Anda di halaman 1dari 4

Catatan Verifikasi PPD Bachok

D1.3.1/2.3.1 Perancangan Strategik


Eviden yang dikemukakan:

1. Perancangan Strategik Organisasi PPD Bachok 2018-2021 dan Pso Semakan 2020-
2025(PBD)

2. Surat-menyurat berkaitan perancangan strategic

3. Cabutan minit/catatan perbincangan (morning prayer) 

4. Tahniah di atas penyediaan eviden-eviden bagi tujuan verifikasi.

5. Cadangan penamabahbaikan berterusan

-Lokasi digalakkan/dicadangkan menggunakan format Perancangan strategik organisasi yang


menekankan pelaksanaan intervensi terbeza yang telah dibekalkan oleh         pihak BPSH.

- Lokasi juga dicadangkan mempertimbangkan isu strategik berkaitan tahap penguasaan


pembelajaran yang memberikan tumpuan kepada murid tahun        6 setelah berlakunya
pemansuhan UPSR pada tahun 2021.

D1.3.2/2.3.3 Pemantauan dan penilaian


Eviden yang dikemukakan:

1.Memo dalaman

2.Cabutan minit curai berkenaan pemantauan dan penilaian

3. Rumusan semakan PSO

4. Tahniah di atas penyediaan eviden.

Cadangan Penambahbaikan berterusan:

1. Semasa perbincangan dijalankan, lokasi dicadangkan memasukkan status pencapaian semasa


bagi setiap kpi dan membandingkan dengan sasaran yang ditetapkan agar tindakan
penambahbaikan yang bersesuaian dapat dilaksanakan untuk mencapai sasaran.
D1.3.3/2.3.3 Penambahbaikan berterusan
Eviden yang telah dikemukakan :

1. Bengkel kerja Penyelarasan Pelan taktikal

2. Rumusan pemantauan dan penambahbaikan PSO

3. Memo dalaman

4. Catatan perbincangan

5. Tahniah di atas penyediaan eviden dan pelibatan semua pegawai dan anggota kumpulan
pelaksana dalam semua aktiviti yang melibatkan penyelarasan pelan taktikal.

Pembudayaan berlaku.

D1.4.1/2.4.1 Berfokuskan Data.


Eviden yang dikemukakan:

1. Surat arahan/punca kuasa

2. Bengkel pelaksanaan pengumpulan data

3. Data kehadiran

3. Data CEFR

4.Data murid transisi

5. Data PBD

6. Data SPM

7. Data demografik PPD dan Sekolah kawalan

8. Kretiviti dan inovatif penyediaan data secara talian.


9. Tahniah di atas pengurusan data secara efisien dan efektif bagi mencapai objektif organisasi.

Cadangan Penambahbaikan berterusan :

-Lokasi dicadangkan agar mementingkan aspek kerahsian bagi data-data personal yang
dikemukakan supaya ia tidak menjadi isu kepada lokasi.

D1.4.2/2.4.2 Kepelbagaian Data


Eviden yang dikemukakan:

1.Data kehadiran,CEFR dan Transisi 2020

2. Data PBD 2020

3. Data SPM dan STPM

4. Profil PPD Bachok 2018-2020

5. Tahniah di atas pengumpulan dan pemusatan data yang boleh diakses , dianalisis dan boleh
guna.

Cadangan penambahbaikan :

-Lokasi bercadang untuk mewujudkan laman web, ia adalah usaha yang sangat baik bagi
memudahkan tugas hakiki, namun perkara-perkara yang melibatkan kerahsian dan kawalan perlu
ditetapkan agar tidak disalahguna oleh pihak-pihak tertentu.

D3.1.1 Penilaian bersepadu pegawai perkhidmatan pendidikan


Eviden yang dikemukakan :

1. Analisa Markah Prestasi Pegawai dan AKP tahun 2020

2. Skor kumulatif Pegawai : 95.15%

3. Skor kumulatig AKP : 92.95%

4. Purata Skor kumulatif Peg/AKP : 95.15%

5. Tahniah di atas kecemerlangan prestasi perkhidmatan.


D3..1.2 Pelibatan ibu bapa dan komuniti(PIBK)
Eviden yang dikemukakan :

1.e-Pelaporan Pelibatan ibu bapa, komuniti dan Sektor swasta(PIBKS)

2. Data rujukan dari KPM melibatkan :

    i) 34 buah sekolah rendah

    ii) 18 buah sekolah menengah

    iii) 1 buah kolej vokasional

3. Peratus pencapaian : 86.79%

4. Tahniah di atas pencapaian tersebut.

Anda mungkin juga menyukai