Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH 2022

Warga dewan beragama Islam diminta tadah tangan...

Ya Allah Ya Tuhan kami, Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi ini,


Bagi melahirkan rasa kesyukuran, di atas kurniaanmu yang tidak ternilai.
Jadikanlah kami warga SK Gopeng Taman Gopeng Baru
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur,
Di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah tuhan yang maha bijaksana, Bukakanlah hati-hati kami,


Lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan,
Serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.

Ya Allah tuhan yang maha pemurah,Kurniakanlah kepada kami kesihatan anggota,


Kecergasan minda,Ketenangan jiwa,
Dan kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
Berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
Masyarakat dan negara.

Ya Allah ya Rohim,
Jadikanlah negara kami sebuah negara,
Yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat.
Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

Jika jumpa teks ini, sila serah kepada PK HEM / bilik


api belakang dewan
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai