Anda di halaman 1dari 14

NOTA- GAYA BAHASA

Nada dalam sajak


Melankolik -sedih
Patriotisme -Cinta akan negara
Sinis -Mengejek / menyindir
Romantis/Romantik -Kegembiraan / kebahagiaan
Protes -Membangkang
Ironi -Keadaan yang menunjukkan penentangan
Ode / Oda -Memuji atau menyanjung

Bentuk dalam sajak


Distikhon -----Dua baris setiap rangkap
Terzina -----Tiga baris setiap rangkap
Kuatren -----Empat baris setiap rangkap
Kuantren -----Lima baris setiap rangkap
Sestet -----Enam baris setiap rangkap
Septet -----Tujuh baris setiap rangkap
Oktaf -----Lapan baris setiap rangkap
Soneta -----Empat belas baris setiap rangkap

Glosari Istilah Gaya Bahasa


1. Anafora - pengulangan kata pada awal baris.
Contohnya, Tiap insan mengecap nikmat merdeka, Tiap saat menghirup segar uadara
kebebasan,

2. Epifora - pengulangan perkataan pada akhir baris.


Contohnya, Fajar hilang ditelan sibuk kota, Tawaku kemarau di dada kota,

3. Responsif - pengulangan kata pada tengah baris.


Contohnya, Kemerdekaan adalah milik kami, Kebebasan adalah impian semua,
4. Hiperbola- gaya bahasa perbandingan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihan-
lebihan. Contohnya, Darah mengalir menganak sungai, Dia berendam air mata.

5. Hybrid - penggabungan dua patah kata.


Contohnya, menyinarresap, sedihpilu.

6. Inversi - pembalikan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya
menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu.
Contohnya,terasa sekali dingin angin.

7. Metafora - gabungan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna asal. Pada
kebiasaannya, mengandungi 2 patah perkataan gabungan kata konkrit dan abstrak.
Contohnya, jentera ingatan, gunung harapan,fajar cemerlang.

8. Personifikasi - gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada


benda,haiwan dan tumbuhan.
Contohnya, hatiku dimamah sepi, mentari tersenyum riang.

9. Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan menggunakan


benda lain sebagai lambang. Contohnya,’merpati’ melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘gunung’
melambangkan ‘cita-cita.’

10. Simile- gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang
lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama, bak,bagai, macam, laksana.
Contohnya, ibuku bagaikan pelita, dia berjalan laju seperti angin

11. Perbandingan terus Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak,
seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana.
Contohnya, tanahair adalah ibundaku, guruku mentari bersinar.

12. Sinkof-kata singkatan.


Contohnya, nak, saja, kau, tak, dah.
13. Kata ganda- kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni,
daun-daun.

14. Alusi- penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu. Contohnya,
Dengan langkah Hang Tuah, dia melonjakkan nama negara.

15. Asonansi – pengulangan bunyi vokal dalam baris. Contohnya, asonansi a, mereka
mencipta jaya.

16. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan dalam baris. Contohnya, aliterasi k, akan
kukendong impian keluarga.

17. Rima
i. Bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada
dua baris dalam puisi
ii. Terdapat rima awal, rima dalam dan rima akhir
iii. Perhatikan rima pantun berikut:
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu,
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah di saun kayu.

18. Perlambangan
i. Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau
peristiwa yang membawa maksud yang lain atau makna yang lebih mendalam,
ii. Contohnya bunga melambangkan perempuan, senjamelambangkan usia yang
telah tua dan pagi melambangkan usiamuda

19. Repetisi adalah perulangan bunyi, suku kata, kata atau bagian kalimat yang dianggap
penting untuk memberi tekanan dalam sebuah konteks yang sesuai. 
 Unsur pengulangan berlaku apabila kata, ungkapan, baris, atau rangkap diulang dalam
sajak.
20. Imej alam
Contoh: padi, bulan, rumput.

21. Inversi ialah pembalikan susunan kata.


Contoh: sihat badan wajah berseri (sepatutnya; badan sihat wajah berseri)

22. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa
pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan.

23. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud
yang tepat.
Contoh: benci tetapi rindu.
-menangis dalam kegembiraan 
menangis (unsur negatif) 
kegembiraan (unsur positif) 
-kesepian di tengah ramai

24.antitesis – penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa, ayat dan sebagainya untuk
mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang 

25.analogi – persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakai untuk
dasar perbandingan 

26 bahasa berirama – ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang mendalam


tentang sesuatu peristiwa 
-Tiga bilah lantai terpatah, 
Tiga gelegar yang patah [Puteri Besar Lahir ke Dunia – Tingkatan 2] 
27.Bahasa Inggeris– street fighter, superman, street soccer, futsal, supermarket, 
suspense 
28.bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat
diraja.
29. bahasa kiasan – penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian 
30.bahasa klasik – penggunaan perkataan – perkataan Melayu klasik seperti sebermula,
syahadan, kararlah 
31-istilah sains dan teknologi– virus, skrin LC, karbonit, asid 
32.peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan– melukut di tepi gantang, darah daging
33. simplok – pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama 
-Sayang seribu kali sayang 
34. Imejan -Penggunaan unsur alam
Sungai, laut, bukit, tasik

35. Ironi – gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna yang
lain.
(satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya)
Contoh: kadangkala ada akhir tak ada makna

36. Ambiguiti
Sejenis gaya bahasa yang mempunyai pengertian/tafsiran yang lebih  daripada satu
makna/maksud.
Contoh: Pasang                       
Mereka

Aforisma: Kata-kata pujangga/kata-kata hikmat


Contoh:      Patah tumbuh hilang berganti
Berpantang maut sebelum ajal

Apakop:  Sejenis gaya bahasa/ayat yang menggunakan kata nafi di awal ayat.
Contoh: Bukan duit yang diutamakan. Tidak bercakap dengan orang ramai. 

37. ONOMATOPOIA – Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu perbuatan
cth- angin menderu ru ru ru

Bahasa perbandingan langsung: Sejenis gaya/unsur bahasa yang menggunakan kata


kopula/penegas  dalam ayat. Contoh: Kau adalah ibu pertiwiku/ Malaysia ialah tanah
airku/dll.

Alkaik/klise: Bahasa/perkataan usang yang hampir pupus kerana jarang sekali digunakan.
Contoh: Ilmu hisab/tawarikh/khutub khanah/kolah/ilmu alam/dll.

Satira Bahasa/ayat yang membawa maksud sindiran/mengenakan seseorang. Contoh: Janda


mata duitan itu/perempuan ibu ayam/ayam menang kampung tergadai/dll. 

Bahasa melankolik: Bahasa/ayat yang membawa maksud


sedih/pilu/terharu/hampa/kecewa/sayu. Contoh: Si pengemis itu menitis air mata
mengenangkan nasib malang dirinya yang sebatang kara/Bagiku dalam hidup ini tidak ada
lagi rasa gembira kerana yang selebihnya ialah kesedihan dan penderitaan/dll. 

RETORIK DAN GAYA BAHASA MELAYU KLASIK


Pada umumnya, bahasa merupakan satu daripada wahana perhubungan dan komunikasi
antara manusia. Sebagai satu keperluan sosial, bahasa memang menjadi alat penting dalam
soal menyampaikan maksud. Bahasa lazimnya diertikan sebagai satu sistem lambang
pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh manusia sebagai alat untuk berhubung,
manakala gaya bahasa pula bermaksud cara atau bentuk bahasa yang digunakan dalam
pertuturan atau penulisan untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu.

            Dalam konteks puisi, bahasa adalah alat yang digunakan oleh penyair untuk
memindahkan pengalaman jiwa, iaitu pemikiran serta perasaannya ke dalam puisi. Bahasa
dalam sesebuah puisi perlu juga memperlihatkan kehalusan, kesempurnaan dan kemuliaan
pembentukan serta penyusunannya sebagai syarat-syarat keindahan bahasa sastera,
khususnya puisi untuk menimbulkan kepelbagaian kesan kepada audien pembaca atau
pendengarnya.

               Istilah gaya mempunyai banyak takrifan yang berlainan ungkapannya sehingga
sering kali menimbulkan unsur ketaksaan. Secara keseluruhanya , takrif gaya ini boleh
ditinjau dari segi konsepnya, iaitu dari segi konsep sastera dan dari segi konsep linguistik.
            Dari sudut sejarah, konsep gaya telah wujud sejak dahulu lagi dan ini berkaitan
dengan zaman permulaan fikiran sastera di Eropah. Pada masa itu, gaya seperti ini berhubung
rapat dengan retorik lama. Konsep gaya dari segi retorik lama ini melahirkan suatu cara
berfikir yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Bahasa ialah pengzahiran buah fikiran,
manakala gaya ialah potongan dan fesyen tertentu kepada bahasa tersebut.

            Definisi Gaya

            Bahasa melayu amat kaya dengan gaya. Maksud gaya bahasa yang diberikan oleh
Za’ba ( 1962:71) ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang,
iaitu tentang perkataanya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunan atau bentuk
pembahasaan. Za’ba membahagikan gaya bahasa melayu kepada dua, iaitu gaya cakap mulut
dan gaya surat. Kedua-dua gaya ini boleh disebut sebagai gaya melayu betul dan gaya bukan
melayu. Gaya melayu betul ini merangkumi ungkapan  seperti sakit benar, sakit sangat, sakit
berat, dan kuat sakitnya. Akan tetapi ,ungkapan seperti “banyak sakit” itu tidak termasuk
dalam gaya melayu betul, sebaliknya ia merupakan gaya bukan melayu.

            Maksud gaya bahasa dijelaskan lagi oleh Nik Safiah Karim (1988) yang menganggap
gaya sebagai cara mengungkapkan bahasa, iaitu cara bertutur, menulis dan seterusnya. Gaya
bahasa lazimnya melibatkan aspek-aspek kesesuaian penggunaan perkataan, frasa, ayat, dan
ungkapan tertentu.

            Watkin et.al (1865) pula menyebut: “Style is the manner of writing, the way the writer
expresses his thoughts in language. Effective writing always involves the choice of words
within sentences which basically express the same idea may seem vastle difference is usually
due too style… The pattern and rhythm of your sentences should be varied, pleasing and
appropriate to your subject matter and your own personality.”

            Oleh itu, gaya boleh saja berdasarkan kebolehan individu mengungkapkan kata-kata,
berdasarkan masa (gaya lama, gaya klasik, dan gaya moden), medium atau bahasa pengantar
(gaya Melayu, gaya Inggeris, dan gaya Arab), berdasarkan subjek atau bidang, misalnya
falsafah, ilmiah, gaya popular atau pilihan dan gaya deduktif atau pengajaran dan seterusnya
gaya berdasarkan tujuan.
              
Retorik dan gaya bahasa dalam karya agung.

            Gaya merupakan cara untuk menyatakan sesuatu yang lain daripada biasa tanpa
kelainan makna. Gaya juga dikaitkan dengan keindahan yang boleh menyebabkan terhasil
sesuatu karya yang indah. Keindahan yang mempunyai gaya biasanya dikaitkan dengan
bahasa. Gaya bahasa yang indah mampu menarik para pembaca. Karya agung  merupakan
antara karya sastera bahasa Melayu klasik yang banyak menggunakan unsur keindahan dalam
pemakaian gaya bahasanya.

            Gaya bahasa ialah gaya seseorang penulis menggunakan bahasa. Dalam penulisan
karya agung, gaya bahasa yang digunakan ialah gaya bahasa sastera yang mempunyai nilai
estetik yang tinggi. Oleh itu pemakaian bahasanya bukan sahaja bertujuan menyampaikan
idea dan maklumat tetapi penyampaian idea dan maklumat itu menimbulkan rasa keharuan,
di samping meransang daya fikir dan akal pembaca.

               Jika diamati, bentuk karangan melayu dalam kebanyakkan karya agung sering
digugat oleh bentuk karangan gaya kacukan, iaitu gaya karangan yang mengikut susuk atau
cara pembahasan bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Walaubagaimanapun, orang Melayu bijak dalam membezakan dua jenis gaya bahasa Melayu,
iaitu gaya bahasa Melayu betul dan gaya bahasa kacukan. Mereka tidak menganggap bahawa
kacukan sebagai bahasa yang salah bahkan menganggapnya sebagai sejenis gaya, iaitu gaya
bahasa kacukan.

            Menurut Za’ba, banyak karangan melayu bentuk arab yang menurut kaedah jalan
bahasa dan nahu arab. Hanya perkataannya sahaja merupakan perkataan Melayu, itupun
kadang-kala bercampur baur dengan perkataan arab. Karangan Melayu dalam bentuk Arab ini
kurang memberi kesan kepada orang Melayu yang tidak mengetahui bahasa Arab.

Ciri-ciri gaya bahasa dalam karya agung

Pendeta melayu Za’ba (1962:206) telah mengklasifikaskan ragam bahasa melayu kepada 15
jenis seperti yang berikut:

I)                 Bahasa sindiran


II)                Bahasa menggiat

III)              Bahasa mengejek

IV)              Bahasa terbalik

V)                Bahasa merajuk

VI)              Bahasa tempelak

VII)            Bahasa herdik

VIII)           Bahasa melampau

IX)             Bahasa naik

X)              Pertanyaan ingkar

GAYA BAHASA SINDIRAN

Penulis tidak langsung menyampaikan maksudnya dengan menyebutkan dengan tepat.


Sebaliknya, ia mengqiaskan atau mengarahkan kepada hal2 yang lain.

            Contoh :

                         Buah langsat kuning mencelah,


                                   Keduduk tidak berbunga pagi,
                          Sudah dapat gading bertuah,
                                   Tanduk tidak berguna lagi.

(dalam pantun tersebut, seseorang menyindir sahabat atau kekasihnya kerana ia tidak lagi
baik dan elok seperti sahabat atau kekasih yang baru)
Jatuh sebentuk didalam raga
Pecah ditimpa tudung peti
Maka tak mahu masuk berniaga
Seperti bukan lanang yang jati
(hikayat indera mangendera)

                Dalam pantun ini, raya indera manger disindir dan dikatakan bukan seorang lelaki
oleh seorang tuan puteri yang mengajak masuk kedalam istana dan ia pula enggan berbuat
demikian.

                Sebagaimana dalam contoh-contoh diatas, kita dapat melihat banyak contoh gaya
bahasa sindiran daripada karya sastera melayu klasik seperti pantun, hikayat dan lain-lain.
Bahasa melayu lama tidak menunjukkan sesuatu maksud secara lansung. Ini juga boleh
disebut sebagai cirri bahasa melayu. Oleh itu, dapatlah difahami bahawa bahasa melayu
sangat kaya dengan gaya dan sangat halus sifatnya.

 GAYA BAHASA MENGGIAT

Gaya bahasa menggiat ini tidak tepat dan seakan-akan sindiran. Akan tetapi ia tidak
mengandungi kiasan. Maksudnya hanya sekadar mengusik. Kadang-kadang dengan tujuan
untuk bergurau sahaja dan kadang-kadang bersungguh-sungguh sehingga boleh menyebabkan
orang uang digiat berasa malu.

Contoh :

Tak tahukah tuan dia sudah pas darjah Sembilan disekolah orang putih?

(menggiat orang yang mengaku dirinya pandai dissebabkan sudah tamat darjah sembilan)

 GAYA BAHASA MENGEJEK

Bahasa mengejek ialah bahasa yang digunakan untuk mengata seseorang atau sesuatu
kumpulan dengan perkataan yang tepat dan dengan gaya yang menunjukkan keburukan serta
mempermain-mainkan supaya jelas kebodohan orang tersebut, atau supaya ia ditertawakan.
Bahasa mengejek ini akan membangkitkan rasa marah dan sakit hati orang yang dikata itu.

Contoh :

pada hari-hari raya dan terkadang hari jumaat dikenakannyalah jubah kuningnya itu. mereka
pergi ke masjid serta dengan serban kerasnya. Iaitu menunjukkan yang dia sudah haji-padahal
kosong.

Contoh gaya bahasa mengejek diatas boleh menjadi gaya bahasa menggiat, jika disempitkan
sedikit maksudnya dengan perkataan yang tepat.

 GAYA BAHASA TERBALIK

Bahasa terbalik ini ialah bahasa yang menggunakan perkataan yang berlawanan dengan
maksud yang dikehendakidan maksudnya difahami dengan apa yang berlawanan daripada
apa yang dikatakan itu.

Contoh :
Baik budi emak si rending
Dagang lalu ditanakkan
Tidak berkayu rumah diruntuh
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkan
Kera dihutan disusui.
(seloka melayu)

 GAYA BAHASA MERAJUK

 Gaya bahasa merajuk ini adalah juga seperti bahasa terbalik,tetapi ia tidak membawa maksud
seperti bahasa terbalik. Sebenarnya gaya bahasa ini menunjukkan perasaan menarik diri atau
kecil hati oleh sebab sesuatu perbuatan yang dirasakan menghina dan tidak wajar.

Contoh :
sudahlah! Kita pun boleh cari sendiri. Ada nyawa adalah rezeki. Asal diikhtiarkan tak kan
sungguh berharapkan harta orang.

GAYA BAHASA TEMPELAK

Gaya bahasa ini ialah gaya bahasa yang menunjukkan kesalahan seseorang dengan tepat
setelah dilakukannya, supaya ia menyedari ketaksirannya sebelum bertindak, dan supaya ia
beringat pada masa-masa yang akan datang.

Contoh :
waktu mewah harga getah dahulu, tak ingat, sekarang baru tahukan diri.

GAYA BAHASA HERDIK

Gaya bahasa ini juga sama dengan gaya bahasa tempelak. Tetapi tujuannya untuk
menunjukkan kesalahan pada masa sekarang bukan pada masa yang silam dan ia kerap kali
diucapkan dengan kasar serta mengandungi sedikit ejekan.

Contoh :

inilah orang muka tak malu! Hidup dengan minta sedekah sahaja, ke sana menadah ke sini
menjilat!

GAYA BAHASA MELAMPAU

Gaya bahasa melampau ini ialah sejenis ragaman bahasa yang mengatakan sesuatu perkara
itu sangat besar dan sebagainya dengan perkataan melebih-lebihkan sesuatu daripada yang
sebenar. Semua orang yang mendengar faham bahawa yang dikatakan itu adalah tidak benar.

Contoh :

air setitik dilautkan, tanak sekepal digunungkan¡±(yakni perkara yang sedikir dijadikan besar
atau dibahaskan panjang-panjang)
 GAYA BAHASA NAIK

Gaya bahasa naik ialah sejenis ragaman yang menguatkan tujuan kata dengan membawa
gambaran fikiran yang beransur-ansur niak dari dataran yang kendur ke dataran yang semakin
terik dan semakin tegang kepada pembaca. Gaya bahasa naik ini, membawa pendengar dari
bawah selangkah demi selangkah hingga sampai ketengah dan dari tengah, selangkah demi
selangkah pula hingga sampai keatas sekali.

Contoh :
sudahlah sekolahnya kerajaan membuatkan, gaji guru-gurunya pun kerajaan juga
membayarkan, ya! Buku-buku sekolah pun kerajaan membelikan,-bukan itu sahaja, tetapi
sehingga padang bola dan bola yang disepak itu pun daripada limpah kurnia kerajaan juga.

GAYA BAHASA PERTANYAAN INGKAR

Gaya pertanyaan ingkar ialah pembahasnya yang disusun dengan cara pertanyaan, tetapi
bukan pula pertanyaan kerana todak mengetahui sesuatu hal. Maksudnya disini ialah
pertanyaan seolah-olah mengejek yang bertujuan untuk menguatkan jawapan yang telah
dimaklumi atau yang telah dipastikan.

Contoh :

Apakah gunanya kita telah dihantar hidup di dunia ini jikalau tiada tujuan yang lebih tinggi
daripada mencari kesenangan, bersuka-suka, mengirakan faedah diri sendiri dan memasukkan
segala kemahuan hawa nafsu sahaja?

Gaya bahasa lain

Terdapat beberapa ciri gaya bahasa lain dalam karya agung. Antaranya ialah pengunaan
simile. Simile ialah perumpamaan. Perkataan simile berasal daripada bahasa Latin yang
bermaksud ‘seperti’. Simile merupakan perbandingan terus, iaitu membandingkan dua hal
yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita menganggapnya sama. Simile
ditandai dengan kata ‘seperti’, ‘laksana’, ‘bagai’, umpama’, ‘bak’, ‘sebagai’, ‘penaka’,
‘serupa’, ‘ibarat’ dan sebagainya.

            Gaya bahasa simile merupakan antara gaya bahasa yang banyak ditemui dalam karya
agung. Simile digunakan untuk memperindahkan lagi bahasa perbandingan dalam sesuatu
karya agung. Contohnya:

“Cahaya mukanya gilang-gemilang, seperti cahaya matahari”


                                       (Sejarah Melayu, hlm. 25)
“... seperti ular berbelit-belit lakunya”
             (A. Samad, Hikayat Amir Hamzah, hlm. 5)
“... seperti orang berkelahi dalam mimpi”
                                  (Hikayat Abdullah, hlm. 346)

“Dan lagi pula Yamtuan Besar jadi seperti perempuan sahaja, jika diberinya makan maka
baharu makan ia”
                           (Salasilah Melayu-Bugis, hlm. 67)

“... seperti orang memacu kuda lakunya”


                            (Hikayat Amir Hamzah, hlm. 18)

Anda mungkin juga menyukai