Anda di halaman 1dari 14

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK

DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN (SEKTOR AWAM)

SYARAT PENYERTAAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan kementerian/jabatan/agensi kerajaan di
Malaysia kecuali kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Peserta perlu merakamkan persembahan sajak dalam bentuk video.
3. Setiap peserta dikehendaki memilih satu daripada 10 sajak yang disenaraikan.
(i) Bahasa Kita Biarlah Bahasa Cinta (Peter Augustine Goh)
(ii) Perkebunan Tanah Air (Rahimidin Zahari)
(iii) Erti Hidup Bererti (Teo Wei Sing)
(iv) Sejadah Rindu (Mohd. Haikal Aminuddin)
(v) Genta Cinta (Lim Swee Tin)
(vi) Di Sini di Tanah Ini (Zam Ismail)
(vii) Berjalan di Bumi Merdeka (Ahmad Razali)
(viii) Bahasa Kita (Abizai)
(ix) Kita Katakan Tidak (Rahman Shaari)
(x) Persidangan Mergastua (Siti Zaleha M. Hashim)
4. Penyampaian sajak selain daripada sajak yang disenaraikan oleh pihak urus setia akan
menyebabkan penyertaan peserta terbatal.
5. Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak yang ingin dideklamasikan
daripada membaca teks.
6. Peserta dibenarkan menggunakan muzik latar semasa mendeklamasikan sajak.
7. Perlakuan yang kurang sopan semasa persembahan adalah dilarang.
8. Hasil video hendaklah hasil asli peserta dan tidak diciplak atau diambil daripada mana-mana
sumber dan juga hendaklah belum pernah disiarkan atau dihasilkan oleh pihak lain.
9. Peserta memberi jaminan bahawa semua jenis muzik, gambar atau apa-apa bahan semasa
menghasilkan video tidak melanggar mana-mana hak cipta yang ada dan tidak melanggar
mana-mana undang-undang atau yang mengaibkan. Sekiranya berlaku kemungkiran
jaminan ini, penganjur tidak akan bertanggungjawab dan segala kerugian ditanggung oleh
peserta.
10. Peserta perlu memuat naik rakaman video persembahan sajak melalui Facebook masing-
masing berserta butiran yang berikut:

Nama:
Kementerian/Jabatan/Agensi:
Tajuk Sajak:
#DMKDEKLAMASISAJAKSEKTORAWAM2020
11. Hantaran rakaman video di Facebook perlu dalam tetapan umum (public).
12. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang melibatkan
penghantaran video dan masalah video tidak berfungsi.
13. Pihak penganjur berhak berkongsi video yang terpilih untuk dimuat naik dalam media sosial
rasmi dan penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tanpa sebarang tuntutan oleh peserta.
14. Sebarang kos menghasilkan video ditanggung oleh peserta.
15. Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan.
16. Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada urus setia melalui e-mel
azlin_asmuni@dbp.gov.my dengan tajuk PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
SEKTOR AWAM.
17. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 6 November 2020 (Jumaat).
18. Keputusan panel juri pertandingan adalah muktamad.

KRITERIA PEMARKAHAN
Pemarkahan peserta akan dinilai berdasarkan aspek berikut:
(a) Suara
Vokal : 20 markah
Intonasi : 15 markah
Nada : 15 markah
Artikulasi : 15 markah
Kelancaran : 10 markah
(b) Gaya dan Teknik
Penghayatan mimik muka/bahasa tubuh : 15 markah
Penampilan/ketertiban : 10 markah

PANDUAN RAKAMAN
1. Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera video atau telefon
pintar dengan jelas merangkumi aspek visual dan audio. Rakaman hendaklah
menggunakan tripod. Format video hendaklah dibuat secara melintang (landscape) bagi
mengelakkan video bersaiz kecil apabila dimuat naik.
2. Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan zum dekat (zoom in) dan zum
jauh (zoom out) semasa sedang merakam video supaya tidak mengganggu penyampaian
persembahan peserta.
3. Peserta dikehendaki memastikan audio rakaman tidak terganggu oleh bunyi persekitaran
seperti bunyi kipas, bunyi kenderaan dan sebagainya.
4. Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.

HADIAH PERTANDINGAN
Hadiah Pertama : RM1 000.00
Hadiah Kedua : RM500.00
Hadiah Ketiga : RM300.00
Sagu hati (15 pemenang) : RM200.00

Keterangan lanjut, sila hubungi:


Urus Setia,
Dekad Membaca Kebangsaan Sektor Awam,
Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Aras 22, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

No. Telefon : 03-21479208 (Puan Azlin binti Asmuni)


E-mel : azlin_asmuni@dbp.gov.my
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN (SEKTOR AWAM)

A. MAKLUMAT PENYERTAAN
NAMA

NO. KAD PENGENALAN


NO. TELEFON
BIMBIT/PEJABAT/RUMAH
E-MEL
ALAMAT SURAT-MENYURAT

ALAMAT PENUH
KEMENTERIAN/AGENSI/JABATAN

PAUTAN PENYERTAAN MELALUI


FACEBOOK
[(pautan boleh didapati melalui tetapan
(setting) atau fungsi kongsi (share)]

B. AKUAN PENGESAHAN PENYERTAAN


Dengan ini, saya mengaku bahawa segala maklumat di atas adalah benar dan bersetuju
dengan syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan oleh DBP. Saya juga mengesahkan bahawa
karya yang dikemukakan ialah hasil karya asli saya sendiri, tidak pernah disiarkan dan tidak
pernah dipertandingkan.

