Anda di halaman 1dari 12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran: _Pendidikan Jasmani_

Minggu :3 Tingkatan : 2 RK2- 2 B1


Tarikh : 5/04/2023 Hari : Rabu Masa : 4:40 ptg- 5:30 ptg
Bidang Kemahiran / Kandungan Rekreasi dan kesenggangan (Jengkek Ligan dan Bola Tuju Kaki)

Standard Pembelajaran 1.8 Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

2.8 Aplikasi pengetahuan dalam rekreasi dan kesenggangan.

5.3 berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.

Objektif Pembelajaran Disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

Psikomotor:
Melakukan kemahiran berlari dan mengelak dalam permainan
tradisional Jengkek Ligan dan Bola Tuju Kaki.

Kognitif:
Mengenal pasti strategi untuk mematikan lawan dan menyelamatkan
diri semasa bermain permainan tradisional Jengkek Ligan dan Bola Tuju
Kaki.

Afektif:
Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan;

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM(EMK)

Bahasa
Kelestarian Alam Sekitar
Nilai Murni /
Sains dan Teknologi
Patriotisme
Kreativiti dan Inovasi
Keusahawanan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Bahan Bantu Belajar (BBB) 1. Buku teks PJPK Tingkatan 2.


2. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) PJPK
Tingkatan 2
3. Wisel
4. Bola tenis
5. Kon
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Fasa 1. Penerangan mengenai aktiviti rekreasi ini
Pengenalan iaitu Jengkek Ligan dan Bola Tuju Kaki dengan
demostrasi oleh guru.

2. Aktiviti pemanasan badan

Fasa Variasi 1: Jengek Ligan


Perkembangan
Variasi 2 : Bola Tuju Kaki
Fasa Kemuncak Banyak Bertahan, Menang

Fasa Penutup 1. Aktiviti penyejukan badan.


2. Rumusan pencapaian murid oleh guru.
3. Refleksi murid.

Penilaian Pengajaran & Pembelajaran : Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan;

JENIS PENILAIAN
Latihan Bertulis
Pemerhatian /
Kuiz
Lisan
Lembaran Kerja
Kerja Kumpulan /
Pembentangan
Lain-Lain (Nyatakan):
………………………………………………….

Refleksi Refleksi ditulis secara umum dan perincian menggunakan borang


refleksi Model UPSI.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

FASA KANDUNGAN CATATAN


a) Guru memberi penerangan kepada murid-,murid terlebih dahulu mengenai Jekek Ligan dan Bola
Tuju Kaki.

• Peraturan
- Jekek Ligan

1. Sebelah kaki mestilah diangkat ketika hendak pengejar pihak lawan.

2. Untuk mengejar pihak lawan mestilah di dalam bulantan itu sahaja.


3. Jika pihak lawan keluar daripada bulatan, maka pihak lawan tersebut dianggap
kalah dan tidak dibenarkan untuk menyertai.

- Bola Tuju Kaki


FASA
PENGENALAN 1. Bola tenis mestilah dibaling ke arah kaki pihak lawan.

2. Jika kaki pihak lawan terkena bola, maka pihak lawan itu tidak dibenarkan untuk
meneruskan permainan.

b) Otot-otot yang terlibat ialah:

• Biceps
• Triceps
• Hamstring
c) Aktiviti pemanasan badan

1. Murid-murid mestilah berada dalam satu bulatan yang besar.

2. Guru berada di tengah sebagai ketua untuk aktiviti pemanasan badan.


3. Murid-murid perlu mngikut pergerakan guru.

4. Aktiviti pemanasan badan ini bermula dari bahagian atas sehingga bawah dalam kiraan 1
hingga 10.

5. Setelah selesai aktiviti pemanasan badan ini, disambung pula dengan aktiviti lompat bintang
berstatik dalam kiraan 1-10.
Variasi 1: Jengkek Ligan

1. Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

2. Murid-murid yang berada dalam Kumpulan A merupakan kumpulan menyerang manakala


Kumpulan B pula merupakan kumpulan bertahan,

3. Murid-murid diperintah untuk berada di dalam bulatan.

4. Murid dalam Kumpulan A mestilah mengangkat sebelah kaki dan mengejar murid Kumpulan B.
Jika berjaya ditangkap dengan murid Kumpulan A, maka murid Kumpulan B itu perlu keluar dari
permainan.

5. Murid Kumpulan A mestilah mengejar dalam satu bulatan yang disediakan sahaja. Jika terkeluar
daripada bulatan, maka murid Kumpulan B itu dikira kalah.

6. Setelah itu, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertukar kedudukan iaitu Kumpulan A sebagai
pertahanan dan Kumpulan B sebagai penyerang.
FASA
PERKEMBANGAN

Petunjuk:

Murid
Variasi 2- Bola Tuju Kaki
1. Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.
2. Murid-murid yang berada dalam Kumpulan A merupakan kumpulan menyerang manakala
Kumpulan B pula merupakan kumpulan bertahan,

3. Murid Kumpulan A mestilah membaling bola arah kaki murid Kumpulan B.


4. Apabila bola terkena di kaki murid Kumpulan B, maka murid itu perlulah keluar daripada
permainan.

5. Setelah itu, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertukar kedudukan iaitu Kumpulan A sebagai
pertahanan dan Kumpulan B sebagai penyerang.

Petunjuk:

Murid arah pergerakan


bola
AKTIVITI: Banyak bertahan, menang
Peraturan permainan:-

a) Jengkek Ligan

1. Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

2. Murid-murid yang berada dalam Kumpulan A merupakan kumpulan menyerang manakala


FASA Kumpulan B pula merupakan kumpulan bertahan,
KEMUNCAK
3. Murid-murid diperintah untuk berada di dalam bulatan.

4. Murid dalam Kumpulan A mestilah mengangkat sebelah kaki dan mengejar murid Kumpulan
B. Jika berjaya ditangkap dengan murid Kumpulan A, maka murid Kumpulan B itu perlu
keluar dari permainan.

5. Murid Kumpulan A mestilah mengejar dalam satu bulatan yang disediakan sahaja. Jika
terkeluar daripada bulatan, maka murid Kumpulan B itu dikira kalah.

6. Setelah itu, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertukar kedudukan iaitu Kumpulan A
sebagai pertahanan dan Kumpulan B sebagai penyerang.

7. Kumpulan mana yang ramai bertahan dikira sebagai pemenang.


b) Bola Tuju Kaki

1. Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.


2. Murid-murid yang berada dalam Kumpulan A merupakan kumpulan menyerang manakala
Kumpulan B pula merupakan kumpulan bertahan,

3. Murid Kumpulan A mestilah membaling bola arah kaki murid Kumpulan B.

4. Apabila bola terkena di kaki murid Kumpulan B, maka murid itu perlulah keluar daripada
permainan.

5. Setelah itu, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertukar kedudukan iaitu Kumpulan A
sebagai pertahanan dan Kumpulan B sebagai penyerang.

6. Kumpulan mana yang ramai bertahan dikira sebagai pemenang.


FASA PENUTUP a) Aktiviti penyejukan badan

1. Murid-murid mestilah berada dalam satu bulatan yang besar.


2. Guru berada di tengah sebagai ketua untuk aktiviti penyejukan badan.

3. Murid-murid perlu mengikut pergerakan guru.


4. Aktiviti penyejukan badan ini bermula dari bahagian bawah sehingga atas dalam kiraan 1
hingga 10.

b) Sesi soal jawab

1. Guru bertanyakan soalan kepada murid yang berkaitan dengan topik yang telah dipelajari.

C) Refleksi murid daripada guru.


LAMPIRAN B

BIL SOALAN JAWAPAN

1 Apakah otot yang terlibat dengan permainan • Biceps


ini? • Triceps
• hamstring

2 Mengapa bola perlu dibaling ke arah kaki Untuk mengelakkan berlakunya


sahaja? kecederaan
BORANG REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(MODEL UPSI)
Kelas : 2 RK2/ 2 B1 Topik : REKREASI DAN KESENGGANGAN (JENGKEK LIGAN
DAN BOLA TUJU KAKI)

Masa : 4:40 ptg – 5:30 ptg Tarikh : 5 APRIL 2022

Kehadiran : 25 ORANG

KRITERIA DEFINISI OPERASI


U – Understanding Murid tidak dapat meneka aktiviti yang ingin dilakukan dengan cara yang
(Pemahaman) betul. Akan tetapi, mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik. Oleh yang
demikian, aktiviti tersebut mencapai objektif yang telah ditetapkan
berteraskan domain pengajaran iaitu psikomotor, kognitif, dan afektif.
P - Procedure Berdasarkan pemerhatian, murid dapat mengikut keseluruhan proses
(Prosedur) pengajaran dan pembelajaran aktiviti yang telah dijalankan dengan baik.
Pada Variasi 1, ada segelintir murid tidak dapat mengikuti pergerakan yang
telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mahir untuk
menstabilkan badan mereka. Pada Variasi 2, keseluruhan pelajar dapat
melakukan aktiviti itu dengan sempurna. Hal ini berlaku kerana, mereka
pernah melakukan aktiviti tersebut tetapi dalam situasi yang berbeza.
Justeru itu, murid yang tidak mampu melakukan dengan sempurna
menampakkan kesungguhan mereka untuk melatih diri mereka.
S – Strategy (Strategi) Strategi yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran asas murid iaitu
berlari dan mengelak dalam aktiviti ini. Dengan strategi ini murid dapat
mengetahui cara untuk meningkatkan kecekapan dan fokus murid. Oleh itu,
strategi ini memberikan keseronokan kepada murid.

I - Intervention Murid yang tidak dapat aktiviti ini diberikan penekanan untuk meningkatkan
(Peneguhan) lagi kemahiran mereka. Murid tersebut perlulah melakukannya sendiri sama
ada semasa PdPc atau di rumah. Bagi murid yang telah mahir dalam aktiviti
ini, mereka boleh meneruskan PdPc seperti biasa.

Ulasan Keseluruhan Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat
dijalankan dengan lancar. Murid dapat mengikuti semua aktiviti yang telah
dirancangkan. Untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran, murid
diminta untuk melakukan pemanasan badan dan penyejukan badan dengan
sempurna. Hal ini supaya bagi mengelakkan diri daripada kecederaan.

Disediakan oleh:

ANAS
( MUHAMMAD ANAS BIN OTHMAN )
Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
SMK SERI ISKANDAR

Anda mungkin juga menyukai