Anda di halaman 1dari 7

Program Guru Muda 2021

Panitia Biologi

SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG


5 NURANI & 5 PINTAR
13 /7/ 2021

SET 2 – Bab 4, 5 dan 6 Tingkatan 4


BAB 4: Komposisi Kimia dalam Sel
BAB 5: Metabolisme dan Enzim
BAB 6: Pembahagian Sel

OBJEKTIF:
1 Unsur P tidak dijumpai dalam karbohidrat.
Apakah unsur P?
A Karbon
B Hidrogen
C Oksigen
D Nitrogen

2 Antara yang berikut, yang manakah bergabung untuk membina satu polipeptida?
A Asid amino
B Lipid
C Fruktosa
D Glikogen

3 Rajah di bawah menunjukkan satu struktur nukleotida. Apakah R?

A Adenina
B Sitosina
C Kumpulan fosfat
D Gula deoksiribosa

4 Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai pembentukan kromosom?


A DNA → RNA → histon → nukleosom → kromosom
B RNA → histon → nukleosom → kromosom
C DNA → histon → nukleosom → kromosom
D Kromosom → nukleosom → histon → RNA

Disediakan oleh: Cikgu Nurul


Guru Biologi
Program Guru Muda 2021
Panitia Biologi

5 Persamaan di bawah adalah proses hidrolisis laktosa yang dimangkinkan oleh satu
enzim. Apakah enzim yang terlibat?

Laktosa + Air → Glukosa + Galaktosa

A Amilase
B Lipase
C Protease
D Laktase

6 Rajah di bawah menunjukkan tindak balas suatu enzim

Apakah Y?
A Substrat
B Enzim
C Kompleks enzim-substrat
D Produk

7 Enzim yang manakah terlibat dalam penghasilan produk berasaskan kulit?


A Tripsin
B Amilase
C Protease
D Lipase

8 Antara berikut, urutan manakah yang betul mengenai peringkat mitosis?


A Profasa → Anafasa→ Metafasa → Telofasa
B Metafasa → Profasa → Anafasa → Telofasa
C Telofasa → Metafasa → Profasa → Anafasa
D Profasa → Metafasa → Anafasa →Telofasa

Disediakan oleh: Cikgu Nurul


Guru Biologi
Program Guru Muda 2021
Panitia Biologi

9 Rajah menunjukkan satu sel tumbuhan yang sedang mengalami pembahagian sel
secara mitosis

Antara yang berikut, yang manakah merupakan fasa tersebut?


A Profasa
B Metafasa
C Anafasa
D Telofasa

10 Rajah menunjukkan susunan kromosom dalam gamet manusia

Antara peringkat-peringkat pembahagian sel berikut, yang manakah berlaku mutasi


tersebut?
A Profasa I
B Metafasa II
C Anafasa II
D Telofasa I

Disediakan oleh: Cikgu Nurul


Guru Biologi
Program Guru Muda 2021
Panitia Biologi

STRUKTUR:

1 Rajah 1.1 di bawah menunjukkan pembentukan sebatian C

Rajah 1.1

a) i.Namakan struktur berlabel A dan C


[2m]
Asid Lemak
A:………………………………………………………………………………………….
Trigliserida
C: …………………………………………………………………………………………

ii. Apakah proses B?


[2m]
Kondensasi.Proses tersebut ialah kondensasi satu molekul gliserol dengan tiga
……………………………………………………………………………………………..
molekul asid lemak untuk membentuk sebatian trigliserida dan tiga molekul hidrogen.
b) Rajah 1.2 di bawah menunjukkan satu siri tindak balas untuk membentuk struktur
Q.

Rajah 1.2

Namakan molekul R dan S


[2m]
Asid Amino
R:………………………………………………………………………………………….
Dipeptida
S:………………………………………………………………………………………….

Disediakan oleh: Cikgu Nurul


Guru Biologi
Program Guru Muda 2021
Panitia Biologi

c) Huraikan bagaimana proses X dan Y berlaku.

Asid amino dirangkai bersama oleh ikatan peptida melalui proses kondensasi yang
X:…………………………………………………………………………………………..
melibatkan satu molekul air disingkirkan untuk membentuk molekul dipeptida.
……………………………………………………………………………………………

Struktur protein diuraikan kepada molekul dipeptida malalui proses hidrolisis


Y: ………………………………………………………………………………………….
yang melibatkan penambahan satu molekul air.
……………………………………………………………………………………………. [4m]

2 Rajah 2 menunjukkan beberapa peringkat meiosis dalam sel haiwan

Rajah 2

a) Apakah struktur berlabel Z?


[1m]
Kromosom
…………………………………………………………………………………………….

b) i.Lengkapkan rajah bagi peringkat N dalam ruang di bawah

[1m]
Peringkat N

ii.Nyatakan satu peristiwa yang berlaku dalam peringkat N.


[1m]
Pasangan kromatid kembar berpisah dan bergerak ke arah kutub bertentangan.
………………………………………………………………………………………………

Disediakan oleh: Cikgu Nurul


Guru Biologi
Program Guru Muda 2021
Panitia Biologi

c) Rajah berikut menunjukkan proses X yang berlaku semasa peringkat K.

i.Lukiskan keadaan kromosom pada akhir proses X di dalam kotak yang diberi
dalam rajah

ii.Apakah proses X?
[1m]
Pindah silang
………………………………………………………………………………………………

iii.Berikan satu kepentingan proses X kepada organisma.


[1m]
Menghasilkan kombinasi gen yang baharu
………………………………………………………………………………………………

ESEI:
1 Rajah menunjukkan organel-organel yang terlibat semasa sintesis dan
rembesan enzim-enzim luar sel di dalam suatu sel pankreas.

a) Terangkan secara ringkas peranan organel-organel itu dalam penghasilan dan [5m]
perembesan enzim-enzim luar sel

b) Nyatakan perbezaan antara enzim luar sel dengan enzim dalam sel [5m]

Disediakan oleh: Cikgu Nurul


Guru Biologi
Program Guru Muda 2021
Panitia Biologi

c) Rajah menunjukkan pencernaan peptida oleh tripsin

i. Berdasarkan Rajah di atas, terangkan bagaimana tripsin bertindak ke atas [5m]


peptida

Ii Rajah di bawah menunjukkan pH optimum bagi tindakan pepsin dan amilase


air liur dalam salur alimentari manusia

Berdasarkan rajah, terangkan tindakan pencernaan oleh pepsin dan amilase air [5m]
liur.

LET’S STRIVE TOGETHER FOR ‘A’ IN BIOLOGY SPM 2021


a)Ribosom ialah tapak sintesis protein.Protein yang disistesis di ribosom mamasuki lumen jalinan endoplasma kasar.Bahagian
membran tersebut membentuk tunas untuk menghasilkan vesikel angkutan apabila sampai di hujung jalinan endoplasma kasar.
Vesikel angkutan yang mengandungi protein bergerak ke arah jasad golgi dan bercantum dengannya.Protein diubah suai menjadi
enzim dan dirembes dalam vesikel rembesan di jasad golgi.Vesikel rembesan akan bergerak ke membran plasma serta bercantum
dengannya lalu merembeskan enzim keluar sel.
b)Enzim intrasel ialah enzim yang bertindak di dalam sel manakala enzim ekstrasel ialah enzim yang dibuat oleh sel tetapi bekerja di
luar sel.Enzim intrasel dikenali sebagai endoenzim manakala enzim ekstrasel dikenali sebagai exoenzim.Enzim ekstrasel
memecahkan monomernya satu demi satu semasa enzim intrasel pecahkan polimer besar kepada monomer yang lebih kecil.Selain
itu,enzim intrasel merangkumi sebahagian besar manakala enzim ekstrasel merangkumi sebahagiankecil.Contoh enzim dalam sel
ialah enzim heksokinase yang digunakan dalam proses glikolisis manakala contoh enzim luar sel ialah enzim tripsin yang dihasilkan
oleh sel pankreas untuk mencernakan polipeptida.
c)i)Enzim tripsin bertindak ke atas peptida dengan hipotesis 'mangga dan kunci'.Bentuk enzim tripsin mempunyai tapak aktif yang mempunya
konfigurasi spesifik dan saling berpelengkap dengan molekul substrat yang spesifik iaitu peptida. Penggabungan molekul substrat iaitu
peptide pada tapak aktif enzim tripsin adalah spesifik, seolah-olah satu gabungan 'mangga dan kunci'.Enzim tripsin diwakili oleh 'mangga' da
substrat peptida diwakili oleh 'kunci'.Subtrat peptida bergabung dengan enzim tripsin membentuk kompleks enzim-substrat.

Disediakan oleh: Cikgu Nurul


Guru Biologi
c)ii)pH optimum bagi pepsin ialah 2 manakala amilase air liur ialah 7.Dengan ini,kadar tindak balas paling tinggi bagi pepsin dan
amilase air liur ialah 2 dan 7.Perubahan pH akan mengubah cas tapak aktif enzim dan permukaan substrat.Hal ini menyebabkan
kompleks enzim-substrat tidak dapat dibentuk.Cas pada tapak aktif akan dipulihkan dan enzim kembali berfungsi apabila pH kembali
ke tahap optimum.

Anda mungkin juga menyukai