Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN

UJIAN TERBUKA (OBT)


PEPERIKSAAN JUN 2022

PROGRAM PISMP
(Programme)
AMBILAN JUN 2021
(Intake)
SEM 3
(Sem)
ANGKA GILIRAN 2021152340127
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN 010405080336
(Identity Card No.)
KOD KURSUS PKES3033
(Course Code)
NAMA KURSUS PEMAKANAN DAN KESEJAHTERAAN
(Course Title)
TARIKH 15/6/2022
PEPERIKSAAN
(Examination Date)
ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

KOD KURSUS : NO. AG:


SOALAN 1

Langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan keracunan makanan tidak


berlaku adalah individu perlulah mencuci tangan dengan bersih sebelum makan atau
mengendalikan makanan. Individu disarankan mencuci tangan merangkumi tapak tangan
dan celah kuku dengan teliti menggunakan sabun atau pembasmi kuman selama 20 saat
supaya bakteria yang terdapat pada tangan telah mati. Hal ini demikian kerana,
kebanyakan kes keracunan makanan adalah disebabkan oleh bakteria yang memasuki
badan melalui salur pencernaan. Mencuci tangan sehingga bersih mengikut saranan dapat
mengelakkan penyebaran bakteria kepada makanan dan menyebabkan makanan yang
diambil tercemar seterusnya memastikan keracunan makanan tidak berlaku.
Langkah seterusnya untuk mengelakkan keracunan makanan adalah menyimpan
makanan yang mudah basi di dalam peti sejuk. Suhu yang sesuai untuk pertumbuhan
bakteria atau mikroorganisma adalah sekitar 20 hingga 50 darjah celcius. Julat peti sejuk di
ruang sejuk kebiasaannya di bawah 4 darjah celcius. Oleh itu, langkah penyimpanan
makanan pada takat suhu yang rendah dapat memastikan bakteria tidak aktif. Seterusnya,
aktiviti pertumbuhan bakteria berlaku dengan perlahan dan makanan tidak basi dengan
cepat. Hal ini demikian kerana, pengambilan makanan yang telah basi atau rosak
sememangnya telah tercemar dengan bakteria yang telah mengubah tekstur makanan
tersebut. Maka sangat penting untuk kita memastikan makanan tidak tercemar dengan
meletakkan makanan yang mudah basi ini ke dalam peti sejuk.
Selain itu, langkah yang perlu dilakukan bagu memastikan keracunan makanan tidak
berlaku adalah dengan memantau dan memastikan ruangan tempat penyediaan makanan
bersih dan teratur. Perkara ini penting kerana dapur yang bersih dapat mengelakkan
serangga atau haiwan perosak berada di sekitar tempat penyediaan makanan. Haiwan
perosak ini berisiko menjadi vektor membawa bakteria kepada makanan. Antara haiwan
perosak yang sering dikaitkan dengan keracunan makanan adalah tikus dan lalat. Ruangan
dapur yang kotor menyebabkan tikus membiak di tempat tersebut apabila adanya sumber
makanan untuk spesies haiwan perosak ini. Tuntasnya, ruangan penyediaan makanan
hendaklah dalam keadaan bersih dengan menyusun atur peralatan, lantai dimop dan
disapu serta melakukan sanitasi berkala setiap peralatan yang digunakan.
Seterusnya tindakan segera yang perlu diambil sekiranya berlaku keracunan makanan
adalah mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan bagi mengelakkan simptom
keracunan makanan yang dialami menjadi lebih serius. Hal ini kerana, simptom yang lazim
dialami apabila berlaku keracunan adalah seperti cirit-birit dan muntah. Perkara ini boleh
menyebabkan kehilangan air yang serius sekiranya ia berterusan. Kehilangan air yang
serius menyebabkan individu menjadi tidak bermaya dan boleh membawa maut. Maka
tindakan berjumpa dengan doktor dapat membantu kita pulih dengan mengikut nasihat
daripada doktor dan jika perlu pesakit akan mendapatkan rawatan crystalloid untuk
mengembalikan air dalam badan yang telah hilang.
Tindakan lain yang boleh diambil sekiranya berlaku keracunan makanan adalah
melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa seperti pejabat kesihatan daerah. Individu
hendaklah menyediakan bukti untuk diserahkan kepada pihak yang berwajib. Laporan yang
dilakukan bertujuan memastikan kes tersebut disiasat dan diambil tindakan sewajarnya
terutama apabila ia melibatkan jumlah individu mangsa keracunan yang ramai seperti di
sekolah. Di samping itu, bagi mengelakkan perkara yang sama tidak berulang lagi pada
masa akan datang.
SOALAN 3

Karbohidrat merupakan sumber nutrien utama bagi membekalkan tenaga. Oleh itu,
mengikut piramid makanan malaysia yang terkini ia berada diaras kedua terbanyak yang
perlu diambil oleh manusia. Antara makanan yang terkandung dalam kelas makanan
karbohidrat adalah nasi, pasta dan roti. Bagi sumber karbohidrat ini, Ia terdiri daripada
gabungan kompleks polisakarida, disakarida dan monosakarida. Pengambilan nutrien
karbohidrat kompleks kemudian ia diuraikan dari polisakarida kepada monosakarida
dengan bantuan enzim di perut seperti maltase. Maltosa diuraikan melalui hidrolisis
menjadi glukosa. Hasil akhir glukosa ini akan disimpan sebagai sumber tenaga ringkas
untuk digunakan oleh tubuh.
Protein diperlukan sebagai sumber tenaga kedua. Pengambilan protein lebih berfungsi
untuk pembentukan tulang yang kuat. Namun protein masih digunakan untuk penggunaan
tenaga apabila karbohidrat tidak mampu menampung keperluan penggunaan tenaga
harian tubuh badan manusia. Protein kompleks diuraikan menjadi hasil akhir asid amino.
Kemudian asid amino akan disimpan didalam hati melalui aliran darah . asid amino yang
tersimpan ini akan digunakan di dalam metabolisma karbohidrat untuk penghasilan tenaga.
Sumber makanan dalam kelas protein ini terdiri daripada ikan, kambing dan ayam.
Lemak berfungsi sebagai penebat haba dan melindungi organ dalaman daripada
hentakan. Namun sumber nutrien lemak ini juga disimpan dan akan digunakan sebagai
tenaga apabila karbohidrat dan protein telah kehabisan digunakan sebagai tenaga. Lemak
di simpan di dalam sel adipos. Lemak diurai menjadi asid lemak dan disimpan. Lemak yang
tersimpan diproses untuk menjadi tenaga.
BAHAGIAN B

Antara implikasi yang boleh dialami oleh individu yang mengalami masalah obesiti
adalah meningkatkan risiko mengalami strok. Strok yang berkaitan dengan obesiti ialah
strok iskemik iaitu apabila adanya pemendapan lemak dalam salur darah atau dipanggil
sebagai arteriokklorosis. Perkara ini berlaku apabila individu obesiti mengandungi kadar
lemak yang tinggi dalam tubuh dan salur darah seperti arteri tersumbat. Pengumpulan dan
pemendapan lemak dan kolestrol pada salur darah pada bahagian leher boleh
mengganggu pengaliran darah ke otak. Pengurangan kadar pengaliran darah ke bahagian
tertentu seperti otak akan mengakibatkan berlakunya strok.
Implikasi seterusnya yang boleh dialami oleh penghidap masalah obesiti adalah
peningkatan risiko arthritis iaitu sakit sendi. Sakit sendi yang sering dialami oleh individu
obesiti adalah pada bahagian lutut. Peningkatan berat badan yang mendadak
menyebabkan struktur tulang memikul beban yang besar untuk menampung berat badan.
Beban yang ditampung dalam sendi ketika berjalan ialah tiga kali ganda berat badan
manusia. Semakin tinggi indeks jisim badan individu semakin cenderung mendapat arthritis
pada usia yang lebih muda. Oleh itu, kesan masalah obesiti ini adalah meningkatkan risiko
sakit sendi seiring dengan pertambahan berbadan individu.
Implikasi berikut yang dialami oleh individu yang menghidap obesiti adalah tekanan
perasaan dan gangguan emosi. Hal ini berlaku kerana, individu obes sering berdepan
stigma dan persepsi yang negatif daripada persekitarannya. Perkara ini secara tidak
langsung memberi impak kepada tahap keyakinan diri individu tersebut. Individu yang
menghidap masalah obesiti kurang berkeyakinan untuk bersosial dalam masyarakat akibat
persepsi negatif yang dialami oleh mereka. Tekanan yang berterusan ini boleh
mengganggu emosi misalnya berasa sedih dan murung seterusnya aktiviti seharian
mereka. Maka jelas masalah obesiti memberi impak kepada tekanan perasaan dan
gangguan emosi.
Implikasi seterusnya adalah meningkatkan risiko mengalami masalah kegagalan buah
pinggang. Individu yang mengalami obesiti cenderung mengambil makanan tambahan
seperti ubat kurus kerana ingin menguruskan badan dengan cara yang cepat. Pengambilan
suplemen yang tidak disahkan oleh kementerian kesihatan berisiko mengandungi bahan-
bahan yang boleh mengganggu sistem tubuh manusia. Pengambilan ubat yang tidak
mengikut perskripsi doktor menyebabkan berlaku kerosakan pada buah pinggang jika
diambil dalam jangka masa yang panjang. Hal ini kerana, buah pinggang berfungsi
menapis bahan toksik dan menyingkirkan daripada badan, pengambilan ubat yang
sebarang akan mengganggu fungsi buah pinggang seterusnya mengalami kegagalan buah
pinggang.

Anda mungkin juga menyukai