Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN

UJIAN TERBUKA (OBT)


PEPERIKSAAN JUN 2022

PROGRAM
PISMP
(Programme)
AMBILAN
JUN 2021
(Intake)
SEM
3
(Sem)
ANGKA GILIRAN 2021152340150
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN 020131020844
(Identity Card No.)
KOD KURSUS
PKES3033
(Course Code)
NAMA KURSUS
PEMAKANAN DAN KESEJAHTERAAN
(Course Title)
TARIKH
PEPERIKSAAN 15 JUN 2022
(Examination Date)
ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod
kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

KOD KURSUS : PKES3033 NO. AG: 2021152340150


BAHAGIAN A

SOALAN 1

Langkah pertama mencegah keracunan makanan adalah dengan mengenal pasti makanan
yang ingin kita makan melalui deria penglihatan, bau dan rasa. Dari segi rupa, apabila sesuatu
makanan kelihatan berlendir, berbuih, berkulat, berubah warna dah telah tamat tarikh luput,
makanan tersebut sudah tercemar dan tidah boleh dimakan. Manakala, apabila bau yang
terdapat pada makanan itu tidak menyenangkan dan tidak berbau seperti bau lazim makanan
tersebut, kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dan adalah lebih baik
makanan tersebut dibuangkan sahaja. Sekiranya sesuatu makanan tersebut kelihatan masih
baik dan bau juga baik, periksa pula rasa makanan tersebut. Sekiranya terdapat rasa yang
kurang enak, hentikan makan makanan tersebut dan buang makanan tersebut.

Seterusnya adalah dari segi penyediaan makanan dimana kebersihan dapur, pengusaha
kantin atau restoran dan tukang masak berperanan dalam mengelak daripada keracunan
makanan berlaku. Makanan yang dijamu atau dijual hendaklah dimasak sempurna seperti
daging akan berwarna perang di bahagian dalamnya dan ikan yang telah dimasak mesti
mudah dipisahkan isi dari tulang serta tidak berwarna merah jambu. Alatan memasak juga
hendaklah sentiasa dibersihkan sebelum memasak dan selepas memasak. Cara menyimpan
makanan mentah juga perlu mengikut cara penstoran yang tepat seperti ikan dan daging
disimpan pada suhu yang rendah dan menutup atau membungkus bahan makanan yang ingin
disimpan dengan baik. Jelas terbukti bahawa peranan pengusaha makanan amat penting bagi
mengatasi masalah keracunan makanan.

Selain itu, tindakan yang boleh diambil bagi mengelakkan keracunan makanan adalah
dengan menyediakan makanan kita sendiri di rumah dan membawanya ke sekolah atau
tempat kerja sebagai bekalan. Hal ini bermaksud bekal yang disediakan oleh ibu bapa
mampu memastikan anak-anak makan makanan yang sihat dari rumah. Lagipun,penyediaan
bekal kepada anak-anak ini juga mampu mengelakkan anak-anak membeli makananyang
tidak berkhasiat di kedai.Dengan menyediakan makanan dari rumah kita dapat memastikan
makanan kita bersih, disimpan dan dimasak dengan sempurna dan bebas daripada unsur-
unsur keracunan. Ibu bapa juga perlu mengelakkan mengajak anak-anak mereka makan di
kedai ataupun warung yang kotor di tepi-tepi jalan. Hal ini demikian kerana kita tidak pasti
tahap kebersihan makanan di situ kerana mungkin terdedah kepada persekitaran yang
tercemar. Sebagai contoh, makanan tersebut mungkin terdedah kepada serangga dan haiwan
pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus.Untuk itu, amalkan budaya makan di rumah
bersama-sama keluarga bagi memastikan tahap kebersihan makanan.

Seterusnya, langkah dalam mencegah keracunan makanan adalah dengan pemerkasaan


pemantauan dan penguatkuasa daripada pihak berkuasa. Kementerian Kesihatan Malaysia
telah pun mempunyai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) yang berperanan
untuk memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan keselamatan dan kualiti
makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan
yang berkesan. BKKM akan memantau dan meletakkan gred kepada pengusaha makanan
dalam tahap kebersihan dan kualiti penyediaan makanan mereka. Sistem pengredan ini
mampu menjadi medium utama dalam mengelak keracunan itu berlaku. Jadi, ia bergantung
kepada kita sebagai pelanggan untuk memastikan restoran atau kantin di sekolah mendapat
gred yang terbaik agar kita terhindar daripada keracunan makanan. Kekerapan pemantauan
dan penegasan dalam tindakan dan denda kepada pengusaha yang gagal mematuhi arahan
hendaklah diperkasakan dengan lebih lagi supaya rakyat mendapat manfaat daripada
tindakan tersebut. Peniaga yang bersalah perlu dikenakan hukuman berat seperti dikenakan
denda dan digantung lesen perniagaan.

Tindakan segera yang perlu diambil sekiranya berlaku keracunan makanan adalah segera
ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan Segera ke klinik atau hospital untuk
mendapatkan rawatan. Selain itu, menyimpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh
pegawai berkuasa dan memastikan tiada orang lain makan makanan tersebut. Akhirnya,
maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
SOALAN 3

Karbohidrat merupakan komponen makanan dalam diet Asia. Setiap satu gram karbohidrat
adalah lebih kurang 4 kalori. Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga. Dalam tubuh
badan, karbohidrat disimpan dalam bentuk glukos (dalam darah) dan glikogen (dalam otot dan
hati). Karbohidrat yang dimakan akan diuraikan sehingga menjadi bentuk termudah seperti
glukosa. Glukosa kemudian diserapkan ke dalam darah dan glukosa darah adalah penting
untuk proses metabolisme. Tahap glukosa dalam darah normal adalah 80-100 miligram per
mililiter darah. Insulin, sejenis hormon akan memastikan glukosa dalam darah sentiasa berada
dalam tahap yang optimum. Glukosa darah berlebihan akan diserap semula ke dalam tisu.
Keperluan pengambilan karbohidrat berbeza bagi peringkat umur yang berbeza. Atlit
mempunyai keperluan karbohidrat yang lebih tinggi dari individu bukan atlit untuk
membekalkan tenaga semasa berlatih.

Lemak dalam diet kita adalah lipid, suatu bahan organik. Lipid’dietary’ yang penting dalam
diet kita adalah trigliserida, kolesterol dan fosfolipid. Lemak boleh didapati dalam daging, hasil
tenusu dan kekacang. Kolesterol adalah lipid yang hanya didapati dari makanan berasaskan
haiwan dan tidak didapati dari tumbuh-tumbuhan. Kolesterol penting untuk membentuk
hormon seperti testosteron dan estrogen. Fosfolipid boleh didapati dari kuning telur, hati,
kekacang dan lecithin. Secara am, fungsi lemak adalah untuk membekalkan tenaga bagi
proses metabolisme. Majoriti trigliserida disimpan dalam tisu adipos. Trigliserida akan
diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol yang dapat menghasilkan tenaga. Semasa rehat,
lebih kurang 60% dari tenaga kita dibekalkan oleh proses metabolisme lemak. Orang dewasa
memerlukan 10-15% kalori yang berasaskan lemak. Atlit memerlukan 15-25% kalori dari
lemak dalam diet harian sebagai simpanan tenaga semasa latihan.

Protein terdiri dari rantaian asid amino. Apabila dua asid amino bergabung, ia dikenali
sebagai dipeptida dan jika lebih dari dua, dipanggil polipeptida. Protein boleh didapati dari
daging, hasil tenusu, kekacang dan juga tumbuhan seperti brokoli dan lobak merah. Orang
dewasa memerlukan lebih kurang 12-15% kalori yang berasaskan protein. Atlit memerlukan
15-20% kalori protein dari diet harian. Walaupun protein tidak merupakan sumber tenaga yang
utama semasa senam, pengambilannya adalah penting untuk memastikan metabolisme tubuh
seperti pembinaan tisu dan pembaikpulih sel tidak terganggu.

Vitamin adalah bahan organik yang esential. Ia hanya didapati melalui makanan sahaja.
Mineral pula adalah bahan inorganik yang diperlukan oleh tubuh badan seperti natrium,
kalium, klorida, kalsium, magnesium, ferum dan sulfur.

Air adalah cecair jernih, tiada rasa dan bau. Ia merupakan molekul yang ringkas (dua
bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen – H2O) tetapi elemen yang paling penting
untuk kehidupan. Manusia boleh hidup tanpa air selama 7 hari. Air tidak memberikan tenaga
tetapi penting dalam proses metabolisme. Air amat penting bagi menyelenggarakan suhu
badan. Kehilangan air dituruti dengan kehilangan elektrolit. Elektrolit (natrium, kalium klorida)
adalah penting untuk beberapa fungsi fisiologikal seperti penguncupan otot dan
keseimbangan cecair badan.

Orang dewasa memerlukan antara 2000-2800 ml air sehari untuk memastikan keseimbangan
cecair badan. Atlit memerlukan pengambilan air yang lebih banyak terutamanya bagi
menyelenggarakan suhu badan. Air boleh dibekalkan secara langsung melalui minuman
(termasuk jus buahan, susu) dan juga melalui makanan. Proses metabolisme yang melibatkan
penguraian karbohidrat, lemak dan protein juga akan menghasilkan air. 65% dari air dalam
badan distor dalam sel (intrasel) manakala yang lain di luar sel seperti dalam pembuluh darah
dan cecair serebrospinal (ekstrasel).

Elektrolit adalah bahan, dalam bentuk cecair yang boleh mengkonduksikan arus elektrik.
Cecair tersebut juga dikenali sebagai cecair elektrolit contohnya asid, bes dan garam.
Elektrolit utama adalah natrium, kalium, klorida, bikarbonat, sulfat, magnesium dan kalsium.
Tenaga dalam badan yang boleh digunakan serta merta disimpan dalam bentuk adenosine
trifosfat (ATP) dan fosfokreatine (PCr). Kedua-dua ATP dan PCr terdapat dalam tisu dalam
jumlah yang sedikit dan mudah habis dalam beberapa saat sahaja. ATP dan PCr
membekalkan tenaga utama bagi larian pecut seperti 100m. Oleh itu amatlah penting untuk
memastikan simpanan ATP dan PCr dalam tisu badan mencukupi. Karbohidrat, lemak dan
protein dalam badan boleh membentuk ATP dan PCr. Tenaga yang paling banyak disimpan
dalam badan adalah dalam bentuk lemak iaitu trigliserida dan asid lemak bebas (free fatty
acid). Karbohidrat disimpan dalam bentuk glikogen dan glukosa. Protein disimpan dalam
bentuk asid amino dalam tisu.

Terdapat tiga jenis sistem tenaga iaitu Sistem ATP-PCr, Sistem anaerobik glikolisis dan
Sistem aerobik. Sistem Tenaga membekalkan sumber tenaga dalam bentuk ATP (Adenosin
Trifosfat). Apabila penguraian ATP berlaku maka tenaga akan dibebaskan. Tenaga ini
digunakan untuk pergerakan otot. Sistem tenaga ATPPCr dan sistem anaerobik glikolisis tidak
memerlukan kehadiran oksigen bagi penghasilan tenaga berbanding dengan sistem aerobik.
BAHAGIAN B

Kesan utama masalah obesiti adalah seperti penyakit tiga serangkai yang terkenal dalam
kalangan masyarakat Malaysia seperti kecing manis, darah tinggi dan juga sakit jantung.
Selain itu, keadaan fizikal yang besar juga akan memberi tekanan kepada salur pernafasan
ketika dalam keadaan baring dan akan menyebabkan masalah sesak nafas ketika tidur atau
juga dikenali sebagai “Sleep Apnea”.

Obesiti juga akan mengakibatkan masalah kelamin seseorang terjejas. Seseorang yang obes
akan menjadi kurang aktif dalam melakukan hubungan seksual bersama pasangannya. Hal ini
kerana, seseorang lelaki yang obes berkemungkinan untuk menghadapi masalah ereksi dan
jangkitan kuman pada alat kelamin. Manakala wanita obes pula akan terdedah kepada
masalah kandungan yang tidak terancang.

Selain itu, psikologi seseorang juga akan terganggu terutama bagi mereka yang telah
mengalami masalah obesiti ini dari usia yang lebih muda. Kanak-kanak yang obes, lebih
mudah didiskriminasi dan diejek oleh rakan-rakan sebaya di sekolah. Hal ini menyebabkan
kanak-kanak obes itu hilang atau kurang keyakinan diri dan apabila masalah ini dibawa
sehingga dewasa, tahap kepuasan hidup mereka juga akan terjejas.
Masalah kencing manis sememangnya berkait rapat dengan obesiti. Hampir 90% orang yang
obes akan menghidap diabetes jenis 2 yang sememangnya mengancam nyawa. Sekiranya
tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata boleh
menjadi buta dan kudung kedua-dua belah kaki.

Ahirnya, kesan yang ditanggung oleh individu yang obesiti tidak banyak berbeza semasa usia
pertengahan seperti dengan tabiat merokok. Namun begitu, jangka hayat mereka yang
mengalami masalah obesiti lebih pendek jika berbanding dengan mereka yang kurus. Mereka
dikatakan akan meninggal dunia tiga tahun lebih awal berbanding dengan mereka yang kurus.

Anda mungkin juga menyukai