Anda di halaman 1dari 6

PH 43201

Pengantar Pendidikan Sains Kesihatan Islam

Laporan:

Program iftar dan rekreasi di Eco corridor

20BK022 Nor Fazela Watie binti Rosli

Program Sarjana Muda Perguruan Ugama

Fakulti Pendidikan

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

2021/2022

PENDAHULUAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat serta salam keatas junjungan
besar kita Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan taufiq serta
hidayahnya telah memberikan kami kesampaian dan Kesehatan masa kami untuk menyiapkan
tugasan laporan ini sesuai dengan jadual yang ditentukan.

Laporan ini merupakan dokumen mengenai menjalakan program kegiatan iftar dan rekreasi yang
telah diadakan pada hari Ahad, 24 haribulan April 2022 Masihi bersamaan dengan 22 Ramadhan
1443 Hijrah, bertempat di taman eko koridor yang telah di turut serta oleh Yang Mulia Raes Dr
Haji Adnan bin Haji Basar beserta para pelajar-pelajar dibawah minor dan elektif kesihatan
Pendidikan Islam yang mana kami seramai 29 orang. Kami juga diarahkan memakai pakaian sukan
bagi memudahkan acara riadah yang ringan yang mana dilakukan selepas melakukan solat
maghrib.

Kira-kira pada pukul 5:45 petang, kami dikehendaki untuk berkumpul di depan taman eko koridor
yang berhadapan dengan bangunan kecil BIBD connect. Juadah untuk berbuka juga kami sediakan
untuk persendirian dan untuk dikongsi Bersama rakan-rakan yang ada iaitu seperti kurma,
makanan-makanan yang ringan seperti buah, pencuci mulut dan juga kuih muih yang lain. Sebelum
itu, kami juga diarahkan untuk mengongsikan minuman cendol dengan orang-orang yang juga
berbuka puasa di tempat yang sama.

Kami kemudiannya setelah selesai mengagihkan cendol, kami bersiap-siap dan menyediakan
juadah untuk kami berbuka. Terlebih dahulu doa dan surah Al-Fatihah dibacakan oleh Yang Mulia
Dr Raes Haji Adnan sendiri dan kemudian ada kata-kata nasihat dikongsikan oleh beliau sementara
menunggu waktu untuk berbuka pada jam 6:27 petang. Alhamdulillah alangkah indahnya dan juga
turut bersyukur berbuka puasa dengan menikmati pemandangan indah kebesaran Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dengan laungan azan yang merdu berkumandang.

Setelah menikmati juadah berbuka, kami terus bergerak ke masjid SOAS untuk menunaikan solat
maghrib secara persendirian. Kemudian setelah itu kami diarahkan untuk berkumpul semula ke
tempat berkumpul tadi di taman eko koridor untuk melanjutkan aktiviti selanjutnya. Terlebih
dahulu kami melakukan pemanasan badan dan tabata selama 5 minit, kemudian langsung
melakukan riadah berjalan “brisk walk” dari taman eko koridor hingga ke jambatan RIPAS dan
kemudian berpatah balik. Riadah berjalan “brislk walk” berlangsung selama 10 minit sahaja kerana
disebabkan cuaca pada malam itu tidak mengizinkan lalu kami berhenti tepat pada sebelum
jambatan SOAS lalu kami berpatah balik dan berhenti sekejap untuk bergambar ramai lalu kami
diarahkan untuk bersurai dan mengutip sampah jika ada.

Antara aspek-aspek yang didapati sepanjang program rekriasi ini ialah:

DARI ASPEK ADAB


Alhamdulillah sepanjang aktiviti berjalan, kami saling bertutur dan beradab dengan yang lain
sesama sendiri. Tiada menunjukkan kata-kata yang kurang baik dan sebagainya.

DARI ASPEK KESIHATAN


Alhamdulillah sepanjang aktiviti berjalan, tubuh badan merasa lebih ringan dan bersemangat untuk
melakukan riadah Bersama rakan-rakan yang lain.

DARI ASPEK KEROHANIAN


Alhamdulillah sepanjang aktiviti berjalan, tiada masalah yang dihadapi sepanjang riadah tersebut
semua sehat-sehat dan penuh bersemangat kerana melakukan riadah tersebut bersama rakan-rakan
yang lain.

DARI ASPEK KEMASYARAKATAN


Alhamdulillah sepanjang aktiviti berjalan saya dan rakan-rakan yang lain saling berkomunikasi
dengan yang lain dan juga sesame orang-orang awam yang ada pada masa itu dan juga turut
bersapa memberikan salam satu sama lain.

DARI ASPEK TIME MANAGEMENT


Alhamdulillah aktiviti berjalan dengan lancar yang mana kami sempat melakukan riadah dengan lancar
dan baik, solat juga telah dilakukan dengan sempurna akan tetapi kerana keadaan cuaca yang tidak
mengizinkan, kami perlu berhenti menjalankan riadah dan bersurai sebaiknya.
LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PROGRAM REKREASI IFTAR DI TAMAN EKO KORIDOR

Anda mungkin juga menyukai