Tandatangan:.....................................................

C. KEGUNAAN URUS SETIA


Tarikh Terima:
Tandatangan:
Nama Pegawai:
Jawatan:

BAHASA KITA BIARLAH BAHASA CINTA


Bahasa kita biarlah bahasa cinta
terbenih di mata
tersemi di jiwa
Terpokok di hati
mengatasi nafsu-nafsi

Cinta bukan mainan


bagai manis terbisik
di telinga sang perempuan
juga bukan keinginan
yang bijak terlafaz
di bibir sang lelaki
pun bukan perasaan
laksana kerap terpendam
dalam kalbu seorang pencinta
ketika jauh melamar rindu
apabila berdepan kerap keras bicara.

Hendaklah kita
harus bersopan pada sebuah bahasa
membetulkan yang tersasar
menggenapkan yang kurang
agar elok dipandang mata
agar manis didengar telinga
agar syahdu ,meresap dalam jiwa.

Bahasa kita biarlah bahasa cinta


harus halus dan mulia
bergema di empat di penjuru dunia
terpahat cita rasa
terpelihara budi bicara
terhapus segala sengketa
berfikir jauh dan luas bagai langit di angkasa da
dan laut tak bertepian.

Peter Augustine Goh

PERKEBUNAN TANAH AIR


Hujan renyai
membisiki suara liris
perkebunan tanah air jadi harum
menyusur alur sukma
dari lembah ke lembah manis
syair anggur menderu
dipuput pucuk pppohon
angin pesisir
dan ranjang kembara
jadi putih mutiara.

Dari usus laut


dan paksi pulau
suara kevil yang terkumpul
melantun lukisan gunung
antara sobekan kata
mengalir sungai indah
cebisan sumpah dan air darah disalak langit
bukit yang tidak meruntuh
melupa pedoman angin
membawa nisbah usia ke mari
tersuluh titik cahaya
kunci cicir
kami raung mencari arah.

Tuhan kami, sempadankan


jarak hitam dan putih terang
kami meandang rintik kecil
dan senja lebur
jalan sekerat, selekohnya patah
ingin kami pulang dri pedih sejarah
menggetus kenangan menyeru ingatan.

Dari sepohon Melaka


Telah menjulurkan sejantung tanah air
Melebarkan perkebunan bangsa.
Rahimidin Zahari
ERTI HIDUP BERERTI
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati

embun cinta atasi angin dingin


jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Teo Wei Sing

SEJADAH RINDU

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Mohd. Haikal bin Aminuddin

GENTA CINTA

Burung-burung hitam itu


biarlah melayang ia, jauh-jauh
ke tengah rimba
di sini taman terlalu permai
untuk dititiskan duka
di sini halaman terlalu damai
untuk ditaburkan sengketa.

Tidak akan pernah ada


di sini serpihan-serpihan kaca
sejuta duri menikam
sembilu berbisa
benci dan prasangka
anak-anak kita terlalu muda
untuk menatap apa sahaja
wajah sengsara.

Kankah sejak silam


Telah dicanangkan genta cinta
Peri kita memapahi nasih bersama
Menyusur sejarah tak berbeza
dan dalam hidup kita pun
telah diwarnakan sentosa.

Angin liar itu


biarlah menyusup ia
jauh-jauh ke celah akar zaman
di sini bumi terlalu hijau
untuk dicalarkan luka
di sini langit terlalu biru
untuk dipalitkan nestapa.

Lim Swee Tin

DI SINI DI TANAH INI

Di bumi inilah
tiada lain
nasi dan lauknya
sawah lading segenggam
menjadilah gegunung perak.

Bukankah tanah ini


sawah lading ini yang memberikan nafas
dan anak-anakmu yang menginjak
memamah lumat daging tulang
tanah sejengkal ini
kasihmu masih berbelah
hatimu di bumi lain
asing bagai ikan-ikan di gurun.

Mengucaplah mereka yang wajar mengucap


dengan dua bibir hatimu sendiri
di sinilah udara yang kauhirup
usahlah hembuskan kembali
dengan racun yang berbisa
membunuh pucuk yang barau bertunas.

Menginjak dahi para wali


yang kepadanya kauberikan kepercayaan.

Tiada kematian yang lebih nikmat


dari mengasihi tanah keramat ini.

Zam Ismail

BERJALAN DI BUMI MERDEKA

Mari kita ungkap kembali


makna dan tafsir kemerdekaan
negara bangsa yang sering menyelinap
di saujana luas kehidupan kita
bumi merdeka bumi tercinta.

