Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara bangsa yang membangun atau digelar


negara dunia ke-3. Malaysia adalah negara yang terbentuk selepas
kemerdekaan pada tahun 1957. Secara majoriti, suku kaum yang terkandung
dalam negara Malaysia adalah Melayu, Cina, India dan lain-lain.

     

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dari segi ras atau kaum,
budaya mahupun agama. Kita mesti bertitik-tolak dari semangat ingin
bekerjasama untuk kebaikan semua kaum, budaya dan agama dalam kerangka
paradigma politik negara Malaysia. Sejak dari dulu juga Malaysia dikatakan
mengamalkan demokrasi. Sistem parlimen membuktikan bahawa Malaysia
mengamalkan demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen
merupakan satu bentuk sistem politik yang popular diamalkan oleh negara-
negara yang mempraktikkan sistem demokrasi.

      

Menurut Mustafa Ishak dan Afifi Abdul Razak dalam bukunya Politik Dan
Kerajaan Negara, demokrasi berasal daripada perkataan ‘demos’ (rakyat) dan
‘kratos’ (pemerintahan) yang membawa maksud pemerintahan rakyat. Ia
bermakna demokrasi sebagai satu sistem politik yang memberi peluang kepada
rakyat jelata sesebuah negara menentu, membentuk dan mengawal
pemerintahan negara. Definisi ini ternyata terlalu luas untuk memberikan
gambaran awal mengenai kedaulatan rakyat, institusi perwakilan rakyat sebagai
kuasa tertinggi politik dan juga mengenai konsep serta aturcara keputusan dan
pemerintahan negara yang perlu direstui oleh rakyat. Abraham Lincoln
memberikan definisi demokrasi yang paling terkenal dengan mengatakan
bahawa demokrasi itu ialah ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat’.
Demokrasi membolehkan rakyat memilih sendiri pemimpin di kalangan mereka,

1
menentukan bentuk program yang mereka inginkan serta menentukan siapa
yang harus memerintah Negara. Berdasarkan kenyataan ini, demokrasi boleh
didefinisikan sebagai kerajaan bagi pihak rakyat, kerajaan yang berdasarkan
perwakilan dari rakyat dan kerajaan yang memerintah untuk kepentingan rakyat.

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal


undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat negaranya 
sendiri. Melalui sistem demokrasi, undang-undang sesebuah negara itu digubal
sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh suara  rakyat melalui sistem
pilihanraya yang diadakan. Sesebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan
sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik.

Melalui sistem demokrasi, pembentukan kerajaan untuk sesebuah negara 


itu adalah berdasarkan sistem pilihan raya. Walau bagaimanapun, tidak semua
negara benar-benar mengamalkan sistem demokrasi ini secara tulen. Hal ini
dapat dilihat berdasarkan corak pemerintahan sesetengah negara di mana masih
terdapat pihak pemerintah (kerajaan) negara tersebut yang mendominasi
keseluruhan ruang yang diberikan tanpa memberi kesempatan kepada pihak
lawan untuk menyuarakan pandangan dan ideologi mereka kepada umum.
Seluruh aset seperti media, digunakan sepenuhnya untuk mereka. Keadaan ini
sebenarnya menyebabkan mengapa masih terdapat rakyat di negara tersebut
yang tidak mendapat sepenuhnya maklumat mengenai pihak-pihak yang
bertanding untuk pilihan raya sesebuah negara tersebut. Keadaan ini juga dapat 
memperlihatkan kelemahan sistem demokrasi yang diamalkan di
negara tersebut. 

2
Melalui sistem demokrasi, kuasa adalah di tangan rakyat. Mereka yang 
berhak menentukan wakil yang akan mewakili suara mereka. Walau
bagaimanapun, sejarah membuktikan bahawa pemerintahan yang gagal kerana
keangkuhan dan sikap boros pemimpinnya yang mendatangkan kemudaratan
kepada rakyatnya akan tersungkur juga akhirnya.

2.0 KELEBIHAN DALAM PENGIMPLIMENTASIAN SISTEM KERAJAAN


DEMOKRASI

Dalam sistem demokrasi berparlimen, terdapat pembahagian kuasa


antara badan eksekutif dan badan legislatif dan kerjasama di antara kedua-
duanya. Manakala badan judikatif menjalankan kekuasaan pengadilan secara
bebas tanpa campur tangan daripada badan eksekutif mahupun badan legislatif.

2.1 Demokrasi Merupakan Corak Pemerintahan Yang Cekap Dan Berkesan

Menurut K. Ramanathan dalam bukunya Asas Sains Politik , demokrasi


mensyaratkan sesiapa sahaja yang mempunyai keupayaan dan kecekapan
boleh melibatkan diri mereka dalam politik. Keupayaan dan kecekapan adalah
sangat penting dalam menjalankan kerja. Pemimpin yang mempunyai kecekapan
dan keupayaan boleh membantu membina dan mengamalkan dasar-dasar
kerajaan. Seterusnya, melalui keupayaan dan kecekapan yang mereka miliki
dapat memantapkan lagi system pemerintahan negara. Bahkan, perjalanan
system pemerintahan menjadi lancar kerana demokrasi mementingkan suara
ramai hasil daripada keupayaan dan kecekapan pemimpinnya.

3
2.2 Demokrasi Mensyaratkan Rasa Bertanggungjawab

Hal yang paling penting untuk diingat adalah bahawa demokrasi


memerlukan tanggungjawab dan kekuasaan dari seluruh masyarakat luas yang
terlibat dalam pembentukan pemerintahan negara. Tidak seperti dalam sistem
pemerintahan autokrasi, di mana eseorang atau segelintir orang yang
memegang amanah dan bertanggungjawab penuh dalam mengendalikan sistem
pemerintahan tetapi demokrasi mensyaratkan tanggun jawab yang lebih luas
kerana pemerintahan terbentuk dari penglibatan masyarakat yang lebih luas. 

Selain itu, demokrasi juga merupakan satu-satunya kerajaan yang


membenarkan rakyatnya menukar bentuk pemerintahan dalam keadaan yang
aman dan penuh tertib jika dirasakan perlu. Ini dapat dilakukan dengan hanya
undian melalui pilihan raya. Sekiranya terdapat kepincangan dalam kejaan yang
mentadibir sebelumnya, rakyat diberi peluang untuk memilih kerajaan yang baru.
Namun, kadang-kala pendapat umum yang terlalu menekan dan juga kritikan
melampau daipada pihak pembangkang yang gagal membawa pembaharuan
yang mereka kehendaki turut memaksa kerajaan ditukar dengan kerajaan yang
baru.

Proses pengundian merupakan salah satu daripada tanggungjawab bagi


rakyat yang mencapai kelayakan untuk mengundi pemimpin mereka. Selain itu,
mereka juga bertanggungjawab ke atas pengundian mereka itu kerana itu adalah
pilihan mereka. Namun begitu, sikap tanggungjawab ini paling sesuai ditujukan
kepada mereka yang memerintah negara itu sendiri. Pemimpin yang telah dipilih
dariapada kalangan rakyat itu sendiri telah memikul tanggungjawab untuk
menguruskan negara tersebut dan seandainya mereka melakukan
penyelewengan, maka mereka akan digulingkan melalui pilihanraya selepas itu.
Jadi, disinilah dkatakan bahawa amalan kerajaan demokrasi mampu

4
mewujudkan sikap tanggungjawab atau akauntabiliti baik kepada rakyat
mahupun pemimpin pilihan rakyat itu sendiri.

2.3 Demokrasi Menggalakkan Semangat Bekerjasama

Demokrasi juga merupakan antara cara terbaik untuk menyatupadukan


rakyat iaitu dengan menghubungkaitkan individu dengan kumpulan untuk tujuan
sosial. Sistemnya adalah berdasarkan pengakuan dan proses suara ramai.
Sebagai contoh, peranan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia juga amat
penting dalam penentuan bentuk demokrasi negara dan nasib rakyat jelata. NGO
boleh memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh parti-parti politik
kerana NGO merupakan satu kuasa non-partisan. NGO boleh menggunakan
sifat non-partisan ini untuk menyatupadukan parti-parti politik yang menganut
kepercayaan politik yang berlainan. Kadang-kadang rakyat merasa lebih selesa
dan lega untuk berjuang bersama NGO juga kerana sifat non-partisan ini. 
Walau pun NGO bukan parti politik, tetapi mereka juga tidak boleh berpisah
daripada prinsip yang telah dipegang. NGO juga perlu berjuang atas nilai-nilai
sejagat seperti demokrasi, keadilan, kebebasan, kesaksamaan, setiakawan dan

keamanan. Kesejahteraan rakyat juga merupakan matlamat muktamad mereka.  

2.4 Demokrasi Mementingkan Prinsip Kesamaan

Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua rakyat


mempunyai hak yang sama dan mereka berhak untuk mnerima dan menikmati
kemudahan dan perkhidmatan yang sama. Sebagai contoh, kerajaan di Malaysia
telah menyediakan kemudahan yang mencukupi kepada rakyat yang miskin dan
tidak mampu selain memberi bantuan dari segi pembangunan dengan tujuan
untuk menyamaratakan masyarakat. Setiap rakyat bebas mengambil bahagian

5
dalam sistem kerajaan demokrasi. Penglibatan dalam kerajaan demokrasi juga
membangunkan pemikiran individu. Hal ini dapat mengelakkan individu daripada
berasa rendah diri.

Prinsip kesamaan juga dapat dilihat dalam Gagasan 1Malaysia yang


diperkenal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tunn Abdul Razak.
Gagasan1Malaysia yang dibentuk ini langsung tidak terdapat elemen
penghapusan etnik dan kebencian terhadap mana-mana kumpulan etnik.  Yang
dipentingkan ialah kerukunan antara kumpulan etnik yang berbeza supaya hidup
secara harmoni dan saling bekerjasama di bawah satu kepimpinan, perpaduan
dalam kepelbagaian budaya, bahasa, bangsa, agama dan kepercayaan. Itulah
resepi 1Malaysia dan bukannya momokan buat halwa telinga tetapi tidak
mungkin dilaksanakan kerana secara semulajadinya manusia itu dijadikan
berbeza-beza sifatnya, pemikirannya, latar belakang budaya, puak, kaum dan
sebagainya. Hakikat perbezaan inilah diangkat sebagai sesuatu yang positif;
saling mengenali antara satu sama lain dan memahami adat resam masing-
masing kaum. 

Komitmen untuk membantu rakyat sebenarnya bukan sekadar manifesto


sewaktu kempen pilihan raya. Ia juga bukan umpan untuk memenangi undi tetapi
perlu dilakukan secara berterusan. Dan itulah yang dilakukan oleh kerajaan
selama ini. Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, semua kaum akan
mendapat pembelaan sewajarnya. Isu membasmi kemiskinan bukan agenda
untuk kaum tertentu sahaja. Ia merangkumi semua kaum, tanpa mengira anutan
agama atau kepercayaan. Semua rakyat akan dibela termasuklah mereka di
pedalaman. Menerusi gagasan 1Malaysia, hak semua rakyat diberi
keutamaan.Malah Najib berikrar bahawa rakyat yang masih terkebelakang dan
miskin akan mendapat lebih pembelaan menerusi 1Malaysia. Ini bermakna,

6
setiap kaum akan membangun secara bersama. Dalam kata lain, rakyat yang
tinggal di pedalaman, termasuk di Sabah dan Sarawak akan turut mendapat
pembelaan.

Gagasan itu sebenarnya akan menjadikan rakyat, terutama yang tinggal di


luar bandar, lebih terbela. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, kerajaan
akan mengambil kira kepentingan semua kaum apabila melaksanakan sesuatu
program pembangunan. Tidak kira yang tinggal di bandar, luar bandar mahupun
di kawasan terpencil. Pemisahan fizikal antara bandar dan luar bandar atau
antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi penghalang.

2.5 Memberi Perhatian kepada Rakyat Biasa

Tidak seperti corak pemerintahan yang lain contohnya monarki, diktator


dan autokrasi yang memberi keutamaan kepada golongan minoriti untuk
memerintah atau memegang kuasa sebaliknya, demokrasi tidak pula mengambil
kira kepentingan golongan tertentu malahan ia menganggap semua lapisan
masyarakat adalah sama dan perhatian yang sama diberikan kepada semua. Di
samping itu, rakyat biasa dianggap sebagai golongan yang harus diberi
keutamaan dalam segala lapangan pemerintahan. Sebagai contoh, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengingatkan wakil rakyat dari
kawasan Felda supaya memberi perhatian berat kepada masyarakat di tanah
rancangan itu. Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama
Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri dari kawasan Felda, di
Kuala Lumpur. Najib turut berkata wakil rakyat dari kawasan Felda juga perlu
bekerja lebih keras dalam usaha memajukan masyarakat yang mereka wakili itu.
Najib berkata kerajaan juga akan menambah peruntukan untuk projek
perumahan generasi kedua Felda supaya beberapa rancangan yang ingin

7
dilaksanakan akan dapat diselesaikan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua
tahun ini.

Seperti yang diketahui juga, amalan demokrasi diasaskan atas prinsip


kesamaan atau equality. Jadi, setiap rakyat akan mendapat hak yang sama rata
dan setiap rakyat berhak menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama.
Amalan demokrasi tidak mengambil kira taraf sosial seseorang itu. Sebagai
contoh di dalam undang-undang, setiap orang yang melakukan kesalahan akan
menerima hukuman yang sama jika individu melakukan kesalahan yang sama.
Selain itu , rakyat biasa juga akan diberi perhatian yang sama rata kerana
diandaikan bahawa kerajaan demokrasi itu sendiri dipilih oleh rakyat. Jadi, sudah
tentu kerajaan yang dipilih itu akan berusaha memberikan pemerintahan yang
adil supaya kepercayaan akan terus diperolehi daripada rakyat. Sistem amalan
demokrasi menentang pendapat yang mengatakan manusia dilahirkan sebagai
hamba dan kaum elit sahaja diberikan kebebasan.

2.6 Memberi Hak Untuk Memilih Pemerintahan

Kerajaan demokrasi dibentuk berdasarkan pilihan rakyat. Dan


rakyat pula mempunyai hak untuk memilih pemimpin dan bentuk kerajaan yang
mereka inginkan. Sekiranya pemerintahan terdahulu kurang disenangi,
pilhanraya seterusnya akan menjadi medan tempur di antara calon-calon yang
bertanding untuk meraih undi daripada rakyat yang akan diwakili oleh mereka.
Justeru itu, rakyat memainkan peranan yang sangat penting dalam pemerintahan
negara. Hal ini kerana tanpa rakyat, tidak akan ada negara mahupun
pemerintahan itu sendiri.

8
Thomas Jefferson, salah seorang pemimpin yang merangka deklarasi
kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 menegaskan bahawa rakyat
berhak untuk memilih bentuk kerajaan yang disukai dan membaikinya apabila
pemerintahan tersebut tidak lagi dapat menjamin keselamatan. Tindakan
demokrasi ini telah membuka pintu supaya orang awam dapat menentukan
siapakah pemimpin mereka. Tambahan lagi, deperti yang telah dibincangkan,
demokrasi juga menekankan supaya wakil-wakil rakyat mestilah dipilih secara
terbuka berdasarkan kepada kelayakan dan peraturan pencalonan. Di sini,
rakyat akan bebas menentukan siapakah pilihan mereka yang akan
bertanggungjawab memikul tanggungjawab membangunkan negara dan rakyat
juga berhak dan bebas untuk menukar pemimpin mereka di dalam pilihanraya
selepas itu.

2.7 Menjamin Kebebasan Sebagai Hak Asasi

Corak kerajaan demokrasi memberikan hak kebebasan kepada setiap


rakyatnya. Hak-hak kebebasan ini meliputi soal agama dan kepercayaan, adat
istiadat, soal cara hidup dan sebagainya. Contohnya di negara yang
mengamalkan sistem demokrasi seperti di Malaysia, setiap rakyatnya bebas
mengamalkan amalan agama masing-masing. Oleh sebab itu, rumah-rumah
ibadat seperti masjid, surau, tokong, kuil dan sebagainya bebas didirikan atas
faktor kebebasan mengamalkan agama masing-masing dengan syarat setiap
orang harus menghormati agama yang lain. Begitu juga halnya dengan
sambutan perayaan. Banyak perayaan seperti Hari Raya, Perayaan Tahun Baru
Cina, Hari Deepavali bebas disambut malah cuti umum juga diberi untuk
menghormati perayaan-perayaan ini samada ia berkaitan dengan agama atau
budaya kaum masing-masing.

9
Jika dibandingkan dengan corak pemerintahan yang lain, demokrasi lebih
terbuka dari segi memberi hak kebebasan kepada rakyat biasa. Sebagai contoh,
aduan daripada rakyat akan disuarakan oleh wakil rakyat bagi kawasan tersebut
untuk dibahaskan di Dewan Undangan Negeri. Seterusnya, isu yang
dibangkitkan akan diberi perhatian dan dibincangkan secara terperinci di
Parlimen pula untuk dibuat keputusan sebelum sesuatu tindakan diambil. Seperti
isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) yang menjadi perdebatan hebat di Parlimen yang akhirnya
dimansuhkan sepenuhnya pada 2012 nanti.

2.8 Mendatangkan Perubahan Sosial, Politik dan Ekonomi

Sebarang perubahan yang ingin dilakukan mesti mendapat sokongan


daripada rakyat. Seorang pemimpin yang tahu menggunakan sokongan rakyat
ini tentu akan lebih berjaya membawa pembangunan yang pesat kepada negara.
Justeru itu, sebelum negara dapat dibangunkan, beberapa aspek yang
menghalang pembangunan perlu disingkirkan. Dalam hal ini, pemimpin yang
berwibawa tentu dapat menggalakkan rakyat menerima perubahan sosial, politik
dan ekonomi demi memajukan negara. Dalam hal ini, nyata sekali perubahan
mendadak telah dicapai di negara yang mengamalkan demokrasi berbanding
dengan negara yang mengamalkan corak pemerintahan autokrasi.

Di samping itu, sistem kerajaan demokrasi juga mampu merpebaiki taraf


hidup dan mendatangkan perubahan sosial, politik dan juga ekonomi. Di dalam
soal memeperbaiki taraf hidup, setiap rakyat bebas untuk mengumpul harta dan
kekayaan kerana peluang yang diberikan dari segi kemudahan, peluang
perniagaan adalah sama rata. Jadi, setiap rakyat itu berpeluang untuk
memeperbaiki taraf hidup masing-masing dengan syarat usaha yang
bersungguh-sungguh perlu ada.

10
Begitu juga dengan perubahan sosial, politik dan ekonomi. Di dalam
kebebasan mengejar taraf hidup yang lebih baik terutamanya dari segi ekonomi,
secara tidak langsung ia akan menggalakkan rakyatnya mengalami perubahan
sosial, politik dan ekonomi. Sebagai contoh, dalam persaingan mengejar taraf
hidup yang baik, setiap individu perlulah menuntut ilmu terlebih dahulu untuk
mendapatkan pekerjaan yang baik begitu juga dengan ekonomi. Untuk
menjadikan sebuah perniagaan itu maju, individu itu perlu mempunyai ilmu dan
pengalaman yang banyak mengenai perniagaan. Tanpa pengetahuan yang baik
mengenai ilmu perniagaan, sudah semestinya perniagaan itu tidak akan maju.

Selepas rakyat mampu bersaing di dalam soal memeperbaiki taraf hidup,


sudah semestinya mereka perlu memikirkan siapakah yang mampu mentadbir
nagara mereka supaya mereka dapat melindungi kepentingan mereka untuk
terus mengecapi kemewahan taraf hidup yang telah mereka perolehi. Di sini,
secara tidak langsung, mereka akan memikirkan mengenai persoalan politik dan
rakyat akan lebih bijak di dalam menentukan siapakah yang sepatutnya memikul
tanggungjawab menguruskan negara.

2.9 Menggalakkan Pembangunan Diri

Selanjutnya, sistem kerajaan demokrasi juga menggalakkan


pembangunan diri rakyat. J.S Mill berpendapat bahawa bentuk kerajaan adalah
dipengaruhi oleh tingkah laku individu. Individu di sini mungkin bermaksud rakyat
atau individu itu sendiri. Sebagai contoh, bentuk kerajaan itu dipengaruhi oleh
tingkah laku rakyat itu sendiri kerana disebabkan kehendak suara rakyat adalah
begini, maka beginilah yang akan dilakukan di negara itu. Begitu juga dengan
pemimpin itu sendiri. Di dalam amalan demokrasi, rakyat berhak menentukan

11
siapa pemimpin mereka. Di sini, apabila pemimpin itu melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan hak rakyat, maka berkemungkinan besar pemimpin lain
akan dipilih pula.

3.0 KELEMAHAN DALAM PENGIMPLIMENTASIAN SISTEM KERAJAAN


DEMOKRASI

Sebuah negara yang demokratik, berpelembagaan dan berdaulat,


mendukung keluhuran undang-undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan
dengan mewujudkan sistem-sistem yang menjamin hak rakyat. Dalam konteks
Malaysia, terlalu banyak kepincangan yang jelas kelihatan yang menampakkan
bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang demokratik. Walaupun pemimpin
menganggap mereka mengamalkan pemerintahan negara yang demokratik
tetapi menurut konsep sebenar demokrasi tersebut adalah tidak bertepatan
sama sekali.

Demokrasi di Malaysia tidak dapat dianggap demokrasi sebenar.


Walaupun dengan lantang pihak pemimpin atasan mahupun bawahan
mempertahankan bahawa mereka mengamalkan demokrasi, malang sekali ia
boleh dijustifikasikan. Hal ini jelas kerana terdapat sesetengah sarjana sains
politik menamakan jenis demokrasi seperti di Malaysia sebagai “Quasi-
Democracy”  or  “Pseudo-Democracy” iaitu “Separa Demokrasi” atau
“Demokrasi Palsu” (Wiliam Case 2004, Zakaria Ahmad 1989) atas sebab
pelbagai amalan undang-undang zalim yang terus berkuatkuasa sementara
mengadakan pilihan raya berkala dan meraikan institusi-institusi demokrasi yang
tidak berfungsi sepenuhnya.

      

12
3.1 Memudahkan Perebutan Kuasa

Sistem kerajaan demokrasi juga boleh dikritik berdasarkan beberapa


alasan. Kelemahan pertama yang boleh kita lihat ialah memudahkan berlakunya
perebutan kuasa. Hal ini berlaku kerana di dalam sistem kerajaan demokrasi,
rakyat bebas untuk menyuarakan hak-hak mereka. Seperti yang diketahui,
demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang dikendalikan orang ramai atau
pertubuhan, maka ia mudah menimbulkan perebutan kuasa antara parti politik
dan seterusnya mampu mengakibatkan perpecahan rakyat. Perebutan kuasa ini
mampu menjadikan keadaan politik sesebuah negara itu menjadi tidak terkawal
dan seterusnya menjadikan keadaan huru-hara. Keadaan ini mungkin boleh
berlaku disebabkan oleh beberapa perkara.

Salah satu di antara perkara itu ialah disebabkan kerajaan yang telah
dipilih melakukan penyelewengan dan pihak pembangkang ingin mengubah
perkara tersebut, maka akan berlakulah perebutan kuasa disebabkan
penyelewengan tersebut. Namun, kita juga harus mengambil kira faktor yang lain
seperti contoh, ada pihak yang ingin merampas kuasa di dalam negara itu atas
sebab tertentu, dan mereka memikirkan cara untuk mendapatkan kuasa dengan
mencari kelemahan pemimpin sedia ada walaupun itu cuma perkara yang kecil.
Hal ini kemudian akan berlanjutan dan kerajaan sedia ada juga akan cuba
mencari kelemahan pihak yang menentangnya untuk mengekalkan kuasanya.

Seterusnya, seperti yang diketahui, rakyat mempunyai hak untuk memilih


kerajaan ataupun pemimpin mereka. Oleh itu, sudah semestinya kerap berlaku
pertukaran di dalam kerajaan dan pemimpin. Di dalam hal ini, sudah semestinya
akan berlaku perebutan kuasa di antara pelbagai parti politik dan akhirnya
suasana yang tidak stabil akan berlaku.

13
3.2 Sikap Lepas Tangan dan Tidak Bertanggungjawab

Kelemahan yang kedua ialah sikap tidak betanggungjawab yang akan


dilakukan selepas sebuah kerajaan itu dilantik melalui pilihanraya. Hal ini
mungkin timbul apabila pemimpin yang dilantik itu tidak mempunyai
tanggungjawab terhadap tugas mereka sebaliknya lebih mementingkan diri
sendiri atau perjuangan parti politik mereka. Hal ini lebih teruk lagi apabila rakyat
tidak mengetahui apakah yang berlaku di sebalik tadbir pengurusan negara itu
dan apakah rencana sebanar yang telah dirancang oleh pemimpin. Kadangkala,
mungkin sesebuah badan yang telah dipilih oleh rakyat itu sendiri dijadikan alat
oleh golongan tertentu untuk kepentingan sendiri. Akibat yang buruk daripada
perkara ini ialah apabila badan perwakilan yang dipilih telah menjadi alat untuk
kepentingan golongan tertentu, maka nasib dan kepentingan rakyat akan
diketepikan.

3.3 Para Pemimpin Bukan Golongan Pakar

Selanjutnya, di dalam amalan sistem kerajaan demokrasi, setiap rakyat


yang mempunyai kelayakan untuk bertanding di dalam pilihan raya berhak untuk
bertanding. Sistem demokrasi sering dikritik kerana kerana pemimpin yang dipilih
oleh rakyat sendiri terdiri daripada orang yang tidak berkelayakan dalam
menjalankan pemerintahan sebuah kerajaan. Jadi, boleh dikatakan di sini
bahawa bukan semua pemimpin yang dipilih melalui amalan demokrasi
merupakan golongan pakar di dalam urusan mentadbir sesebuah kerajaan.

Oleh sebab bantuan dan khidmat nasihat diperoleh daripada pihak


tertentu, maka kerajaan hanya mengeluarkan dasar-dasar seperti yang
dinasihati, iaitu berpandukan syor-syor yang dibuat oleh golongan yang
berkepentingan sendiri walaupun mereka dianggap pakar. Kita boleh mengambil
andaian bahawa kadangkala orang ramai memilih pemimpin bukanlah kepada

14
kebolehan dan kebijaksanaan mentadbir, kerana bukan semua pemimpin
dikenali dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, namun ramai di antara
pengundi dipengaruhi oleh kempen-kempen dan propaganda semasa pilihan
raya. Tambahan lagi, kuasa kedudukan seperti pengaruh dan kuasa ekonomi
boleh mengaburi mata rakyat.

3.4 Pengaruh Golongan Berkedudukan Tinggi

Pengaruh golongan berkedudukan tinggi dalam amalan demokrasi juga


merupakan salah satu kelemahan sistem kerajaan demokrasi. Calon pilihanraya
yang memenangi kerusi di dalam pilihanraya akan diberikan hak untuk
memegang tampuk pemerintahan. Akan tetapi, dalam kehidupan masyarakat
moden, pihak-pihak yang dicalonkan akan menggunakan kedudukan pengaruh
ekonomi, pengaruh terhadap masyarakat, harta dan kekayaannya bagi
memancing undi daripada pengundi. Tambahan pula, masyarakat kini mudah
terpengaruh dengan pancingan berbentuk kewangan dan ekonomi
memandangkan taraf hidup di zaman moden semakin tinggi. Akhirnya, apabila
pihak-pihak berkedudukan tinggi seperti ini dipilih, maka masyarakat
berkemungkinan akan ditimpa kesusahan diatas faktor yang mungkin berlaku
seperti pemimpin yang tidak berkebolehan mentadbir dan pemimpin yang hanya
menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri dan rakyat akan ditindas.

3.5 Kurang Berkesan Semasa Negara Menghadapi Krisis

Amalan sistem demokrasi merupakan sistem yang tidak berkesan semasa


sesebuah negara sedang menghadapi krisis. Hal ini berlaku kerana disebabkan
amalan demokrasi berdasarkan amalan membincangkan sesuatu isu dan
kemudian mendapat persetujuan ramai. Maka, proses ini akan melambatkan
proses menghasilkan sesuatu keputusan atau sesuatu dasar. Misalnya di
Jerman (1920-1932), corak pemerintahan demokrasi tidak bertindak segera

15
mengatasi masalah ekonomi negara, dan keadaan ini telah menjadikan ekonomi
teruk. Ada yang berpendapat bahawa demokrasi sebenarnya hanya sesuai dan
sangat berguna dalam sebuah kerajaan yang kecil sahaja dan mempunyai
fungsi-fungsi kerajaan yang sedikit.

4.0 KESIMPULAN

Malaysia mengamalkan konsep Demokrasi Berparlimen di mana Parlimen


merupakan badan legislatif yang berkuasa dalam menggubal rang undang-
undang negara. Selain itu, Parlimen merupakan tempat utama di mana proses-
proses seperti membuat undang-undang, akta, mengawal dan mengawasi
perbelanjaan am kerajaan ditentukan.

Walaubagaimanapun, hak-hak rakyat terpelihara di bawah Perlembagaan


Negara dan Parlimen tidak boleh sesuka hati membatalkan sesuatu undang-
undang seperti yang dilakukan oleh Parlimen Britain. Ini adalah kerana Parlimen
Malaysia memperolehi peruntukan kuasa dari Perlembagaan. Dengan ini, hak-
hak dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembangan adalah terjamin.
Demokrasi di negara adalah demokrasi terkawal atau demokrasi terbatas tetapi
kawalan itu wujud untuk melindungi kedudukan dan kepentingan umum yang
lebih besar jumlahnya.

Kesimpulannya, bolehlah kita katakan bahawa Malaysia masih


mengamalkan konsep demokrasi dengan mengasaskan kepada konsep
demokrasi berparlimen. Selain itu, orang ramai masih bebas bersuara walaupun
peluang untuk menyuarakan sesuatu itu kian terbatas lantaran pelbagai
peraturan-peraturan baru yang dikeluarkan oleh pemerintah dari semasa ke
semasa.

16

Anda mungkin juga menyukai