Modul Mulus Bahagian A
Modul Mulus Bahagian A
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
3
2
1
5
Contoh-contoh ayat:
1. Abang Ah Leng memangkas pokok bunga di halaman rumah supaya kelihatan
kemas.
2. Kakak Ah Leng menghidangkan minuman petang di atas meja untuk semua ahli
keluarga.
3. Ibu Ah Leng menyiram pokok bunga di tepi rumah supaya kelihatan segar
4. Ah Leng membersihkan longkang yang dipenuhi sampah sarap supaya aliran air
tidak tersumbat.
5. Bapa Ah Leng memotong rumput di halaman rumah menggunakan mesin
pemotong rumput dengan berhati-hati.
6. Dua ekor anjing peliharaan keluarga Ah Leng berkejar-kejaran di halaman rumah.
2
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana perkelahan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
6
2 7
3
5
1 4
8
Contoh-contoh ayat:
1. Ai Ling memegang sebiji bola untuk dibawa bersama ke tempat perkelahan.
2. Ah Kuan mengangkat sebuah kotak untuk dimasukkan ke dalam kereta bapanya
sebelum pergi berkelah.
3. Ah Chong membantu bapanya memasukkan barang-barang ke dalam but
kereta.
4. Ibu membawa sebuah bakul yang berisi makanan dan minuman.
5. Ai Ling membina istana pasir yang cantik di tepi pantai.
6. Ah Kuan menaikkan layang-layang sambil berlari di tepi laut.
7. Ah Chong membantu bapanya mendirikan khemah di tepi pantai setibanya
mereka di tempat perkelahan.
8. Ibu menghidangkan makanan dan minuman sambil duduk di bawah sebatang
pokok yang rendang.
3
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di dapur. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
tersebut.
5
4
1 2 3
Contoh-contoh ayat:
1. Kakak menggoreng ikan untuk dijadikan hidangan makan tengah hari.
2. Adik makan sekeping sandwic di meja sebagai alas perut sambil menonton
televisyen.
3. Ibu memotong sayur sawi untuk dimasak dan dihidangkan semasa makan tengah
hari.
4. Bapa mengambil sekotak susu segar dari dalam peti sejuk untuk diminum.
5. Abang menumbuk cili dengan lesung batu untuk dimasak bersama sayur.
4
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di dusun. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
tersebut.
4
2
1 3
Contoh-contoh ayat:
1. Adik memerhatikan nenek mengopek buah durian di bawah pondok di dusun itu.
2. Nenek mengopek buah durian menggunakan sebilah pisau dengan berhati-hati.
3. Emak mengutip buah-buah durian yang gugur di dusun itu untuk dimasukkan ke
dalam bakul.
4. Bapa mengait buah rambutan yang sedang masak ranum di dusun itu dengan
sebatang galah yang panjang.
5. Abang memanjat tangga dengan berhati-hati untuk memetik buah manggis.
5
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
2
3
1
Contoh-contoh ayat:
1. Ibu Ali menatang sedulang minuman untuk dihidangkan kepada ahli keluarga
yang sedang bergotong-royong.
2. Datuk Ali sedang mengikat karung guni yang mengandungi sampah sarap
supaya sampah sarap itu tidak bertaburan.
3. Ali dan kakaknya mencabut rumput di sekeliling pokok bunga itu supaya kelihatan
cantik.
4. Dua orang abang Ali sedang mengecat dinding rumah supaya kelihatan lebih
cantik dan ceria.
5. Bapa Ali menolak kereta sorong yang mengandungi rumput dan ranting untuk
dibuang ke tempat pembuangan sampah.
6
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di kawasan perkelahan. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.
8
6
5
7 3
2
1
4
Contoh-contoh ayat:
1. Dua orang kanak-kanak lelaki sedang membina istana pasir yang cantik di tepi
pantai itu.
2. Kakak membantu ibu menghidangkan makanan yang dibawa dari rumah.
3. Ibu menghidangkan makanan yang telah disediakan untuk disajikan kepada ahli
keluarga semasa perkelahan itu.
4. Bapa duduk di atas kerusi sambil membaca senaskhah majalah yang baru dibeli.
5. Dua orang kanak-kanak sedang mandi-manda di laut menggunakan pelampung
untuk keselamatan diri mereka.
6. Dua orang pemuda bersiar-siar di tepi pantai sambil menjinjing kasut masing-
masing.
7. Seorang budak lelaki mengejar seekor ketam batu dengan ranting kayu.
8. Seorang pengunjung mengambil gambar rakannya yang berdiri di tepi pantai itu.
7
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di belakang rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
4
5
6
1 2
Contoh-contoh ayat:
1. Kakak mengesat peluh di dahinya dengan sehelai sapu tangan.
2. Adik membantu ibu memasukkan terung yang dipetik ke dalam sebuah bakul.
3. Ibu memetik terung yang telah matang di halaman rumah untuk dijadikan sayur.
4. Abang menolak kereta sorong yang mengandungi sampah sarap untuk dibuang
ke tempat pembuangan sampah.
5. Bapa membubuh baja pada pokok bunga supaya hidup dengan lebih subur.
6. Datuk mengumpul daun kering di bawah pokok yang rendang dengan pencakar
sampah.
8
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
6 4 3
5
2
1
Contoh-contoh ayat:
1. Adik sedang menyiram pokok bunga supaya lebih segar.
2. Ibu sedang menyidai pakaian yang baru dicuci di halaman rumah.
3. Bapa memotong rumput menggunakan mesin pemotong rumput dengan berhati-
hati.
4. Abang menunggang basikal di halaman rumah untuk mengeluarkan peluh
supaya badan lebih sihat.
5. Datuk berehat di atas bangku sambil memerhatikan bapa yang sedang
memotong rumput.
6. Nenek berbual-bual dengan datuk sambil duduk di bawah sebatang pokok yang
rendang.
9
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
5
3
4 2
1
Contoh-contoh ayat:
1. Ibu Devi menggemburkan tanah di dalam pasu bunga supaya pokok bunga
hidup subur.
2. Bapa Devi memotong rumput menggunakan mesin pemotong rumput dengan
berhati-hati.
3. Datuk Devi sedang duduk di bawah pokok yang rendang sambil membaca surat
khabar.
4. Abang Devi sedang memberi makanan kepada dua ekor arnab peliharaannya
agar tidak mati kelaparan.
5. Devi sedang mengalih dan menyusun pasu bunga di tepi rumah agar kelihatan
cantik dan tersusun.
10
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
3 6
5
4
1
2
Contoh-contoh ayat:
1. Kakak Lina menghidangkan sepinggan kuih kepada ahli keluarga semasa minum
petang di luar rumah.
2. Abang Lina sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi
menyelesaikan tugasan yang diberi oleh gurunya.
3. Bapa Lina sedang merakam gelagat ahli keluarganya dengan kamera perakam
video.
4. Datuk Lina sedang memegang segelas minuman sambil memerhatikan abang
yang tekun melayari internet.
5. Nenek Lina berbual-bual dengan datuknya sambil memegang secawan
minuman dengan tangan kanannya.
6. Ibu Lina sedang menuang air kopi ke dalam cawan sambil mendengar cerita
daripada nenek.
7. Lina sedang tekun membaca buku cerita sambil duduk di atas buaian.
11
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana semasa sambutan hari jadi. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.
4 7
2 6
1 5
Contoh-contoh ayat:
1. Ibu Aimi meletakkan lilin di atas kek sebelum majlis sambutan hari lahir bermula
2. Aimi menyapu lantai dengan sebatang penyapu supaya kelihatan bersih.
3. Abang Aimi membantu bapa menggantung belon pada siling rumah.
4. Bapa Aimi menggantung belon pada siling rumah menggunakan tangga.
5. Aimi meniup api lilin di hadapan kawan-kawannya semasa majlis sambutan hari
lahirnya.
6. Kawan-kawan Aimi bertepuk tangan semasa Aimi meniup lilin.
7. Rakan-rakan Aimi menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ untuk meraikan hari lahir
Aimi yang kedua belas tahun.
12
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
4
5
1 2
Contoh-contoh ayat:
1. Nek Limah menyapu dedaun kering yang gugur di halaman rumah supaya
halaman rumah menjadi bersih dan ceria.
2. Mak Senah menaburkan makanan kepada beberapa ekor ayam peliharaan
supaya tidak kelaparan.
3. Fuad menambat seekor kambing pada sebatang tunggul supaya kambing itu
tidak merayau ke tempat lain.
4. Tok Awang duduk bersandar pada sebatang pokok yang rendang sambil
membaca senaskhah surat khabar.
5. Pak Abu membajak sawah menggunakan seekor kerbau yang dipeliharanya.
13
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di bilik darjah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
2
1
4
5
6
7
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang murid lelaki sedang mengelap tingkap dengan sehelai kain.
2. Dua orang murid perempuan membaca notis yang ditampal pada papan
kenyataan.
3. Abu membersihkan papan tulis supaya bersih dan kemas.
4. Amira dan Aminah bertugas menyapu sampah di dalam kelas.
5. Penolong ketua kelas meletakkan sebuah pasu bunga di atas meja guru.
6. Seorang murid lelaki sedang menyusun meja di dalam kelas .
7. Omar bertugas menyusun kerusi supaya teratur.
14
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana pada hari kantin. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
3
8
1 5
4 2
6 7
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang guru wanita sedang menjual air minuman kepada dua orang pelajar.
2. Abu membeli beberapa ketul kuih di gerai Cikgu Siti.
3. Seorang pemuda sedang memasang tanda harga bagi memudahkan urusan jual
beli.
4. Cikgu Salim sedang membakar sate untuk dijual kepada para pelajar sekolahnya.
5. Dua orang pelajar sedang berbual-bual dengan rancaknya di bawah sebuah
khemah.
6. Dua orang murid berbaris di hadapan gerai minuman untuk membeli minuman.
7. Johan membuang sampah ke dalam tong sampah bagi memastikan kebersihan
pada Hari Kantin terjaga.
8. Seorang pelajar sedang memilih kuih-muih yang dijual di gerai Cikgu Siti.
15
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di kantin sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
3
4
6
2
8
Contoh-contoh ayat:
1. Beberapa orang murid sedang menjamu selera di kantin sekolah.
Seorang murid lelaki membawa mangkuk yang berisi sup panas sambil berjalan
2.
dengan perlahan-lahan.
Ramai murid yang berbaris menunggu giliran untuk membeli makanan
3.
kegemaran mereka.
Pakcik Manan sibuk melayan murid-murid yang hendak membeli makanan yang
4.
dijualnya.
Siti membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di kantin sekolah
5.
itu.
Dua orang pengawas sedang mengawasi murid-murid yang berbaris untuk
6.
membeli makanan.
Kamal mencuci tangannya sehingga bersih sebelum makan supaya tidak
7.
dijangkiti penyakit.
Rina meletakkan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang
8.
disediakan di kantin sekolah itu.
16
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di perpustakaan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
3
1 2
7
6
5
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang pustakawan sedang menyusun buku-buku dengan rapi di atas rak buku.
2. Encik Abu duduk di atas sofa sambil membaca senaskhah surat khabar.
3. Seorang pustakawan sedang melayan murid-murid yang hendak meminjam
buku di kaunter perpustakaan.
4. Dua orang murid perempuan sedang beratur untuk meminjam buku di kaunter
perpustakaan.
5. Ahmad sedang mencari buku yang sesuai untuk dipinjam sebagai bahan rujukan.
6. Halimah sedang mengutip buku perpustakaan yang terjatuh dari rak.
7. Empat orang pelajar sedang berbincang mengenai pelajaran mereka di meja
perpustakaan.
17
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di taman sains. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
3
2
5
4
1
6 7
Contoh-contoh ayat:
1. Suraya sedang menanam pokok bunga ke dalam pasu bunga.
2. Mei Mei sedang memerhatikan Suraya yang sedang menanam pokok bunga.
3. Ravi sedang menyiram pokok bunga yang terletak di hadapan bangunan agar
tidak layu.
4. Ali sedang membuang sampah yang dikumpulkannya ke dalam tong sampah.
5. Dua orang murid sedang membersihkan kolam ikan dengan menggunakan
berus.
6. Seorang pelajar lelaki sedang mencabut rumput yang tumbuh berdekatan pagar.
7. Dua orang pelajar lelaki menggunakan surat khabar untuk mengalas lantai ketika
mengecat pagar supaya tidak kotor.
18
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di bilik rawatan gigi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
4
2
5
3
1
6
7
Contoh-contoh ayat:
1. Sekumpulan pelajar sedang mendengar penerangan mengenai gigi yang
disampaikan oleh seorang jururawat .
2. Seorang jururawat sedang memberikan penerangan kepada para pelajar
mengenai penjagaan gigi yang betul.
3. Beberapa orang pelajar sedang berbaris sambil menunggu giliran bagi
mendapatkan rawatan gigi.
4. Seorang guru sedang mengawasi murid-muridnya yang berbaris di hadapan bilik
rawatan gigi.
5. Seorang doktor sedang memberikan rawatan gigi kepada seorang murid sekolah.
6. Seorang jururawat yang berada di luar bilik rawatan bertugas mendaftarkan
nama pelajar yang ingin mendapatkan rawatan pergigian.
7. Seorang jururawat sedang memujuk seorang pelajar yang menangis kerana
ketakutan.
8. Seorang pelajar sedang menangis ketakutan sambil dipujuk oleh jururawat.
19
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di padang. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
tersebut.
6
5
7
1 3
Contoh-contoh ayat:
1. Sekumpulan pelajar sedang bermain bola dengan riang di padang sekolah.
2. Siti melambung bola ke arah rakannya sambil diperhatikan oleh rakan yang lain.
3. Cikgu Badrul memerhatikan para pelajarnya bermain bagi memastikan
keselamatan mereka terjamin.
4. Ali sedang mengambil gelung rotan yang telah tersedia di atas padang sekolah.
5. Seorang pelajar sedang berlari di kawasan padang sekolah.
6. Dua orang murid perempuan bermain gelung rotan bersama-sama dengan
gembira.
7. Ani menyambut bola yang dilambung oleh rakannya dengan berhati-hati.
20
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di tapak perkhemahan. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.
2
3 7
6
4
5
Contoh-contoh ayat:
1. Tiga orang pelajar sedang bermandi-manda di kawasan air terjun berdekatan
tapak perkhemahan.
2. Seorang guru sedang memerhatikan pelajarnya yang sedang membuat aktiviti
berkhemah.
3. Dua orang pelajar sedang berbincang di kawasan luar khemah mereka.
4. Seorang pelajar sedang membasuh baju di atas seketul batu besar yang
terdapat di tepi air terjun.
5. Seorang pelajar sedang menyalakan api yang digunakan untuk memasak air.
6. Ahmad sedang membawa beberapa batang kayu yang dikutipnya di kawasan
hutan.
7. Dua orang pelajar sedang mendirikan khemah sebagai tempat berteduh sambil
berbual-bual.
21
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di taman sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
1 3
Contoh-contoh ayat:
1. Ahmad mencabut rumput yang tumbuh di taman sekolah lalu dimasukkan ke
dalam karung sampah.
2. Rita menyiram pokok bunga berhampiran pagar supaya sentiasa cantik dan
subur.
3. Seorang pelajar perempuan sedang memberi makanan kepada ikan yang
dipelihara di dalam kolam taman sekolah.
4. Dua orang pelajar sedang menanam pokok bunga di taman sekolah untuk
mencantikkan kawasan taman sekolah.
5. Ali memangkas daun pokok bunga menggunakan gunting pokok supaya kemas
dan rapi.
22
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di makmal sains. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
2
4
1
3
6
7
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang guru sedang memberi penerangan kepada beberapa orang pelajarnya
tentang mentol.
2. Tiga orang pelajar mendengar penjelasan guru sains mengenai mentol dengan
tekun.
3. Dua orang pelajar sedang memerhatikan alatan sains yang terdapat di dalam
makmal sains.
4. Sani menggunakan sebuah mikroskop yang tersedia di dalam makmal sambil
diperhatikan oleh rakannya.
