Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum.

Salam keluarga Malaysia.

Anda semua pasti sudah mengetahui tentang virus Covid-19.


Virus ini mudah berjangkit daripada individu ke individu lain melalui
titisan pernafasan dan juga sentuhan.

Sebagai pelajar di peringkat sekolah, pelbagai langkah pencegahan perlu


kita amalkan demi memutuskan rantaian virus-virus ini.

Apakah yang perlu kita lakukan sebelum masuk ke dalam kawasan


sekolah?

1. Kita mestilah memeriksa suhu badan terlebih dahulu.


Jika suhu kita tinggi melebihi 37.5 C, maka kita akan dimasukkan ke
dalam bilik isolasi dan tidak akan dibenarkan untuk ke kelas. Ibu bapa
akan dihubungi untuk membawa kita pulang ke rumah.

2. Pastikan kita sentiasa memakai pelitup muka.

Seterusnya, apakah pula yang perlu kita lakukan semasa berada di


dalam kawasan sekolah?

1. Pastikan kita kerap mencuci tangan mengikut langkah-langkah yang


betul dengan menggunakan air dan sabun atau sanitasi tangan.

2. Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial 1 meter sama ada di


dalam mahupun di luar kelas.

Berjalan mestilah dalam satu arah sahaja mengikut tanda arah


yang telah ditetapkan.
Barisan arah yang berlawanan perlu mengikut jalan lain.
3. Di dalam tandas pula, elakkan bersesak iaitu berada dalam tandas
dalam bilangan yang ramai.

4. Semasa rehat pula, kita digalakkan membawa bekal dari rumah.


Jika kita tidak membawa bekal, kita boleh membeli makanan
bungkus di kantin dan membawanya ke kelas untuk dimakan.

Kesemua langkah-langkah pencegahan ini menunjukkan yang kita tidak


dibenarkan untuk :
bersembang rapat, berkumpul dan bersentuhan. Juga tidak
dibenarkan untuk melepak beramai-ramai.

Kepatuhan dan kerjasama kita kepada semua sop dan langkah-langkah


pencegahan ini memberi makna yang amat besar kepada negara. Semoga
negara kita Malaysia bebas daripada virus covid ini dan kembali normal
seperti biasa.

Stay safe. Kita Jaga Kita.

Anda mungkin juga menyukai