Anda di halaman 1dari 5

DASAR AM PENGURUSAN KELAS 2015

1.1 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)


1.1.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama
persekolahan.
1.1.2 Tandakan BJKM pada setiap persekolahan sebelum pukul 9.00 pagi.
*Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid
ponteng sekolah.
Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah.
1.1.3 Tandakan BJKM seperti berikut:
Tandakan / sekiranya murid hadir.
Tandakan O sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
Tandakan S dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab
(surat pengesahan daripada ibu bapa/penjaga atau sijil
sakit).
Tandakan L dalam bulatan sekiranya murid lewat sekolah
(dikira hadir).
Tandakan W dalam bulatan sekiranya murid mewakili
sekolah
(dikira hadir).
Tandakan G dalam bulatan sekiranya murid digantung
persekolahan (dikira tidak hadir).
Elakkan budaya comot. Cecair pemadam tidak boleh
digunakan.Segala kesilapan
hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas.
1.1.4 Semua BJKM hendaklah dihantar ke pejabat sekolah selewatlewatnya pada
jam 9.00 pagi setiap hari. Pada setiap hari Ahad hingga Khamis ,
Classroom Leader
akan memaklumkan kehadiran kepada guru kelas masing-masing
dan
guru kelas akan memulangkan BJKM di rak kelas masing-masing.
1.1.5 BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 31 haribulan taip-tiap bulan
berikutnya.
1.1.6 BJKM akan disemak oleh GPK HEM setiap bulan menggunakan
dokumen
penyemakan BJKM.
1.1.7 Guru Kelas Di wajibkan key in kehadiran murid di dalam SPS pada
tiap2 hari waktu
persekolahan.
1.1.8 Guru Kelas hendaklah memastikan ketua kelas menghantar status
bilangan kehadiran
murid ke pejabat pada atau sebelum jam 8.30 pagi.
1.1.9 Status kehadiran murid hendaklah di tulis di papan hitam pada tiap2
hari waktu persekolahan.
1.2 Murid Bukan Warga Negara (MBWN)
1.2.1 Bagi murid Bukan Warga Negara (MBWN), bayaran levi sebanyak
RM240.00
wajib dibayar di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu setiap tahun
terlebih dahulu

sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti


ditunjukkan
kepada GPKHEM. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan
seperti
murid lain.
1.3 Fail Peribadi Murid
1.3.1 Semua murid dari kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 wajib mempunyai
fail ini.
1.3.2 Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas
ditulis
pada helaian pertama fail. Setiap fail dilekatkan gambar pelajar.
1.3.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat
beranak,salinan i/c ibu bapa
penjaga, keputusan Peperiksaan Dalaman
dan lain-lain disimpan dalam fail ini. Buku Kesihatan Murid yang diuruskan
oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Rawatan.
1.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah
menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah.
1.3.5 Semua fail perlu disimpan di dalam kelas.
1.4 Fail Guru Kelas
1.4.1 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga
bagi
memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
1.4.2 Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung
yang
dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini.
1.4.3 Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh penyelaras
kelas dengan
menggunakan dokumen penyemakan fail kelas.
1.5 Pendaftaran Murid Baru
1.5.1 Penyelaras kelas akan menyemak semula status kewarganegaraan
murid sebelum
urusan mendaftar dilakukan.Mendaftarkan murid baru dengan
memastikan Borang
Maklumat Murid dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid
membawa bersama Borang Maklumat Murid dari sekolah asal, sila
pastikan maklumat
adalah lengkap dan terkini.
1.5.2 Guru Kelas menerima murid baru daripada penyelaras kelas. (Status
kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh penyelaras kelas terlebih
dahulu).
1.5.3 Guru kelas akan memasukkan data murid baru dan mengemaskini
data
Murid di dalam Aplikasi Data Murid (APDM)
1.5.4 Guru kelas menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang
bentuk biasiswa
dan melaporkan kepada Guru Penyelaras KWAPM/Kebajikan.
1.5.5 Guru Kelas mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan
memaklumkan kepada
PK HEM.