5. Dua orang pelajar perempuan cuba menggunakan stetoskop untuk mendengar
bunyi degupan jantung.
6. Dua orang pelajar lelaki sedang menjalankan ujikaji di salah satu sudut makmal.
7. Mazni melihat ujikaji yang dilakukan oleh dua orang rakannya dengan penuh
minat.
23
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana perlawanan bola sepak. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.
4
3
1
5
2
1. bersorak-sorai 4. menggelecek
2. berlari 5. menjaga gawang
3. mengadili perlawanan
Contoh-contoh ayat:
1. Para penonton bersorak-sorai untuk memberikan sokongan semasa menyaksikan
permainan bola sepak antara pasukan Tuah Hebat dan Jebat Wira.
2. Ahmad berlari ke hadapan sebagai persediaan untukmelakukan serangan ke
arah pintu gol pihak lawan.
3. Abu telah ditugaskan sebagai pengadil pertandingan untuk mengadili
perlawanan bola sepak itu dengan adil.
4. Ali beraksi dengan lincah ketika mengelecek bola melepasi pemain lawan untuk
menjaringkan gol.
6. Sabran menjaga gawang pasukannya bagi memastikan tiada bola yang dapat
membolosi pintu gol pasukannya.
24
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di pintu pagar sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.
3
2
5
4
1
6
Contoh-contoh ayat:
1. Ahmad turun dari kereta ayahnya setelah kereta itu berhenti di hadapan
perkarangan sekolah.
2. Beberapa orang pelajar yang baru tiba sedang berjalan masuk ke dalam
kawasan sekolah.
3. Seorang pengawas yang bertugas di pintu pagar sekolah sedang mengawasi
pelajar yang baru tiba.
4. Encik Abu menghantar anaknya ke sekolah dengan menunggang motosikal.
5. Beberapa orang pelajar sedang turun dari bas sekolah dengan riangnya.
6. Seorang pengawal lalu lintas bertugas mengawal lalu lintas bagi memastikan
keselamatan pelajar.
25
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana gotong-royong di sebuah kawasan perumahan. Tulis lima
ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.
6 7
5 8
1 3 4
2
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang lelaki sedang menyapu sampah sarap di tepi jalan raya.
2. Seorang budak lelaki mengikat beg sampah yang berisi sampah sarap.
3. Dua orang wanita menyediakan makanan untuk orang ramai.
4. Seorang wanita sedang mengisi air minuman ke dalam gelas.
5. Dua orang lelaki memasukkan ranting-ranting pokok ke dalam lori.
6. Tiga orang kanak-kanak sedang melonggokkan ranting-ranting pokok untuk
dimasukkan ke dalam lori.
7. Seorang lelaki mengisi daun-daun kering ke dalam guni.
8. Encik Abu menyapu daun-daun kering dengan penyapu.
26
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di sebuah bank. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
5
4
3
2
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang pemuda sedang mengisi borang untuk memasukkan wang ke dalam
bank.
2. Seorang lelaki beratur untuk mengambil nombor giliran.
3. Seorang wanita mengambil nombor giliran sebelum berurusan di kaunter.
4. Seorang pengawal keselamatan sedang berkawal di pintu masuk bank.
5. Dua orang pelanggan sedang berurusan di kaunter bank.
6. Beberapa orang pelanggan menunggu giliran di ruang menunggu.
27
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di sebuah kedai buku. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.
4
6
5
2
3
Contoh-contoh ayat:
1. Juruwang Kedai Buku Gemilang sedang melayan seorang pelanggan yang
hendak membeli buku.
2. Seorang wanita berdiri di tepi kaunter untuk membuat pembayaran terhadap
buku yang dibelinya.
3. Dua orang budak meminta ibu mereka membeli buku yang telah dipilih oleh
mereka.
4. Seorang pelanggan sedang menanyakan sesuatu kepada pekerja kedai buku itu.
5. Dua orang pekerja sedang menyusun buku di rak buku supaya kemas dan teratur.
6. Beberapa orang pelanggan sedang memilih buku yang diminati oleh mereka di
Kedai Buku Gemilang.
1. beratur 6.
2. membaca buku 7.
