Anda di halaman 1dari 4

PEMBELAJARAN ATAS TALIAN (ePembelajaran)

Kod Kursus: GPML1022 Nama Kursus: PENDIDIKAN MORAL

Topik Perbincangan: Topik 5: Sosialisasi dalam Pembentukan Moral

Minggu Interaksi Dalam Talian: M14 (06.12.2021- 10.12.2021)

HPK2: Menghuraikan pembentukan insan bermoral secara holistik

(C5, A2, HP2, HP5, KKG5, KIK8)

Tajuk Perbincangan A:

Nama Ahli Kumpulan:

1) Mathilda Durie Anak Rowney


2) Swaylin Anak Harry
3) Venessa Sabella Anak Tini (Ketua)
(PPRBMM1-5)

i. Aktiviti 1

Ah Hock dan Richard telah ponteng sekolah untuk ke sebuah kompleks membeli belah. Ah
Hock adalah daripada sebuah keluarga yang amat miskin. Dia dimarahi oleh gurunya kerana
tidak berstokin di kompleks membeli belah tersebut. Ah Hock berjaya mencuri sepasang
stokin putih. Secara kebetulan,perbuatan itu dilihat oleh Richard. Setelah keluar dari
kompleks itu, Richard yang suka bersikap jujur ingin menegur perbuatan Ah Hock itu. Dia
merasa terdorong untuk melakukan kes itu, kalau Ah Hock itu tidak memulangkan stokin itu
tetapi selepas lama berfikir dia berasa kasihan kerana hampir setiap hari Ah Hock dimarahi
oleh guru kerana dia tidak berstokin. Akhirnya, Richard mengubah fikiran dan terus pulang
ke rumah.

i) Adakah perbuatan Ah Hock itu betul jika dikaji dari segi desakan guru dan keadaan
ekonomi keluarga? Berikan sebab-sebab anda.

Pada pandangan saya, jika dilihat dari segi desakan guru dan keadaan ekonomi, Ah Hock
bertindak demikian kerana mengganggap mencuri adalah perbuatan yang betul. Hal ini
demikian kerana guru dan keadaan ekonomi berperanan sebagai kawalan sosial kepada Ah
Hock. Dimarahi oleh guru dan keadaan keluarga yang daif meninggalkan kesan yang
mendalam kepada Ah Hock. Ah Hock mungkin takut akan didenda serta berasa sedih
dengan perbuatan guru.Walaupun begitu, Ah Hock tetap tidak meminta ibu bapanya untuk
membeli stokin kerana tidak ingin membuat ibu bapa berasa terbeban.Oleh sebab itu,Ah
Hock perlu mencuri stokin demi memuaskan hati gurunya dan mengelakkan ibu bapanya
risau memikirkan belanja yang perlu dikeluarkan untuk membeli stokin.Secara rasionalnya,
perbuatan Ah Hock yang mencuri adalah salah meskipun dia melakukannya bersebab
kerana perbuatan yang salah tetap salah.

ii) Richard ternampak satu kes kecurian. Dia tidak melaporkannya Adakah perbuatannya itu
dianggap munasabah? Mengapa?

Perbuatan Richard adalah tidak munasabah kerana membiarkan Ah Hock mencuri.


Sekiranya Richard seorang rakan yang baik dia akan mencari penyelesaian yang lebih baik
dan betul untuk Ah Hock. Perbuatan mencuri yang dilakukak oleh Ah Hock sekiranya
diketahui oleh orang di sekeliling Ketika kejadian itu dan dilaporkan akan menyebabkan
keadaan Ah Hock lagi teruk ditimpa masalah. Hal ini kerana, perbuatan mencuri yang
dilakukan oleh Ah Hock secara umumnya adalah salah sama sekali.

iii) Jika anda bersama dengan Ah Hock, apakah anda buat?

Jika saya Bersama dengan Ah Hock, saya sudah pasti akan menegur perbuatan
mencurinya yang tidak baik itu. Saya akan menasihatinya bahawa dia seharusnya tidak
mencuri sepasang stokin putih itu kerana walaupun dia tidak mampu membeli sepasang
stokin tersebut, mencuri bukanlah jalan atau langkah yang patut dilakukan. Saya akan
memberitahunya bahawa dia boleh menabung wang perbelanjaan sehariannya untuk
membeli sepasang stokin tersebut. Saya juga akan memujuk Ah Hock untuk bersabar
walaupun dimarahi gurunya dan mencadangkan agar dia memberitahu gurunya bahawa dia
tidak mampu membeli stokin putih tersebut dan terpaksa menunggu wang simpanannya
cukup untuk membeli sepasang stokin tersebut.

(Masa: 1 jam)
2) Faktor—faktor sosialisasi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah:

a) keluarga b) Rakan sebaya c) Sekolah d) Media massa e) status sosioekonomi f) jantina

g) Ras dan kebudayaan h) Isbat sosial

Memandangkan a hingga d telah dibincang semasa kuliah, anda hanya perlu


menerangkan factor hingga h sahaja.

e) status ekonomi

Status ekonomi ini merujuk kepada taraf hidup sesuatu kelurga sama ada kaya, miskin, dan
sederhana. Kanak-kanak yang datang dari keluarga yang mempunyai status ekonomi yang
rendah lebih cenderung untuk melakukan perbuatan negatif. Contohnya, kanak-kanak atau
remaja-remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjual dadah secara kecil-kecilan
kerana ibu bapa yang berpendapatan rendah tidak dapat menampung perbelanjaan seisi
keluarga. Hal ini berlaku kerana kanak-kanak memerlukan duit untuk memenuhi kepuasan
diri dan terpengaruh dengan rakan-rakan yang datang dari keluarga yang kaya di mana
mereka sering melihat rakan-rakan mereka itu hidup senang dan dapat membeli apa sahaja
yang mereka mahu. Faktor ini mendorong mereka untuk mengikuti rakan-rakan mereka
yang dapat membeli apa sahaja untuk memenuhi kepuasan diri.

f) Jantina

Jantina adalah satu lagi penentu utama di antara faktor yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak dan pertumbuhan fizikal si manja. Perkembangan anak lelaki dan perempuan
adalah berbeza, terutamanya apabila mereka mendekati akil baligh. Lelaki cenderung lebih
tinggi dan fizikalnya lebih kuat daripada perempuan. Walaupun begitu, perempuan akan
mempunyai tahap kematangan lebih cepat berbanding lelaki.

g) Ras dan kebudayaan

Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras.
Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai
tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan
pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud dimana ini akan mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh
keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri terutamanya kanak-kanak. Sejarah telah
banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma akan membawa lebih
banyak kesan-kesan negatifnya sahaja akan mempengaruhi kanak-kanak.
h) Isbat sosial

Kawalan sosial yang memerlukan isbat dikenakan terhadap pelanggar norma.Isbat sosial
terdiri daripada isbat berbentuk positif iaitu pujian, galakan dan isbat berbentuk negatif yang
merujuk kepada hukuman.Isbat menjadi rutin biasa guru.Kanak -kanak yang merangkap
murid-murid mendapat pujian jika berkelakuan baik dan yang sebaliknya akan
ditegur.Penerimaan murid-murid terhadap isbat-isbat melambangkan sifat interaksi dan
konflik yang kompleks.

Anda mungkin juga menyukai