Anda di halaman 1dari 4

Secara individu, mencari 1 contoh komunikasi yang positif dan 1 contoh komunikasi

yang negatif. Kemudian menilai kedua-dua contoh komunikasi tersebut.


1 contoh komunikasi yang positif

Kata-kata semangat yang diberikan oleh keluarga atau rakan-rakan anda apabila
berasa sedih. Meluahkan perasaan sedih kemudian keluarga atau rakan akan memberi
nasihat, kata yang mengubah pemikiran menjadi lebih positif dan memberi semangat.

Contohnya,
Bertanya kerana mengambil berat seperti “Mengapa kamu berasa sedih? Adakah ada
apa-apa yang menganggu fikiranmu? Ceritakanlah. Jangan risau, saya sedia
mendengar.” dan memberi nasihat dan kata-kata semangat seperti “Tidak mengapa,
kamu janganlah bersedih. Saya tahu kamu adalah seorang tabah hati kerana orang
yang tabah adalah orang yang kuat dalam menghadapi cabaran.”
1 contoh komunikasi yang negatif

Apabila bergurau dengan rakan-rakan, ada sesetangah yang suka menggunakan


perkataan kesat atau berkata-kata tanpa bertapis serta tidak memikirkan perasaan
orang lain.

Contohnya, “Mengapa kamu berpakaian begitu? Macam tak tahu fesyen sahaja.
Patutlah tiada orang mahu berkawan dengan kamu.”
Penilaian kedua-dua contoh komunikasi.

Komunikasi yang positif memberi kesan yang baik terutamanya kepada perasaan
seseorang itu berbanding komunikasi yang negatif. Semua orang tahu membezakan
bentuk sesebuah komunikasi itu dan mempunyai perspektif yang berbeza
mengenainya. Ada yang bersifat sensitif dan ada yang tidak dalam sesuatu perbualan.
Oleh itu, lebih baik menjaga kesantunan dan berhati-hati dalam mengungkapkan
sesuatu. Bak kata pepatah Melayu, lidah lebih tajam dari mata pedang.

Anda mungkin juga menyukai