Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Pada era globalisasi ini, masyarakat semestinya menginginkan sesuatu perkara itu lebih
baik dan mementingkan kualiti daripada kuantiti. Oleh itu, guru yang berkualiti amatlah perlu
dibentuk dan mampu melonjakkan pendidikan negara. Oleh itu guru haruslah menghayati
elemen profesionalisme keguruan dengan baik ( Kementerian Pendidikan Malaysia,2009 ).
Profesionalisme keguruan terdiri daripada dua suku perkataan yang membawa maksudnya
tersendiri.perkataan pertama adalah profesionalisme. Maksud profesionalisme adalah sifat-
sifat iaitu kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang
sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. (Kamus Dewan Edisi
Keempat)

Perkataan kedua pula ialah guru. Maksud guru menurut kamus dewan edisi kedua adalah,
orang yangg kerjanya mengajar iaitu pengajar, pendidikan atau orang yg mengajar
seseorang membaca al-Quran. Maksud keguruan pula adalah  hal yang berkaitan dengan
ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab dan kerjaya sebagai guru (Kamus Dewan
Edisi Keempat)

Terdapat pelbagai aspek yang dapat dibincangkan dalam perkara ini. Pertama sekali adalah
pengertian profesinalisme keguruan, pembelajaran sepanjang hayat, cabaran dan
sumbangan kepada komuniti. Selain itu, dapat dibincangkan secara terperinci tentang
perbincangan pengahayatan guru dari segi kemahiran dan tanggungjawab sosial , etika
keguruan, personality guru cemerlang. Di samping itu, dapat juga dibincangkan tentang
sekolah dan kemuafakatan komuniti. Semua perkara di atas amat penting bagi semua guru
dan masyarakat. Semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.

1
2.0 Profesionalisme Keguruan

2.1 Pengertian Profesionalisme Keguruan

Definisi profesion adalah sesuatu pekerjaan atau perkara dilaksanakan dan diuruskan
secara sistematik dan berkualiti (Amin, S. ,2008). Selain itu, pekerjaan itudilaksanakan oleh
orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu, bertanggungjawab,
dedikasi dan mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang telah ditetapkan
oleh sesuatu organisasi. Terdapat beberapa konsep profesionalisme keguruan antaranya
adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang
mencukupi dan bermutu, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi
individu dan kumpulan, mementingkan mutu dan tatasusila perkhidmatan dan mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Maksud guru adalah pengajar dan pendidik ( kamus dewan,2007 ). Pendidikan


adalah bidang terbesar yang menjana dan melahirkan insan yang cemerlang dan berilmu
tinggi. Selain itu, untuk membentuk peribadi pelajar yang berkualiti dan baik adalah tidak
menitik beratkan tentang subjek atau silibus yang diajar sahaja.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa maksud profesionalisme keguruan adalah


kerjaya guru yang sudah mendapat pengiktirafan keguruan dan latihan serta mempunyai
komitmen yang tinggi terhadap kerjanya.

2.2 elemen profesionalisme keguruan

Elemen yang pertama adalah sebagai guru yang bertanggungjawab dan professional
haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Pengetahuan yang meluas bukan
dalam satu bidang sahaja amat penting bagi semua guru pada abad ini. Ini kerana guru
merupakan satu golongan yang sentiasa akan dirujuk oleh masyarakat. Guru mestilah
mempunyai ilmu yang cukup dan sahih. Dengan adanya ilmu yang sahih dan pelbagai, guru
dapat mempraktikkan ilmu yang ada dalam proses pengajaran bersama pelajar-pelajar.
Untuk menambahkan ilmu pengetahuan semestinya terdapat pelbagai cara yang boleh
digunakan sebagai contoh mengamalkan budaya membaca. Budaya membaca adalah
jambatan kepada ilmu pengetahuan.

Selain itu, dalam aspek profesion keguruan juga guru haruslah menyediakan diri
dengan dengan nilai dan akhlak yang terpuji. Hal ini kerana, sebagai seorang guru yang
menggalas tanggungjawab dalam menyebarkan ilmu seharusnya mempunyai akhlak yang
baik dan terpuji. Guru juga merupakan sebagai ikon dan rol model bagi masyarakat. Guru

2
yang cemerlang adalah guru yang baik dari segi pengajaran dan juga dari segi akhlak. Guru
haruslah menanamkan semua nilai murni dalam diri seperti yang disarankan oleh kurikulum
Pendidikan iaitu guru harus memiliki enam belas nilai murni dalam diri.

Di samping itu, profesionalisme keguruan juga amat menekankan dari aspek


meningkatkan ilmu profesionalisme. Maksud profesionalisme pula adalah sifat-sifat iaitu
kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yg sewajarnya terdapat
pd atau dilakukan oleh seorang profesional. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Bagi
meningkatkan profesionalisme ini adalah guru mestilah mengikuti dan melalui pelbagai
program yang berskala yang dapat mewujudkan guru yang berkebolehan dan serba boleh.

Akhir sekali adalah guru haruslah menjadi sebagai sumber utama pengetahuan.
Pada abad ini, seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih, guru bukanlah
hanya menjadi penyampai ilmu tapi menjadi fesilitator atau sebagai pemudahcara dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud, murid juga harus bersedia dalam melakukan
sesuatu atau dalam proses pembelajaran dan guru hanyalah menjadi pemudah cara dan
tunjuk ajar kepada murid-murid. Selain itu, guru adalah agen perubahan dan sumber
aspirasi murid. Maksud kepada agen perubahan adalah guru mengubah kualiti hidup
masyarakat sedikit demi sedikit dengan membekalkan ilmu pengetahuan. Pelajar yang
cemerlang akan mendapat pekerjaan yang bagus dan sekali gus dapat meningkatkan kualiti
hidup keluarga mereka.

2.3 sumbangan kepada komuniti

Sumbangan bermaksud apa-apa yg diberikan sebagai bantuan atau sebagai sokongan


dan pertolongan: (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Komuniti pula adalah orang yg tinggal di
sesuatu tempat, daerah, negara di bawah satu pemerintahan atau masyarakat
keseluruhannya. Maksud kedua adalah tempat yg didiami oleh sesuatu masyarakat. (Kamus
Pelajar Edisi Kedua)

Dalam profesion keguruan, terdapat pelbagai sumbangan dapat kita lihat. Antaranya
adalah dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Ini adalah kerana ilmu
yang dicurahkan oleh guru kepada anak murid akan diaplikasikan dalam kehidupan yang
akan membuatkan taraf kehidupan masyarakat akan meningkat. Contohnya apabila pelajar
cemerlang telah menamatkan pengajian ia kebiasaannya akan mendapat pekerjaan yang
baik dan sekali gus dapat membentuk satu masyarakat yang harmoni.

3
Selain itu, dengan penambahan ilmu berkaitan isu-isu semasa dalam pembelajaran di
dalam kelas ia akan menanam nilai murni dalam diri pelajar iaitu prihatin terhadap
persekitaran dan mengambil berat tentang masyarakat. Misalnya seseorang guru itu
memberitahu tentang isu kemalangan jalan raya yang semakin meningkat setiap hari. Ini
akan membuatkan pelajar lebih berhati-hati dan saling ingat mengingatkan antara satu sama
lain supaya masalah ini dapat dikurangkan.

4
3.0 Pembelajaran sepanjang hayat

3.1 pengertian pembelajaran sepanjang hayat

Pembelajaran sepanjang hayat yang disarankan oleh kerajaan sebenarnya


merupakan inti kepada pembangunan diri setiap guru di Malaysia terutamanya dalam
mencapai wawasan 2020 yang mengandungi 9 cabaran seperti berikut ( Aldulaimi,2012 ).
Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan
yang diperkongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan
kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan
persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Negara Malaysia dengan rasa taat setia
dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
Melahirkan sebuah masayarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya,
yakin akan dirinya sendiri, hingga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah
dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat
Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar
menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati pula oleh
semua bangsa lain. Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokrasi
yang matang, yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul
berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat dicontohi oleh negara-negara
membangun lainnya.

Pengertian pembelajaran sepanjang hayat adalah kesinambungan amalan zaman


berzaman untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat yang bertitik mula dengan ilmu.
Pendidikan amat penting kepada manusia dan hak menuntut ilmu harus diberikan kepada
seluruh masyarakat tanpa mengira had umur. Pendidikan sepanjang hayat semakin hari
semakin dipandang serius dan dilihat semakin penting dalam budaya ilmu iaitu satu budaya
yang mendokong bahawa pendidikan tidak hanya terhad di sekolah atau kepada sesuatu
bidang atau bagi sesuatu peringkat umur. Sistem pendidikan sepanjang hayat merangkumi
sistem, kaedah, alat reka bentuk dan proses yang bersabit dengan penyediaan individu bagi
mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang berterusan. Dalam lain perkataan,
pengetahuan dan kemahiran pula harus meliputi segala bidang kehidupan seperti rohani,
jasmani, moral, bakat, minat, sosial, ekonomi dan politik. Bekalan-bekalan ini adalah perlu
untuk membolehkan seseorang itu pandai menguruskan kehidupan dan kemahirannya
dalam semua situasi.

5
3.2 Ciri-ciri Pembelajaran Sepanjang Hayat

Untuk melahirkan masyarakat yang seimbang, profesionalisme keguruan haruskan


ditingkatkan dengan bantuan pembelajaran sepanjang hayat yang setaraf dengan
pembangunan negara yang semakin meningkat. Pembelajaran sepanjang hayat, perlu
dipraktikkan dalam kehidupan untuk menambah kualiti profesionalisme keguruan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009)

3.2.1 Formal

Terdapat tiga jenis pembelajaran sepanjang hayat iaitu formal,bukan formal dan tidak
formal. Perkara ini dinyatakan dalam portal rasmi daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia (2015). Pendidikan formal adalah Pendidikan dan pembelajaran yang dilaksanakan
di sekolah-sekolah umumnya. Sistem Pendidikan ini mempunyai matlamat dan cara
pelaksanaan yang jelas bermula dari peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat
tertinggi. Ciri-ciri pembelajaran formal adalah pembelajaran yang boleh diiktiraf atau
memberikan kelayakan akademik. Contohnya diploma dan ijazah yang ditawarkan di
universiti awam atau IPT swasta.

3.2.2 Bukan Formal

Seterusnya, adalah Pendidikan bukan formal. Pendidikan ini adalah bermaksud Pendidikan
di luar bilik darjah atau institusi pendidikan. Contohnya adalah Pendidikan yang di buat di
masjid, mengadakan kursus, pengajian al-quran di surau dan sebagainya. Kursus pula
bukanlah yang berkaitan tentang silibus atau mempunyai sukatan pengajaran. Contohnya
kursus musik, bimbingan pelajar dan sebagainya. Sasaran Pendidikan bukan formal ini
adalah bagi masyarakat yang memerlukan layanan Pendidikan yang lebih. Fungsinya
adalah sebagai ganti, penambah, dan pelengkap Pendidikan formal yang terdapat dalam
Pendidikan sepanjang hayat. Fungsi lain lagi adalah bagi mengembangkan potensi diri
dengan memberi penekanan lebih pada penguasaan pengetahuan yang diinginkan.

3.2.3 Tidak Formal

Di samping itu, bagi Pendidikan tidak formal pula adalah berbeza dengan Pendidikan bukan
formal. Pendidikan tidak formal adalah Pendidikan dalam aspek Pendidikan keluarga dan
kegiatan belajar secara sendiri. Perkara ini berlaku dalam keadaan seseorang itu sedar

6
ataupun tidak sedar. Malah Pendidikan ini boleh dianggap lebih penting berbanding dengan
Pendidikan bukan formal dan formal. Hal ini kerana ini adalah asas kepada Pendidikan yang
bermula sejak kecil yang dibimbing oleh ahli keluarga kerana manusia lebih mudah diajar
semasa masih kecil berbanding dengan membentuk semasa usia sudah remaja.

3.3 Sumbangan kepada masyarakat

Terdapat beberapa sumbangan pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat.


Antaranya adalah dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan tanpa mengira
peringkat umur. Hal ini kerana aktiviti menuntut ilmu terus dipraktikkan tanpa mengira masa
dan tempat. Ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Selain itu,
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi pelajaran dan juga akhlak. Perkara ini
berlaku kerana dalam pembelajaran sepanjang hayat juga mementingkan pembelajaran nilai
murni sejak kecil dalam institusi keluarga lagi.

7
4.0 Cabaran Pendidikan
4.1 integrasi nasional

antara cabaran Pendidikan masa kini adalah sifat perkauman, sosioekonomi, prasangka dan
pemisahan fizikal yang telah menghalang integrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita.
Semua perkara yang disebutkan di atas akan membawa perpecahan antara etnik dan kaum.
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat dan harus dielakkan. Asal-usul
perpecahan ini adalah berpunca daripada dasar British ketika menjajah Tanah Melayu pada
zaman dahulu.

Semasa penjajahan British, berlaku pemerintahan bercorak Dasar Pecah dan Belah
yang telah mengakibatkan perbalahan antara kaum. Contoh yang berlaku adalah
pengasingan bidang pekerjaan antara kaum seperti cina di lombong, india di ladang getah
dan melayu di kampung. Ini telah menambahkan jurang antara kaum ditambah pula semasa
penjajahan Jepun. Dasar penjajahan Jepun yang telah mengamalkan sikap pilih bulu dan
pegangan anti-cina. Ini telah menyebabkan Melayu membabitkan diri dalam bidang
peniagaan dan membangkitkan kemarahan kaum cina. Kesan daripada sejarah yang
lampau telah membawa pegangan yang salah dan negatif kepada negara.

4.2 gejala social

Sejak kebelakangan ini, gejala sosial semakin bertambah kritikal dengan pelbagai
masalah yang timbul dari pelbagai sudut. Maksud gejala social adalah masalah sosial yang
mempengaruhi dan di pengaruhi oleh perbuatan manusia di dalam lingkungan
kehidupannya. Gejala yang terjadi pada kehidupan masyarakat merupakan gejala yang
terjadi spontan dan menimbulkan perubahan yang mengarah pada sesuatu yang di anggap
positif dan negatif. Contoh gejala sosial yang biasa terjadi salah satunya adalah
menyaksikan atau bahkan ikut terlibat dalam konflik tersebut.

Kebanyakan masalah social adalah melibatkan golongan remaja. Maksud remaja tidak
dapat ditafsir dengan tepat kerana Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996
mentakrifkan remaja itu dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun manakala Akta
Pengangkatan 1952 menyatakan umur 21 kebawah. Tapi secara keseluruhannya kita dapat

8
tahu remaja ini adalah golongan yang berumur 21 kebawah. Punca remaja mudah
terpengaruh adalah kerana perasaan ingin tahu dan ingin mencuba perkara baru.

4.3 pengaruh teknologi maklumat

Maksud Information and Communication Technology (ICT) adalah teknologi maklumat


dan komunikasi yang melibatkan penggunaan komputer, perisian aplikasi dan peranti
komunikasi. Tujuan teknologi ini diciptakan untuk memproses, menyimpan, mecapai data,
melindungi dan menghantar maklumat dengan cepat dan bila-bila masa tanpa mengira
tempat. Tapi, sejak kebelakangan ini kemudahan ini sering disalah gunakan. Antara kesan
ngatif yang dapat dibincangkan adalah banyak fitnah disebarkan tanpa usul periksa dan
sangat sukar dibendung. Selain itu, penggunaan yang tidak dikawal telah menyebabkan
pelajar leka dan mengurangkan minat untuk belajar ataupun mengamalkan budaya
membaca semasa masa lapang. Ini akan menjejaskan pembelajaran sepanjang hayat yang
sepatutnya diamalkan. Di samping itu, dengan kemudahan yang ada ini juga, ramai pelajar
dan masyarakat terdedah kepada perkara yang tidak baik. Misalnya, terdedah dengan video
lucah, gambar lucah, bicara lucah, cerita yang melalaikan dan sebagainya.

9
5.0 Kesimpulan

Tuntasnya, menuntut ilmu itu adalah keperluan bagi masyarakat. Pendidikan yang baik dan
sempurna adalah apabila semua lapisan masyarakat dapat menimba ilmu tanpa mengira
peringkat umur. Untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan luas dan berjaya
membina modal insan untuk masa akan datang haruslah mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat dan menitik beratkan berkaitan profesionalisme keguruaan. Guru haruslah
mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi pemikiran para pelajarnya kea rah yang lebih
baik. Oleh yang demikian, kewibawaan para guru cemerlang boleh dijadikan contoh supaya
semakin bertambah guru yang cemerlang bagi melahirkan madal insan yang akan menjadi
pelapis pimpinan negara pada masa akan datang.

10

Anda mungkin juga menyukai

  • Real Esei
    Real Esei
    Dokumen14 halaman
    Real Esei
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • GBM III
    GBM III
    Dokumen15 halaman
    GBM III
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutor Akhlak
    Tutor Akhlak
    Dokumen2 halaman
    Tutor Akhlak
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Kkpgppofficial
    Kkpgppofficial
    Dokumen15 halaman
    Kkpgppofficial
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Pendahuluan
    Pendahuluan
    Dokumen2 halaman
    Pendahuluan
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 8.9
    Tutorial 8.9
    Dokumen2 halaman
    Tutorial 8.9
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 1.9
    Tutorial 1.9
    Dokumen3 halaman
    Tutorial 1.9
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 27.8
    Tutorial 27.8
    Dokumen2 halaman
    Tutorial 27.8
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 1.10
    Tutorial 1.10
    Dokumen2 halaman
    Tutorial 1.10
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 3.9
    Tutorial 3.9
    Dokumen1 halaman
    Tutorial 3.9
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 1.9
    Tutorial 1.9
    Dokumen3 halaman
    Tutorial 1.9
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 3.9
    Tutorial 3.9
    Dokumen1 halaman
    Tutorial 3.9
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 8.9
    Tutorial 8.9
    Dokumen2 halaman
    Tutorial 8.9
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 1.10
    Tutorial 1.10
    Dokumen2 halaman
    Tutorial 1.10
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 15.9
    Tutorial 15.9
    Dokumen2 halaman
    Tutorial 15.9
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • 15 55 1 PB
    15 55 1 PB
    Dokumen14 halaman
    15 55 1 PB
    Why Tan
    Belum ada peringkat
  • Nota AQ 1
    Nota AQ 1
    Dokumen16 halaman
    Nota AQ 1
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • SOALAN
    SOALAN
    Dokumen2 halaman
    SOALAN
    arif fikrisailatsea
    100% (1)
  • Pendapat Ulama
    Pendapat Ulama
    Dokumen2 halaman
    Pendapat Ulama
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • KKP Permainan
    KKP Permainan
    Dokumen7 halaman
    KKP Permainan
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • DSKP Pend Islam Tahun 6
    DSKP Pend Islam Tahun 6
    Dokumen56 halaman
    DSKP Pend Islam Tahun 6
    Hassan Bin Mat
    Belum ada peringkat
  • Pendidikan Menurut Islam
    Pendidikan Menurut Islam
    Dokumen16 halaman
    Pendidikan Menurut Islam
    Mahmuddin Bin Purag
    Belum ada peringkat
  • Peredaran Masa Telah Membuktikan Kepada Kita Apa Yang Dinyatakan Oleh Nabi Muhammad Sallallahu
    Peredaran Masa Telah Membuktikan Kepada Kita Apa Yang Dinyatakan Oleh Nabi Muhammad Sallallahu
    Dokumen4 halaman
    Peredaran Masa Telah Membuktikan Kepada Kita Apa Yang Dinyatakan Oleh Nabi Muhammad Sallallahu
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Flipped Classroom
    Flipped Classroom
    Dokumen7 halaman
    Flipped Classroom
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat