Anda di halaman 1dari 5

BIDANG TUGAS GURU KELAS.

A) PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS.

1. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong


Ketua Kelas, Setiausaha, Bendahari, AJK Keceriaan dan AJK Kebajikan.

2. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

3. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :


a) Jadual Waktu.
b) Jadual Tugas Harian.
c) Struktur Organisasi Kelas.
e) Pelan Pergerakan Kecemasan.
f) Gambar-gambar pemimpin.
g) Sudut Bacaan.
h) Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori.

4. Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat.

5. Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.

6. Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih


perabot kelas bersama guru aset.

7. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh murid bagi
tujuan keceriaan kelas dan kebajikan kelas.

B) JADUAL KEDATANGAN MURID

1. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu


kedua berakhir di Sistem APDM.

2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar


kedatangan murid ditulis dan dikemaskini.

3. Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.

4. Memastikan kelas mempunyai diari kelas dan diuruskan dengan baik.


5. Mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi murid yang
tidak hadir ke sekolah.

C) REKOD PRESTASI AKADEMIK,SIJIL BERHENTI DAN SURAT


AKUAN.

1. Memastikan setiap murid mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang


lengkap dengan butiran peribadi yang diperlukan termasuk gambar foto serta
berbalut dengan plastik.

2. Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik serta lain-


lain maklumat yang terdapat dalam buku tersebut mengikut masa yang
ditetapkan (ujian bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan percubaan). 

3. Memastikan buku tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani


oleh waris murid.

4. Mengisi buku Rekod Ujian dan Peperiksaan Sekolah dan diserahkan kepada
Guru Besar bersama dengan buku rekod Prestasi Akademik Murid untuk
disemak dan ditandatangani sebelum diserahkan kepada waris murid.

5. Menyedia dan mengisi surat akuan murid jika diperlukan.

D) MASALAH PEMBELAJARAN, KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN

1. Memberi galakan,motivasi,dan merangsangkan minat murid terhadap


akademik.

2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.

3. Sentiasa prihatin terhadap masalah murid di kelasnya.

4. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling murid yang


menghadapi masalah pembelajaran/kemerosotan pelajaran.

5. Melaporkan kepada Guru Kesihatan/Guru Bertugas Mingguan jika terdapat


pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.
6. Menyediakan/menyimpan rekod-rekod kesihatan murid dan diberikan
kepada pihak berkenaan jika diperlukan.

7. Melaporkan kepada Ketua Guru Disiplin jika terdapat murid yang


melanggar peraturan sekolah.

8. Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan murid


ponteng.

E) BUKU TEKS DAN BANTUAN KEBAJIKAN

1. Memastikan buku-buku SPBT diagihkan kepada pelajar yang layak,


memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dicatat nama murid, dan tidak
ditinggalkan di dalam kelas.

2. Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.

3. Menguruskan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan,


menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir
tahun dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru SPBT.

F) KUTIPAN SUMBANGAN.

1. Mengutip sumbangan PIBG (jika ada) daripada murid.

2. Mengeluarkan resit bagi semua kutipan sumbangan.

3. Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada:


a) Bendahari PIBG (Derma PIBG)
b) Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.
G) PENDAFTARAN MURID BARU

1. Mendaftarkan murid baru yang diterima dari Penyelaras Aliran dalam buku
Rekod Kemasukan Murid dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar dari
PK HEM.

2. Menentukan penerimaan borang buku SPBT dari sekolah terdahulu dan jika
layak, memastikan murid berkenaan mendapat buku teks.

3. Menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk bantuan dan


melaporkan kepada Guru Kebajikan.

4. Menentukan rumah sukan.

5. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

 H) MURID BERPINDAH.

1. Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Pelajar, dan Pelaporan


PBD diserah ke pejabat.

2. Menentukan kelulusan pertukaran telah diterima.

3. Memastikan buku teks lengkap dibawa serta semua sumbangan murid telah
dijelaskan.

I) PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN. 

1. Memastikan setiap murid:


a) mempunyai rumah sukan
b) menganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab
sukan.

2. Menggalakkan setiap murid bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan


kokurikulum.
 J) IKLIM KELAS SECARA KESELURUHAN 
1. Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti P&P.
permainan, dan satu pasukan unit beruniform.

K) GURU DISIPLIN
1. Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.

Anda mungkin juga menyukai