Anda di halaman 1dari 5

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR IPT 2021

A) MAKLUMAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan Dendangan Syair IPT 2021 adalah pertandingan peringkat kebangsaan


anjuran Kelab Pengajian Melayu (KPM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP).

B) TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia peringkat


Ijazah Sarjana Muda seluruh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 24
tahun ke bawah.
2. Penyertaan adalah secara individu.
3. Yuran penyertaan adalah RM15.00 bagi setiap peserta dan pembayaran boleh
dilakukan ke akaun yang tertera:
 No. Akaun: 7625548261 (CIMB)
 Nama Pemegang Akaun: DEBBIE ANDREW
4. Video dendangan syair hendaklah dihantar sebelum 9 Jun 2021. Sebarang
penghantaran video selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.
5. Peserta bebas memilih dan menyampaikan syair berserta irama yang telah
disenaraikan oleh pihak penganjur.
6. Peserta dibenarkan menggunakan alat dan muzik iringan semasa menyampaikan syair.
7. Rakaman dendangan syair adalah secara live dan peserta tidak dibenarkan menyunting
audio dengan kesan suara autotune, manakala reverb, echo dibenarkan dengan kadar
yang minima.
8. Pilih resolusi dengan kualiti Definisi Tinggi (HD) Penuh, sekurang-kurangnya 1080
piksel.
9. Video yang dihasilkan haruslah dalam bentuk melintang (horizontal).
10. Video yang dihasilkan hendaklah berdurasi 5-7 minit.
11. Pertandingan ini dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian (online).
12. Peserta perlu memuat naik video yang ingin dipertandingkan ke dalam laman
Youtube. Kongsikan pautan video tersebut beserta tanda pagar
#DendanganSyairIPT2021, nama peserta, institusi pengajian dan tajuk syair
pada bahagian huraian (description) dan hantar ke alamat e-mel yang berikut:
E-MEL: kelabpengajianmelayuukm@gmail.com
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Sdri. Atikah: 010-2090139 (PIC)
Sdri. Afiqah: 011-70349931
Sdri. Yana: 018-2412932
13. Tajuk syair yang dipilih oleh peserta tidak boleh ditukar/muktamad setelah karya
dihantar kepada pihak penganjur.
14. Perlakuan yang kurang sopan dalam video yang dimuat naik adalah dilarang.
15. Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan dibatalkan penyertaannya
serta-merta.

C) INFOGRAFIK
1. Hantar borang penyertaan, salinan surat pengesahan pelajar/kad matrik dan bukti resit
pembayaran yuran ke E-MEL: kelabpengajianmelayuukm@gmail.com seperti di
bawah:

2. Muat naik video yang telah sempurna di laman Youtube berserta tanda pagar
#DendanganSyairIPT2021, nama peserta dan tajuk syair. Keterangan di bawah pula
perlulah disertakan juga nama peserta, institusi pengajian, tajuk dan irama syair yang
didendangkan.
3. Hantar pautan video beserta nama dan nombor telefon ke alamat e-mel yang sama di
ruangan balas.
D) ASPEK PENILAIAN
 Keputusan juri adalah muktamad dan peserta akan dinilai berdasarkan contoh
penilaian markah seperti berikut:

PENILAIAN MARKAH PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR IPT 2021

BIL. KRITERIA PEMARKAHAN MARKAH MAKSIMUM


1. IRAMA (40%)
 Ketepatan Irama 10%
 Patah lagu/ Ornamentasi 10%
 Nada (Emosi) 10%
 Tempo 10%
2. SUARA (40%)
 Vokal (Ton, Karakter) 10%
 Intonasi (Tangga nada) 10%
 Dinamika 10%
 Pernafasan & Sebutan 10%
GAYA DAN KREATIVITI (20%)
3.  Penghayatan/ Penampilan/ Bahasa tubuh/ 10%
Mimik muka
 Produksi/ Editing video/ Editing suara 10%
JUMLAH MARKAH 100%
E) LAMPIRAN

BIL. JUDUL TEKS SYAIR IRAMA

i. Batu Belah
1. Nasihat (Penghujung Thamarah al- Muhimmah)
ii. Tuk Kenali

i. Dandan Setia

2. Makna Riak
ii. Narasi

i. Perindu
3. Definisi Orang Berakal
ii. Perantau

i. Narasi

4. Burung Pungguk
ii. Selendang Delima

5. Bidasari Tuk Kenali

6. Kemangkatan Sultan Sulaiman Mayang

7. Perang Saudara di Pahang Mayang

8. Berbuat Jasa Dodoi

9. Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah Hiasan

10. Perahu Perindu

11. Kelebihan Ilmu Batu Belah

12. Panduan untuk Para Remaja Dandan Setia

Anda mungkin juga menyukai