Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kesimpulan yang saya dapat daripada perkongsian ilmu pada hari ini mengenai tanggungjawab
sebagai seorang pelajar adalah tanggungjawab terhadap pihak universiti. Sebagai seorang pelajar,
kita haruslah menghormati pensyarah dan staf di kampus. Jika kita berbuat demikian, mereka
akan berasa bahagia, lebih-lebih lagi jika kita tidak lupa untuk memberi salam kepada mereka,
menolong mengangkatkan buku-buku dan menghantar tugasan tepat pada waktunya.
Seterusnya tanggungjawab pengjaan Kawasan kediaman. Oleh itu Kita perlu mengamalkan
amalam Rumahku Syurgaku dimana kita perlu memastikan rumah kita kekal selamat dan
kebersihan rumah terus dipelihara adalah tanggungjawab kita dalam menguruskan tempat
tinggal.Adalah sangat penting penting untuk kita sentiasa menjaga kebersihan tempat tinggal
kerana kebersihan berkait rapat dengan kesihatan.
Akhir sekali, sebagai seorang pelajar kita perlulah menjaga hubungan baik antara keluarga. Hal
ini demikian kerana, keluarga merupakan individu yang paling rapat dengan kita sejak kita baru
dilahirkan. Kita perlulah sentiasa menghormati mereka dan tidak membuat onar yang boleh
mencalarkan maruah keluarga. Jika kita lihat, pada masa kita kes masalah sosial yang berlaku
kebanyakannya berpunca daripada perpecahan keluarga. Oleh sebab itu, kita haruslah
memastikan kesejahteraan dalam keluarga kita terkawal agar kita dapat menjalani kehidupan
yang lebih baik dan seimbang.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai