Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST

JALAN CENDERASARI, 50480 KUALA LUMPUR

UJIAN KEMAJUAN TAHUN 2020

TINGKATAN DUA
BAHASA MELAYU

MAC
50 Minit Lima Puluh Minit

Nama : ……………………………………… Kelas : …………………………

________________________________________________________________________

ARAHAN :

1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu

2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas
soalan ini.
4. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada
akhir peperiksaan.
5. Kertas ini mengandungi tiga bahagian ; Bahagian A, Bahagian B, dan
Bahagian C. Anda dikehendaki menjawab semua soalan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Bahagian Markah Penuh Markah Diperoleh
Bahagian A 17
Bahagian B 3
Bahagian C 15
35
JUMLAH

___________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak

BAHAGIAN A
[ 17 markah ]
1
Soalan 1 hingga 4
Arahan : Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling
sesuai.

1. Budak perempuan itu menangis ____________ kerana disengat lebah semasa

bermain di belakang rumah datuknya.

A kesedihan C kekesalan
B kesakitan D kekecewaan

2. Puan Ainun ____________ tepung untuk membuat kek bersempena dengan

ulang tahun kelahiran anak bongsunya.

A mengayak C menggoyang
B menyaring D menggoncang

3. Irsyad membatalkan niatnya untuk membeli telefon pintar itu kerana harganya
terlalu ____________ sedangkan wang simpanannya sedikit sahaja.

A tebal C kasar
B berat D mahal

4. Proses ____________ undi bagi pilihan raya di kawasan itu berjalan dengan
lancarnya.

A penyebaran C pemerhatian
B pemarkahan D pembuangan

Soalan 5 hingga 6
Arahan : Ayat-ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat
kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan
telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

5. Masa yang terlalu sempit menyebabkan mereka terpaksa membatalkan hasrat

A B
untuk bermalam di situ. Tiada kesalahan.
C D

6. Lelaki yang terlibat dalam kejadian ragut semalam berdagu lekuk dan kulitnya
A B
sawo matang. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 7 hingga 8

2
Arahan : Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Peristiwa itu masih segar dalam ingatan kami.

II Tumbuh-tumbuhan hidup segar selepas hujan.
III Udara di tepi laut sungguh segar pada waktu senja.
IV Sistem pengurusan di pejabat itu tidak segar sejak akhir-akhir ini.

A I dan II C I, II dan III

B I dan IV D II, III, dan IV

8. I Baju yang dijemur oleh Wen Ying sudah kering.

II Penduduk di kawasan itu tidak pernah kering.
III Waina tidak kering ilmu, sebaliknya dia berkongsi ilmu yang dimiliki
dengan rakannya.
IV Tekak Zafril terasa kering selepas dia bekerja di tengah panas selama
beberapa jam.

A I dan II C I,II dan III

B I dan IV D II, III dan IV

Soalan 9 hingga 10

Arahan : Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah.
Tandakan A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan. Pilih jawapan yang paling sesuai.

9. Puan Roliza dan suaminya bersyukur kerana ketiga orang anak mereka telah
berjaya dalam kerjaya masing-masing.

A ketiga-tiga orang anak mereka C tiga-tiga orang anak mereka

B ketiga orang anak-anak mereka D ketiga orang anak mereka

10. Tujuan program tersebut diadakan ialah untuk memberikan kesedaran kepada
orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.

A ialah untuk memberi C adalah untuk memberikan

B adalah untuk pemberian D ialah untuk memberikan

Soalan 11 hingga 12
Arahan : Pilih peribahasa yang paling sesuai.

11. Murid-murid tidak suka membaca pelbagai bahan bacaan perlu mengubah
sikap mereka agar mereka tidak cetek ilmu pengetahuan.

A Seperti kacang lupakan kulit

B Ikut hati mati, ikut rasa binasa
C Seperti katak di bawah tempurung
D Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

3
12. Abang Dani berusaha dengan gigihnya untuk memastikan perniagaan kraf
tangan yang diusahakannya semakin maju kerana dia percaya bahawa dengan
usahalah segala matlamat yang kita impikan akan tercapai.

A Tepuk dada tanya selera.

B Tiada rotan, akar pun berguna.
C Biar putih tulang, jangan putih mata.
D Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Soalan 13 hingga 17

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PEGUAM BELA: Setiap binatang peliharaan mesti ada tuannya. Tuan

empunya kambing itulah yang perlu dihukum.
PENDAKWA RAYA: Kalau tidak ada yang mahu mengaku?
PEGUAM BELA: Maka kambing itu harus menjadi hak milik pihak yang
berwajib.
HAKIM: Sudah … sudah! Hujah-hujah kamu berdua sudah selesai.
Harap bertenang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian., setelah meneliti

hujah-hujah daripada kedua-dua belah pihak, mahkamah
dengan ini mengambil kesimpulan bahawa pendakwa telah
gagal mengaitkan kes ini dengan tertuduh dan sebaliknya,
peguam bela telah dapat meyakinkan mahkamah tanpa
keraguan bahawa Bulat bin Leper tidak melakukan kecuaian
dan seterusnya dibebaskan daripada tuduhan membunuh Mek
Teh binti Jali secara tidak sengaja.

TERTUDUH 1 mengucapkan terima kasih kepada

PEGUAM BELA dengan penuh kesyukuran.

HAKIM: Dan atas kuasa yang ada pada saya, saya mengeluarkan
perintah supaya tuan kambing itu dicari sampai dapat.
Kalau tidak ada yang mengaku, maka kambing itu menjadi
milik pihak yang berwajib, dan perintah juga dikeluarkan
supaya pintu tong sampah itu dibaiki segera oleh pihak
yang bertanggungjawab. (Mengetuk meja dua kali)

Dipetik daripada drama “Mahkamah”,

Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia

13. Apakah tuduhan yang dikenakan terhadap Bulat bin Leper?

A Tidak mengaku sebagai pemilik kambing.

B Membunuh Mek Teh binti Jali secara tidak sengaja.
C Tidak menjaga kambing peliharaannya dengan baik.
D Tidak membaiki pintu tong sampah yang dirosakkannya.

4
14. Hakim membuat keputusan untuk melepaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan
yang dikenakan terhadapnya berdasarkan

A kegagalan pendakwa raya mencari pemilik kambing.

B kegagalan pendakwa raya membentangkan hujahnya.
C hujah meyakinkan yang dikemukakan oleh peguam belanya.
D kesanggupan peguam bela untuk membaiki pintu tong sampah.

15. Yang berikut ialah keputusan yang ditetapkan oleh Hakim, kecuali

A mencari tuan kambing sehingga dapat.

B menetapkan setiap binatang peliharaan ada tuannya.
C pihak yang bertanggungjawab membaiki pintu tong sampah dengan
segera.
D menetapkan hak pemilikan kambing kepada pihak berwajib jika tidak
ada yang mengaku sebagai pemilik kambing sebenar.

TERTUDUH 1 mengucapkan terima kasih kepada

PEGUAM BELA dengan penuh kesyukuran.

16. Nilai yang terdapat dalam watak Tertuduh 1 berdasarkan ayat di atas ialah nilai

A kesyukuran
B keyakinan
C ketabahan
D keadilan

17. Antara berikut, manakah bukan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan
drama tersebut?

A Masyarakat yang patuh akan pemerintah

B Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan.
C Masyarakat yang menghargai jasa orang lain.
D Masyarakat yang tegas ketika menjalankan tugas.

5
JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF ANEKA PILIHAN (OAP)

BULATKAN PADA JAWAPAN YANG BETUL

SOALAN JAWAPAN
1 A B C D
2 A B C D
3 A B C D
4 A B C D
5 A B C D
6 A B C D
7 A B C D
8 A B C D
9 A B C D
10 A B C D
11 A B C D
12 A B C D
13 A B C D
14 A B C D
15 A B C D
16 A B C D
17 A B C D

BAHAGIAN B
[3 Markah]

Soalan 1 hingga 2
Arahan : Pilih jawapan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.

1. Maruah dirinya ____________ (tercalit, tercalar) apabila dihina sedemikian rupa

oleh rakannya.

2. Dia mempunyai hubungan yang ____________ (rapat, erat) dengan majikannya.

(2 markah)

Soalan 3
Arahan : Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

3. Kakak membeli buku resipi untuk memasak pelbagai jenis lauk sebagai juadah
berbuka puasa di bulan ramadhan nanti.

__________________________________________________________________
(1 markah)

6
BAHAGIAN C
[15 Markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kesan-kesan
pemanasan global. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Pemanasan global bermaksud peningkatan suhu purata dunia. Hal ini merupakan
suatu tanda amaran bahaya kepada manusia kerana alam sekitar kini berada dalam
keadaan tenat sehingga menyebabkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar.
Malah, pemanasan suhu dunia ini mengakibatkan berlakunya peningkatan kandungan gas
karbon dioksida di atmosfera bumi.
Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 15 – 37 peratus daripada 1103
sampel tanaman dan haiwan akan pupus menjelang tahun 2050 kerana pemanasan
global. Suhu dunia yang semakin panas ini juga banyak menyebabkan spesies tumbuhan
dan haiwan tidak dapat bertahan dengan fenomena tersebut. Bilangan haiwan yang
berdarah sejuk, iaitu amfibia akan berkurang secara drastik juga. Selain itu, dianggarkan
bahawa semakin banyak hidupan di bumi akan mati kesan daripada serangan penyakit
yang dibawa oleh vektor-vektor terutamanya dari kawasan tropika seperti malaria.
Kesan daripada peningkatan suhu dan aras laut akan menyebabkan kawasan paya
bakau dan persisiran pantai musnah. Hal ini bermakna terdapat peningkatan kandungan
asid dalam air laut. Kandungan asid yang tinggi dalam air laut membahayakan kehidupan
laut juga. Hal ini dapat menyebabkan jumlah oksigen yang larut kian berkurang dan jika
berterusan, fenomena ini akan mengakibatkan kematian haiwan. Kenaikan aras laut pula
memungkinkan berlakunya fenomena banjir di kawasan persisiran pantai.
Seterusnya, pemanasan global mengakibatkan bongkah-bongkah ais di kutub utara
mengalami pencairan. Pencairan ini menyebabkan kawasan berais semakin kecil dan
haiwan-haiwan yang hidup di kawasan itu seperti beruang kutub, musang artik, dan

7
penguin kehilangan habitat mereka. Pencairan glasier di pergunungan akan mengubah
keadaan muka bumi di sesuatu kawasan.
Kesimpulannya, kealpaan menggalas tanggungjawab dalam hal ehwal menjaga
alam sekitar pastinya akan meninggalkan kesan buruk terhadap generasi akan datang.

8

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

....................................... ....................................... .......................................

A RADZI JALIL ZAIDAH AHMAD AFIPAH AZRAII
Guru Ketua Panitia PK Pentadbiran
Mata Pelajaran Pelajaran Bahasa dan
Bahasa Melayu Kesusasteraan Melayu
Tingkatan 2

Anda mungkin juga menyukai