Anda di halaman 1dari 4

Ringkasan Kata Tugas & Kehendak Soalan

Kata Tugas Kehendak Soalan Contoh


Nyatakan…….. Senarai Fakta Nyatakan ciri monopoli kerajaan
Satu firma sahaja
Keluaran tidak ada pengganti
Penentu harga Pasaran
Tiada kebebasan keluar masuk
industri
(Jarang di tanya dalam SPM,
terutamanya dalam KSSM)
Jelaskan……… Fakta bersama Jelaskan faktor yang menyebabkan keluk
huraian permintaan kereta beralih ke kanan.
Pendapatan individu meningkat
Jangkaan harga meningkat pada
masa depan
Kerajaan menurunkan cukai
pendapatan individu
Terangkan……… Fakta+huraian Terangkan faktor yang menyebabkan
keluk permintaan kereta beralih ke
kanan.

F1-Pendapatan individu (1m)


H1-Pendapatan individu meningkat
menyebabkan permintaan kereta
meningkat (1m)
F2-Jangkaan harga masa depan
H2-harga dijangka akan naik pada
masa depan, maka permintaan
pada masa sekarang meningkat.
F3-Dasar kerajaan
H3-Kerajaan menurunkan cukai
pendapatan individu, pendapatan
boeh guna meningkat, permintaan
ke atas kereta meningkat.
Huraikan……. Fakta+huraian+ contoh Huraikan sebab wujud perdagangan
antarabangsa.
F1-Sumber Semula Jadi
H1-Sumber semula jadi yang
dianugerahkan oleh Tuhan kepada
setiap negara adalah berlainan dengan
negara lain.
C-Malaysia dianugerahkan dengan bijih
timah, Brunei kaya dengan simpanan
petroleum dan Afrika Selatan kaya
dengan simpanan emas dan berlian.

Bincangkan…… Penjelasan mesti ada 2 Bincangkan kesan pengenaan tarif ke atas


sisi perdagangan antarabangsa.

 mesti ada kesan positif dan negatif


(contoh 3 kesan positif+1 kesan negatif)

Setujukah?/ Penjelasan 1 sisi sahaja Setujukah anda ………..


Wajarkah? (ada pendirian) F1-Setuju
H1-
H2-
Atau

F2-Tidak setuju
H1-
H2-

Nota:tidak boleh bagi penjelasan 2 sisi,


dianggap tiada pendirian.

Bandingkan…… Penjelasan mesti ada Bandingkan…..


perbezaan dan Perbezaan+minimum1 persamaan untuk
persamaan dapat markah penuh
Bezakan…… Penjelasan perbezaan Bezakan…..
sahaja
Hanya membuat perbezaan antara
ciri/kriteria yang sama,tidak perlu
persamaan.

Hitungkan…… Jawapan mesti ada jalan Hitungkan pendapatan boleh guna…..


kerja
Rumus:
Tuliskan rumus/ formula
jika tiada dalam
stimulus Pendapatan boleh guna = Jum
Pendapatan – Potongan wajib

Teruskan dengan jalan kerja

Anda mungkin juga menyukai