Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN
Sistem limfatik, seperti yang kita kenal dengan hari ini, pertama kali digambarkan tanpa bantuan oleh Olaus Rudbeck dan Thomas Bartholin. Sistem limfatik merupakan satu system pengangkutan yang membantu peredaran darah, ia membawa cecair yang keluar dari salur darah kembali semula ke dalam salur darah. Dari segi peredaran bahan, darah tidak berfaedah selagi darah berada dalam salur. Ini kerana bahan yang diangkut ini tidak akan sampai ke sel-sel yang memerlukannya kecuali bahan ini keluar dari salur darah, seterusnya memasuki sel-sel berkenaan. Di kapilari darah yang berhampiran dengan tisu, plasma akan keluar ke dalam ruang antara sel ini disebut bendalir tisu atau cecair interstis. Terdapat perkaitan amtara kapilari limfa, kapilari darah dan sel-sel badan. Kapilari darah bersambung dengan anteriol di satu hujung dan dengan venul di hujung satu lagi. Kapilari limfa berkeadaan buntu. Plasma keluar daripada kapilari darah ke ruang antara sel di sebelah anterior dan masuk semula di sebelah venul. Cecair interstis yang berlebihan akan memasuki kapilari limfa.

2.0 ORGANISASI SISTEM LIMFATIK


2.1 DEFINISI
System limfatik adalah bahagian system daya ketahanan badan semula jadi yang bertahan terhadap infleksi. System limfatik adalah satu jaringan nodus limfa kecik ( kelejar limfa ) yangbersambung dengan saluran limfa yang bercabang dengan setiap bahagaian badan , otak dan saraf tunjang.

2.2 FUNGSI SISTEM LIMFATIK


Memusnahkan toxin dan menghalang perebakkan penyakit/jangkitan keseluruh badan (Immunity). Membantu mengekalkan keseimbangan cecair antara tisu dan peredaran darah. Mengangkut lemak tercerna daripada usus ke dalam peredaran darah Menyerap cecair interstis yangberlebihan dan mengalirkannya semula ke dalam salur darah. Menyerap lemak dari vilus di usus kecil. Mempertahankan dri daripada seranagn petogen. Transportasi lemak dari jaringan sekitar usus halus ke darah Menyaring dan menghancurkan mikroorganisma Perlindungan jangka panjang terhadap MO dan benda-benda asing lainnya

2.3.0 SALURAN LIMFATIK Merupakan salur limfatik yang lebih besar dan terletak di bahagian dalam badan. Kapilari limfatik bersambung dengan salur limfatik. Ia juga mempunyai injap Terdapat bintilan pelbagai saiz berbentuk biji kacang yang di panggil nodus limfa.

2.3.1 KAPILARI LIMFATIK


Ia merupakan salur-salur halus yang saling bersambungan dan membentuk struktur seperti jaring. Terletak dibawah kulit dan selaras dengan kapilari darah. Ia nipis dan mempunyai sistem injap untuk mengelakkan berlakunya backflow.

2.4 TISU LIMPOID


Tonsil juga terdiri daripada tisu limfa. Terletak di antara dua tiang fauses dan mendapat bekalan limfosit melimpah did lam cecair yang ada di permukaannya dan yang ada di dalam sel-sel tonsil. Sejumlah besar tisu limfoid masuk ke dalam pembentukan limfa, membrane serosa dan dalam kulit usus kecil. Di dalam usus ia terkandung dalam lapisan mukosa. Di beberapa tempat dijumpai beberapa nodul tisu limpa. Apabila tunggal disebut kelenjar solitary dan apabila dalam kumpulan disebut tampalan peyer. Vilus adalah tisu limfa besar. Laktial pusat dalam vilus berhubung dengan plaksus pembuluh limfa dalam tisu submukosa. Dari sini limfa keluar dan akhirnya sampai di reseptor kulum kili. Membrane serosa yang paling lebar ialah peritoneum. Membrane serosa berkait rapat dengan system saluran limfa. Lipatannya yang banyak membawa limfa dan pembuluh darah. Membrane ini dilapisi oleh epithelium bersisik atau indotelium dan di dalamnya terdapat banyak bukaan kecil yang mengandungi lapisan haus.

2.5 ORGAN LIMPOID


1.Kapiler Limfatik berfungsi mengumpulkan kelebihan cairan interstisial di jaringan.

2. Pembuluh Limfatik berfungsi Membawa cairan limfe dari kepiler limfatik ke vena di leher yang akan dikemballikan ke pembuluh darah. 3. Nodus Lilmfatik Terdapat sepanjang pembuluh limfatik yang berfungsi untuk menyaring material dari limfe sebelum masuk ke pembuluh darah.

Adalah bintilan tisu yang berbentuk seperti biji kacang. Berdiameter 2 hingga 35 mm, berwarna Kelabu-merah jambu (greyish-pink). Terdapat di sepanjang salur limfatik Mengandungi leukocyte (sel darah putih) yang mempunyai fungsi phagositosis Cecair limfa mesti melalui nodus ini sebelum kembali kedalam sistem peredaran darah. Di sini berlaku pemusnahan agen jangkitan dan toksin. Lokasi nodus yang boleh dikesan bengkak adalah di leher (submandibular lymph node), ketiak (axillary lymph node) dan celah paha (popliteal lymph node)

4. Tonsils berfungsi untuk menghancurkan benda-benda asing yang memasuki saluran nafas bagian atas dan sistem pencernaan. 5. Limpa berfungsi menyaring benda-benda asing dari darah, menghasilkan limfosit, menyimpan sel darqah merah, melepaskan darah kedalam tubuh pada kasus kehilangan darah yang hebat. 6. Kelenjar timus Membentuk antibodi pada bayi baru lahir, memproduksi timosin, tempat

differensiasi limfosit menjadi limfosit T. Sepasang kelenjar yang terletak pada ventral trakea dan atas sedikit dari

jantung. Berlaku pembentukkan limfosit

3.0 PERTAHANAN TIDAK KHUSUS


Mekanisme pertahanan tidak khusus termasuklah benteng fizikal seperti kulit dan membrane mucus, rembesan asid dan enzim di dalam perut serta fogositosis.

3.1 BENTENG PERTAHANAN PERTAMA 1. Benteng pertahanan pertama bagi manusia dan haiwan terhadap serangan pathogen ialah kulit luar dan memberan mucus, iaitu membrane yang melapisi salur pencernaan dan salur pernafasan. 2. Kulit manusia misalnya, bukan sahaja merupakan benteng fizikal, tetapi juga terdapat berjuta-juta mikroorganisme berguna yang merencat pembiakan mikroorganisme pathogen yang cuba memasuki badan melalui kulit. 3. Selain itu, peluh dan sebum yang dirembeskan oleh kulit mengandungi bahan kimia yang memusnahkan beberapa jenis bacteria. 4. Mikroorganisme yang memasuki badan melalui salur pencernaan pula lazimnya dimusnahkan oleh asid dan enzim yang dirembeskan dalam perut. 5. Organism yang memasuk badan melalui system respirasi ditapis oleh bulu hidung atau diperangkap oleh mucus yang melapisi saluran pernafasan.

3.2 BENTENG PERTAHANAN KEDUA 1. Sekiranya mikroorganisme pathogen Berjaya memasuki bdan, benteng pertahanan kedua iaitu fagositosis akan beroperasi. 2. Organism pathogen akan dikepung oleh fagosis iaitu sel darah putih atau leukosit yang terdiri daripada neutrofil dan monosit. 3. Neutrofil yang mendirikan 60-70% daripada sel darah pituh menelan

mikroorganisme pathogen dengan melindunginya seperti ameba.

4. Monosit yang mendirikan hanya 5 % daripada sel darah putih menyediakan system pertahanan secara fogositosis yang lebih efektif.. Monosit yang terdapat berhampiran semua tisu bdan bertukar menjadi makrofat iaitu sel fogosit yang terbesar , dan mempunyai hayat yang agak panjang berbanding dengan neutrofil. 5. Pathogen yang diperangkap oleh fagosis ini akan dimusnahkan oleh enzim tertentu yang terdapat di dalam fogosit tersebut.

3.3 INFLAMASI 1. Limfagitis ialah jangkitan dan keradangan pembuluh limfa yang dapat dilihat sebagai garis-garis merah di bawah kulit. 2. Limfadenitis ialah keradangan kelenjar limfa yang terletak di rangkaian pembuluh limfa, lazimnya sekunder terhadap jangkitan yang terjadi di daerah yang mengalirkan limfanya ke kumpulan kelenjar itu, misalnya pembengkakaan kelenjar leher pada tosilitis. 3. Pembesar kelenjar aksila pada penyakit maklinan payudara dan jangkitan pada daerah yang dialiri kelenjar ini. Masteknomi radikal yang terbentuk pada karsinomal payudara bertujuan untuk membuang semua cabang pembuluh linfa yang mengalirkan limfa dari daerah ini. 4. Limfa boleh terkoyak kerana pukulan langsung atau tidak langsung atau terluka kerana penusukan atau tembakan. Pendarahan yang hebat terjadi kerana banyaknyer pembuluh yang terdapat pada limfa. 5. Apabila limfa membesar maka dapat dirasa di bawah magrain tulang rusuk. Pada waktu menarik nafas limfa bergerak ke bawah dan ke tengah.

4.0 RINTANGAN KHUSUS : TINDAK BALAS

PELALIAN
Suntikan pelalian perlu kepada golongan berikut:
Penternak babi Orang yang tinggal berhampiran dengan ladang ternakan babi dalam 2 km radius (terutamanya kanak-kanak). JADUAL PELALIAN Dos Dos 1 Dos ke 2 Dos ke 3 Tambahan Hari 7 hingga 14 selepas dos pertama 6 bulan hingga 1 tahun selepas dos ke 2 3 tahun selepas dos ke 3 Keberkesanan

5.0 PENYAKIT SISTEM LIMFATIK


Penyakit Untut (Filariasis Limfatik)
Pengenalan Filariasis limfatik atau penyakit untut masih menjadi masalah kesihatan awam dan dianggarkan 120 juta penduduk di 80 buah negara dijangkiti dengan penyakit ini. Satu pertiga pengidap tinggal di India, satu pertiga di kawasan Afrika dan selebihnya di Asia Tenggara, Pasifik dan Amerika. Di Malaysia, terdapat 8 buah negeri yang mempunyai kawasan-kawasan endemik filariasis iaitu Kedah, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Semua negeri tersebut diberi tumpuan khusus dalam Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Strategi program ini adalah untuk menghentikan transmisi jangkitan filariasis dan mengawal morbiditi pesakit filariasis limfatik. Melalui program ini pemberian ubat skala besar dijalankan melibatkan penduduk di kawasan endemik yang dijalankan setiap tahun untuk 5 pusingan. Program ini juga melibatkan aktiviti pendidikan kesihatan yang diberikan kepada komuniti untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit ini. Ia juga memberi penekanan tentang pengamalan cara hidup sihat dan mementingkan penjagaan kebersihan diri terutama di kalangan pengidap penyakit ini. Penyebab Filariasis limfatik adalah disebabkan oleh cacing parasit berbentuk benang (pita) yang dipanggil filaria. Sepsis filaria yang terdapat di Malaysia ialah Wuchereria bancrofti dan Brugia malayi. Parasit filaria ini, pada peringkat dewasa, hidup dalam system saluran limfatik iaitu rangkaian saluran dan nodus-nodus yang mengekalkan imbangan cecair di antara tisu dan darah, yang merupakan komponen penting dalam system pertahanan keimunan badan. Jangka hayat filaria ialah 4 hinga 6 tahun dan ia menghasilkan berjutajuta mikrofilaria yang hidup dalam sirkulasi darah manusia.

Transmisi Penyakit ini disebarkan oleh nyamuk yang menggigit individu yang telah dijangkiti dan membawa bersama mikrofilaria daripada darah pengidap. Microfilaria ini akan diserap ke dalam badan nyamuk tersebut yang akan menembusi dinding perut, memasuki bahagian dalam dan seterusnya di otot toraks nyamuk. Selepas tempoh lebih kurang dua minggu, parasit ini akan berhijrah ke kepala nyamuk dan menempatkan dirinya di mulut nyamuk tersebut, yang kemudiannya akan bersedia untuk memasuki kulit manusia yang seterusnya, apabila digigit oleh nyamuk ini, mewujudkan kitaran yang lengkap. Diagnosis Pembacaan slaid darah digunakan bagi menentukan kehadiran mikrofilaria. Walaubagaimanapun, pengambilan sampel slaid darah ini perlu dijalankan pada waktu malam kerana parasit ini mempunyai sifat periodisiti nokturnal yang menyebabkan parasit ini hanya boleh dikesan dalam darah pada waktu malam. Namun begitu, teknologi terkini yang diperkenalkan ialah penggunaan "card test" yang lebih mudah dan spesifik yang mana parasit ini boleh dikesan pada bila-bila masa dengan hanya memerlukan pengambilan sampel darah hujung jari untuk mendiagnosa kehadiran microfilaria dalam darah. Gejala/ Tanda Penyakit filariasis limfatik mempunyai manifestasi akut dan manifestasi kronik. Manifestasi akut penyakit ini menunjukkan symptom-simptom setempat seperti pembengkakan, demam, radang kemerahan dan kesakitan melampau pada kawasan yang dijangkiti. Simptom am adalah seperti demam, kesejukan, pening kepala dan kelesuan. Simptom ini berlaku pada anggota badan atau dalam skrotum( pundi kemaluan) dan berkaitan dengan jangkitan kulat atau jangkitan bakteria yang melampau. Radang yang berlaku semasa serangan akut ini akan merosakkan saluran-saluran limfa yang kecil di dalam kulit dan mengurangkan keupayaan kulit untuk menyerap cecair. Radang ini juga menyebabkan kerosakan pada kulit itu sendiri. Semasa badan memperbaiki kerosakan tersebut, kulit akan menjadi keras dan tebal dalam proses yang dikenali sebagai 'fibrosis'.

Dengan setiap serangan akut, kulit akan menjadi semakin tebal. Proses ini akan berterusan dan pembengkakan berpanjangan menyebabkan kulit mendapat jangkitan bakteria. Manifestasi kronik pula melibatkan manifestasi limfoedema dan urogenital. Limfoedema adalah disebabkan oleh saluran limfatik yang tidak berfungsi kerana penyumbatan saluran tersebut akibat kehadiran cacing filaria dewasa. Ia lebih kerap berlaku di bahagian bawah badan tetapi boleh berlaku pada buah dada, skrotum, penis, tangan dan pada yang jarang berlaku di bahagian vulva. Manifestasi kronik filariasis limfatik terdiri daripada hematuria (kehadiran darah dalam air kencing), hidrocele (pengumpulan cecair dalam pundi kencing), chyocele (kehadiran cecair limfa dalam tunika vaginalis), chyluria (kehadiran cecair limfa dalam air kencing) dan limfoedema pada skrotum atau penis. Komplikasi Pesakit yang mempunyai limfoedema dan kerosakan saluran limfatik selalunya terdapat luka, rekahan, celar pada permukaan kulitnya dan di antara ruang kaki yang dipanggil lubang nanah. Keadaan ini menggalakkan berlakunya jangkitan sekunder bacteria. Jangkitan ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, menjadi sangat sakit, panas dan membengkak. Sekiranya tiada rawatan diberi, bacteria boleh masuk ke dalam system darah dan seterusnya boleh membahayakan nyawa pesakit. Rawatan Melalui Program Eliminasi Limfatik Kebangsaan, ubat diberikan dengan matlamat untuk membebaskan generasi akan datang daripada elephantiasis, hydrocele dan lain-lain manifestasi daripada filariasis limfatik dengan memutuskan kitaran jangkitan antara nyamuk dan manusia. Rawatan pemberian ubat beramai-ramai dijalankan di kawasankawasan yang endemik filariasis setahun sekali. Rawatan yang diberikan melibatkan dua jenis ubat dalam bentuk tablet. 1. Diethylcarbamazine (DEC) - 6mg/kg 2. Albendazole - 400mg (dos sama bagi semua tahap umur)

Kedua-dua ubat ini diberikan serentak dibawah kawalselian langsung/ D.O.T (Direct Observation Therapy). Dua jenis ubat digunakan kerana ia lebih berkesan jika dibandingkan dengan penggunaan hanya satu jenis ubat kerana ia dapat mengurangkan densiti filaria dalam darah. Kedua-dua ubat ini adalah selamat dan mudah dihadam. Walaubagaimanapun, terdapat kesan sampingan am seperti pening, sengal badan, kelesuan, demam, mual dan muntah. Ianya dikaitkan secara positif dengan tahap dan kepadatan mikrofilaria dalam darah. Reaksi ini biasanya berlaku semasa awal rawatan dan kebiasaannya tidak berlanjutan lebih daripada 3 hari. Manakala, kesan sampingan setempat pula adalah gumpalan kecil pada skrotum atau radang kemerahan pada kawasan kulit di mana jangkitan berlaku. Bagi pengidap limfatik filariasis kronik, penjagaan kebersihan adalah penting untuk mencegah jangkitan sekunder dan peradangan system limfatik. Pembengkakan kecil yang berlaku terhadap bahagian tertentu badan boleh dipulihkan dengan rawatan. Namun, pembengkakan yang besar mungkin boleh diperbaiki melalui pembedahan yang rumit tetapi menghasilkan pembaikan terhad. Pencegahan Bagi penduduk yang tinggal di kawasan endemic filariasis adalah dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada gigitan nyamuk kerana nyamuk merupakan vector bagi transmisi penyakit filariasis ini. Penduduk perlu memastikan kawasan kediaman bebas dari pembiakan nyamuk dan mengurangkan aktiviti luar pada waktu malam terutamanya di kawasan luar bandar atau hutan. Mereka juga perlu memakai pakaian seperti baju berlengan panjang dan seluar panjang serta elakkan daripada memakai pakaian bewarna gelap. Di samping itu, bagi pengidap penyakit filariasis limfatik kronik perlu menjaga kebersihan diri terutama bahagian anggota badan yang mengalami limfoedema. Penjagaan kebersihan diri ini penting bagi mencegah daripada berlakunya jangkitan

sekunder bakteria yang seterusnya boleh menyebabkan manifestasi penyakit yang lebih teruk.

SUMBER RUJUKAN
BUKU Evelyn C.Pearce, (2001) Anatomi dan Fisiologi Untuk Jururawat , Golden Books Centre sdn. Bhd, Selagor Darul Ehsan Hamdan Bin Mohd Noor (2002) Fokus Biologi Pelangi Sdn . Bhd. Selagor Darul Ehsan

INTERNET http://myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&storymaster2=1259132996154 &storyid=1259132996154&storymaster=1154959233409 http://www.dodon.org/nota/limpa.pdf http://farmasi.unlam.ac.id/pendidikan/SAP/Fisiologi%20Manusia.pdf http://www.nesmd.com/shtml/32037.shtml

Anda mungkin juga menyukai