Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Bantu mula merupakan bantuan awal atau pertolongan serta merta yang diberikan
kepada orang yang sakit ataupun orang yang sedang mengalami kecederaan. Menurut
Norehar Muhammad Fahim dan Fakhrusy Irfan Said (2017), bantu mula adalah bantuan
permulaan dan rawatan yang pertama diberikan kepada atlet yang tercedera sebelum ketibaan
ambulans dan pakar perubatan. Bantu mula ini amatlah penting kepada setiap orang untuk
membantu mangsa dan menyelamatkan nyawa mangsa apabila mengalami kecederaan
sebelum ketibaan pakar perubatan.

Bantu Mula ini juga dapat diberikan dalam banyak keadaan seperti kemalangan,
kecederaan semasa menajalankan sukan permainan dan juga boleh dilakukan semasa
berlakunya kecederaan luka terbakar dan juga luka melecur yang disebabkan oleh beberapa
faktor yang tertentu. Luka terbakar didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu badan akibat
daripada haba kering seperti tenaga eletrik, geseran, kesan radiasi dan juga bahan api.
Menurut Pensyarah Perubatan Unit Sains Rekonstruktif Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar berkata luka terbakar
merupakan kerosakan kulit yang sering terjadi disebabkan oleh haba yang sangat
menyakitkan.

Seterusnnya, luka melecur pula didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu kulit akibat
daripada bahan kimia,wap atau cecair panas. Sebagai contoh yang boleh diberikan ialah
seseorang yang terkena air panas boleh mengakibatkan kesan luka melecur pada bahaguan
kulit yang terkenan cecair panas tersebut. Terbakar dan melecur merupakan luka yang sangat
serius dimana luka ini juga akan meninggalkan kesan parut pada bahagian yang terkena.

Kedua – dua kecederaan ini boleh diklasifikasikan kepada tiga tahap iaitu tahap satu,
dua dan juga tahap tiga. Pada tahap satu kecederaan ini hanya melibatkan lapisan luar kulit
sahaja manakala pada tahap kedua pula kecederaan ini akan menyebabkan penembusan
lapisan kulit, yang menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan. Pada tahap yang
ketiga pula kecederan yang akan kerosakan pada semua lapisan kulit dan juga melibatkan
kerosakan pada lapisan otot ataupun tulang. Kedua dua kesan luka ini amatlah memberi kesan
yang sangat serius pada tubuh badan seseorang yang mengalami masalah ini. Dimana
masalah ini seringkali berlaku kepada golongan kanak-kanak akibat terkena air dan juga
minyak panas. Ini juga telah diakui oleh data Hospital USM sendiri berkaitan masalah kanak-
kanak yang mengalami kecederaan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai