Anda di halaman 1dari 1

SENJA HARI MERDEKA – Siti Zainon Ismail

Seluruh kota gemerlap cahaya


tak siapa sempat berdoa
bersama decip burung
kala perwira kehilangan kaki dan sebutir mata.
Tak siapa sudi membawanya ke dataran pesta
jalan sesak pemimpin segak berarak
tanyalah padang yang menyaksikan
laungan pertama, ogos basah
juga hampir kehilangan nama di peta
di mana muzium sejarah
menghimpun getar nyilu perjanjian
ucapan hilang di telan zaman
padang merdeka menjadi taman jerigi
tiang-tiang pualam tumbuh
hotel bintang lima
membakar tapak silam
sebuah keaiban peradaban
memusnahkan warisan

*  Prof Dr Siti Zainon Ismail tokoh Sasterawan Negara Malaysia yang ke-14 yang berasal dari Gombak.
Beliau telah menghasilkan puluhan karya-karya berkaitan dengan sastera, sajak, cerpen, novel dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai