Anda di halaman 1dari 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani

Minggu :3 Tingkatan : 1 B5/ 1B4


Tarikh : 4/04/2023 Hari : Selasa Masa : 3:50 ptg – 4:40ptg
Bidang Kemahiran / Kandungan : Kategori Serangan :Bola Jaring
Standard Pembelajaran 1.4.1 Melakukan kemahiran menghantar bola ke pelbagai
arah dalam situasi permainan.
2.4.1 Mengenal pasti kemahiran menghantar bola yang sesuai
digunakan mengikut situasi permainan.
5.2.1 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti

Objektif Pembelajaran Disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

Psikomotor
Melakukan pelbagai jenis kemahiran hantaran dengan teknik lakuan
yang betul sekurang-kurangnya 5 kali percubaan dalam situasi
permainan.
Kognitif
Menyatakan secara lisan berkaitan kemahiran menghantar bola
yang sesuai mengikut situasi permainan berdasarkan soalan
daripada guru.
Afektif
Bekerjasama dan seronok semasa melakukan aktiviti dijalankan.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan;

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM(EMK)


Bahasa
Kelestarian Alam Sekitar
Nilai Murni
Sains dan Teknologi /
Patriotisme
Kreativiti dan Inovasi /
Keusahawanan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Bahan Bantu Belajar (BBB) : i. Carta gambar ii. Bola jaring-5 iii Kon-10 iv. Buku Teks PJPK Tingkatan
1 V. Pita pengukur-1 vi. DSKP Tingkatan 1 vii. Wisel-1

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran


i. Guru memberi penerangan secara ringkas
Fasa berkaitan kemahiran menghantar bola
Pengenalan ii. Aktiviti memanaskan badan

Variasi 1: Hantaran secara statik


Fasa
Variasi 2: Hantaran secara bentuk 3 segi
Perkembangan
Variasi 3: Hantaran secara larian
Fasa Permainan kecil : Simpan saya (7 lawan 7)
Kemuncak
i. Aktiviti menyejukkan badan
Fasa Penutup ii. Rumusan pencapaian murid oleh guru
iii. Refleksi murid
Rujuk Lampiran A
Penilaian Pengajaran & Pembelajaran : Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan;

JENIS PENILAIAN
Latihan Bertulis
Pemerhatian /
Kuiz
Lisan /
Lembaran Kerja
Tugasan Kumpulan
Pembentangan
Lain-Lain (Nyatakan):
………………………………………………….

Refleksi i. Terdapat …./…. orang murid mencapai …./…. objektif yang


ditetapkan
ii. …./…. murid diberi bimbingan tambahan oleh guru
iii. …./…. mengikut sesi pembelajaran pada hari tersebut
Pembelajaran pada hari tersebut berjalan dengan lancar.
LAMPIRAN A

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


FASA KANDUNGAN CATATAN
i. Guru memulakan kelas dengan bertanya khabar kepada murid

ii. Guru menerangkan secara umum berkaitan dengan kemahiran dan teknik
menghantar bola dalam permainan bola jaring.

 Bola jaring adalah sejenis permainan kategori serangan yang dimainkan oleh dua
pasukan dengan tujuh orang pemain bagi setiap pasukan.
 Antara otot yang terlibatkan dalam kemahiran menghantar bola dalam permainan bola
jaring adalah deltoid, biceps brachii,triceps brachii.
 Terdapat lima jenis hantaran dalam permainan bola jaring iaitu :

1. Hantaran aras dada. Hantaran ini boleh dilakukan dengan menggunakan


kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah
FASA untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat.
PENGENALAN Teknik melakukan hantaran aras dada
 Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
 Pegang bola kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring
menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola.
 Kaki belakang melangkah ke arah hantaran sambil itu luruskan
tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke
sasaran pada aras dada.
 Ikut lajak
2. Hantaran aras bahu. Hantaran ini dilakukan sebelah tangan. Tujuan untuk
membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh
Teknik melakukan hantaran aras bahu
 Kedudukan bersedia . berdiri dengan sebelah kaki di hadapan
 Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan
 Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang
 Angkat tumi kaki belakang, tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu,siku,
pergelangan tangan dan jari-jari.
 Ikut lajak
3. Hantaran atas kepala. Hantaran ini dilakukan dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan. Ini bertujuan digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat
dicapai oleh pemain lawan.
Teknik melakukan hantaran atas kepala
 Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan
 Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala.
 Ledingkan badan ke belakang sedikit.
 Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala dan sambil itu tolak bola
ke hadapan dengan meluruskan tangan
 Ikut lajak

4. Hantaran lantun. Hantaran ini digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir
atau terlalu ramai permain berhampiran
Teknik melakukan hantaran lantun
 Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan
 Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang
 Pindahkan berat badan ke kaki hadapan
 Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat
 Ikut lajak

5. Hantaran sisi. Hantaran ini dilakukan untuk membuat hantaran cepat


menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.
Teknik melakukan hantaran sisi
 Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan
 Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan
ke belakang
 Luruskan kaki hadapan dang bengkokkan lutut belakang sambil itu ayunkan
tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran.
 Ikut lajak.

Aktiviti pemanasan badan dan reganggan dijalankan secara kumpulan


 Guru meminta seorang daripada kumpulan untuk menjadi ketua dalam
melakukan regangan otot pada bahagian atas badan hingga ke bawah badan.
 Murid diminta untuk mengikuti regangan yang dilakukan oleh ketua mereka.

Susun atur permainan berdasarkan


Variasi 1 (Hantaran statik) rajah berikut :
Peraturan permainan:- 5 cm
1. Murid akan dibahagikan kepada 2 orang 1 kumpulan iaitu A dan B.
2. Setiap orang murid perlu berdiri di garisan yang lurus antara jarak 5 meter secara A B
berpasangan.
3. A akan melakukan hantaran bola kepada B. Kemudian B menerima dan menghantar kembali A B
bola kepada A.
4. Ulangi langkah ini sehingga melepasi jarak 5 meter yang ditanda dengan kon sekurang-
FASA kurangnya 5 kali percubaan. Petunjuk:
PERKEMBANGAN 5. Setiap pertukaran kemahiran diikuti seperti berikut : Arah pergerakan bola
Hantaran aras bahu Jarak pergerakan
bola dari A ke B
Kon
Hantaran aras dada

Hantaran atas kepala

Hantaran lantun

Hantaran sisi/ bawah bahu

Susun atur permainan


Variasi 2 ( Hantaran bentuk 3 segi ) berdasarkan rajah berikut :
1. Setiap orang murid perlu berada 7 meter jarak bersama dengan rakan mereka. 7 cm

2. Permainan ini akan melibatkan 3 orang murid iaitu A B dan C akan melakukan hantaran
bola secara bergerak satu langkah ke hadapan. A B
3. Murid A akan menghantar bola kepada murid B dan murid B akan menghantar kepada
murid C kemudian murid C akan menghantar kembali kepada murid A.
C
4. Ulang langkah 2 hingga 5 sehingga murid melepasi jarak 7 meter yang ditanda dengan
kon sekurang-kurangnya 5 kali percubaan.
5. Setiap pertukaran kemahiran diikuti seperti berikut :
Hantaran aras bahu Petunjuk :
Arah pergerakan bola
Hantaran aras dada
Jarak pergerakan bola dari
Hantaran atas kepala A ke B dan C
Kon
Hantaran lantun

Hantaran sisi/ bawah bahu


9

Variasi 3 ( Hantaran secara larian ) Susun atur permainan


berdasarkan rajah berikut :
1. Secara berpasangan iaitu A dan B akan melakukan hantaran 9 cm
bola sambil berlari ke hadapan.

2. Kemudian, A akan melakukan hantaran bola kepada B. Selepas A j A A


menghantar bola, A perlu berlari ke hadapan melepasi B untuk
menerima bola.
B B B
3. B akan berhenti apabila mendapat bola sambil memandang ke
arah A untuk menghantar bola.
Petunjuk:
4. Murid boleh mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau
Jarak pergerakan bola
kedua-dua belah kaki semasa menerima bola.
Arah pergerakan bola
5. Langkah 2 hingga 5 diulang sehingga mereka melepasi jarak 9
meter yang di tanda menggunakan kon.
Kon
6. Lakuan yang sama juga digunakan setiap pasangan

7. Setiap pertukaran kemahiran diikuti seperti berikut :


Hantaran aras bahu

Hantaran aras dada

Hantaran atas kepala

Hantaran lantun

Hantaran sisi/ bawah bahu


Susun atur permainan
AKTIVITI: SIMPAN SAYA ( 7 LAWAN 7 ) berdasarkan rajah berikut:
Peraturan permainan:-

FASA  Murid akan dibahagikan kepada kumpulan kecil ( 7 orang setiap kumpulan )
KEMUNCAK  Kumpulan menentukan siapa memulakan permainan dahului melalui lambungan duit
syiling
 Setiap kumpulan diberikan tiga biji bola.
 Apabila wisel dibunyikan, murid yang mempunyai bola perlu menghantar bola kepada
rakan sepasukan yang berada di pelbagai arah. Pada masa yang sama , murid yang
tiada bola perlu memintas hantaran bola daripada pihak lawan.
 Mereka perlu bekerjasama dalam kumpulan untuk mendapatkan bola sebanyak yang
mungkin dengan menggunakan pelbagai kemahiran menghantar dan menerima bola. Petunjuk :
Mereka tidak dibenarkan memegang bola melebihi dari 4 saat, berlari dengan bola Kumpulan A
atau merampas bola daripada tangan pihak lawan Kumpulan B
Bola
 Guru meniup wisel selepas satu minit untuk menghentikan permainan
 Guru mengira bilangan bola yang dipegang tinggi oleh murid dan mencatat skor. 1
mata untuk setiap biji bola yang berjaya dimiliki oleh setiap kumpulan
 Kumpulan yang mendapat melebihi 10 mata akan menjadi pemenang
FASA PENUTUP Aktiviti regangan ringan.

 Murid melakukan regangan otot bermula dari bahagian bawah badan hingga ke bahagian
atas badan

Rumusan/ refleksi.

 Guru membuat refleksi pencapaian murid mengenai pembelajaran yang berkaitan dengan
topik pada hari ini.

 Guru meminta murid mengemukakan refleksi pembelajaran secara lisan dan bertulis
berkaitan pelajaran hari ini berdasarkan lembaran kerja ( lampiran B ).
LAMPIRAN B

LEMBARAN SOALAN

Nama :
Kelas :
Tarikh:

Jawab semua soalan diruangan yang disediakan.

NO. SOALAN JAWAPAN

Berapakah jumlah pemain dalam 1 pasukan bola jaring?


________________________________  7 orang
1.
Nyatakan lima kemahiran menghantar yang terdapat dalam bola
jaring?  Kemahiran aras dada
i.  Kemahiran aras bahu
ii.  Kemahiran lantun
2.
iii.  Kemhairan atas kepala
iv.  Kemahiran sisi/bawah bahu
v.

3. Nyatakan 3 otot yang terlibat dalam permainan bola jaring ?  Deltoid


________________________________  Biceps brachii
 Triceps brachii

Bagaimana hantaran lantun diaplikasikan dalam permainan


bola jaring ?
4. 1. Untuk hantaran laju
2. Untuk hantaran atas kepala 3.Jika pemain lawan terlalu hampir
3. Jika pemain lawan terlalu hampir

Tandakan ( / ) pada jawapan yang betul berdasarkan soalan


dibawah:
Adakah hantaran sisi boleh dilakukan untuk membuat hantaran
5. cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah
tangan?  Betul

Betul ( ) Salah ( )

Anda mungkin juga menyukai