Anda di halaman 1dari 15

SULIT

BAHAGIAN A (20 MARKAH)


Jawab semua soalan

1. Apakah maksud istilah berikut dalam Bahasa Melayu?

Syajaratun

A Kajian
B Pengetahuan
C Cerita
D Pokok
2. Mengapakah sumber berikut dikelaskan sebagai sumber primer?

 Artifak
 Manuskrip
 Batu bersurat

I Telah dicetak
II Belum ditafsir
III Masih bersifat asli
IV Dalam bentuk lisan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3. Siapakah tokoh yang dipilih untuk ditemu bual?

A Orang tua
B Orang asli
C Orang awam
D Orang sumber

1
SULIT

4. Rajah berikut menunjukkan perbezaan dalam tafsiran sejarah.

Perbezaan Tafsiran

Tujuan
penulisan

Pemilihan
sumber
Apakah X dan Y?

I Individu pengkaji
II Perbezaan pandangan
III Perbezaan ideologi
IV Perbezaan lokasi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5. Peristiwa manakah yang berkaitan dengan kepentingan mengambil iktibar?

A Perang Dunia kedua


B Perasmian KLCC
C Hari pertama persekolahan
D Perasmian bandar

6. Maklumat berikut menerangkan Zaman Air Batu.

 Berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu.


 Gunung-ganang telah terbentuk.
 Mamalia, hidupan di laut dan di air telah wujud di bumi.
Keadaan tersebut telah berlaku pada zaman apa?

A Miosen
B Pliosen
C Holosen

2
SULIT

D Pleistosen

7. Apakah dataran tinggi yang terbentuk pada Zaman Pliosen?

I Grand Canyon
II Benua India
III Gunung Himalaya
IV Jambatan Darat Panama

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8. Apakah hidupan utama di bumi pada 390 juta tahun dahulu?

A Badak Sumbu
B Dinosaur
C Katak
D Kuda

9. Teori Milankovitch menjelaskan keadaan apabila bumi menghampiri matahari.


Apakah kesan apabila bumi menghampiri matahari berdasarkan teori tersebut?

A Terbentuknya glasier
B Berlaku kecairan air batu
C Wujud salji di pergunungan
D Penyebaran padang rumput

10. Rajah berikut menunjukkan garis masa Zaman Air Batu.

P Q
23-5 juta 5-2 juta tahun 2.5-10 000 2.5-10 000 tahun
tahun tahun

Apakah P dan Q?
P Q
A Miosen Pliosen
B Pliosen Miosen
C Pleistosen Holosen
D Holosen Pliosen

3
SULIT

11. Padanan manakah yang betul tentang lokasi Zaman Prasejarah di dunia?

Lokasi Negara
A Lukisan di Gua Chauvet Sepanyol
B Tapak Gobekli Tepe Turki
C Tapak Zhoukoudian India
D Lukisan di Gua Altamira China

12. Antara kegiatan berikut, yang manakah membezakan cara hidup masyarakat Zaman
Logam dengan zaman-zaman sebelumnya?

A Bercucuk tanam
B Hidup menetap
C Aktiviti penternakan
D Pembuatan logam

13. Apakah tujuan pengebumian berikut dilaksanakan?

Mayat dikebumikan bersama-sama peralatan peribadi.

A Memenuhkan ruang kosong


B Pemberian kepada roh
C Lambang penghormatan kepada mayat
D Lambang status orang mati

14. Anda membuat kajian berkaitan dengan cara pengebumian masyarakat Zaman
Prasejarah di negara kita. Pilih padanan jawapan yang betul.

Lokasi Bentuk Pengebumian


A Perak Pengebumian keranda kayu
B Kelantan Pengebumian kepingan batu
C Sabah Pengebumian tempayan
D Selangor Pengebumian melentur

15. Mengapakah binaan kini semakin berbeza berbanding zaman dahulu?

A Mengamalkan nilai estetika


B Permintaan semakin bertambah
C Kehendak pelanggan yang pelbagai
D Perkembangan ilmu binaan bangunan

4
SULIT

16. Binaan berikut menjadi tanda kemunculan tamadun awal dunia.

Binaan di atas menunjukkan hasil seni masyarakat apa?

A India
B Mesir
C China
D Babylon

17. Apakah sumbangan tokoh berikut?

I Menulis buku Muqqadimah


II Memperkenalkan konsep hadharah
III Mementingkan pencapaian lahiriah
IV Mengarang buku Islam Dalam Sejarah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5
SULIT

18. Apakah kesan penciptaan berikut terhadap masyarakat tamadun awal dunia?
Menggunakan kereta kuda

A Memudahkan membawa hasil pertanian


B Memudahkan pergerakan kincir angin
C Memajukan industri pembuatan logam
D Memajukan bidang teknologi

19. Mengapakah mayat raja Tamadun Mesir Purba ditanam bersama-sama barangan
mewah?

A Menjadi warisan pemerintah seterusnya


B Lambang keagungan pemerintah tersebut
C Mempercayai kehidupan selepas mati
D Lambang kemewahan kerajaan

20. Apakah rumusan yang dapat dibuat berkaitan dengan pembinaan seni bina dalam
tamadun awal?

A Mencetuskan inovasi kepada masyarakat masa ini


B Kekuatan kerajaan bergantung kepada kemahiran seni bina
C Kemahiran yang hanya dimonopoli oleh golongan pemerintah
D Ciri binaan bergantung kepada kreativiti individu

6
SULIT

Jawapan Soalan Ojektif (20 markah)

No Jawapan
1

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

7
SULIT

BAHAGIAN B (40 MARKAH)


Jawab semua soalan

1. Berikut menunjukkan dua situasi yang berbeza.


SITUASI 1 Alex mahu menyelidik perbezaan sistem perundangan
yang diamalkan oleh zaman dahulu dengan zaman
sekarang.

SITUASI 2 Aisyah ingin menyelidik kejayaan Datuk Wira Lee


Chong Wei dalam bidang sukan badminton negara.

a) Jelaskan kaedah penyelidikan yang perlu digunakan oleh Alex dan Aisyah
berdasarkan situasi di atas.

(4 markah)

b) Nyatakan proses yang perlu dilakukan oleh Aisyah untuk melakukan kaedah
penyelidikan yang dipilih.

8
SULIT

(3 markah)
c) Sekiranya anda diberi pilihan untuk menjalankan penyelidikan, kaedah manakah
yang akan anda lakukan? Berikan penjelasan bagi pemilihan kaedah tersebut.

(3 markah)

2. Zaman Pleistosen merupakan zaman air batu yang bermula kira-kira 2.5 juta tahun
dahulu dan berakhir kira-kira 10,000 tahun dahulu. Pada zaman tersebut, telah
banyak binatang yang wujud pada ketika itu malah ada yang masih kekal hingga
kini.

a) Namakan tiga contoh haiwan yang wujud pada zaman tersebut.


(i)

(ii)

(iii
)

(3 markah)

b) Binatang di (a) dikatakan telah mengalami kepupusan menjelang Zaman Air Batu
Akhir. Bincangkan sebab kepupusan tersebut.

9
SULIT

(3 markah)

c) Pada hari ini, kebanyakan binatang mengalami kepupusan bukan disebabkan


faktor perubahan persekitaran, akan tetapi berpunca daripada sikap manusia itu
sendiri. Huraikan sikap manusia yang dimaksudkan di atas dengan memberikan
contoh yang sesuai.

(4 markah)

3. Rajah dibawah menunjukkan ilustrasi kegiatan ekonomi iaitu aktiviti pertanian


yang dijalankan oleh manusia pada Zaman Prasejarah.

a) Nyatakan dua ciri aktiviti pertanian yang dijalankan pada Zaman Prasejarah.
(i)

10
SULIT

(ii)

(4 markah)

b) Senaraikan tiga jenis tanaman yang diusahakan oleh manusia Zaman


Prasejarah.

(i)

(ii)

(iii
)

(3 markah)

c) Sumber alam semula jadi merupakan satu sumber penting yang dimanfaatkan
sepenuhnya oleh manusia sejak Zaman Prasejarah sehingga sekarang. Berikan
pendapat anda tentang kepentingan bersyukur dalam memanfaatkan alam
ciptaan
Tuhan.

(3 markah)

4. Secara umum, tamadun ditakrifkan sebagai suatu pencapaian tertinggi oleh


sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang.

11
SULIT

a) Senaraikan dua bidang yang terkandung dalam pentakrifan tamadun.

(i)

(ii)

(2 markah)

b) Jelaskan maksud istilah berikut yang terkandung dalam Bahasa Arab yang
berkaitan dengan tamadun.

(i) Hadharah

(2 markah)
(ii) Hadari

(2 markah)

c) Kemajuan negara dianggap sebagai antara ciri ketamadunan. Jelaskan.

(4 markah)

BAHAGIAN C (40 MARKAH)


Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini.

5. Sejarah ditulis berdasarkan kajian terhadap sumber sejarah.

12
SULIT

a) Terangkan jenis sumber sejarah yang dijadikan bahan penyelidikan dalam sejarah.

(6 markah)

b) Jelaskan sumber sejarah berikut yang dijadikan bahan penyelidikan.

(i) Artifak
(ii) Bukan artifak
(iii) Ensiklopedia

(6 markah)

c) Masyarakat kini semakin melupakan sejarah negara.


Bagaimanakah kita dapat menarik minat masyarakat untuk menghargai sejarah
negara kita?

(8 markah)

6. Pernyataan berikut berkaitan dengan bumi.

Kemajuan ilmu sains dan teknologi telah berjaya merungkai banyak rahsia
berkaitan dengan bumi yang kita diami. Dunia ini banyak mengalami
perubahan dari aspek rupa bentuk fizikal, iklim, cuaca, hidupan dan kedalaman
lautan.

Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 1,


muka surat 26.

a) Jelaskan pandangan ahli sains berkaitan dengan bumi mengikut kajian yang
dijalankan oleh mereka.
(4 markah)

b) Terangkan empat tahap Zaman Air Batu.

(8 markah)

c) Pembentukan bumi yang mengambil masa jutaan tahun menjadikan proses ini
penting bagi semua hidupan. Sebagai penduduk bumi, bagaimanakah kita dapat
memastikan bumi sentiasa dijaga untuk warisan generasi akan datang?

(8 markah)

13
SULIT

7. Rajah berikut berkaitan dengan Zaman Prasejarah di dunia.

Zaman
Prasejarah

Zaman
Zaman Batu
Logam

Zaman Zaman Zaman


Paleolitik Mesolitik Neolitik

a) Jelaskan maksud Zaman Batu dan Zaman Logam.


(4 markah)

b) Banyak tapak Zaman Prasejarah ditemui yang membuktikan wujud


ketamadunan
manusia. Jelaskan tentang lokasi Zaman Prasejarah yang ditemui di Asia
Tenggara.
(8 markah)

c) Sekiranya pemikiran manusia tidak mengalami sebarang perubahan,


bagaimanakah kehidupan manusia pada masa kini?

(8 markah)

8. Tokoh berikut memberi pandangan masing-masing tentang konsep tamadun.

14
SULIT

Ibn Khaldun Syed Muhammad Naquib Arnold J. Tonybee

a) Jelaskan pandangan tokoh Islam berkaitan dengan konsep tamadun.


(6 markah)

b) Jelaskan tentang konsep tamadun dari sudut pandangan Barat.


(6 markah)

c) Masyarakat tamadun awal berusaha mewujudkan ketamadunan manusia yang


lebih maju dari zaman ke zaman. Apakah nilai yang boleh diperoleh daripada
usaha masyarakat tersebut?

(8 markah)

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

15

Anda mungkin juga menyukai