Anda di halaman 1dari 5

RAKAN SEBAYA

Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anakanak memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakanrakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama. Rakan-rakan ini boleh dikelaskan sebagai anak-anak remaja yang usianya tidak jauh berbeza dan mereka ini memiliki tahap pemikiran yang sama dan biasanya sangat akrab dan saling mempengaruhi.

Namun sosialisasi dalam kelompok rakan sebaya ini anak-anak mempelajari pola interaksi dengan mereka yang setara dengan diri mereka dari segi usia, pengalaman, peranan, pemikiran dan sebagainya. Dengan ini, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih cepat dan berkesan kerana mereka dapat menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor-faktor tadi.

Anak-anak yang berada dalam kumpulan rakan sebaya lebih memberikan perhatian kepada rakan sebaya jika dibandingkan dengan keluarga mereka. Anak-anak pada tahap ini boleh dikatakan tidak menerima langsung apa yang cuba diajarkan oleh ibu bapa mereka kerana mereka yakin sudah mampu mengawal hidup sendiri. Misalnya ibu bapa tidak mahu anak-anak berpakaian yang pelik-pelik namun anak-anak pula mahu memakainya dengan alasan mereka mahu mengikut trend dan rakan mereka memakainya.

Jadi, di sini dapat dilihat timbulnya pertentangan di antara nilai yang diambil dari rakan sebaya dengan nilai yang sudah ada di dalam keluarga mereka. Jadi, kemampuan rakan sebaya mempengaruhi anak-anak ini kadangkalanya melebihi pengaruh daripada keluarga sendiri. Malah keadaan ini akan bertambah ketara apabila mereka semakin meningkat dewasa. Jadi, rakan sebaya sememangnya memberikan kesan yang sangat besar dalam proses sosialisasi anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai