Anda di halaman 1dari 4

BMMB1084 Asas Tatabahasa Bahasa Melayu

Soalan Tutorial Minggu 4

Kenal pasti kata ganda dalam petikan tersebut dan buatlah analisis.

KEPEMIMPINAN universiti di negara ini wajar meningkatkan inisiatif bagi


memberi motivasi tinggi kepada ahli akademik supaya aktif menghasilkan
karya berbentuk separa ilmiah atau popular diterbitkan pelbagai institusi
media arus perdana.
Didapati sebahagian universiti tidak memberikan penghargaan sewajarnya
terhadap karya berbentuk popular dihasilkan ahli akademik mereka.
Sekiranya keadaan ini berlanjutan, ia boleh memberi kesan jangka panjang
yang tidak baik terhadap kelestarian ekosistem pembangunan ilmu di negara
kita terutama dari segi perpindahan ilmu tinggi dihasilkan menerusi
penyelidikan di menara gading kepada kefahaman masyarakat awam.

Memang diakui golongan akademik terlatih dalam bidang pengajian tinggi,


bertanggungjawab menghasilkan tulisan atau karya ilmiah diiktiraf kelompok
dikenali 'komuniti saintifik,' iaitu golongan berkepakaran tinggi dalam bidang
penyelidikan ilmu masing-masing.
Malah, ahli akademik sebenar akan sentiasa berusaha meningkatkan
keupayaan mereka untuk dikenali dan diiktiraf sebagai anggota dalam
komuniti saintifik terbabit. Usaha ini menuntut banyak tumpuan dan kegigihan
kerana penghasilan karya ilmiah tinggi diterbitkan menerusi saluran jurnal
bertaraf antarabangsa adalah penghargaan kerjaya dicita-citakan semua ahli
akademik.
Namun, impian menghasilkan karya ilmiah tinggi bertaraf antarabangsa bukan
satu-satunya peranan dan tanggungjawab ahli akademik selaku golongan
intelektual awam yang berkhidmat di pelbagai institusi pengajian tinggi.
Mereka juga memiliki tanggungjawab watan mendidik masyarakat awam
terbanyak terutama meningkatkan kualiti kefahaman dan pemikiran terhadap
pelbagai persoalan dalam kehidupan dan ketamadunan manusia masa kini
berasakan kaedah ilmiah diperakui serta sahih.

Peranan golongan intelektual awam dalam mendidik masyarakat bertambah


penting terutama di negara yang masih membangun seperti Malaysia. Ini
kerana kadar peratusan rakyat berpeluang mendapat pendidikan pada
peringkat tinggi masih terhad.
Kebanyakan rakyat di negara membangun hanya berpeluang memperoleh
pendidikan terakhir mereka pada peringkat menengah atau rendah sahaja.
Dalam situasi dan realiti ini, ahli akademik atau intelektual awam di institusi
pengajian tinggi bertanggungjawab mendidik masyarakat yang tidak
memperoleh peluang pengajian tinggi disebabkan pelbagai faktor
persekitaran, ekonomi dan budaya.

Kebanyakan institusi pengajian tinggi amat memahami peranan dan


tanggungjawab watan mereka. Oleh itu, ahli akademik digalakkan terbabit
dalam memberikan khidmat kemasyarakatan sama ada menerusi khidmat
perundingan dan syarahan.
Universiti juga digalakkan menganjurkan pelbagai bentuk seminar
membabitkan masyarakat awam. Pembabitan dan sumbangan berbentuk
sebegini dihitung pula sebagai antara komponen penilaian dalam kemajuan
perkhidmatan ahli akademik di universiti.
Kita ingin menganjurkan kepemimpinan universiti terus memberdayakan
sokongan dan pengiktirafan mereka terhadap aspek pembabitan golongan
ahli akademik dengan masyarakat dalam bentuk kewangan, logistik atau
penilaian perkhidmatan.
Menerusi sokongan ini, ia secara tidak langsung menterjemahkan konsep
Universiti Untuk Komuniti yang pernah menjadi slogan penting dunia
pendidikan tinggi sebelum ini.
Dalam konteks ini, sumbangan ahli akademik dalam bentuk penulisan karya
ilmiah popular dalam bentuk makalah, rencana atau buku yang diperakui
hendaklah diiktiraf serta dihargai dengan sewajarnya oleh kepemimpinan
universiti semasa.
Bagi menghargai sumbangan itu, kepemimpinan universiti disyorkan
meningkatkan kadar penilaian terhadap hasil ilmiah popular hingga pada satu
tahap boleh memberi satu dorongan dan motivasi tinggi kepada ahli akademik
untuk terus memberikan sumbangan dalam bidang penulisan berbentuk
demikian.

Penulisan berbentuk popular mempunyai peranan besar dan penting terutama


dalam membentuk pandangan awam terhadap sesuatu permasalahan serta
isu semasa yang berkembang dalam masyarakat.
Peranan media popular amat berkesan sebagai saluran komunikasi secara
langsung dan pantas golongan intelektual dengan masyarakat awam.
Dalam erti kata lain, masyarakat hendaklah sentiasa dipandu kefahaman dan
pandangan secara tepat berasaskan kaedah ilmiah dalam memahami sesuatu
persoalan berkait dengan kepentingan kehidupan seharian.
Ia secara langsung mengelakkan masyarakat awam berpegang dengan
sumber separa sahih, khabar angin atau 'gosip' dalam sesuatu persoalan ilmu
pengetahuan. Oleh itu, tidak ada golongan lebih layak membantu dan
memandu kefahaman mereka berasaskan sandaran sahih kecuali intelektual
awam diperakui.
Tulisan atau karya separuh ilmiah intelektual awam disiarkan majalah atau
akhbar misalnya adalah saluran rujukan utama masyarakat terbanyak. Ia
wadah komunikasi terbaik antara intelektual awam dengan komunitinya.
Tidak semua hal ehwal ilmiah dapat diatasi dengan penerbitan bercorak
ilmiah tinggi diterbitkan di jurnal bertaraf antarabangsa. Tanpa menafikan
kepentingan dan jurnal ini dalam pengukuhan teori dan aplikasi ilmu bercorak
saintifik, ia bukan satu saluran komunikasi berkesan bagi intelektual awam
berhubung dengan komunitinya.
Mereka memerlukan saluran media popular terutama untuk mengatasi
sebarang bentuk kekeliruan atau kejahilan terhadap sesuatu perkara
berkembang dalam masyarakat.
Pada hari ini, pembabitan intelektual awam dalam memandu dan mendidik
masyarakat mengenai cara dan kaedah terbaik berdepan dengan penularan
wabak penyakit berjangkit terlalu penting.
Banyak kekeliruan pendapat dan penyebaran maklumat palsu tersebar dalam
komuniti mengenai pandemik COVID-19, misalnya berkaitan kebaikan dan
keburukan vaksinnya. Maklumat tersebar ini memerlukan pengesahan secara
cepat dan ilmiah daripada golongan intelektual awam terutama berkhidmat di
pusat pengajian tinggi.

Oleh itu, intelektual awam hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan


ilmiah dalam masyarakat dan hendaklah bertindak cepat berinteraksi dengan
komuniti menerusi ucapan atau lisan disediakan pelbagai saluran media
popular.
Sumbangan ahli akademik amat penting dan ia sewajarnya mendapat penghargaan
sewajarnya oleh kepemimpinan universiti semasa.

Penulis adalah Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan


Malaysia (UKM)

Jenis Kata Ganda Contoh – Contoh


Kata Ganda Semu masing - masing
Apitan Kata Adjektif dicita - citakan
Akhiran Kata Adjektif satu-satunya

Anda mungkin juga menyukai