Anda di halaman 1dari 4

CANDIDIASIS ALBICAN / KANDIDIASIS

Jenis rawatan moden dan tradisional

Peyakit Kandidiasis ini memerlukan rawatan yang segera. Oleh itu, pesakit yang menderita dengan
penyakit ini perlulah mendapatkan rawatan di Hospital atau klinik yang berhampiran. Bagi perubatan
moden, penggunaan ubat anti-fungal seperti ‘Fluconazole’. Bagi pesakit wanita, kebiasaanya para
doktor akan mencadangankan untuk penggunaan vaginal pesari mengikut jenis dan dos yang berbeza
bergantung kepada tahap jangkitan kulat tersebut. Sekiranya pesakit mengalami jangkitan kulat yang
berulang, doktor akan memberikan ubatan bergantung kepada keputusan kaji kuman dan sensitiviti.
Rawatan yang diberi sama ada pil anti-kulat atau pesari vagina yang diberi untuk jangka masa panjang
atau rawatan secara kitaran ‘cyclical’

Cara rawatan mungkin berbeza jika selalu mendapat jangkitan yang berulang. Misalnya, pesakit perlu
makan pil Fluconazole 150 mg setiap minggu selama 6 bulan 1. Tiada bukti kukuh yang menunjukkan
rawatan pencegahan kepada pasangan seksual atau suami yang tiada gejala jangkitan, boleh mencegah
jangkitan kulat berulang di kalangan wanita. Antara rawatan yang lazim digunakan bagi merawat
penyakit kandidiasis ini adalah ‘Clotrimazole vaginal pesari 500 mg stat’ atau 200 mg setiap hari untuk 3
hari, ‘Econazole vaginal pesari 150mg’ satu dos sebelum tidur atau 150mg untuk 3 malam,
Fenticonazole vaginal pesari 600mg’ satu dos atau 200 mg untuk 3 hari, ‘Miconazole vaginal pesari 1.2
g’ satu dos atau 200 mg untuk 3 hari, ‘Teconazole vaginal pesari 80 mg’ sekali sehari untuk 3 hari atau
pun ‘Nystatin vaginal pesari 100,000 unit’ untuk 14 hari.

Penggunaan ubat anti-kulat tidak digalakkan bagi pesakit yang berisiko tinggi seperti ibu
mengandung. Ubat pil anti-kulat tidak boleh digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi
kerana kurang kajian dari segi keselamatanya untuk janin atau bayi anda. Rawatan setempat seperti
pesari vagina, pil vagina, atau krim telah terbukti mempunyai kurang kesan sampingan. Oleh itu, ia lebih
selamat untuk digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi.
Manakala bagi perubatan tradisional yang pertama adalah dengan menggunakan cuka epal bagi
merawat penyakit kandidiasis ini. Cara menggunakan cuka epal ini adalah dengan mencampurkan
bersama air mandian sebanyak setengah cawan dan dibiarkan selama 20 minit. Cuka epal yang
mempunyai tahap keasidan yang tinggi mampu untuk mengelakkan penyakit kandidiasis ini berulang
dan menjadi lebih parah. Tetapi, pesakit perlulah mengelakkan mengguna cuka epal terlalu banyak
kerana tahap asid yang tinggi dalam cuka epal akan menyakitkan kulit.

Seterusnya kaedah tradisional yang digunakan untuk merawat penyakit kandidiasis ini adalah dengan
menggunakan jus Cranberry. Pesakit yang mempunyai penyakit ini boleh mencuba merawat dengan
menggunakan jus cranberry kerana jus cranberry ini dipercayai mempunyai tahap vitamin C yang tinggi
dan mampu meningkatkan sistem imun badan pesakit sekaligus mencegah jangkitan ini dari terus
merebak.

Selain itu, kaedah tradisional yang disarankan juga adalah dengan menggunakan bawan putih dan
minyak bawang putih bagi merawat penyakit kandidiasis ini. Hal ini demikian kerana bawang putih
merupakan agen anti-kulat terutamanya bagi mengekang kulat kandidiasis albican ini. Penggunaan
kaedah tradisional adalah dengan memasukkan bawang putih ke dalam vagina dan juga menambahkan
penggunaan bawang putih didalam setiap masakan.

Akhir sekali, kaedah tradisional yang digunakan adalah dengan minyak pokok teh. Minyak pokok teh
adalah minya pati yang mempunyai tahap anti-kulat yang tinggi. Minyak ini berfungsi untuk membunuh
dinding sel dan membran. Cara penggunaannya adalah dengan meletakkan beberapa titisan ke kawasan
yang mengalami penyakit ini.
Akibat jika penyakit tersebut tidak dirawat

Penyakit kandida Albican ini diketahui mampu menyebabkan pelbagai masalah dan kesan buruk jika
tidak dirawat secara berkesan. Sebagai contoh bagi jangkitan kandidiasis di mulut atau juga dikenali
sebagai penyakit seriawan dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia atau Indonesia, tanpa kaedah
pencegahan yang sesuai, jangkitan penyakit tersebut boleh merebak ke dalam saluran makanan atau
pun dikenali sebagai esofagus. Hal ini seterusnya boleh tersebar ke bahagian perut dan paling teruk
sekali sehingga dapat merosakkan sistem peredaran darah.Kesannya apabila perkara ini terjadi, individu
yang terjejas boleh menempuh maut, oleh keadaan yang dinamakan sebagai ‘septic shock’ di mana
tekanan darah akan berkurangan. Hal ini kemudian menyebabkan pesakit kekurangan oksigen dan
menyebabkan kematian

Seterusnya, bagi jangkitan di faraj wanita pula, antara bahaya kandidiasis ini adalah penyebaran
jangkitan ke salur kencing dan seterusnya ke buah pinggang pesakit. Namun, oleh kerana ubat antifungal
yang amat berkesan, keadaan ini jarang sekali berlaku. Selain itu, komplikasi paling biasa yang boleh
didapati adalah jangkitan berulang. Beberapa kajian yang telah dibuat telah mengesahkan bahawa
sebanyak satu per empat daripada wanita yang terdedah kepada kandidiasis akan mengalaminya semula
dalam pada masa setahun setelah jangkitan berjaya dihentikan. Hal ini mungkin terjadi kerana
persekitaran faraj wanita tersebut sendiri yang memudahkan kulat ini membiak dengan cepat dan
banyak. Apabila perkara ini terjadi, seseorang wanita itu akan mengalami pelbagai lagi masalah yang lain
seperti kurang keyakinan diri. Mereka akan selalu memikirkan tentang hal ini dan berasa tertekan.

Selain itu juga, secara tidak langsungnya hubungan dengan pasangan boleh terjejas oleh kerana
perkara tersebut dan juga kerana simptom jangkitan yang menyebabkan kesakitan semasa hubungan
kelamin. Jangkitan kulat ini ketika sedang sarat mengandung juga boleh dianggap normal. Untuk
kebanyakan orang, kandidiasis ketika dalam waktu mengandung adalah perkara kecil yang boleh diubati
dengan mudah. Walaubagaiamanapun, untuk sesetengah wanita yang tidak bernasib baik, bahaya
candida albicans kepada mereka amat besar. Hal ini kerana ia boleh mengakibatkan kelahiran
pramatang, kepecahan air ketuban pramatang dan jangkitan kepada kandungan itu sendiri. Namun,
masih tiada bukti saintifik yang konkrit dan jelas dalam hal ini tetapi adalah lebih selamat untuk sentiasa
berjaga-jaga
RUJUKAN

Samaranayake, L. P., & Holmstrup, P. (1989). Oral candidiasis and human immunodeficiency

virus infection. Journal of Oral Pathology and Medicine, 18(10), 554–564.

https://doi.org/10.1111/j.1600-0714.1989.tb01552.x

Duerr, A. (2003). Incident and persistent vulvovaginal candidiasis among human

immunodeficiency virus–infected women: Risk factors and severity. Obstetrics &

Gynecology, 101(3), 548–556. https://doi.org/10.1016/s0029-7844(02)02729-1

D. (2019, November 14). Jangkitan Kulat di Vagina/Faraj. PORTAL MyHEALTH.

http://www.myhealth.gov.my/jangkitan-kulat-di-vaginafaraj/

Oral and maxillofacial medicine: The basis of diagnosis and treatment. (2008). Oral Surgery,

1(4), 236–237. https://doi.org/10.1111/j.1752-248x.2008.00045.x

Anda mungkin juga menyukai