Anda di halaman 1dari 3

KOD KURSUS:GPML1022

NAMA KURSUS:PENDIDIKAN MORAL


TOPIK PERBINCANGAN:Topik 1 KONSEP
ASAS MORAL
Ahli kumpulan:1.Valentina Rossy anakKabir(Ketua)

2.Mathilda Durie anak Rowney

3.Swaylin anak Harry

4.Venessa Sabella anak Tini

5.Vanessa Winnie Jerry

Tajuk perbincangan A:

i.Topik 1:Pada pendapat anda,mengapa pentingnya


seseorang memahami konsep dan jenis nilai dalam
kehidupannya.Bincangkan.
Pada pendapat saya,seseorang perlu memahami konsep dan jenis nilai dalam
kehidupannya kerana

1)Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai yang konsisten agar
individu atau masyarakat bertindak dengan baik,betul dan boleh
diterima.Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral
dan pengkritik moral iaitu mengetahui apa yang dilakukan dan menilai
kemoralan sendiri dan orang lain.

2)Satu tunjuk arah,rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral.Ini


bermaksud,walaupun dalam keadaan beberapa nilai mungkin
berkonflik,keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan
konflik yang dialami.Nilai bukan hanya sebagai peransang,malah
membantaskan perlakuan seseorang.Ini bermakna seseorang itu akan
bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan sesuatu yang
dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.

3)Mewujudkan sebuah organisasi yang stabil,kukuh dan berkembang


maju.Seseorang ahli organisasi haruslah memahami dan melaksanakan etika
dan nilai moral seperti melaksanakan tugas yang diberi dengan
baik,menghormati ahli organisasi lain,sentiasa bekerjasama dalam melakukan
tugasan dan sebagainya.Justeru,penerapan nilai moral dan etika-etika perlu
ada dalam diri ahli organisasi bagi membangunkan organisasi yang maju dan
harmoni.

4)Membolehkan peradaban manusia berkekalan.Jika sesebuah masyarakat


mengamalkan nilai baik,masyarakat tersebut mampu hidup harmoni dan
berkembang maju.
Tambahan
Jenis-jenis nilai Peranan
-Nilai instrumental(Ekstrinsik) Nilai yang digunakan untuk
-Nilai Intrinsik menunjukkan hubungan antara nilai
-Nilai subjektif Nilai yang digunakan untuk
-Nilai objektif menunjukkan pandangan seseorang
terhadap nilai
-Nilai relatif Nilai yang digunakan untuk
-Nilai mutlak menunujukkan apa yang dinilai

SUMBER RUJUKAN:
https://www.slideshare.net/marylemok/gpm1063konsep-asas-moral
https://image.slidesharecdn.com/konsepasasnilai-140209043219-phpapp02/95/konsep-
asas-nilai-8-638.jpg?cb=1391920987
http://lukmanganu.blogspot.com/2014/02/kepentingan-moral-dan-etika.html?m=1

Anda mungkin juga menyukai