Anda di halaman 1dari 3

Pernyataan berikut adalah benar mengenai Jemaah yang dikecualikan dari bermabit di Muzdalifah

KECUALI

A. Orang yang menjaga orang sakit


B. Orang yang takut terancam keselamatan diri dan hartanya
C. Orang yang ada penyakit yang sukar baginya untuk bermabit di Muzdalifah
D. Orang yang tidak rasa selesa untuk berada di Muzdalifah

Ibadat-ibadat di bawah adalah sama masuk waktunya iaitu selepas waktu tengah malam 10 zulhijjah,
kecuali

A. Mabit di Muzdalifah
B. Mabit di Mina
C. Tawaf , Saie
D. Melontar Jamratul Kubra

Berikut adalah ibadat yang dilakukan bagi terhasilnya Tahallul Awwal

i. Melontar Jamratul Kubra


ii. Melontar Ketiga-tiga Jamrah
iii. Bercukur/bergunting
iv. Bermabit di Mina

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iii

Situasi golongan yang dikecualikan untuk bermabit di Mina, tetapi melakukan Nafar Awal.
Pernyataan yang benar mengenai hukumnya:

A. Tidak sah Nafar Awal kerana tidak bermabit


B. Kena Dam dan tidak sah nafar awal
C. Sah Nafar Awalnya
D. Jemaah kena menyempurnakan Nafar Thani untuk mengelakkan kena Dam
Jemaah tidak dapat menyempurnakan Mabitnya di Mina pada malam 11 Zulhijjah. Jemaah ini mesti

A. Menyempurnakan Mabitnya di Mina pada malam 12 atau malam 13 Zulhijjah


B. Jemaah dikenakan Dam seekor kambing kerana tidak Mabit pada malam 11 Zulhijjah
C. Kena bayar fidyah secupak makanan kerana tidak Mabit pada malam 11 Zulhijjah
D. Hajinya tidak sah kerana tidak Mabit pada malam 11 Zulhijjah dan perlu di Qadha

Setelah balik ke Makkah dari Mina pada 12 Zulhijjah. Jemaah telah berniat Nafar Awal di Makkah.
Bagaimana status Nafar Awal Jemaah ini?

A. Nafar Awal sah – sebab Jemaah telah menyempurnakan lontarannya pada ketiga-tiga jamrah
pada hari 11 dan 12 Zulhijjah
B. Nafar Awal sah – sebab Jemaah telah menyempurnakan Mabitnya pada malam 11 dan 12
Zulhijjah
C. Nafar Awal tidak sah – sebab Jemaah berniat di Makkah
D. Nafar Awal tidak sah – sebab tidak membuat lontaran pada hari 13 Zulhijjah

Seorang Jemaah telah mengerjakan umrah sebanyak 5 kali, tetapi Jemaah tidak bergunting pada
setiap kali umrah, kecuali umrah yang ke-5. Berapakah bilangan umrah yang dikira sah dan adakah
dia dikenakan Dam?

A. Umrahnya sebanyak 5 kali dan tidak kena Dam


B. Umrahnya sebanyak 5 kali dan dia dikenakan Dam sebab tidak bergunting
C. Umrahnya sebanyak sekali dan dikenakan dam sebab tidak bergunting setiap kali Umrah
D. Umrahnya yang dikira ialah sekali dan tidak kena Dam

Seorang Jemaah telah menghimpunkan ketiga-tiga lontaran pada hari yang ke- 13 zulhijjah. Ketika
melaksanakan lontaran, Jemaah ini telah melontar sebanyak 21 kali di Jamrah Sughra (mewakili
lontaran hari 11, 12 dan 13), kemudian melontar sebanyak 21 kali di Jamrah Wusto ( mewakili
lontaran hari 11, 12 dan 13) dan melontar sebanyak 21 kali lagi di Jamrah Kubra ( mewakili lontaran
hari 11, 12 dan 13). Bagaimana status lontaran Jemaah ini.

A. Sah – telah menyempurnakan lontaran pada hari 11, 12 dan 13 pada 13 Zulhijjah
B. Sah – telah menyempurnakan lontaran sebanyak bilangan yang telah ditetapkan untuk hari
11, 12 dan 13 Zulhijjah
C. Tidak sah – lontaran itu dibuat sekali gus pada 13 zulhijjah
D. Tidak sah – lontaran itu tidak dilakukan ikut tertib dan sempurna mengikut hari

Seorang Jemaah yang telah batal wudu’ pada pusingan yang ke-5 Tawaf Haji, dan mengambil wudu’
menggunakan spray tanpa tahu kaedah yang betul. Kemudian menyempurnakan 3 lagi pusingan.
Seterusnya melaksanakan saie haji dan bergunting.Namun ada perasaan was-was dalam hatinya
berkenaan dengan wudu’ secara spray. Apa nasihat terbaik untuk Jemaah seperti ini.

A. Ulang semula 3 pusingan tawaf – saie di buat semula – bergunting tidak kena Dam
B. Ulang semula 3 pusingan tawaf – saie di buat semula – bergunting kena Dam
C. Ulang semula semua pusingan tawaf – saie di buat semula – bergunting kena Dam
D. Ulang semula semua pusingan tawaf – saie di buat semula – bergunting tidak kena Dam

Anda mungkin juga menyukai