Anda di halaman 1dari 7

GPMK1012

Kesan kesalahan berbahasa dalam


komunikasi pada era digital
Ahli Kumpulan:
Mathilda Durie Anak Rowney
Masturina Binti Bolhasan
Venessa Sabella Anak Tini
(PPRBMM1-5)

CONTOH KESALAHAN BERBAHASA


Bahasa Kesat
- Penggunaan bahasa yang kasar yang menyamakan manusia dengan haiwan
ataupun menyebut alat kelamin atau kemaluan manusia atau binatang dalam istilah
lain yang kurang sopan atau menyebut perilaku manusia yang terhina. Contohnya,
bangsat, bangang dan celaka.
Bahasa Rojak
- Bahasa yang berkembang luas dalam kalangan pengguna yang mencampuradukkan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
- Kesalahan penggunaan bahasa rojak menyebabkan kecelaruan maklumat dan
memberi kesan kepada pengguna bahasa yang dalam proses mengajar.
kesan kesalahan berbahasa dalam komunikasi pada era digital

1) Wujudnya salah faham

Kesalahan faham akan mudah berlaku antara penutur


dengan pendengar. Pendengar akan tidak mampu
menerima maklumat yang mahu disampaikan oleh
penutur. Hal ini menyebabkan pendengar tidak dapat
melakukan sesuatu atau mencapaikan matlamat yang
diingini oleh penutur. Oleh itu, perselisihan faham
berlaku dan menyebabkan pertelingkahan.
kesan kesalahan berbahasa dalam komunikasi pada era digital

2) Tingkah Laku

Kesalahan berbahasa akan menyebabkan pendengar melakukan


tindakan yang kurang rasional. Contohnya, apabila penutur
bercakap sesuatu yang kesat atau kurang beradab, pendengar
mungkin akan rasa dihina dan menjadi marah, lalu melakukan
sesuatu yang tidak rasional. Hal ini akan menyebabkan
pendengar itu melakukan sesuatu yang tidak baik seperti
menampal mukanya disebabkan pemikiran mereka yang ekstrim.
kesan kesalahan berbahasa dalam komunikasi pada era digital

3) Hubungan
Hubungan antara manusia dengan manusia akan menjadi
renggang. Jika kita menggunakan bahasa yang salah kepada
orang lain, orang lain akan mempunyai kenangan yang negatif
kepada kita. Mereka mungkin akan berasa kita merupakan
seorang yang kurang adab. Misalnya, seorang lelaki yang ingin
mengenali seorang perempuan menghantar mesej dengan
bahasa yang tidak sopan. Hal ini menyebabkan perempuan itu
tidak mahu mengenalinya dengan lebih mendalam.
kesan kesalahan berbahasa dalam komunikasi pada era digital

4) Agama dan Budaya


Kesalahan berbahasa akan menyebabkan penuturnya dianggap
kekurangan didikan agama. Hal ini demikian kerana setiap agama
mengajar penganutnya melakukan sesuatu yang baik termasuklah
menggunakan bahasa-bahasa yang sopan. Maka, seseorang
penganut yang bercakap dalam bahasa yang salah akan
menyebabkan agamnya dihina. Jadi, penutur yang menggunakan
bahasa yang salah akan dikatakan tidak mempunyai budaya dan
akan ditegur oleh orang lain.
sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai