Anda di halaman 1dari 2

MOONEEGA A/P GREETO

PJMS 3
PJMS 3063

Apakah perbezaan teori tradisional,teori konseptual dan teori rekonseptual ?

a) Teori tradisional

 Didukung oleh ahli-ahli akademik seperti Dewey, Bobbit, Tyler,Taba, Dull dan lain-
lain.
 Berfokus kepada pendekatan tingkah laku dan ianya dikenali kurikulum tersurat. Ini
kerana objektif pembelajaran kurikulum ini boleh ditentukan sama ada tercapai atau
tidak.
 Teori ini mementingkan proses pemindaan pengetahuan.
 Teori ini menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti, dijelaskandan dikawal.
 Kurikulum dibina dengan mengambil proses pemecahan tingkah laku.Pengajar
bertindak sebagai penyampai maklumat dan ditatih dalam melaksanakan kurikulum
dengan berkesan.

b) Teori konseptual

 Didukung oleh kebanyakan ahli akademik yang berfahaman psikologi kognitif seperti
Bloom, Brunner, Stake dan lain-lain.
 Ahli akademik berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut konsep utama.
Konsep utama diorganisasikan untuk mendedahkan hubungan penting dan
seterusnya menghasilkan kurikulum tersusun sehingga pelajar dapat menguasai
konsep ilmu pengetahuan dengan mudah.
 Memberi fokus kepada analisis situasi semasa dan mencadangkan pilihan pada
kandungan kurikulum.
 Teori ini menggunakan kaedah penelitian dalam sains bagi menghasilkan
generalisasi yang membolehkan pendidik meramal dan mengendalikan apa-apa
yang berlaku di sekolah.
c) Teori rekonseptual

 Didukung oleh kebanyakan yang berfahaman Marxism dan Neo-Marxismseperti


James Macdonald, Michael Apple, Harold Rugg, Robert Yoong danlain-lain.
 Merupakan bidang yang dapat membekalkan pedoman dan garis panduan ketika
membuat keputusan.
 Menurut Ornstein dan Hunkins (1988), manusia sering bertungkus-lumus
mencari maklumat dari bukti bertulis berbanding menggunakan kebijaksanaan
sendiri.
 Teori rekonseptual menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang membawa
kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Kurikulum bertujuan untuk
mewujudkan golongan pelajar mempunyai kesedaran dan berupaya mengubah
masyarakat.
 Teori ini berpendapat pelajar perlu menganalisis kebenaran dari semasa ke semasa
serta mengimbas kembali kepercayaan dan pendapat yang mempengaruhi
kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai