Anda di halaman 1dari 2

10 SOALAN TENTANG HAJI

1. Apakah hukum haji seseorang itu, jika salah satu dari rukun haji ditinggalkan sama ada
secara sengaja atau terlupa?

A. Ibadat hajinya tidak sah dan wajib diulangi pada tahun yang lain
B. Ibadat hajinya sah, jika dibayar “DAM”
C. Ibadat hajinya tidak sah dan wajib dikenakan “DAM”
D. Ibadat hajinya sah

2. Manakah antara berikut merupakan wajib haji

A. Tawaf Ifadhah
B. Niat ihram haji
C. Niat ihram haji di Miqat
D. Wukuf di padang Arafah

3. Bilakah umat islam mengerjakan wukuf di Arafah?

A. Mulai terbitnya matahari pada 9 Zulhijjah sampai terbenamnya matahari


pada 10 Zulhijjah
B. Mulai tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijjah sampai terbitnya fajar pada 10
Zulhijjah
C. Mulai terbenamnya matahari pada 9 Zulhijjah samapai tergelincirnya
matahari pada 10 Zulhijjah
D. Mulai terbitnya matahari pada 10 Zulhijjah sampai terbenamnya matahari
pada 11 Zulhijjah

4. Bilakah Jemaah haji berniat?

A. Ketika berihram di Miqat


B. Selepas selesai haji
C. Ketika mendarat di Lapangan terbang Brunei Darussalam
D. Sebelum bertolak

5. Antara berikut, manakah perkara-perkara wajib haji

A. Melontar ketiga-tiga
B. Niat ihram
C. Bercukur
D. Wukuf di Padang Arafah
6. Salah satu wajib haji adalah melempar jamratul aqobah, yang dilaksanakan pada tanggal…

A. 10 zulhijjah
B. 9 zulhijjah
C. 8 zulhijjah
D. 11 zulhijjah

7. Meninggalkan Mina pada hari ke 12 Zulhijjah dan bermalam di Mina hanya dua malam
sahaja adalah pengertian bagi…

A. Nafar Awal
B. Nafar Thani
C. Tahallul Thani
D. Tahallul Awal

8. Bilakah waktu bermalam di Mina?


A. Hari-hari Tasyriq 11,12 & 13 Zulhijjah
B. Hari-hari Tasyriq 11,12 & 13 Zulkaedah
C. Hari Isnin
D. Hari Raya 11, 12 & 13 Syawal

9. Di antara perkara-perkara yang di larang semasa berihram ialah seperti berikut KECUALI

A. Menggaru kepala dan badan


B. Memotong kuku
C. Menebang pokok
D. Memakai pakaian yang berjahit

10. Wajib haji ialah

A. Beberapa amalan dalam ibadat haji yang wajib dilakukan.


B. Beberapa amalan dalam ibadat haji yang sunat dilakukan.
C. Beberapa amalan dalam ibadat haji yang makruh dilakukan
D. Beberapa amalan dalam ibadat haji yang harus dilakukan

😊 ‫وهللا ولي التوفيق والنجاح‬

Anda mungkin juga menyukai