Anda di halaman 1dari 13

GPML1022

PENDIDIKAN
MORAL
Nama Ahli Kumpulan:
Valentina Rossy
Vanessa Winnie
Swaylin
Mathilda Durie
Venessa Sabella
Apakah yang
dimaksudkan dengan
agen sosialisasi teman
sebaya?
Teman sebaya adalah sekelompok
individu yang kurang lebih sama
peringkat umur dimana kelompok
individu ini berfikir dan bertindak
secara bersama-sama.
Kebiasaannya, kita dapat
mempelajari proses sosialisasi
daripada teman sebaya. Hal ini
kerana kita dapat mempelajari hidup
bersosialisasi dari proses interaksi
dengan teman sebaya. Pelbagai
pengaruh baru yang akan diperoleh
dari teman sebaya.
Agen sosialisasi teman sebaya
memberikan pengalaman baru yang
menyeronokkan, menyedihkan dan
sebagainya. Individu akan
mempelajari cara bertolak-ansur,
kawalan emosi, perasaan
bertanggunjawab dan sebagainya. Ini
akan mempengaruhi sikap mereka di
dalam kehidupan bermasyarakat.
Peranan teman
sebaya sebagai agen
sosialisasi
Sebagai seorang yang meningkat dewasa,
pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh
yang sangat kuat.
Dalam tempoh ini, mereka mempunyai rasa atau
sikap ingin tahu yang tinggi.
Pemilihan teman dalam pergaulan haruslah
dilakukan dengan betul kerana dalam tempoh
menginjak dewasa, banyak masa dihabiskan
bersama teman sebaya berbanding keluarga.
Faktor imitasi antara dorongan kepada pelajar
untuk meniru orang lain.
Misalnya, di sekolah anak-anak atau remaja sering
kali mengikuti atau meniru trend-trend terkini
daripada rakan mereka yang menjadi idola kerana
tidak ingin dianggap ketinggalan zaman.
Remaja lebih mudah menerima nasihat-nasihat,
kritikan dan saranan daripada teman sebaya
berbanding orang lain. Tingkah laku mereka
dipengaruhi oleh teman sebaya.
Contohnya, sekiranya remaja sering dimotivasi oleh
rakan sebaya mereka untuk berjaya, mereka akan
menunjukkan minat dan prestasi yang
memberansangkan ketika belajar.
Kumpulan rakan sebaya terutama peringkat remaja, mempunyai pengaruh
yang kuat ke atas tingkah laku individu.
Sebagai contoh
Seseorang boleh mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
sekiranya dia mempunyai kumpulan rakan sebaya yang rajin
mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan yang diberikan oleh
pensyarah. Hal ini demikian kerana apabila seseorang itu melihat rakanya
jarang meluangkan masa untuk aktiviti yang kurang berfaedah seperti
sering bermain permainan atas talian,melayari media sosial secara
berlebihan dan melepak sebaliknya menggunakan masa lapang untuk
menyiapkan tugasan yang belum selesai atau sentiasa membaca dan
melayari internet untuk keperluan belajar maka seseorang itu akan
mendapat galakan sekali gus terdorong untuk mencontohi rakan-rakanya.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa tingkah laku rakan sebaya yang
positif dapat membentuk keperibadian seseorang yang baik.
Rakan sebaya mampu
mempengaruhi seseorang dengan
mudah dan cepat.
Sebagai contoh, individu yang
bergaul dengan rakan sebaya yang
suka ponteng sekolah akan terikut-
ikut untuk bersama-sama ponteng.
Pengaruh rakan sebaya mampu
mempengaruhi pemikiran seseorang.
Rakan sebaya menjadi individu
yang dipercayai serta suri teladan
kepada tindakan seseorang.
Persamaan usia mendorong individu
untuk mencontohi rakan sebaya.
Rakan sebaya berperanan menyokong rakan
dari segi emosi. Contohnya, apabila rakan
mengalami masalah, rakan sebaya dapat
memberi kata-kata semangat yang positif
dan memberi penyelesaian. Kata-kata positif
yang biasa diberikan adalah berbentuk
sokongan yang memberansangkan serta dapat
meningkatkan semangat walaupun berada
dalam situasi yang susah. Rakan sebaya
membantu dalam mengekalkan sikap optimistik
kepada diri kita agar sentiasa memikirkan
hasil yang positif sahaja dan membuang yang
negatif.
Rakan sebaya adalah seseorang yang
berperanan dalam menjadi contoh yang baik.
Contohnya, rakan sebaya yang mempunyai
disiplin dalam segala aspek iaitu menghargai
masa dan mementingkan pelajaran dan
remaja cenderung untuk mengikutinya kerana
merasai ada persaingan yang sihat.
Terima Kasih!

Anda mungkin juga menyukai