3. membelek-belek buku 8.
28
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di sebuah pasar raya. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.
6
5
4
2
1 3
Contoh-contoh ayat:
1. Dua orang pelanggan sedang beratur untuk membuat pembayaran di kaunter
pembayaran.
2. Seorang pelanggan mengeluarkan wang dari dompetnya untuk membayar
harga baju yang dibelinya.
3. Juruwang sedang mengira jumlah harga barangan yang dibeli oleh seorang
pelanggan.
4. Seorang lelaki mendukung anaknya sementara menunggu isterinya membuat
pembayaran.
5. Seorang wanita memberikan sehelai baju kepada anaknya untuk dicuba di bilik
persalinan.
6. Dua orang wanita sedang memilih pakaian yang terletak di dalam rak.
1. menolak troli 6.
2. menyusun barang-barang 7.
3. melayan pelanggan 8.
4. mencuba pakaian 9.
5. 10.
29
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di sebuah pasar. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
5
4
3
6
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang wanita memimpin tangan anak lelakinya sambil berjalan menuju ke gerai
yang menjual sayur-sayuran.
2. Seorang penjual ikan menyusun ikan-ikan di gerainya supaya kemas dan teratur.
3. Seorang penjual sayur sedang menimbang sayur sawi yang dipilih oleh seorang
pelanggan.
4. Seorang wanita menyerahkan sayur yang telah dipilihnya kepada penjual sayur
untuk ditimbang.
5. Seorang penjual buah memanggil pelanggan datang ke gerai buah-buahannya.
6. Seorang lelaki yang bertopi menolak troli yang berisi seraga sayur.
30
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di pejabat pos. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
3 4 5
6
2
1
Contoh-contoh ayat:
1. Dua orang wanita sedang mengutip beberapa helai kertas dan dokumen yang
terjatuh di lantai.
2. Seorang budak lelaki memimpin tangan datuknya sambil menyuruh datuknya
duduk di kerusi yang disediakan di pejabat pos itu.
3. Seorang kaki tangan pejabat pos sedang melayan pelanggan yang memerlukan
bantuan.
4. Seorang lelaki sedang menanyakan sesuatu kepada kakitangan Pos Malaysia
yang bertugas di kaunter pertanyaan.
5. Dua orang pelanggan beratur sambil menunggu giliran untuk berurusan di
kaunter.
6. Seorang pelanggan sedang berurusan di kaunter pejabat pos itu.
4. mengisi borang 9.
31
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di sebuah pusat servis kereta. Tulis lima ayat yang
lengkap tentang gambar tersebut.
5 6
1 2 3
Contoh-contoh ayat:
1. Mekanik pusat servis kereta itu sedang menservis enjin sebuah kereta.
2. Seorang pelanggan sedang berurusan dengan kakitangan pusat servis kereta itu.
3. Kakitangan pusat servis kereta sedang melayan pelanggan yang menghantar
keretanya untuk diservis.
4. Seorang lelaki memandu keretanya memasuki pusat servis kereta dengan berati-
hati.
5. Seorang wanita sedang membuat pembayaran di kaunter pembayaran selepas
keretanya diservis.
6. Tiga orang pelanggan membaca akhbar sementara menunggu kereta mereka
diservis.
1. mengepam tayar 6.
2. berbual-bual 7.
3. 8.
4. 9.
5. 10.
32
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di sebuah restoran. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
5 7
6
4
2
1 3
Contoh-contoh ayat:
1. Dua orang pelanggan restoran berbual-bual sementara menunggu makanan
yang dipesan oleh mereka.
2. Sebuah keluarga menunggu dengan sabar makanan mereka dihidangkan oleh
pekerja restoran itu.
3. Pelayan restoran yang mesra menghidangkan makanan yang dipesan oleh
sebuah keluarga.
4. Seorang pelayan sedang menatang dulang yang berisi seekor ikan yang telah
dimasak.
5. Seorang pelayan sedang menghulurkan menu makanan yang terdapat di
restoran itu kepada sepasang suami isteri.
6. Seorang pekerja restoran sedang mengelap meja dengan sehelai kain buruk.
7. Seorang pekerja menatang beberapa biji pinggan dan cawan yang telah
digunakan untuk dicuci.
33
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di sebuah stesen bas. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.
1 3
2 5
4
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang pekerja kaunter bas ekspres sedang melayan pelanggan yang hendak
membeli tiket bas.
2. Beberapa orang pelanggan beratur di hadapan kaunter untuk membeli tiket bas.
3. Seorang wanita memujuk anaknya yang sedang menangis di dalam troli.
4. Seorang pemuda yang bertopi berjalan-jalan sambil mendengar radio.
5. Seorang wanita yang sedang hamil membaca majalah sambil duduk di bangku
yang disediakan di stesen bas itu.
6. Seorang lelaki duduk di atas bangku sambil menunggu bas yang belum tiba.
1. berbual-bual 6.
3. 8.
4. 9.
5. 10.
34
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana ketika membina sebuah rumah. Tulis lima ayat yang
lengkap tentang gambar tersebut.
5
6
2
1 4
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang pekerja sedang menghulurkan atap kepada rakannya yang berada di
atas bumbung.
2. Seorang lelaki memanjat tangga untuk naik ke bumbung rumah.
3. Seorang pekerja sedang mencampurkan simen dan pasir untuk dijadikan lantai
rumah itu.
4. Seorang pekerja mengecat dinding rumah yang sedang dibina itu dengan warna
putih.
5. Seorang pekerja sedang memaku bumbung rumah itu menggunakan tukul.
6. Seorang pekerja sedang memasang atap rumah yang sedang dibina itu dengan
berhati-hati.
1. berehat 6.
2. membancuh simen 7.
3. menyodok pasir/tanah 8.
35
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di sebuah perhentian bas. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.
1 2 3 4
Contoh-contoh ayat:
1. Beberapa orang penumpang beratur untuk menaiki bas.
2. Seorang lelaki membaca surat khabar sementara menunggu ketibaan basnya.
3. Seorang wanita memimpin tangan anaknya sambil berjalan menuju ke arah bas
yang sedang berhenti
4. Seorang pemuda berbual-bual dengan kawannya menggunakan telefon bimbit.
5. Seorang penjual surat khabar sedang melayan seorang kanak-kanak yang
hendak membeli gula-gula di gerainya.
6. Seorang lelaki yang bertali leher sedang menuruni tangga jejantas untuk ke
perhentian bas.
1. berbual-bual 6.
2. mendukung anak 7.
3. 8.
4. 9.
5. 10.
36
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana perbarisan Hari Kebangsaan. Tulis lima ayat yang
lengkap tentang gambar tersebut.
5
4
3
1
Contoh-contoh ayat:
1. Anggota pasukan keselamatan berbaris sambil memberi tabik hormat kepada
tetamu kehormat yang berada di atas pentas.
2. Seorang pelancong mengambil gambar foto perbarisan sempena Hari
Kebangsaan itu.
3. Seorang lelaki mendukung anak kecilnya sambil menyaksikan perbarisan Hari
Kebangsaan.
4. Tetamu kehormat yang berdiri di atas pentas membalas tabik hormat yang
diberikan oleh pasukan keselamatan.
5. Orang ramai berpusu-pusu menyaksikan perbarisan sempena Hari Kebangsaan.
1. 6.
2. 7.
3. 8.
4. 9.
5. 10.
37
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat
Gambar menunjukkan suasana di taman rekreasi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar tersebut.
3 6
1
2
Contoh-contoh ayat:
1. Seorang lelaki berehat di bangku batu sambil membaca surat khabar.
2. Seorang budak lelaki memimpin tangan datuknya serta membawanya bersiar-siar
di taman rekreasi.
3. Seorang pekerja majlis perbandaran sedang memangkas ranting-ranting pokok
supaya lebih kemas dan menarik.
4. Dua orang budak membeli ais krim daripada seorang peniaga.
5. Seorang budak perempuan sedang membuang sampah ke dalam tong sampah
yang disediakan di taman rekreasi itu.
6. Sepasang suami isteri berjoging di taman rekreasi itu untuk menyihatkan badan
mereka.
38