Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Art of Volunteer Management Video 2

Refleksi yang dapat dibuat berdasarkan video yang kedua ialah kita dapat mengetahui
bahawa pengurusan dalam kesukarelawanan dapat membina personaliti seseorang seperti dapat
meningkatkan motivasi dan kemahiran diri sendiri. Selain itu, Volunteer Management juga
memegang prinsip “ho'oponopono” iaitu mencari penyelesaian masalah melalui pengampunan.
Tidak semestinya memaafkan orang lain, terutama pada diri sendiri. Ini dilakukan dengan
pengertian bahawa apa yang berlaku kepada anda tidak penting, tetapi apa yang anda lakukan
dengan apa yang berlaku adalah perkara yang sangat penting. Ini membolehkan kita mengetahui
bahawa sangat penting apa yang kita lakukan dan apa yang berlaku di sekeliling kita.
Selepas itu, dalam pengurusan kesukarelawanan di media sosial pula bahan yang dapat
membantu dalam tugas kesukarelawanan adalah seperti ialah Twitter, Facebook,Blog,Whatapp
dan sebagainya. Dalam semua platform yang digunakan dalam tugasan ini, facebook merupakan
tempat yang paling berkesan untuk melakukan aktiviti kesukarelawanan. Hal ini kerana,
Facebook mempunyai banyak pengikut serta orang ramai menggunakan sebagai tempat untuk
bersosial. Facebook ini membolehkan kita mencari seseorang dengan mudah seperti mencari dari
mana mereka datang dan siapa rakan mereka. Oleh itu, kita akan lebih mudah melakukan kerja-
kerja kesukarelawanan kerana mudah untuk mengenalpasti siapa yang patut dibantu dan siapa
yang tidak patut dibantu. Melalui Facebook juga, ia membolehkan kita mencipta personal
Facebook page dan mencipta organisasi kesukarelawanan yang mana dapat memberi orang ramai
maklumat mengenai misi dan produk organisasi tersebut.
Seterusnya, pengurusan kesukarelawan dapat membantu kita dari segi profil
kesukarelwan, mencari sukarelawan, penjadualan, komunikasi, mencipta aktiviti dan sebagainya.
Oleh itu, jelaslah bahawa dalam pengurusan kesukarelawan dapat dilaksanakan lebih mudah
dengan adanya kemudahan-kemudahan terkini yang menjadi pemudah cara dalam melakukan
apa-apa tugasan.

Anda mungkin juga menyukai