Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN PROJEK STEM FIZIK TINGKATAN 4 2021

(MEMBINA PROJEKTOR D.I.Y)

PENGENALAN

Pertandingan Projek STEM Fizik Tingkatan 4 2021 merupakan anjuran panitia fizik SMK Cyberjaya.
Tujuan pelaksanaan pertandingan ini adalah untuk mengalakkan pernyertaan murid dalam projek
STEM, dimana tujuannya untuk melahirkan murid yang berdaya kreatif dan inovatif. Projek STEM yang
hanya memerlukan penggunaan bahan-bahan tersedia di rumah atau barangan terpakai adalah
penting untuk meningkatkan kefahaman murid di samping menjadikan pembelajaran lebih
menyeronokkan. Dalam proses menyiapkan projek inilah kefahaman murid dapat dipertingkatkan,
konsep STEM dipelajari dan kreativiti berkembang. Projek STEM juga dapat meningkatkan kemahiran
penyelesaian masalah, membantu murid mengaplikasikan konsep yang dipelajari terhadap
permasalahan sebenar, membina ketekunan dan keyakinan diri serta paling penting, mereka semakin
seronok untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu konsep.

PERTANDINGAN PROJEK STEM

Murid-murid yang terlibat perlu mengaplikasikan penggunaan kanta untuk membina satu unit
Projektor D.I.Y.
TEMPOH PERTANDINGAN

04 Oktober sehingga 05 November 2021.

HADIAH PERTANDINGAN

Pemenang Hadiah
Pertama RM 300 beserta sijil
Kedua RM 200 beserta sijil
Ketiga RM 100 beserta sijil

Setiap peserta akan diberikan sijil pernyertaan sebagai tanda penghargaan

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua murid tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran fizik.
2. Peserta wajib menggunakan sekurang-kurangnya 1 kanta pembesar semasa membina 1 unit
Projektor D.I.Y.
3. Penyertaan dibolehkan secara individu atau berkumpulan.
4. Peserta dikehendaki membuat 1 video dari awal sehingga Projektor D.I.Y. siap dibina.
Kemudian, di dalam video tersebut juga harus ditunjukkan fungsi Projektor D.I.Y. sama ada
berfungsi dengan baik atau sebaliknya.
5. Video tersebut haruslah dimuatnaik ke You Tube dan ‘Visibility’ video haruslah ‘Public’.
6. Video haruslah mengandungi fasa-fasa berikut:
(i) Pengenalan diri peserta (Individu/kumpulan): Nama, Tingkatan, Nama Sekolah.
(ii) Bahan-bahan yang digunakan untuk membina Projektor D.I.Y.
(iii) Proses membina Projektor D.I.Y.
(iv) Peserta menerangkan konsep fizik yang diaplikasikan semasa membina Projektor
D.I.Y.
(v) Fungsi Projektor D.I.Y. sama ada jelas atau sebaliknya
7. Setiap penyertaan boleh dihantar sekali sahaja melalui medium ‘Google form’ melalui pautan
berikut: https://forms.gle/iABV4BJLJXKM1xkSA
8. Tarikh akhir penerimaan pernyertaan melalui ‘Google form’ adalah sehingga 05 November
2021 (Jumaat) jam 11.59 malam.
9. Peserta yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan, pernyertaannya automatik
terbatal.

PERMARKAHAN

1. Setiap video peserta akan dinilai oleh juri-juri yang telah ditetapkan.
2. Penilaian video peserta dibuat berdasarkan skema permarkahan seperti di bawah ini:

1 2 3 4 5
Tidak Kurang Memuaskan Baik Terbaik
memuaskan memuaskan
KRITERIA INDIKATOR 1 2 3 4 5 CATATAN
MEMENUHI Peserta mengunakan sekurang-kurang 1 kanta
SYARAT pembesar.
PERTANDINGAN
REKA BENTUK Projektor D.I.Y. direka dengan baik dan mesra
pengguna.

MESRA ALAM Elemen kitar semula bahan terpakai digunakan


untuk projek STEM Projektor D.I.Y. ini.

VIDEO Penghasilan video dari awal sehingga produk


siap.
Video mengandungi setiap fasa yang telah
dinyatakan.
Video fungsi Projektor D.I.Y. ditunjukkan
dengan baik dan jelas.

KOMUNIKASI Suara dan intonansi yang jelas di dalam video.

PENERANGAN Peserta menerangkan konsep fizik yang terlibat


KONSEP semasa membina Projektor D.I.Y. ini dengan
baik.

FUNGSI Projektor D.I.Y. berfungsi dengan baik, video


atau gambar dipaparkan di dinding/skrin jelas
dan tajam.

JUMLAH MARKAH /35

3. 5 peserta terbaik akan dipilih untuk ke peringkat akhir. Peserta yang terpilih akan
membentangkan projek STEM mereka secara atas talian dan akan dinilai oleh juri mengikut
skema pemarkahan yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, bolehlah menghubungi atau WhatsApp Cikgu
Wan di talian 010-2443610

Anda mungkin juga menyukai