Anda di halaman 1dari 3

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, Kamal mematuhi segala arahan guru

dan tidak membuat bising kerana dia tahu bahawa gurunya tidak menyukai
perbuatan itu. Situasi ini menggambarkan konsep “murid baik”.

A. Jelaskan perkembangan moral oleh Lawrence Kohlberg berdasarkan situasi


di atas. (5markah)

Situasi di atas menggambarkan peringkat orientasi perlakuan baik dalam tahap


konvensional. Kamal bertingkah laku baik untuk mendapatkan penghargaan
daripada gurunya. Murid-murid akan bersikap baik, rajin, setia dan beradab dalam
tahap ini. Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk
menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang
berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik.
Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang
baik. Mereka juga mulia mengaplikasikan nilai moral yang telah ditetapkan oleh guru
dan mematuhi segala peraturan bagi mendapat kepujian daripada guru. Dalam
peringkat konvensional, guru perlu mendidik murid supaya menghormati pandangan
orang lain untuk mengelakkan sebarang konflik. Gelaran budak baik ini penting
kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya.

B. Bincangkan dengan mengemukakan contoh cara guru dapat meningkatkan


perkembangan moral yang baik dalam kalangan murid sekolah rendah.
(10 markah)

Cara guru dapat meningkatkan perkembangan moral yang baik dalam


kalangan murid sekolah rendah ialah guru memperkembangkan kemahiran dengan
cara mengadakan perbincangan tentang amalan baik mengikut ajaran agama
masing-masing. Melalui perbincangan ini, murid-murid akan mengutarakan cara
mereka mengamalkan agama masing-masing dan menceritakan keseronokan
mereka ketika menyambut perayaan agama mereka. Guru juga boleh menggalakkan
murid-murid terlibat dalam aktiviti kumpulan dengan aktif, di mana secara tidak
langsung ianya meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka serta menunjukkan
kemahiran interpersonal mereka. Dalam aktiviti perayaan ini akan memainkan ramai
pelajar bagi mewujudkan suasana sebenar sesuatu perayaan. Penerapan adab budi
pekerti melayan tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti
main peranan. Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan
ditekankan agar murid memahami pentingnya saling memaafkan antara satu sama
lain.

Selain itu, contoh cara pelaksanaan yang boleh dilakukan dalam salah satu
nilai yang berkaitan dengan diri dan keluarga ialah nilai hormat dan taat kepada
anggota keluarga. Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga adalah bagi
memastikan murid-murid akan memuliakan setiap anggota keluarga dengan
berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga
yang harmoni. Guru sebagai penyampai ilmu perlu mendedahkan kepentingan ilmu
pengetahuan hormat dan taat terhadap keluarga bagi menjadikan seseorang individu
itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu
yang berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut dengan menyampaikan isi
kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni
dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Contohnya, guru perlulah menerangkan
cara menghormati ibu bapa dan keluarga yang lebih tua, sebab-sebab perlunya
hormat dan taat kepada keluarga, di mana ianya merupakan satu peringatan kepada
murid pentingnya sesebuah keluarga itu hidup dengan harmoni.

Seterusnya, semangat bermasyarakat boleh dilakukan dengan mewujudkan


pelbagai aktiviti seperti bersukan untuk memupuk semangat kekitaan melalui aktiviti
sukan yang dijayakan bersama. Guru haruslah menggalakkan murid-murid
mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan di kawasan setempat supaya nilai
semangat bermasyarakat akan sentiasa tertanam dalam diri mereka. Guru akan
bertanggungjawab memimpin murid-murid dan membimbing perjalanan rohani
murid-murid ketika menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti sukan atau lawatan
sambil belajar ke rumah-rumah kebajikan. Guru akan memantau tingkah laku murid
melalui aktiviti kebajikan yang dirancang. Contoh aktiviti yang terbaik dalam menerap
nilai diri dengan masyarakat ialah lawatan-lawatan ke rumah-rumah kebajikan akan
mendedahkan murid-murid erti kata menolong orang yang memerlukan bantuan
seperti melakukan gotong-royong membersihkan persekitaran rumah-rumah
kebajikan tersebut bagi meringankan bebanan tugas mereka. Semangat bergotong-
royong ini akan melahirkan perasaan rendah diri dan suka membuat kebajikan dalam
diri murid-murid secara tidak langsung.
Kesimpulannya, guru adalah insan yang memainkan peranan yang penting
dalam meningkatkan perkembangan moral yang baik dalam kalangan murid sekolah.
Oleh itu, sebagai seorang guru mereka haruslah menjadikan diri mereka sebagai
“role model” yang baik dalam kalangan murid. Akhirnya, cara-cara yang dinyatakan
di atas dapat melahirkan murid-murid sebagai seorang insan yang bermoral dan
berakhlak mulia dalam kalangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai