Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 2 Tutorial BMMB1084

Kenalpasti kata kerja yang terdapat dalam lampiran berikut dan seterusnya buatlah analisis
dan klasifikasi berkaitan kata kerja tersebut.

“SELAIN perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa


rasmi dan bahasa ilmu di peringkat negara, pada hemat saya kita tidak patut melupakan
upaya untuk meningkatkan martabat bahasa Melayu di peringkat serantau dan
antarabangsa,” jelas Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar Siri Bicara Bahasa terbitan bersama
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Linguistik Malaysia.

Membincangkan tajuk ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ Perspektif Politik dan Pejuang Bahasa, Dato’
Abdul Rahim turut menjelaskan, sekalipun masalah pelaksanaan penggunaan bahasa
Melayu di peringkat negara belum selesai betul, namun hal itu tidak patut dijadikan alasan
untuk tidak mengusahakan pengembangannya di peringkat serantau dan antarabangsa.

Menurutnya, upaya penyelidikan, pengajaran dan penggalakan yang berkaitan dengan


bahasa Melayu dan pengajian Melayu memerlukan suatu perancangan yang lebih agresif
dan terarah.

“Kita tidak patut berpuas hati dengan keadaan yang ada kini, iaitu bahasa Melayu dikaji dan
dipelajari atas dasar minat individu dan kelompok tertentu di luar negara. Peranan kedutaan
dan pejabat pesuruhjaya kita di luar negara harus membabitkan pengembangan bahasa dan
persuratan Melayu di negara asing sama ada melalui perancangan kursus bahasa dan
pewujudan pusat sumber yang memperagakan hasil-hasil persuratan kita.”

Di samping itu, katanya, perlu ada perencanaan kolaborasi yang lebih erat dan berfokus
antara institusi pengajian dan penyelidikan dengan institusi luar negara.

“Sebagai langkah awal, DBP telah menubuhkan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu pada
umumnya berusaha menyelaraskan kegiatan penyelidikan, pengajaran dan penggalakan
yang berkaitan dengan bahasa dan pengajian Melayu di seluruh dunia.

“Kita mengharapkan bahawa melalui upaya mengembangkan bahasa Melayu di peringkat


antarabangsa, kita akan dapat mengembalikan kegemilangan bahasa dan tamadun Melayu
yang pada sekitar abad ke-15 dan 16 dahulu menjadi bahasa antarabangsa, baik dalam
bidang perdagangan, diplomatik, dan perhubungan umum.”
KATA KERJA CONTOH
Kata Kerja Transitif Aktif 1. mendaulatkan
2. melupakan
3. meningkatkan
4. menjelaskan
5. memerlukan
6. membabitkan
7. memperagakan
8. menubuhkan
9. mengembangkan
10. mengembalikan
Kata Kerja Transitif Pasif 1. pewujudan
2. pelaksanaan
3. dikaji
4. dipelajari
5. dipelajari
6. pewujudan
7. perencanaan
Kata Kerja Tak Transitif (Tanpa pelengkap) 1. di luar negara
2. di negara asing
3. di seluruh dunia
Kata Kerja Tak Transitif (Berpelengkap) 1. menjadi bahasa antarabangsa

Anda mungkin juga menyukai