Anda di halaman 1dari 8

QKU3133

( PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF SEKSUAL )

TAJUK :
PENYAKIT LEUKOREA
KUMPULAN 18

PENSYARAH :
PROFESOR MADYA DR. AZALI BIN RAHMAT

NAMA NO. MATRIK


NIK MUHAMMAD IRHAM BIN RAZALI D20191089841
MUHAMAD AIZAT BIN MD YUSOF D20191089845
ROY ANAK ABIT D20191089831
PENGENALAN

Penyakit leukorea atau keputihan merupakan satu nama yang diberikan kepada gejala
yang berlaku terhadap alat kemaluan wanita. Ia bukanlah darah dan ia merupakan cairan
lendir yang berwarna putih keluar dari alat kelamin wanita. Menurut ( Manuaba, 2009 ),
Leukorea merupakan suatu bentuk vaginal discharge iaitu suatu kejadian keluarnya cairan
berlebihan namun bukanlah darah yang berasal dari vagina, sedangkan keputihan sendiri
merupakan istilah lazim yang digunakan masyarakat umum untuk menyebut penyakit
candidiasis vaginal yang terjadi di kawasan kewanitaan. Keputihan yang dialami merupakan
perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Penyakit leukorea ini mempunyai dua tahap yang
berlainan iaitu normal dan abnormal. Dalam keadaan keputihan normal, lendir yang keluar
adalah tidak berwana, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan ini juga boleh dijadikan ukuran
paras kesuburan untuk seseorang wanita. Disamping itu, keputihan abnormal pula merupakan
lendir atau cairan yang keluar seperti susu basi, pekat dan liat yang berwarna kekuningan dan
lebih parah lagi ia boleh berwarna kehijauan yang boleh menimbulkan rasa gatal dan berbau
busuk.
JENIS-JENIS KEPUTIHAN

- Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan
patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan
gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita
mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid).
- Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta
tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit
dan berbentuk cecair.
- Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit
seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau
busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj.
- Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap
wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh
jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. Jadual 1.0 menunjukan
perbezaan di antara kedua-kedua jenis keputihan.

Sifat Keputihan Fisiologis Keputihan Patologis

Lendir yang cair dan tidak


Bentuk Lendir yang kental dan melekat
melekat

Warna Berwarna putih atau krim Berwarna kuning atau kelabu atau hijau

Bau Tiada bau Berbau busuk

Jumlah yang
Sedikit Banyak
dikeluarkan

Semasa subur dan sebelum Apabila berlaku jangkitan pada bahagian


Kekerapan
haid faraj

Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan


Petanda lain Tidak gatal
mengalami radang

Rawatan Tidak perlu Perlu rawatan yang segera


PUNCA-PUNCA LEUKOREA

1. KEBERSIHAN
- Setiap wanita hendaklah menjaga kebersihan dibahagian alat sulit dengan baik
agar jangkitan tidak berlaku. Dengan kata lain, ketidakbersihan pada bahagian
faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti
bakteria dan kulat.
2. HORMON
- Punca yang boleh berlakunya luekorea ini juga adalah gangguan keseimbangan
hormon dalam tubuh sehingga menyebabkan seseorang wanita itu menghadapi
penyakit ini. Antara penyumbang kepada hormon yang tidak seimbang adalah
apabila wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau
gangguan emosi yang akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam
mempengaruh penghasilan hormon yang seimbang.
3. GAYA HIDUP
- Status kesihatan seseorang wanita akan dipengaruhi oleh gaya hidup mereka
sendiri. Dengan kata lain, wanita yang bergiat aktif dalam melakukan aktiviti
seksual secara tidak sihat, sebagai contoh wanita yang melakukan seks secara
bebas dengan lebih daripada seseorang pasangan akan lebih cenderung untuk
pendapatkan pelbagai jangkitan terhadap alat sulit mereka.

TANDA-TANDA LEUKOREA

- Menurut Saydam (2012),tanda yang dapat dilihat adalah cairan atau lendir yang
berwarna putih atau kekuningan pada vagina. Jumlah lendir ini tidak begitu banyak
namun adakalanya lendir itu banyak berlaku . Kadang-kadang diikuti oleh rasa gatal bagi
sesetengah wanita. Selain itu, kebiasaan cairan yang keluar dari vagina sedikit, jernih
dan tidak berbau. Namun adakalanya berbau seperti hanyir. Jika cairan dari vagina ini
berlebihan maka keadaan sering disebut dengan keputihan.
- Sepanjang tempoh kehamilan, menjelang menstruasi, pada saat ovulasi, dan akibat
dari rangsangan, vagina cenderung lebih banyak cairan dihasilkan. Namun tanda
tersebut masih dianggap normal bagi setiap wanita. Ada beberapa tanda yang
ditimbulkan oleh kuman penyakit yang berbeza, iaitu keluarnya cairan berwarna putih
kekuningan atau putih kelabu dari saluran vagina.
- Cairan ini dapat dilihat seperti susu putih malah pekat dan likat. Kemungkinan gejala
ini merupakan proses normal sebelum atau sesudah menstrusasi pada wanita tertentu.
Bukan itu sahaja, terdapat rasa gatal di vagina. Namun, keputihan ini juga sering dialami
oleh wanita yang terlalu lelah atau yang daya tahan tubuhnya lemah mahupun sedang
stress. Sebahagian besar cairan tersebut berasal dari leher rahim, walaupun ada yang
infeksi berasal daripada vagina tersebut.

DIMANA TANDA-TANDA TERSEBUT KELIHATAN

- Tanda-tanda jangkitan kulat vagina adalah gatal, rasa hangat, sakit semasa hubungan
seksual, tidak selesa, sakit semasa kencing dan irritasi (perengsaan). Semasa pemeriksaan,
doktor mungkin mendapati bengkak dan merah di bahagian kemaluan dan lelehan putih
kekuningan di vagina.

JENIS RAWATAN MODEN DAN TRADISIONAL

1. RAWATAN KLINIK DAN HOSPITAL

Doktor akan melakukan pemeriksaan pelvik dengan menggunakan alat yang dipanggil
spekulum. Semasa pemeriksaan ini, sampel keputihan akan diambil dan dikenalpasti faktor
penyebab keputihan bagi mengesyorkan rawatan yang sesuai. Jika ia adalah jangkitan, ia
akan dirawat dengan mengambil antibiotik. Tetapi sekiranya doktor mengesyaki anda
dijangkiti bakteria, anda akan diberi preskripsi untuk sejenis antibiotik yang dipanggil
metronidazole. Manakala jika ia dikenalpasti sebagai penyakit kelamin, biasanya anda diberi
suntikan antibiotik sebelum keputusan ujian di makmal boleh mengesahkannya.

UBATAN

1. Clotrimazole vaginal pesari 500 mg stat atau 200 mg setiap hari untuk 3 hari.

2. Econazole vaginal pesari 150mg satu dos sebelum tidur atau 150mg untuk 3 malam

3. Fenticonazole vaginal pesari 600mg satu dos atau 200 mg untuk 3 hari
4. Miconazole vaginal pesari 1.2 g satu dos atau 200 mg untuk 3 hari

5. Teconazole vaginal pesari 80 mg sekali sehari untuk 3 hari

6. Nystatin vaginal pesari 100,000 unit untuk 14 hari

Ubat pil seperti Fluconazole juga boleh digunakan terutamanya bagi wanita yang tidak gemar
menggunakan pesari vagina. Ianya sangat efektif dan pilihan yang baik untuk jangkitan kulat
sistemik dan mereka yang mempunyai daya tahan badan yang rendah seperti penghidap HIV,
pesakit kanser yang menggunakan kemoterapi dan mereka yang dapat jangkitan kulat yang
berulang.

2. UBAT TANPA PRESKRIPSI

Jika anda ada jangkitan kulat yang berulang dan anda kenal dengan simptom-simptom
jangkitan kulat tersebut, anda boleh gunakan krim anti-kular yang boleh didapati tanpa
sebarang preskripsi.

3. PERUBAHAN HORMON

Bagi atrofi faraj pula, ia disebabkan perubahan hormon yang kebiasaannya berlaku sewaktu
kehamilan, semasa mengambil pil perancang atau selepas menopaus. Jika anda sedang
mengambil pil perancang kehamilan, dos yang lebih kuat mampu mengatasi keputihan.
Manakala jika anda menopaus pula, terapi penggantian hormon adalah rawatan yang sesuai.

4. UBAH GAYA HIDUP

a) Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering.

b) Elakkan penggunaan pembersih wanita berasaskan sabun yang mengganggu


kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.

c) Kerap menukar tuala wanita/pad ketika datang bulan.


d) Gunakan panty liner pada saat yang diperlukan saja. Elakkan juga pemakaian seluar
dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin

e) Kurangkan pengambilan makanan yang manis.

f) Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan
kelamin dengan lebih daripada seorang.

g) Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas
aktiviti seks.

h) Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas melakukan
hubungan kelamin.

AKIBAT JIKA PENYAKIT TERSEBUT TIDAK DIRAWAT

- Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai


komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan
sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim,
tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian.
Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama
lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat
kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
- Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang
berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke
saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh
menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh
mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
- Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit
keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa.
Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder
di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru
yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis
invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

KESIMPULAN

Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik yang dialami oleh semua wanita.
Namun, gejala dan komplikasi penyakit tersebut adalah berbeza mengikut individu dan tahap
kesihatan masing-masing. Jenis keputihan fisiologis yang kerap terjadi pada wanita yang
sihat merupakan gejala yang normal dan akan pulih secara semula jadi. Sebaliknya, keputihan
patologik dikategorikan sebagai penyakit yang lebih rumit dan perlu rawatan segera. Gejala
keputihan patologik disebabkan oleh pelbagai faktor luaran dan dalaman yang meliputi isu-
isu kebersihan diri, kestabilan hormon dalam darah, faktor kesihatan dan gaya hidup yang
sihat.

Anda mungkin juga menyukai