Mari kita ungkap kembali


sejarah bangsa yang berlari
di landas kekuatan dan tembok halangan
yang mencengkam harapan dalam
yang menusuk-nusuk jantung kemerdekaan
tersula dendam membra cengkam.

Berjalan di bumi merdeka ini


yang tiada laluan di lebuh raya
yang mudah kita menemui destinasi
untuk mengangkat kejayaan mimpi
berpaut dippohon kejituan waktu
terbalar tubuh dibakar sumpah
tercalar maruah bangsa dirasuk sejarah
melimpah kekuatan ke puncak harapan.

Mari kita kuatkan kembali


pulau-pulau fikir yang berselerak
di laut dan bumi merdeka
jadikan sebuah pulau gagah
yang dapat mengatur sejalur fikir dan tafsir
tanpa sempadan waktu yang berang.

Nari kita dirikan kembali


makna dan tafsir kemerdekaan
di halaman alaf baru ini
mari kita sama-sama isikan kemerdekaan
dari kekuatan yang kita bina sendiri
untuk mengangkat dendam dan cita-cita
jagat bangsa yang bermaruah dan berwibawa
kita rempuh dunia tanpa sempadan
dengan cengkaman tangan kita
mengatur langkah peribadi.

Ahmad Razali
BAHASA KITA

Berkurun menjadi tulang temulang


sebagai pusaka warisan
yang tak kunjung lebur
oleh panahan matahari zaman
yang tak pernah luntur
ditikam hujann dugaan
bicara yang ramah di lidah
menjadi lisan utama di tanah ibunda
dan seluas banjaran nusantara.

Bahasa kita
berputik cantik berkembang jelita\
harum sopan mekar di kelopaknya
berbisik lembut bersenandung merdu
mengundang asyik dan rindu
dalam lirik dan lagu.

Bahasa kita
kaya dengan isi dan hiasan
penuh kiasan sarat tamsilan
memperagakan corak bijak
di sebalik pantun dan gurindam.

Bahasa kita
bukan sekadar bahasa lembah
terpencil dan lemah
tetapi bahasa yang bersayap bestari
mempu terbang tinggi
menyahut cabaran awan teknologi
menyambut seruan langit globalisasi.

Bahasa kita
jambatan kukuh tempat menyeberang
ke pulau perpaduan bersatu haluan
berdenyut cinta serupa
di mana bumi didiami
disitulah bahasa dikasihi.

Bahasa kita
urat dan darah perjuangan bangsa
jangan sesekali berani mengaku
sebagai anakanda yang setia
jika bahasa segan mengalir di bibir
jika bahasa tidak mesra di jiwa.

Abizai
KITA KATAKAN TIDAK

Kita katakan tidak


ketika wajah anak-anak
menerpa ke mata
akal terang menolak saranan perang
kita katakana tidak dengan kepenuhan suara
kerana kita terbaca
selerakan sengsara

Di manakah mesra manusia


apabila nista menjadi mulia
korban seksa pembangkit bangga?

Lihatlah
- kesombongan kian membesar-
- kemanusiaan hilang akar-

Kita katakan tidak kepada perang


ketika manusia bermata lara
berduyun ke mata kita
- Bagaimana kau di sana?-
(Adakah bagimu,
wajah penderita hanya kotoran
tidak bertempat di perasaan?)

Kita katakan tidak


kerana tamadun mengajarkan
megah jangan melimpah,
kita diikat tali sejarah.

Itu hasrat tidak bersukat


ceracakan duri memagar niat
kita ulangi kata ‘tidak’
kita hadapi kuasa tidak!

Rahman Shaari
PERSIDANGAN MERGASTUA

Kami mergastua dari seluruh benua


memilih daerah ini untuk bersidang
membincangkan nasib dan masa depan
di sini, bumi emas bernama malaysia udaranya masih lagi segar
taman-taman hijau mengindah
kota-kota batu, melembutkan yang kaku
biarpun sesekali ada yang ingkar
menggunungkan keuntungan atas tiket [pembangunan
pangsapuri yang gagah, rebah
bukit pun menjadi sedikit, sungai lumpur berkumpul
menghanyutkan kasih saying satu peringatan tuhan.

Kami mergastua dari seluruh benua


mahu warga dunia melihat
dalam pembangunann yang pesat
daerah ini masih ingat pada hokum alam
turut berhiba ketika lautan ikan terdampar
dalam keluh kesah nelayan merenung
laut biru yang tercemar
di sini, penghuni daerah ini
masih sempat menjenguk bulan mengerling
sedangkan di dada benua sana
jutaan manusia menjadi pelari
menceritakan pilu hanya pada angin gunung
sesame mereka kata-kata sudah terbenam
dalam kegetiran yang menerjang
tanpa pesan tanpa daya tanpa waktu
untuk mengucapkan salam perpisahan pada alam.

kami mergastua dari seluruh benua


memilih bumi ini yang masih
diselimuti rumput-rumput hijau
untukberfikir dan mentafsir
resolusi untuk makhluk ciptaan.

Siti Zaleha M. Hashim

Anda mungkin juga menyukai