Anda di halaman 1dari 2

Teori personaliti ABC berpusat kepada terapi REBT dan dipraktikkan:

A = kenyataan, cara bertingkah laku atau perlakuan seseorang individu.

C = ialah emosional dan akibat atau tindakan dan tingkah laku individu. Tindakan ini
boleh jadi sesuai atau sebaliknya.

B =(Peristiwa) bukan menyebabkan C (akibat emosional) sebaliknya B, di mana individu


percaya tentang A menyebabkan C.

Contoh: Seseorang yang mengalami kesedihan selepas diceraikan oleh suaminya.


Kesedihan terjadi bukan kerana penceraian yang menyebabkan kesedihan tetapi
kepercayaan individu itu tentang kegagalan kerana ditolak atau kehilangan
pasangannya. Ellis telah menegaskan bahawa sebab utama kesedihan ialah bukan
kerana peristiwa diceraikan (A). Oleh yang demikian manusia bertanggungjawab
tentang kewujudan tindakan emosional dan gangguan. Ellis telah menunjukkan
bagaimana manusia boleh mengubah kepercayaan tidak rasional secara langsung
menyebabkan akibat gangguan emosional dirinya.

Bagaimanakah emosional yang terganggu itu timbul? Dalam hal ini, Ellis telah
menjelaskan bahawa individu yang mengalami gangguan kerana sentiasa berterusan
mengulangi ayat-ayat yang tidak logikal. Misalnya, individu itu berkata: “Saya sangat
kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini. Kegagalan saya semuanya berpunca dari
kesilapan saya sendiri. Saya adalah merupakan manusia yang paling bodoh.”

Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti. Keadaan ini akan
mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang dengan kepercayaan yang tidak
rasional itu.

Selepas itu keperluan D pula ialah mengaplikasi secara saintifik bagi membantu klien
mencabar sistem kepercayaannya yang tidak rasional. Ellis dan Benard (1986) telah
mengkategorikan 3 komponen dalam proses mencabar klien iaitu:

i. Mengesan iaitu klien akan belajar bagaimana mengesan kepercayaan tidak


rasionalnya terutamanya sikap yang terlalu sempurna ‘patut’, ‘mesti’, ‘tersangat teruk’
atau ‘kalah diri’.
ii. Selepas itu klien akan belajar mempersoalkan kepercayaan yang menyekatnya
selama ini.

iii. Kemudian klien akan belajar mendikriminasikan kepercayaan yang tidak rasional
(self-defeating) dan mempercayai akan kepercayaan yang rasional (self-helping).

Anda mungkin juga menyukai