Anda di halaman 1dari 2

CARA MERAWAT LUKA TERBAKAR DAN MELECUR

Kaedah rawatan yang digunakan bagi merawat luka terbakar dan melecur
adalah bergantung kepada tahap luka tersebut sama ada tahap pertama, tahap kedua
atau pun tahap ketiga. Hal ini demikian kerana matlamat utama bagi merawat luka
terbakar adalah untuk menghentikan proses kebakaran pada kulit mangsa dan
melegakan kesakitan. Selain itu, kita juga perlu mengekalkan salur udara agar sentiasa
terbuka dan memberi rawatan keatas kecederaan yang berkaitan. Akhir sekali, tujuan
memberi rawatan kepada pesakit mangsa terbakar adalah untuk mengurangkan risiko
jangkitan kuman dan membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut

Selain itu, bagi merawat luka terbakar juga, kaedah yang boleh digunakan
adalah dengan menggunakan konsep “3B & 3C”. Konsep 3B ini merujuk kepada ‘Burn
Stop’, ‘Breathing maintain’ dan ‘Body examine’. Kaedah ‘Burn Stop’ adalah dengan
menghentikan pembakaran, jika pakaian mangsa terbakar, baju mangsa perlu dibuka
tetapi jika susah untuk dibuka, jangan memaksa untuk buka baju. Alihkan objek panas
jauh dari mangsa. Seterusnya kaedah ‘Breathing maintain’ pula adalah dengan
memastikan saluran pernafasan mangsa terbuka dan tiada sekatan atau objek
menghalang pernafasan mangsa. Akhir sekali kaedah ‘Body examine’ adalah
memeriksa tahap kebakaran yang terjadi pada mangsa dan memeriksa anggota badan
yang terlibat.

Seterusnya, konsep 3C pula merujuk kepada ‘Cool’, ‘Cover’ dan ‘Carry’. Kaedah
‘Cool’ adalah dengan memastikan bahagian yang terbakar sejuk dengan cara
mengalirkan dengan air yang bersih ke bahagian yang terbakar. Manakala kaedah
‘Cover’ pula adalah dengan car akita menutup bahagian yang terbakar dengan kain
yang bersih untuk memastikan Kawasan luka terbakar tidak terdedah kepada
persekitaran. Akhir sekali kaedah ‘Carry’ adalah dengan membawa mangsa yang
terlibat dengan luka terbakar ke hospital yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan
lanjut.
Rujukan

Farid, A. (2021, May 25). Aduh, Kulit Terkena Bahan Panas Sampai Melecur, Tenang, Ikut 5

Langkah Ini Dahulu. Hello Doktor. https://hellodoktor.com/habit-sihat/pertolongan-

cemas/cara-merawat-luka-melecur-ekzos/

Anda mungkin juga menyukai