1.5.6 Guru Kelas menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar
miskin dan
memaklumkan kepada PK HEM dan Pengerusi Kebajikan.
1.5.7 PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PEKA, PAFA, dll
berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.
1.6 Buku Teks
1.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.6.2 Guru kelas membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan
pemulangan
buku teks.
1.6.3 Guru kelas membantu menyenaraikan nama murid yang tidak
memulangkan buku
teks.
1.6.4 Guru kelas memastikan setiap murid membalut buku teks dengan
plastik lutsinar,
nama serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta
membeli pembalut
buku dalam Ops Balut. Guru kelas juga perlu mengingatkan semua
murid agar
tidak meninggalkan buku teks di sekolah.
1.6.5 Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat -lewatnya pada
hari pertama
persekolahan.

1.7 Murid Keluar/Bertukar/Berpindah


1.7.1 Mempastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
1.7.2 Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas.
1.7.3 Pertukaran keluar dari Negeri Terengganu
Menentukan semua buku teks dibawa bersama semasa
pertukaran ke sekolah yang baru.
1.7.4 Pertukaran dalam Negeri Terengganu
Menetukan semua buku teks dibawa bersama semasa pertukaran
ke sekolah yang baru
1.7.5 Guru Kelas bertanggungjawab menyediakan Sijil Berhenti Sekolah
bagi murid murid yang akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1.
1.7.6 Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat dan diserahkan
kepada murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan.
( bergantung kepada
keadaan ).
1.8 Pengurusan & Organisasi Kelas:
1.8.1 Melantik Student Leaders bagi setiap Kelas:
Classroom leaders 2 orang
1.8.2 Menyelaras penyediaan perkara berikut:
Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan hadapan
kelas

Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan hadapan Kelas


Jadual Tugas Kebersihan ditampal pada papan kenyataan
hadapan kelas.
Pelan kedudukan kelas ditampal di atas meja Guru
Inventori Kelas ditampal pada pintu
Papan kenyataan milik kelas tersebut
Moto kelas ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
Misi & Visi Sekolah, Misi & Visi KPM, Piagam Pelanggan, Moto
Sekolah
ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
Sudut Program Pencegahan Dadah
Sudut Bacaan Kelas
Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa
ditampal pada
papan kenyataan di belakang kelas.
Alatan pembersihan
Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran.
1.8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan hitam.
1.8.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi.
1.8.5 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak.
(maklumkan kepada pekerja sekolah)
1.8.6 Kebersihan kelas:
Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap
guru yang masuk
ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih
dan teratur
sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga
sebelum keluar dari
kelas berkenaan.
Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang
pada waktu akhir
setiap hari. 5 minit sebelum berakhir P&P, murid bertugas mesti
membersihkan
kelas di bawah penyeliaan guru. Semua murid menyendengkan
kerusi ke meja.
Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan
kelas. Memastikan
pintu kelas ditutup.
1.8.7 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah
menjadi tanggungjawab
pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.
1.8.8 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam
keadaan baik
dan selamat digunakan.
Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada
pentadbir

Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik


menjalankan tugas
dengan cekap dan penuh dedikasi.
Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang
kepada budi
bicara guru dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat
kelas dan
diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah
diserahkan kepada PK
HEM selewat- lewatnya pada minggu pertama). Tabung kelas ini
perlu diwujudkan
untuk tujuan berikut:
Bahan-bahan keceriaan kelas.
Tabung kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain.
1.9 Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)
1.9.1 Menyediakan senarai tersebut Serahkan senarai ini
kepada Penyelaras Kelas pada Minggu 1 sesi persekolahan
1.10 Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa
Sebab
1.10.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan
diri.Kumpulan murid ini
adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama
persekolahan sesi
2015, tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat
sakit.
1.10.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran
ponteng sekolah
kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah
ditetapkan.(memaklumkan kepada PK HEM)

Anda mungkin juga menyukai