Anda di halaman 1dari 9

PENYALAHGUNAAN

BAHAN
TINGKATAN 4 MINGGU 10
Pengenalan

P enyalahgunaan bahan dikaitkan dengan pengambilan dadah. Tujuan asal bahan ini adalah
untuk perubatan, namun telah disalah guna oleh pihak tertentu dengan tujuan berkhayal
bagi mendapatkan keseronokan sementara. Penagihan dadah bukan sahaja memusnahkan
kehidupan individu, malah melibatkan masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Jerat dadah atau menjadi keldai dadah bagi tujuan pengedaran bahan terlarang

Kemahiran kecekapan psikososial dapat mengelak individu daripada terjerat dengan dadah.
Video Jerat Dadah
Implikasi Jerat Dadah kepada Diri, Keluarga
dan Masyarakat
Karim seorang pemuda berasal dari kampung dan menjalani kehidupan harian yang agak sukar
kerana tiada pekerjaan. Suatu hari, dia didatangi seseorang yang menawarkan pekerjaan mudah.
Upah yang ditawarkan amat lumayan dengan hanya membawa satu bungkusan ke Jakarta dan
berlepas balik sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di sana. Apabila tiba di lapangan terbang,
pemuda itu ditahan untuk pemeriksaan barangan yang dibawa. Pihak imigresen berasa curiga
kerana tiket pemuda itu untuk berlepas pulang ke Malaysia hanya berbeza setengah jam sahaja
dengan waktu ketibaannya. Setelah diperiksa, rupa-rupanya bungkusan yang dibawa mengandungi
syabu. Dadah itu membawanya ke tirai besi dengan hukuman penjara selama 12 tahun. Kisah
sedihnya sampai ke pengetahuan ibu dan ayahnya yang tidak dapat tidur malam sehingga
dipanjangkan ke satu badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk dirundingkan dengan pihak
berkuasa di sana. Sekurang-kurangnya, biarlah dia dibenarkan untuk menjalani hukuman di penjara
negara ini. Tetapi agak payah. Kisah malang pemuda itu harus diambil iktibar oleh anak muda
negara ini.
SOALAN PENGUKUHAN 1

Berdasarkan kisah Karim tadi ,senaraikan punca dan kesan dari kesalahan yang dilakukanya
Implikasi Jerat Dadah kepada Diri, Keluarga
dan Masyarakat

KESAN KEPADA DIRI

• Kesihatan terjejas

• Mental, status kewangan, prestasi kerjaya dan pelajaran merosot

• Hidup dalam khayalan

• Melakukan jenayah
KESAN KEPADA KELUARGA

• Menjejaskan keharmonian keluarga

• Tanggungjawab terhadap keluarga terabai • Ahli keluarga hidup dalam ketakutan

• Mendatangkan stres kepada ahli keluarga

• Mencemarkan nama baik keluarga di mata masyarakat


KESAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

• Kehilangan tenaga kerja yang afektif dan bermotivasi

• Masyarakat akan bimbang berlakunya jenayah

• Bilangan pesakit mental bertambah

• Penularan penyakit HIV dan AIDS

• Ekonomi negara terjejas


Berdasarkan video dan pencarian anda di internet mahupun buku atau artikel.huraikan 4
kesan buruk penyalahgunaan dadah kepada remaja sekolah .

Anda mungkin juga menyukai