Anda di halaman 1dari 1

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN VIDEO RESUME

WAJIB DIBACA OLEH CALON YANG MENDAPAT PANGGILAN SESI TEMUDUGA


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (ISMPV)
SEMESTER I SESI AKADEMIK 2021/2022
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

ARAHAN PENYEDIAAN VIDEO RESUME:

1. Permohonan bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (ISMPV)


untuk semua bidang perlu menyertakan video resume yang mengandungi perkara
berikut.

i. Berdurasi di antara 3 hingga 5 minit.


ii. Menggunakan suara pemohon sebenar.
iii. Berpenampilan formal sebagai seorang pendidik (paparan di dalam video adalah
keseluruhan anggota badan).
iv. Berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
v. Contoh video resume boleh dicapai dalam link berikut (sebagai rujukan):
https://www.youtube.com/watch?v=M8baSHwtJw4
vi. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:

a. Biodata pemohon seperti latar belakang keluarga pemohon, latar


belakang pendidikan (dalam Bahasa Inggeris).
b. Mengapa memilih program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional
sebagai pilihan (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris).
c. Matlamat dan perancangan masa depan pemohon (dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris)
d. Mengajar satu topik mudah.

vii. Pemohon digalakkan menghasilkan video resume yang unik dan kreatif dan
hendaklah dihantar kepada urusetia di alamat https://bit.ly/3odp8TI

viii. Sila pastikan setiap video yang dihantar mempunyai Nama, No KP dan Nama
Program yang telah dipohon (rename pada fail video yang dihantar)
Contoh:
ALI BIN ABU_900123012233_katering
SITI AMINAH BINTI SANI_900123012234_multimedia
MOHD JAZLAN BIN KAMIL_900123012233_binaanbangunan
SITI AISHAH BINTI SABTU_900112015456_pemesinanam
KHAIRUL NIZAM BIN AHAD_891012015455_kimpalan

2. Sekiranya calon tidak menghantar video resume, permohonan akan dikira GAGAL.

3. Hanya calon-calon yang ditapis dan didapati layak akan dihubungi untuk temuduga
secara talian telefon, video call atau kaedah-kaedah yang sesuai. Permohonan yang
tidak menerima sebarang panggilan telefon selepas tempoh 1 bulan dari tarikh akhir
penghantaran video resume dianggap tidak berjaya.

4. Tarikh tutup penghantaran video resume sebelum atau pada 14 Julai 2021 (Rabu).

5. Bagi calon yang menghadapi masalah atau apa-apa pertanyaan, boleh hubungi di
talian telefon 07-456 4113 / 07-456 4030 / 07-456 4115 atau di alamat emel
norina@uthm.edu.my / norafiza@uthm.edu.my / rohana@uthm.edu.my

Anda mungkin juga menyukai