Anda di halaman 1dari 8

Arahan: Anda dikehendaki menjawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang tepat.

1. Apakah makna Sejarah?


A. Maklumat yang tepat dan benar
B. Perbuatan manusia zaman purba
C. Tindakan manusia yang meninggalkan kesan
D. Peristiwa yang benar – benar berlaku pada masa lalu

2. Apakah sumbangan tokoh berikut dalam bidang sejarah?

 Herodotus
 Ibn Khaldun

A. Mengumpul buku sejarah C. Menulis buku sejarah


B. Menterjemah buku sejarah D. Memberi pengertian sejarah

3. Apakah contoh sumber kedua?


I Buku Teks Sejarah III Batu Bersurat Terengganu
II Rangka Perak Man IV The Encyclopedia of Malaysia

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

4. Senarai berikut berkaitan dengan sumber sejarah.

 Fosil
 Artifak

Apakah jenis sumber berikut?


A. Primer C. Arkeolagi
B. Bercetak D. Sekunder

5. Senarai berikut berkaitan konsep masa dalam sejarah.

 X – Jangka masa sepuluh tahun


 Abad – Jangka masa seratus tahun 1
Apakah X ?
A. Dekad C. Hijrah
B. Zaman D. Masihi

6. Apakah maksud biodata diri?


A. Maklumat diri C. Keturunan keluarga
B. Kejayaan akedemik D. Pendapatan isi rumah

7. Apakah yang dicatat dalam sijil kelahiran?


I Nama III Tarikh lahir
II Jantina IV Nama datuk

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

8. Apakah keluarga asas bagi Amar?


I Ibu III Adik
II Bapa IV Datuk

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

9. Jika Ravi tinggal bersama dengan ibu, bapa, datuk dan neneknya, keluarganya digelar
A. keluarga asas C. keluarga tunggal
B. keluarga besar D. keluarga kembangan

10. Senarai berikut menunjukkan peranan anggota keluarga.

 Menjaga keselamatan
 Memberi pendidikan sempurna

2
Siapakah anggota keluarga yang memainkan peranan tersebut?
A. Anak C. Nenek
B. Datuk D. Ibubapa

11. Apakah kesan jika ahli keluarga sering bergaduh?


A. Keluarga huru-hara C. Keluarga bahagia
B. Keluarga harmoni D. Keluarga kaya

12. Apakah aktiviti yang dapat mengeratkan ahli keluarga?


A. Bermain komputer C. Makan malam bersama
B. Membasuh pakaian D. Berkunjung ke rumah jiran

13. Apakah yang harus dilakukan oleh Siti jika ingin keluar berjumpa rakannya?
A. Diam C. Tunduk
B. Meninggikan suara D. Meminta izin

14. Apakah fungsi sekolah?


A. Lokasi bersejarah C. Tempat menimba ilmu
B. Tumpuan penduduk D. Meningkatkan pendapatan

15. Nama sekolah biasanya diambil sempena nama tempat, jalan atau
A. bangunan C. ahli sejarah
B. tokoh terkenal D. bekas guru besar

16. Apakah bahasa pengantar yang digunakan di Sekolah Kebangsaan (SK)?


A. Bahasa Cina C. Bahasa Melayu
B. Bahasa Tamil D. Bahasa Inggeris

17. Antara berikut, yang manakah kejayaan sekolah?


A. Pembinaan bilik komputer
B. Pertambahan bilangan murid
C. Dirasmikan oleh ketua kampung
D. Diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi

3
18. Ungkapan berikut menunjukkan contoh identiti sekolah.

Usaha Tangga Kejayaan

Ungkapan tersebut merupakan


A. lirik C. panduan
B. matlamat D. cogan kata

19. Maklumat berikut berkaitan dengan struktur organisasi pentadbiran sekolah.

Menguruskan aktiviti kokorikulum di sekolah

Apakah jawatan guru tersebut?


A. Guru Besar C. Penyelia Petang
B. Guru Sukan D. Penolong Kanan Kokorikulum

20. Apakah lokasi tempat tinggal di negara kita?


I Bandar III Kampung
II Lombong IV Taman perumahan

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

21. Di manakah kubu pertahanan Mat Salleh menentang British dibina?


A. Miri C. Teluk Danga
B. Ranau D. Tanjung Puteri

22. Apakah kesan jika tempat tinggal kotor dan dipenuhi sampah-sarap?
A. Menjejaskan perpaduan kaum
B. Menyebarkan pelbagai penyakit
C. Menyebabkan kesesakan jalan raya
D. Menggalakkan kegiatan pelancongan

4
23. Senarai berikut merujuk kepada tokoh setempat yang terkenal di Sarawak.

 Usahawan kek lapis di Miri


 Mempromosikan produk tempatan ke luar negara

Siapakah tokoh yang dimaksudkan?


A. Florence Jessy
B. Junaydie bin Sihan
C. Siti Jaharah binti Matassan
D. Muhammad Azali Kalki bin Abdullah

24. Apakah nilai yang dimiliki oleh tokoh setempat?


I Kaya III Berwawasan
II Bijak IV Mementingkan diri

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

25. Apakah industri yang berkembang maju di Miri, Sarawak?


A. Kereta C. Petroleum
B. Makanan D. Kraftangan

26. Tambak Johor yang terletak di Johor Bahru menghubungkan Johor dengan
A. Thailand B. Sumatera
C. Singapura D. Indonesia

27. Apakah maksud Zaman Air Batu?


A. Zaman gelap tiada cahaya
B. Zaman bumi ditimpa hujan
C. Zaman bumi dilanda kemarau
D. Zaman bumi dilitupi air batu tebal

28. Apakah kesan peningkatan suhu pada Zaman Air Batu?

5
A. Berlakunya banjir
B. Pencairan air batu
C. Kemarau berpanjangan
D. Pembentukan gunung berapi

29. Apakah kesan pencairan air batu?


A. Suhu menurun C. Paras air laut meningkat
B. Hidupan laut pupus D. Pembentukan Pentas Sunda

30. Senarai berikut berkaitan ciri-ciri Epok Zaman Air Batu Akhir.

 Suhu bumi meningkat


 Air batu mula cair

Apakah Epok yang dimaksudkan?


A. Epok Holosen C. Epok Pleistosen
B. Kala Kuaterner D. Zaman Prasejarah

31. Antara berikut, yang manakah bukan haiwan yang hidup pada Epok

Pleistosen?
A. Mamot
B. Harimau bertaring lengkung
C. Sloth
D. Ikan paus

32. Mengapakah berlaku kepupusan haiwan pada Zaman Air Batu Akhir?
A. Perubahan suhu C. Pembakaran hutan
B. Pemburuan haram D. Proses pengglasieran

33. Apakah pembentukan fizikal bumi yang baharu kesan peningkatan suhu?
A. Laut mati C. Tasik air tawar
B. Pentas Sunda D. Banjaran gunung

6
34. Apakah maksud Zaman Prasejarah?
A. Zaman sebelum manusia mengenal tulisan
B. Zaman manusia tinggal di dalam hutan
C. Zaman bumi dilitupi air batu yang tebal
D. Zaman manusia sering berperang

35. Jadual berikut merujuk kepada Zaman Prasejarah.

Zaman Jangka Masa


X Berlaku 14 000 SM

Apakah Zaman X?
A. Neolitik C. Mesolitik
B. Logam D. Paleolitik

36. Bilakah berlakunya Zaman Neolitik?


A. 700 SM C. 14 000 SM
B. 3 000 SM D. 200 000 SM

37. Apakah lokasi Zaman Prasejarah di Perak?


A. Lenggong
B. Gua Kechil
C. Gua Musang
D. Kampung Sungai Lang
38. Apakah golongan paling bawah dalam struktur masyarakat Kesultanan Melayu

Melaka?
A. Hamba C. Pedagang
B. Rakyat D. Laksamana

39. Apakah maksud tokoh terbilang?


A. Raja yang ditakuti oleh rakyat
B. Tokoh yang telah meninggal dunia
C. Pembesar yang mengharumkan nama negeri

7
D. Individu yang dihormati dan disanjungi masyarakat

40. Apakah tugas pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka?


A. Menyebarkan agama Islam
B. Menjadi simbol perpaduan rakyat
C. Meluaskan jajahan takluk Melaka
D. Membantu sultan dalam pentadbiran

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai