Anda di halaman 1dari 14

PERANAN DAN TUGAS GURU TINGKATAN 1.

Pengurusan dan organisasi kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas berikut Ketua Tingkatan Penolong Ketua Tingkatan Bendahari AJK Kebersihan AJK Disiplin AJK Keceriaan AJK Akademik AJK Kebajikan 2 Orang Doktor Junior 2 Orang Rakan Pembimbing Sebaya

1.2 Menyediakan senarai tugas setiap ahli jawatankuasa kelas:

Ketua Tingkatan

Penolong Tingkatan Bendahari AJK Kebersihan

AJK Keceriaan

Memantau semua jawatankuasa menjalankan tugas, memaklumkan guru selepas 5 minit bermula waktu seterusnya, mengawal disiplin kelas semasa guru tidak ada dalam kelas. Membantu ketua tingkatan dan mengambil alih tugas ketua tingkatan semasa beliau tidak ada atau tidak hadir. Diberi kuasa oleh guru tingkatan untuk mengutip yuran kelas dan menguruskan akaun tabung kelas. Mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun meja dan membuang sampah sebelum pada sebelah pagi dan 5 minit sebelum balik. Sentiasa mengemas kini papan kenyataan dan papan

maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bungan untuk kelas. AJK Disiplin Memastikan keadaan kelas adalah terkawal apabila guru tiada, bertanggungjawab memberi teguran dan nasihat kepada rakan sekelas jika perlu dan melaporkan segala salah laku rakan kelas kepada guru tingkatan, guru subjek, guru disiplin atau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dengan kadar segera AJK Akademik Mengemas kini sudut mata pelajaran dengan sudut Tajuk Utama Akhbar Hari Ini. AJK Kebajikan Membantu guru mengenal pasti rakan kelas yang memerlukan bantuan dan perhatian. Doktor Junior Memberi bantuan segera First Aid kepada rakan kelas yang tidak sihat dan sakit, mengiringi rakan kelas untuk mendapatkan rawatan daripada guru bertugas harian. Pembimbing Rakan Memerlukan Kaunselor sekolah mengenal pasti rakan kelas Sebaya yang memerlukan khidmat nasihat kaunseling dan memberi nasihat atau bimbingan kepada rakan sekelas.

2. Kecerian Kelas

2.1 Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:

Jadual waktu kelas Jadual bertugas


Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru mencukupi

Moto, slogan, visi, dan misi sekolah Alatan pembersihan seperti penyapu, tong sampah dan pengaut sampah Carta organisasi kelas Papan kenyataan am, papan kenyataan informasi, sudut mata pelajaran Tempat gantung penyapu Pelan tempat duduk pelajar Jadual kerja kumpulan

Peraturan kelas Marksheet/mata bonus

2.2 Menggalakkan murid membawa pokok bunga hidup dari rumah untuk menghiaskan kelas.

2.3 Tidak membenarkan lukisan mural di dinding kelas.

3. Kebersihan dan Keselamatan

3.1 Menentukan kawat elektrik, kipas angina dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 3.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada Guru Penyelaras Tingkatan. 3.3 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
3.4 Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot di dalamnya. Senarai perabot dalam

bilik darjah perlu disediakan. 3.5 Cermin tingkap yang pecah/hilang hendaklah digantikan secepat mungkin. Kerusi/meja yang rosak perlu dibaiki dengan segera. 3.6 Memastikan kelas (dalam dan luar) sentiasa dalam keadaan bersih.

4. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Pelajar

4.1 Menandakan jadual kedatangan harian pada waktu pertama dan meletakan di rak yang telah disediakan.
4.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan

pelajar ditulis dan pastikan semua lengkap pada akhir bulan Januari. 4.2.1 Yuran khas (cara rekod : no.resit rasmi penyerahan + no.resit individu)

4.2.2 4.2.3

Nombor pendaftaran. Butir diri pelajar.

4.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas berdasarkan Borang Biodata Diri

(rujuk lampiran 1) yang telah diisi pada hari pendaftaran atau hari pertama sesi persekolahan. 4.4 Peraturan Jadual Kedatangan Pelajar: 4.4.1 Menandakan kedatangan murid Tandakan / bagi murid yang hadir Tandakan 0 bagi murid yang tidak hadir Di dalam 0 catatkan L datang lewat, C bercuti, S sakit, B bersebab, W wakil atau P ponteng. Jika seseorang murid meninggalkan darjahnya sebelum cukup dua jam berada dalam darjah itu, maka kedatangannya hendaklah ditandakan seperti murid ponteng. (Ponteng ialah tidak datang tanpa sebab / meninggalkan kelas tanpa kebenaran)

4.4.2

Kedatangan murid-murid mestilah ditandakan oleh guru tingkatan atau guru yang mengajar masa pertama pada tiap-tiap hari persekolahan. Sekiranya guru berkenaan tidak hadir , kedatangan pelajar mesti ditanda oleh guru ganti. Buku Jadual Kedatangan ini mestilah ditutup selewat-lewatnya satu jam sesudah dimulakan belajar. ruangan itu. Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah dituliskan Cuti melintang.

4.4.3 Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan satu garisan lurus sepanjang

4.4.4 Buku Jadual Kedatangan ini mesti ditanda / dicatatkan dengan dakwat biru/

hitam sahaja, jangan sekali-kali menggunakan pensel kemudian diikuti dengan dakwat di atasnya.
4.4.5 Murid-murid yang ada tertulis di dalam jadual pada hujung sesuatu bulan itu

mestikan ditulis semula di dalam jadual bagi bulan hadapannya kecuali jika seseorang murid itu berhenti sekolah, perberhentiannya mesti disahkan oleh Pengetua.
4.4.6 Sekiranya berlaku kesilapan menulis, jangan dipadamkan, tetapi hendaklah

dipotong yang salah dan dituliskan yang betul diatasnya.

4.4.7 Semua butiran dalam halaman Jadual Kedatangan ini, mestilah diisi dengan

lengkap sebelum akhir Februari. Buku ini mestilah dikemas kini dari semasa ke semasa. 4.4.8 4.4.9 Nombor surat rujukan Jabatan Pelajaran membenarkan seseorang murid itu belajar dengan percuma hendaklah ditulis. Hari sekolah ganti hendaklah ditanda pada tarikh yang diluluskan oleh PPG.

4.5 Penyata Bulanan Kedatangan Murid: 4.5.1 Purata kedatangan ialah jumlah kedatangan murid-murid semua dibahagi dengan jumlah hari persekolahan kepada angka genap yang hampir sekali. Purata Kedatangan= Jumlah kedatangan sebenar Bil. Hari Persekolahan Purata ramai murid ialah jumlah kedatangan murid-murid itu semuanya dibahagi dengan jumlah hari persekolahan, kepada angka yang hampir genap sekali. Peratus Kedatangan ialah jumlah kedatangan murid-murid itu semuanya dibahagi dengan jumlah kedatangan sepatutnya kepada angka 1 tempat perpuluhan. Purata Kedatangan= Jumlah kedatangan sebenar100 Jumlah kedatangan sepatutnya Borang Penyata Bulanan Kedatangan Murid (rujuk lampiran 2) perlu diisi dengan betul dan dihantar pada hari terakhir persekolahan bulan tertentu bersama buku kedatangan pelajar.

4.5.2

4.5.3

4.5.4

5. Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti, Surat Akuan dan Kad 001M

5.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar. 5.2 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal. 5.3 Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa dan memastikan kad kemajuan pelajar tersebut dipulangkan dan ditandatangan oleh ibu bapa/ penjaga.

5.4 Mengambil kad 001M dari Penyelaras Tingkatan: 5.5.1 Mark Sheet bagi setiap peperiksaan sekolah. 5.5.2 Kad 001M. 5.5.3 Sijil berhenti dan surat akuan pelajar yang meneruskan persekolahan.

6. Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin

6.1 Memberikan galakan, motivasi dan meransangkan minat pelajar terhadap akademik. 6.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika perlu). 6.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
6.4 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling jika terdapat kemerosotan

pelajaran dalam kalangan pelajar. 6.5 Melaporkan Guru Bertugas jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan. 6.6 Melaporkan Guru Disiplin/ Penyelaras Tingkatan jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
6.7 Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

6.8 Mengeluarkan surat Amaran Ketidakhadiran (rujuk lampiran 3) kepada pelajar yang tidak hadir melebihi 3 hari berturut-turut tanpa sebab dan tidak mendapat respon ibu bapa selepas menghubungi ibu bapa.

7. Skim Pinjaman Buku Teks

7.1 Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diagih kepada semua pelajar dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar. 7.2 Memastikan boring Pengagihan Buku Teks (rujuk lampiran 4) dan Borang SPBT-G (rujuk lampiran 5) diisi dengan lengkap dan dikemas kini dari semasa ke semasa. 7.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT. 7.4 Membuat pemeriksaan buku teks dengan kelas dengan kerap.

8. Biasiswa / Bantuan Dan Kebajikan Pelajar

8.1 Mengenal pasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan seperti BKP atau BKPU dan melaporkan kepada Guru Biasiswa. 8.2 Mengedarkan borang permohonan kepada pelajar yang layak dan mengutip semula serta menyemak borang permohonan tersebut. 8.3 Memproses borang permohonan dengan Jawatankuasa Biasiswa. 8.4 Mengisi Borang OMR BB-01 dan Lampiran A bersama guru biasiswa. 8.5 Melaporkan kepada guru biasiswa sekiranya terdapata kemerosotan pelajaran dalam kalangan yang mendapat biasiswa.
8.6 Mengenal pasti pelajar yang kurang mampu untuk mendapatkan bantuan kebajikan

yang lain seperti bantuan KWAMP, baju dan kasut sekolah kepada guru kebajikan.

9. Kutipan Yuran dan Derma

9.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekali gus. 9.2 Mengutip derma PIBG. 9.3 Mengeluarkan resit rasmi (mempunyai cop sekolah) kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat dengan kadar segera.

9.4 Menyerahkan wang yuran sekolah kepada guru atau pembantu tadbir yang bertanggungjawab membuat pembayaran secepat mungkin mengikut masa yang ditetapkan dan mesti menerima resit serta merta. 9.5 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG. 9.6 Merekod no.resit dalam jadual kedatangan.

10. Pendaftaran Pelajar Baru

10.1 Pelajar baru atau berpindah dari sekolah lain akan menerima surat penempatan dari Pejabat Pelajaran Gabungan Miri (berwarna biru). 10.2 Memasukan pelajar baru dari penyelaras darjah / tingkatan dan memastikan mendapat Memo Pendaftaran Pelajar Baru (warna biru- rujuk lampiran 6) dari Penolong Kanan HEM. 10.3 Mendaftarkan pelajar baru dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar dari PK HEM. 10.4 Menentukan penerimaan borang SPBT sekiranya layak dari sekolah terdahulu (pelajar Tingkatan 1) dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.
10.5

Sekiranya pelajar berkenaan berpindah dari sekolah lain. Maka pelajar berkenaan perlu membawa buku teks bersama (Tingkatan 1-5).

10.6 Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa. 10.7 Menentukan menerima fail peribadi pelajar dari sekolah yang terdahulu atau dibawa sendiri oleh pelajar yang mengandungi dokumen berikut: 10.7.1 Kad 001. 10.7.2 Kad kesihatan. 10.7.3 Kad Laporan Kemajuan Pelajar. 10.7.4 Salinan dokumen peribadi pelajar. 10.8 Pelajar berkenaan juga perlu menyerahkan markah/fail kerja kursus seperti PEKA sains, kerja kursus KHB/ERT, PAFA, ULBS dan yang berkaitan, perlu diserahkan kepada guru mata pelajaran yang terbabit.

10.9 Memastikan butir-butir diri pelajar dalam borang Sistem Maklumat Murid (SMM) (rujuk lampiran 7) adalah lengkap. 10.10 Setiausaha Peperiksaan Awam hendaklah diberitahu dan dimaklumkan tentang kemasukan pelajar berkenaan.

11. Prosedur Pendaftaran Pelajar Baru(setiap permulaan sesi persekolahan)

11.1 11.2 11.3

Pendaftaran akan dilakukan di tempat/kelas yang telah ditetapkan. Setiap guru tingkatan akan dibantu oleh 2 orang guru. Para pengawas akan membantu sebagai usher kepada ibu bapa yang hadir.

11.4 Guru tingkatan akan mengutip yuran pelajar dan mengeluarkan resit untuk diserahkan kepada pelajar. 11.5 Guru-guru lain akan menyemak semua borang/lampiran:

11.5.1 Borang Pendaftaran Pelajar Baru (Lampiran ii) 11.5.2 Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga Untuk Rawatan Pembendahan yang telah ditandatangani (Lampiran iii). 11.5.3 Surat Pengakuan Pelajar Baru Yang Telah Ditandatangani (Lampiran iii) 11.5.4 Surat Perjanjian Berlakuan Baik (Lampiran iv) 11.5.5 Satu salinan Sijil Berhenti Sekolah
11.5.6 Satu salinan Sijil Lahi. 11.5.7 Kad Kesihatan Murid : Borang KP/KK/RKS/3 (Berwarna Kuning) dan

Borang KP/RKS/S (Berwarna Biru) dari Sekolah Rendah. 11.5.8 Keping Gambar Saiz Kad Pengenalan/Passport (Pakaian Seragam Sekolahwajib). 11.5.9 Salinan Keputusan UPSR. 11.6 Sila pastikan pada hari pendaftaran, semua pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan:

11.6.1 Maklumat dalam Borang Pendaftaran Pelajar 2013 seperti nama pelajar, alamat dan nomnor-nombor telefon adalah tepat (semak maklumat dalam kad pengenalan dan sijil lahir pelajar). 11.6.2 Gunakan senarai semak yang telah diedarkan.
11.6.3 Sekiranya terdapat pelajar yang tidak membawa dokumen yang berkaitan,

pendaftaran pelajar berkenaan akan ditangguhkan sehingga semua dokumen berkenaan diterima oleh pihak sekolah. 11.6.4 Borang yang tidak lengkap diisi juga akan ditangguhkan pendaftaran. 11.6.5 Semua borang / dokumen yang dikumpul dari pelajar haruslah disimpan dalam Fail Peribadi Pelajar. 11.6.6 Yuran perlu diserahkan kepada guru tingkatan pada hari pendaftaran. Hanya pelajar yang kurang berkemampuan dibenarkan membayar separuh dari yuran berkenaan. Pelajar perlu menjelaskan baki yuran tersebut pada tarikh akhir yang telah ditetapkanoleh pihak tertinggi pengurusan sekolah. 11.6.7 Pelajar yang telah ditangguhkan pendaftaran dikehendaki mendaftar di pejabat (PK HEM) manakala pembayaran yuran akan diurus bersama guru tingkatan berkenaan. 11.6.8 Pelajar yang tidak terdapat dalam senarai nama pelajar baru (kes rayuan) dikehendaki berjumpa dengan PK HEM untuk tindakan selanjutnya.

12. Perpindahan /Pertukaran pelajar ke sekolah lain

12.1 12.2

Ibu bapa pelajar perlu mengisi borang perpindahan (4 salinan). Guru tingkatan perlu melengkapkan maklumat bahagian berkaitan.

12.3 Borang berkenaan perlu dikemukakan kepada PK HEM/Pengetua untuk sokongan serta dihantar ke PPG. 12.4 Pihak jabatan akan menghantar maklum balas dan menyatakan penempatan baru pelajar berkenaan. 12.5 Guru tingkatan perlu menyediakan atau menyerahkan dokumen-dokumen berikut kepada PK HEM dalam Memo Perpindahan Pelajar (warna kuning-rujuk lampiran 8):

12.5.1 Sila rujuk senarai semak Fail Peribadi Pelajar. 12.6 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 dan maklumkan perkara tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan Awam. 12.7 Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.

12.8 Semua dokumen dan Sijil Berhenti Sekolah pelajar berkenaan akan dihantar ke sekolah baru berkenaan. 12.9 Menentukan buku teks telah dibawa bersama dengan borang pengagihan buku teks dan borang SPBT-1 (rujuk dengan guru SPBT). 12.10 Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabar/Guru Biasiswa. 12.11 Catat dalam tarikh perpindahan dan nama sekolah baru pelajar di dalam buku kehadiran pelajar.

13. Pelajar Berhenti Sekolah

13.1

Permohonan untuk berhenti harus dilakukan oleh ibu bapa pelajar itu sendiri.

13.2 Permohonan perlu dibuat dengan menggunakan Borang Berhenti Atas Kehendak Sendiri (rujuk lampiran 9) dan dikemukakan kepada PK HEM /Pengetua. 13.3 Sijil berhenti sekolah akan dikeluarkan oleh pihak sekolah setelah mengisi borang tersebut. 13.4 Sekiranya pelajar tersebut ingin menyambung semula persekolahan, maka Borang ASBS perlu diisi. 13.5 Potong nama pelajar berkenaan dalam buku kehadiran pelajar dan catatkan tarikh serta sebab berhenti. 14. Disiplin. 14.1 Menjalankan tugas guru disiplin (rujuk Lampiran 10:Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 10/2001: Semua guru adalah Guru Disiplin). 14.2 Menjelaskan peraturan sekolah kepada pelajar dan memastikan pelajar mematuhinya (rujuk Peraturan Sekolah). 14.3 Mengambil tindakan awal terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

14.4 Merekod salah laku pelajar dalam Buku Permata Bonus dan memberi amaran kepada pelajar dengan menggunakan Borang Pemberian Demerit (warna Pink-rujuk lampiran 11). 14.5 Peraturan Pelajar Ponteng Sekolah Berterusan: Jumlah Hari Berturutturut 3 3+7 10+7 17+14 Surat Amaran 1 2 Amaran Terakhir Tindakan Menerangkan kepada ibu bapa peraturan disiplin Surat jaminan pertama+kaunseling Surat jaminan kedua+kaunseling Gantung sekolah

Jumlah Hari Berturutturut 10 10+10 20+20 40+20

Amaran Terakhir 1 2 Amaran Terakhir -

Tindakan Menerangkan kepada ibu bapa peraturan disiplin Surat jamina kedua Surat jaminan kedua+kaunseling Gantung sekolah

14.6 Menelefon ibu bapa pelajar sekiranya pelajar tidak hadir dan rekodkan dalam Buku Panggilan Telefon dan catatkan dalam buku kehadiran.

15. Pendaftaran Sukan dan Kokurikulum

15.1

Menentukan semua pelajar telah disenaraikan dalam rumah sukan masing-masing.

15.2 Memastikan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dilih kepada Penyelaras Kokurikulum.

16. Fail Peribadi Pelajar 16.1 16.2 16.3 16.4 16.5 16.6 16.7 16.8 16.9 Borang Pendaftaran Pelajar Baru (Lampiran ii) Surat Pengakuan Pelajar (Lampiran iii) Surat Perjanjian Berkelakuan Baik (Lampiran iv) Surat Kebenaran Ibu Bapa untuk Rawatan Pembedahan (Lampiran v) Buku Laporan Prestasi Buku Kokurikulum Salinan Surat Beranak Salinan Kad Pengenalan Salinan Keputusan (UPSR/PMR/SPM)

16.10 Kad 001M 16.11 Kad Kesihatan 16.12 Salinan Muka Depan Buku Akaun ( untuk penerima biasiswa) 16.13 Rekod Buku Teks 17. Hal-Hal Lain 17.1 Masa bersama guru tingkatan

17.1.1 Mengemas kini permata bonus, memberi takimat kepada pelajar dan menyampaikan pengumuman. 17.2 Perhimpunan Pagi (Roll Call)

17.2.1 Mengambil kedatangan pelajar

17.2.2 Membuat pemeriksaaan disiplin 17.2.3 Memastikan pelajar berbaris ke kelas dan melakukan pembersihan kelas.

Anda mungkin juga menyukai