

III memegang atau menyentuh bola dengan sengaja

IV menendang bola selepas tiupan wisel kerana kesalahan yang dilakukan


dengan sengaja

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

4. Dalam permainan bola sepak, menjaring menggunakan kepala memerlukan


kemahiran
A. Menahan
B. Menanduk
C. Menendang
D. Mengelecek

5. Berapa pertukaran pemain boleh dilakukan dalam sesuatu perlawanan oleh sebuah
pasukan dalam permainan bola sepak?
A. 5
B. 1
C. 2
D. 3
6. Berapa orang pengadil akan mengadili sesuatu perlawanan bola sepak?
A. 6
B. 5
C. 4
D. 3

7. Sehingga kini, Negara manakah paling banyak menjuarai Piala Dunia?


A. Germany
B. France
C. Brazil
D. Italy

8. Apakah akan berlaku sekiranya pemain pertahanan menendang bola keluar belakang
gol sendiri?
A. Sepakan sudut
B. Sepakan percuma
C. Balingan dalam
D. Kad kuning

9. Apakah jarak diantara dari tempat sepakan penalty diambil dan gawang gol?
A. 8.23m
B. 9.14m
C. 10.06m
D. 10.97m

10. Apakah akan berlaku sekiranya seseorang pemain meludah ke atas pemain lawan?
A. Kad merah sekiranya terkena pemain, kad kuning sekiranya tidak terkena pemain
B. Kad merah
C. Kad kuning
D. Amaran diberi

11. Berapa buah Negara menyertai Piala Dunia yang pertama pada tahun 1930?
A. 6
B. 8
C. 10
D. 13

12. Di manakah bola sepak mula-mula diperkenalkan?


A. USA
B. Brazil
C. England
D. Japan

13. Ketika sesuatu perlawanan, pemain di posisi manakah boleh menyentuh bola dengan
tangan?
A. Jurulatih
B. Pemain pertahanan
C. Pemain tengah
D. Penjaga gol

14. Sekiranya seorang pemain mendapat kad merah, apakah perlu dilakukan oleh
beliau?
A. Meninggalkan padang
B. Sepakan percuma
C. Mendapat penalty
D. Mendapat amaran

15. Pemain manakah paling banyak menjaringkan gol di Piala Dunia?


A. Diego Maradona
B. Miroslav Klose
C. Pele
D. Ronaldo

SELAMAT MENJAWAB

Anda mungkin juga menyukai